Saturday, October 30, 2010

BEKAS PENSYARAH AKADEMI ISLAM UM MAT NOR DERIS MAKI TOK GURU

Bekas Pensyarah Akademi Islam Universiti Malaya Biadab Memalukan UM

Bekas pensyarah Akademi Islam Universiti Malaya dan juga bekas calon BN Pengkalan Chepa, Nor Idris memaki hamun Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat ketika menziarahi rumah bekas Adun Galas, Haji Omar Mohamad.
image (GAMBAR: Mohd Nor Idris memaki rombongan MB Kelantan di rumah bekas Adun Galas), buruk akhlak ulama umno perkasa nih…
Kejadian yang mengejutkan itu berlaku ketika Tuan Guru Nik Abdul Aziz menziarah bekas wakil rakyat Dun Galas dari Semangat 46 di Kampung RPT Sungai Terah selepas merasmikan mesyuarat agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru-Guru (PIBG) Maahad Muhammadi Gua Musang.
Rombongan Menteri Besar yang turut disertai anggota Exco kerajaan negeri, Datuk Mohd Amar Abdullah, calon PAS, Dr Zulkefli Mohamed dan pegawai-pegawai kanan Yayasan Islam Kelantan (Yik).
Sebaik sahaja Tuan Guru Nik Abdul Aziz tiba, Haji Omar yang berada di dalam rumah keluar menyambut mesra kehadiran Menteri Besar dan rombongannya.
perkasa1 pensyarah tahap pengikut bghehim ali (berketayap)
Ekoran itu Mohd Amar cuba menenangkan keadaan dan meminta Ustaz Nor bertenang, namun pada awalnya beliau enggan dan terus menegangkan urat lehernya.
Beliau yang memakai baju kameja biru tertera gambar 1Malaysia enggan mendengar nasihat anggota Exco terbabit sehingga menyebabkan anggota rombongan lain cuba menangkan keadaan.
imagebekas pensyarah ini  pernah mengkafir kan umno, pegi jahannam lah.

Sebagai tetamu kita hendaklah menghormat tuan rumah. Kita sama-sama tetamu. Saya datang bukan hendak berbahas dengan sesiapa cuma hendak menziarahi tuan rumah,” kata Menteri Besar.
Ini lah tahap golongan agama UMNO, ilmu di letak kepala lutut, biar lah apa tahap nya, pensyarah ke hape ke kalau dah umno, mesti menunjukan sifat2 akhlak yang rosak dek kerana termakan benda dari sumber haram.

www.guanomanikurai.blogspot.com

AMARAN UNTUK UMNO : JANGAN GUNA TAKTIK KOTOR DI GALAS

Sunday, October 31, 2010 SHAH ALAM 30 Okt : Dewan Pemuda PAS Pusat (DPPP) hari ini menyatakan kekesalannya kerana Umno-BN menggunakan taktik kotor sebagai bahan kempen Pilihanraya Kecil DUN Galas bagi mendapatkan undi.

Setiausaha Dewan Pemuda PAS Pusat, Khairul Faizi Ahmad Kamil dalam kenyataan medianya hari ini menyatakan, taktik tersebut adalah usaha terdesak atau desperado yang mahu mendapatkan kemenangan bagi mengembalikan momentum rakyat sebagai persiapan menghadapi Pilihanraya Umum ke-13.


"Pemimpin UMNO-BN seakan melupakan soal dosa dan pahala apabila cuba memfitnah calon PAS Dr. Zulkifli Mohamad dengan memainkan isu beliau ditangkap khalwat.

"Sedangkan DPPP menegaskan isu itu tidak pernah timbul dan hanya bersifat fitnah semata-mata kerana Dr. Zulkifli Mohamad tidak pernah disabitkan dengan mana-mana kes khalwat," katanya.

DPPP merasa tindakan UMNO-BN yang cuba mempermainkan isu agama apabila cuba melaga-lagakan antara PAS dan DAP. Usaha lapuk tersebut adalah bagi menjarakkan pengundi khususnya yang beragama Islam daripada PAS dan DAP.


Faizi menambah, slogan DAP 'Harbi' yang dilaungkan sebenarnya tidak lain hanya mainan kotor pemimpin UMNO. DPPP merasakan bahawa UMNO terlupa mereka sejak sekian lama berkawan dengan MCA, MIC dan Gerakan, bukankah mereka juga adalah sekutu kuat UMNO.


"Mengapa mereka juga tidak gelarkan MCA, MIC dan Gerakan, 'Harbi' sepertimana mereka gelarkan terhadap DAP? Meskipun PAS berkawan dengan DAP dan berada dalam Pakatan Rakyat, PAS tidak sesekali menjual prinsip yang asas iaitu menegakkan sebuah negara Islam."


"DAP mengenali PAS sebagai sebuah Parti Islam dan menghormatinya sepertimana PAS menghormati DAP. UMNO sepatutnya sedar bahawa selama 53 tahun merdeka, Islam tidak dimartabatkan, sebaliknya diruntuhkan," tambah Faizi.


Jelas Faizi, UMNO juga tidak layak bercakap soal agama kerana merekalah yang merosakkan nilai agama dalam negara kita. Dengan penganjuran konsert Adam Lambert, Festival Fesyen Islam, dan yang terbaru isu ETP (Pelan Transformasi Ekonomi) dimana hiburan dan kelab-kelab malam akan bertambah adalah petunjuk bahawa pemimpin UMNO tidak layak bercakap soal agama Islam.


"Justeru, DPPP mengingatkan sekiranya UMNO mahu berkempen di PRK Dun Galas, berkempenlah cara bersih dan sihat. Berkempen dengan cara memburukkan peribadi calon sehingga membawa fitnah adalah cara yang bacul dan penakut.."


"Rakyat dan pengundi DUN Galas sendiri mengenali Dr. Zulkifli Mohamad lebih dari UMNO mengenali beliau, tambahnya. - TVS New
 
www.lpdn28.blogspot.com

KERANA TUDUNG MAJLIS PRESIDEN DIBOIKOT PENGANUT SEKULARISME


Mudah-mudahan Islam terus bangkit di Turki! Saya petik:
[UM] ANKARA 30 Okt. - Ketua-ketua tentera Turki memulaukan upacara rasmi di Istana Presiden kerana isteri Presiden Abdullah Gul memakai tudung.

Akhbar hari ini melaporkan kepimpinan tertinggi tentera dilihat tidak menghiraukan majlis sambutan anjuran Abdullah lewat semalam bagi meraikan ulang tahun penubuhan Turki moden dan sekular pada 1923.


Menurut laporan akhbar, pihak tentera mengadakan satu majlis berasingan pada waktu yang sama sebagai alasan bagi jeneral-jeneral tidak memenuhi jemputan Abdullah.


Pembangkang utama berfahaman sekular, Parti Republikan Rakyat (CHP) turut menolak pelawaan Abdullah.

Wanita Pertama Turki, Hayrünnisa Özyurt, memakai tudung sejak zaman remaja lagi.

Perdana Menteri Recep Tayyip Erdogan mengecam pemulauan itu. Isteri Recep Tayyip turut memakai tudung.
Jeneral-jeneral tentera menganggap tudung sebagai ancaman kepada tradisi sekular Turki dan menentang sebarang kelonggaran kepada pengharaman pemakaiannya di sekolah dan bangunan kerajaan. - AFP

www.duniacacamarba.blogspot.com

HARI NI RAKYAT KELANTAN BERCUTI GARA-GARA KEKALAHAN UMNO SEMALAM

Akhirnya menang juga Kelantan ke atas negeri UMNO, Negeri Sembilan. Syabas Tok Guru. Barakah anda tetap ada. Biarkan rakyat Kelantan menikmati kemenangan ini.. Julang Piala Malaysia: Kelantan isytihar cuti

KUALA LUMPUR, 31 Okt: Kerajaan negeri Kelantan mengumumkan cuti peristiwa hari ini sempena kejayaan pasukan bola sepak The Red Warriors menjulang Piala Malaysia edisi ke 84 malam tadi.

Pengumuman dibuat Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yaakob di Stadium Nasional, Bukit Jalil di sini selepas menyaksikan sendiri detik gemilang Kelantan menewaskan Negeri Sembilan 2-1.

"Saya mewakili Menteri Besar Kelantan, mengumumkan esok cuti peristiwa supaya rakyat dapat tenang, gembira, bersyukur dan dapat balik ke Kelantan dengan selamat.

"Kita juga ucap terima kasih kepada semua yang memberi kejayaan kepada Kelantan khususnya kepada Presiden Kafa dan rakyat Kelantan," katanya.

Kemenangan itu turut menebus kehampaan tewas 1-3 kepada Negeri Sembilan pada saingan akhir piala paling berprestij Liga Malaysia itu musim lepas, selain menamatkan kemarau selama 55 tahun sejak kali pertama Kelantan mara ke pusingan akhir pada 1955, ketika piala tersebut dikenali sebagai Piala H.M.S Malaya.

Negeri Sembilan memperolehi gol pertama seawal minit ke-13 menerusi sepakan penalti yang disempurnakan oleh Shahurain Abu Samah.

Manakala Kelantan memperoleh gol penyamaan hanya pada separuh masa kedua apabila hantaran luar Norshahrul Idlan Talaha tidak disia-siakan Ketua Pasukan, Indra Putra Mahayuddin yang menanduk dan merobek gol Negeri Sembilan pada minit ke-57.

Mohd Badri Mohd Radzi menambah jaringan pada minit ke-65 hasil hantaran cantik Mohd Norfarhan Muhamad.

Kedudukan kekal 2-1 sehingga wisel penamat, mengembirakan sekurang-kurangnya 60,000 penyokong Kelantan yang hadir ke stadium.

Sementara itu, Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat juga turut berjanji akan memberi imbuhan wang tunai kepada pemain Kelantan ekoran berjaya ke saingan peringkat akhir akhir Piala Malaysia musim ini. -Hrkh

BIODATA CALON, KALU TAK TIPU BUKE UMNO

(Klik gambar untuk paparan lebih jelas..)

"Live from Galas: (GAMBAR) UMNO tipu kelulusan pendidikan calon
UMNO menggunakan taktik kotor dengan membohongi rakyat tentang status kelulusan pendidikan calon BN. Semasa penguguman calon tempoh hari, menyatakan bahawa calon BN berkelulusan SPM sahaja. Tetapi melalui penyebaran risalah di DUN Galas menyatakan calonnya berkelulusan Sarjana Muda Pengajian di UUM.

bak kate penduduk di Galas "kalo tok tipu buke UMNO namo nyo"


Sumber: http://demokrasi93.blogspot.com
Dapatkan laporan PRK DUN Galas dari mula hingga berakhir, seterusnya

www.ibnuhasyim.com

(GAMBAR) JHEOA PULAK RASUAH DI POST BROOKE GALAS

Rasuah seterusnya BN di Galas menerusi Kemajuan di bawah Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHEOA) (walaupun berita ini xde dalam web JHEOA) yang berlangsung di Padang Sekolah Kebangsaan Post Brooke itu dihadiri masyarakat Orang Asli.


Turut hadir dalam Majlis 'rasuah' tersebut termasuklah Calon SPM BN DUN Galas, Aziz Yusof Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah, Timbalan Menteri Kewangan Datuk Awang Adek Husin, ADUN Nenggiri YB Mat Yusoff bin Abd Ghani, Ahli Dewan Negara Masyarakat Orang Asli dan beberapa pemimpin kawasan.

Beberapa rasuah BN diberikan kepada golongan masyarakat Asli ini:- 



Pemberian 200 unit Rumah PPR dan Projek Penambahbaikan 250 Unit Rumah Orang Asli.


Membekalkan 3000 jenset untuk mengatasi masalah bekalan elektrik.


Pemberian Mesin Rumput berjumlah 100 unit.


Pemberian 100 000 bekalan benih getah.



Bekalan tenaga solar sebanyak 1500 unit.


Selain itu, beliau yang juga merupakan Menteri Pelajaran berjanji akan meluluskan Projek Pembinaan Sekolah Menengah di kawasan Pos Brooke...  jika BN menang besar di DUN Galas.

Nampaknya sekali lagi SPR cuba pejam mata apabila dengan sikap BN yang mula merasuah dalam setiap kali pilihanraya... moga-moga Allah Taala bagipejam mata tersu sampai bila-bila baru tau....

AWAT LA WAKIL RAKYAT AKU (BN) TAK MATI... TIDAK MESTI BANYAK PERUNTUKAN AKU DAPAT MASA PRK...


ORANG BN BAGI APE KITA AMIK... YANG PENTING UNDI PAS

KEMPEN BANTAH MENARA WARISAN 100 TINGKAT CECAH 204,000 ORANG

Oleh Suara Keadilan   
1M_Menara_WarisanKUALA LUMPUR 30 Okt - Cadangan Pembinaan  Menara Warisan 100 tingkat yang dibentangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dalam pembentangan Bajet 2011 mendapat tekanan hebat apabila laman sosial facebook yang menentang pembinaan Menara Warisan 100 tingkat sudah melebihi 200,000 orang, setakat hari ini.

Laman sosial facebook '1M Malaysians Reject 100-storey Mega Tower' dilancarkan sejak 2 minggu lepas mendapat sambutan hangat selepas mendapat kritikan pelbagai pihak apabila dikatakan kos pembinaan menelan kos sebanyak RM5 bilion.

Sementara itu, Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang di dalam twitternya membidas tindakan 'cybertrooper' MCA yang memperlekehkan sokongan rakyat bertali arus membantah pembinaan menara 100 tingkat tersebut.

"Sungguh memalukan! MCA melalui cybertrooper sanggup memperkecil-kecilkan sokongan rakyat yang sudah melebihi 200,000 orang terhadap kempen di laman sosial Facebook "NoMegaTower" di mana sepatutnya Menteri dan pemimpin MCA sepatutnya menyuarakan pendapat mereka," ujar beliau.

Kit Siang turut menegaskan supaya Najib memberikan respon segera terhadap 8.7 juta pengguna laman facebook di Malaysia yang terdiri dari 38% kumpulan umur lingkungan daripada 18-24 tahun dan 33% kumpulan umur lingkungan daripada 25-34 tahun.

Setakat pukul 12 tengahari, seramai 203,922 orang telah memberikan sokongan kepada kempen tersebut.

Sebelum itu, Najib berkata Menara Warisan 100 tingkat bakal disiapkan menjelang tahun 2020 dengan kos sebanyak RM5 bilion dengan menggunakan dana daripada Permodalan Nasional Berhad (PNB).

www.suara-keadilan.com

Friday, October 29, 2010

GALAS; UMNO - APCO SEMAKIN TERHIMPIT !

PAS Mendahului BN
Seramai 300 orang ibu tunggal yang juga dikenali sebagai Armalah telah menerima sumbangan wang daripada pihak Kerajaan Negeri Kelantan dalam program Motivasi Jati Diri Armalah dan Pembahagian Bantuan Orang Miskin/OKU, semalam.


Program tersebut telah dirasmikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kesihatan Kerajaan Negeri Kelantan , YB. Puan Hajah Wan Ubaidah Binti Omar.

Dalam ucapannya, beliau berkata, “Kerajaan negeri tidak pernah meminggirkan golongan Armalah dan sentiasa memberi bantuan serta perhatian yang serius terhadap golongan ini”.

Beliau turut menegaskan bahawa usaha-usaha yang dilakukan oleh Kerajaan Negeri Kelantan yang ditadbir oleh PAS, sentiasa mendahului Barisan Nasional. Sumbangan yang diberikan kepada pelbagai kaum telah disampaikan oleh Yang Mulia Datin Tuan Sabariah Binti Tuan Ishak bersama beberapa orang isteri exco Kerajaan Negeri Kelantan.

Sumbangan tersebut telah diberikan kepada pelbagai kaum termasuk orang kurang upaya.
Program tersebut telah berlangsung di Maahad Muhammadi Gua Musang pagi ini.


Program yang berlangsung di Maahad Muhammadi Gua Musang itu, turut dihadiri oleh calon PAS, Dr. Zulkefli Mohamed bersama isteri dan kehadiran mereka disambut baik oleh penduduk setempat yang hadir.
 
www.jalanpulang1978.blogspot.com

Thursday, October 28, 2010

DEWAN ULAMA JAWAB ULAMA MUDA UMNO

Oleh Dewan Ulama' PAS Pusat
Ulamak Pelapis PAS melahirkan kekesalan apabila tindakan Datin Seri Rosmah Mansur yang menghadiri Festival Busana Islam (IFF) didokong dan dibela oleh saudara Fathul Bari bin Mat Jahya. 

Ulamak Pelapis PAS kesal apabila tindakan rakyat yang bangkit berdemonstrasi dalam membantah penglibatan Datin Seri Rosmah Mansur Festival Busana Islam (IFF) turut dikecam dan dianggap sebagai tersasar daripada konsep Islam.

Bagi Ulamak Pelapis PAS, tindakan saudara Fathul Bari bin Mat Jahya yang membela kesilapan Datin Seri Rosmah Mansur mencalarkan imejnya sebagai seorang yang berlatarbelakangkan pendidikan Islam.

Hujah Bahawa Datin Seri Rosmah Mansur Hanya Penaung Bukan Penganjur.
Fathul Bari bin Mat Jahya mempertikaikan sikap PAS yang dianggap salah kerana menurut beliau, Datin Seri Rosmah Mansur bukanlah penganjur sebaliknya hanyalah penaung kepada majlis IFF tersebut.
Namun bagi Ulamak Pelapis PAS, Fathul Bari selaku seorang yang berpendidikan agama sepatutnya jelas mengenai sikap yang perlu diambil oleh seseorang muslim apabila terlibat dengan program-program maksiat sebagaimana yang telah berlaku dalam IFF.


(Prime Minister Datuk Seri Najib Razak (left) and his wife, Datin Seri Rosmah Mansor, speaking with Prince Albert II of Monaco at the International Islamic Fashion Festival. — Reuters picture)
 
Pakaian menjolok mata dengan tidak mengendahkan arahan Allah agar wanita muslimah menutup aurat ditambah dengan penghinaan nama Nabi Muhammad yang ditulis secara terbalik dan ditonjolkan di bahagian dada wanita yang memperagakan fesyen tersebut sangat jelas untuk dihukumkan sebagai satu majlis maksiat dan menghina Islam.

Menerusi firman Allah Taala di dalam Surah al-Nisa' ayat 140, Allah menegaskan larangan untuk orang Islam bersama-sama di dalam majlis yang menghina ayat-ayat Allah. Umat Islam disuruh untuk menegur maksiat yang berlaku di dalam mana-mana majlis. Sekiranya mereka tidak mempunyai kemampuan, maka mereka wajib untuk meninggalkan majlis maksiat kerana kebersamaan di dalam majlis berunsur maksiat adalah satu maksiat. Ini jelas terpampang dalam kenyataan para ulama tafsir sewaktu mereka menghuraikan ayat 140 daripada Surah al-Nisa'.

Adakah boleh diterima secara waras bahawa Datin Seri Rosmah Mansur selaku seorang muslimah sebenarnya tidak mengetahui bahawa majlis seperti itu adalah satu majlis maksiat? Adakah beliau boleh dianggap sebagai seorang yang tidak mengetahui sama sekali bahawa pakaian-pakaian yang dipamerkan dalam majlis tersebut adalah pakaian yang menyongsang daripada kehendak agama Islam?

Ulamak Pelapis PAS beranggapan bahawa Datin Seri Rosmah Mansur menyedari bahawa IFF adalah bercanggah dengan tuntutan Islam yang sebenar. Sekiranya Fathul Bari beranggapan sebaliknya, ini bermakna Datin Seri Rosmah Mansur begitu sangat jahil dalam memahami kehendak Islam dan ini adalah sangat-sangat malang sekiranya berlaku kepada seorang wanita Islam apatah lagi kepada isteri kepada seorang Perdana Menteri.

Sekiranya Fathul Bari mempertikaikan PAS kerana menyelar keterlibatan Datin Seri Rosmah Mansur dalam satu program maksiat, maka Ulamak Pelapis PAS ingin bertanya di manakah suara orang-orang berpendidikan Islam di dalam UMNO seperti Fathul Bari dalam membantras maksiat sebagaimana yang berlaku dalam IFF dan konsert Adam Lambert yang diizinkan oleh kerajaan UMNO untuk dibuat di Malaysia? Ulamak Pelapis PAS kesal dengan sikap orang-orang berpendidikan agama di dalam UMNO yang membisu dalam membantras gejala maksiat di dalam negara sebaliknya begitu lantang mengecap tindakan rakyat yang bangkit menyuarakan isi hati mereka yang tidak berpuas hati apabila agama dipersenda. 

Hujah Bahawa Nasihat Kepada Pemimpin Tidak Boleh Secara Terang-Terangan
Ulamak Pelapis PAS ingin menjelaskan kepada umum bahawa para ulama Islam telah menyatakan bahawa apabila maksiat yang dibuat secara terang-terangan, maka tidak menjadi satu kesalahan untuk umat Islam memprotes maksiat tersebut secara terang-terangan.

Sekalipun ada hadith Rasulullah yang meminta supaya nasihat diberikan secara senyap-senyap dan bukan secara terang-terangan, hadith ini sebenarnya ditujukan kepada kesilapan yang dibuat secara senyap-senyap. Ini kerana apabila seseorang itu melakukan dosa dan maksiat secara sembunyi-sembunyi tanpa diketahui oleh orang lain, maka orang yang mengetahui kesalahan tersebut tidak boleh sama sekali menghebahkan kesilapan si pelaku kerana Islam meminta umatnya agar menutup keaiban manusia.
 
(Saudara Fathul Bari bin Mat Jahya)
 
Namun sekiranya dosa dan maksiat yang dilakukan adalah secara terang-terangan sebagaimana yang berlaku dalam majlis IFF, maka mendedahkan kepada umum berkenaan dengan perlanggaran Syariat yang berlaku adalah dibolehkan oleh Islam agar umat Islam mengetahui bahawa majlis yang dibuat secara terbuka tersebut adalah bercanggah dengan Islam.

Al-Imam Al-Nawawi mendedahkan enam keadaan yang mana seseorang itu dibenarkan oleh Islam untuk mengumpat dan menyatakan kejahatan atau keburukan orang lain:
  1. Orang yang dizalimi membuat aduan kepada pihak pemerintah ataupun pihak yang berautoriti agar kezaliman dapat dibanteras.
     
  2. Perbuatan mengumpat dan mendedahkan kesalahan adalah bertujuan untuk membasmi kemungkaran seperti apabila seseorang berkata kepada orang yang mempunyai kemampuan untuk mengubah kemungkaran: "Si Fulan melakukan kemungkaran. Maka cegahlah ia daripada kemungkaran tersebut". Namun hendaklah niat mengumpat tadi semata-mata kerana ingin mencegah kemungkaran.
     
  3. Meminta fatwa daripada seorang mufti yang mana orang yang bertanya terpaksa menggunakan umpatan bagi menjelaskan masalahnya kepada sang mufti. Contohnya si penanya bertanya "Ayah saya menzalimi saya kerana sebab begini dan begini. Bagaimanakah cara untuk saya mendapatkan hak saya?"
     
  4. Memberikan peringatan kepada para muslim terhadap kejahatan seseorang agar setiap orang dapat menghindari kejahatannya.
     
  5. Apabila seseorang itu menzahirkan kemungkaran yang dilakukannya secara terang-terangan. Maka ketika itu tidak mengapa seandainya kita menghebahkan kepada masyarakat tentang kejahatan yang dilakukannya kerana dia sendiri telahpun menzahirkan kejahatannya secara terang-terang.
     
  6. Mengumpat dengan tujuan mengenali seseorang. Apabila seseorang individu dikenali dengan sesuatu aib yang ada pada dirinya maka kita boleh menggunakan gelarannya yang merupakan aib tersebut atas tujuan untuk mengenali orang tersebut. Namun kebenaran ini dibolehkan dengan syarat si pemilik aib tersebut tidak merasa marah dengan gelaran aib yang disandarkan kepadanya selepas gelaran tersebut dikenali oleh orang ramai.
Sejarah Islam Bukti Bahawa Kesalahan Pemimpin Yang Dibuat Secara Terangan Ditegur Secara Terangan

Sejarah Islam sendiri telahpun mendedahkan kepada kita berkenaan dengan sikap umat Islam dahulu yang berani menyatakan kesilapan para pemerintah secara terang-terangan sekalipun mereka diancam dengan kematian.

Apabila Marwan bin al-Hakam yang merupakan pemerintah Bani Umayyah ketika itu cuba untuk membaca khutbah terlebih dahulu sebelum solat hari raya, tindakan beliau telah ditegur secara terang-terangan oleh seorang sahabat Rasulullah yang bernama Abu Said al-Khudri. Apabila Marwan bin Hakam tetap mahu berkhutbah dahulu sebelum solat hari raya, Abu Said al-Khudri telah merentap baju pemerintah tersebut agar dia tidak meneruskan niatnya untuk membaca khutbah sebelum solat. Dalam masa yang sama, seorang lelaki lain yang turut berada di situ telah menegur Marwan secara keras dengan berkata:

"Wahai Marwan. Engkau telah menyalahi Sunnah Nabi. Engkau telah mengeluarkan mimbar pada hari raya sedangkan sebelum ini mimbar tidak pernah dikeluarkan pada hari raya. Engkau telah mulakan dengan khutbah sebelum solat hari raya".

Lantas Abu Said al-Khudri bertanya kepada orang ramai siapakah lelaki berkenaan. Selepas mana hadirin memberi tahu nama lelaki tersebut kepada Abu Said al-Khudri, Abu Said telah berkata:

Adapun orang ini, dia telahpun menunaikan kewajipannya. Saya telah mendengar Rasulullah bersabda:

"Sesiapa yang melihat kemungkaran dan dia mampu untuk mengubah kemungkaran itu dengan tangannya, maka hendaklah dia mengubahnya dengan tangannya. Sekiranya dia tidak mampu, maka hendaklah dengan lidahnya. Sekiranya dia tidak mampu, maka hendaklah dengan hatinya dan itulah selemah-lemah Iman".
 
(Lihat kisah ini dalam Sahih Muslim: Hadith ke-9 daripada Kitab Solat al-`Idayn. Lihat juga Sunan Abi Daud Kitab al-Solat Bab al-Khutbah Yawm al-`Id). 

Antara contoh lain adalah Sultan al-`Ulama Izzuddin bin Abd al-Salam dan Ibnu al-Hajib al-Maliki. Dua tokoh ulama kurun ke-6 ini begitu berani mendedahkan kesilapan Raja Syria ketika itu di atas pentas mimbar Jumaat. Mereka berdua begitu lantang dalam khutbah mereka mendedahkan kepada umum berkenaan dengan dosa Raja Syria yang bersubahat dengan tentera Salib dalam menyerang Mesir sehingga raja tersebut tergamak membenarkan tentera Salib masuk ke kota Damsyik bagi tujuan membeli peralatan senjata daripada umat Islam. Al-Imam Izzuddin yang merupakan ulama besar dalam mazhab Syafi`e akhirnya telah dibuang negeri dan beliau akhirnya berhijrah ke Mesir dan tinggal di sana sehingga beliau meninggal dunia.

Ini adalah beberapa contoh kecil yang ada di dalam lipatan sejarah Islam. Maka apabila tindakan PAS mendedahkan kepada umum tentang kesilapan para pemimpin UMNO dipertikai oleh Fathul Bari, Ulamak Pelapis PAS sebenarnya sangsi dengan tahap keilmuan Islam yang dimiliki oleh beliau. Adakah Fathul Bari tidak pernah mengetahui perbahasan seperti ini ataupun beliau sebenarnya sengaja menidakkan fakta ini demi menjaga kepentingan peribadi beliau di dalam UMNO.

Ulamak Pelapis PAS meminta agar orang-orang yang berpendidikan agama di dalam UMNO menginsafi dan bertaubat kepada Allah S.W.T. serta bersikap tidak mengkhianati ilmu Islam yang dipelajari hanya semata-mata kepentingan keduniaan.

LAJNAH KEAHLIAN DAN ULAMAK PELAPIS
Dewan Ulamak PAS Pusat
Kuala Lumpur

HUTANG KERAJAAN UMNO & BN CECAH RM362.39 BILION !!!

Assalamualaikum Wbr.


Mendukung Biawak hidup la Rakyat Malaysia hasil kerakusan UMNO & BN

Kita Jangan Sekali-kali Jadi Seperti Negara Indonesia...Hutang bayar tak sudah !!! Pasti tugas berat bagi PR apabila menawan Putrajaya.

Peningkatan mendadak hutang negara dalam tempoh 5 tahun kepada RM362.39 billion seperti didedahkan oleh Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang dipercayai akibat KETIRISAN dan RASUAH.

Ketua Penerangan PAS Pusat, Idris Ahmad berkata, jumlah itu turut dipengaruhi kerugian RM10 billion dialami negara akibat RASUAH setiap tahun sebagaimana didedahkan oleh Ketua Setiausaha Negara.

"Hutang Kerajaan di dalam negara tahun lalu RM348.60 billion atau 96.2 peratus keseluruhan hutang Kerajaan Persekutuan.   Ini bermakna rakyat Malaysia seramai 26 juta menanggung hutang sebanyak RM14,000 setiap orang" katanya dalam satu kenyataan kepada Sinar Harian, semalam.

Beliau berkata, laporan Ketua Audit Negara 2009 mendedahkan berlaku penyelewengan agihan bantuan Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAPM) kepada murid tidak layak kerana maklumat pendapatan mereka meragukan.

"Malah, ada penerima memiliki kemudahan tidak sepadan dengan kedudukan kewangan diisytiharkan seperti saluran televisyen berbayar Astro, lebih sebuah kenderaan dan ada penghawa dingin di rumah." katanya.

Idris turut mempersoalkan keberkesanan pentadbiran oleh kerajaan pemerintah yang sentiasa mengaku 'bijak' sebaliknya negara dibebani hutang yang banyak.

"Adakah ini sebuah kerajaan yang berkesan dalam mentadbir negara?  Biasanya pemimpin UMNO di negara ini sering mendabik dada bahawa parti yang bijak memerintah ialah UMNO dan BN.  Selain mereka, tidak ada yang mampu." katanya.

Panglima7.
Inilah bahananya kalau mengundi UMNO dan BN.  Sudah-sudahlah mengundi UMNO dan BN.    Hutang negara dah mencecah RM362.39 billion pada tahun ini.  Kalau kita dok lagi bagi undi pada  UMNO & BN lagi.....tidak mustahil.....negara akan bangkrap dan muflis serta tergadai kepada negara asing.  

Kita akan mudah dijajah semula.  Kalau individu yang berhutang lebih RM30,000 dan tidak dapat membayarnya kepada pihak bank...bank boleh mengisytiharkan Muflis atau Bankrupcy kepada individu terbabit dan segala hartanya boleh dirampas dan dilelong.  kalau negara pula gagal membayar hutang sebanyak RM362.39 Billion dalam tempoh yang diberikan....apakah mungkin negara kita tak akan tergadai ????  Patutlah rakyat Malaysia tak habis-habis membayar Tol dari aku kecil hinggalah dewasa sekarang...ada yang sampai 35 tahun tak habis lagi dok bayar Tol.  Rupa-rupanya demi nak selesaikan hutang negara...rakyat bekerja setengah mati unutuk melunaskannya.  

Kasihan rakyat dan orang Melayu.  jadi Keldai UMNO.   Sedangkan pemimpin pemimpin UMNO bersenang lenang...dengan rumah dan mahligai mewah yang macam istana seperti di Klang.....sekarang nak bina pula Menara Warisan yang bakal menelan puluhan juta ringgit di Kg Baru kononnya sebagai mercu tanda kemajuan dan kejayaan orang Melayu.   

Apa yang Melayu dah maju dan berjaya setakat ini....tolong habaqkan kat aku.???   Aper dengan terdirinya Menara KLCC tuuu....orang Melayu boleh kenyang ker ????  Ada ker kedai dan gedung perniagaan orang Melayu di menara KLCC tu ???  Aduihhh...bangangnya Kerajaan UMNO ni.

Tepuk dada tanyalah fikiran dan iman.  Dan jangan jadi Keldai UMNO.

www.daulatpang5.blogspot.com

'FATWA' IKUT SUKA PAS - UMNO TERSANGAT GERUN KERJASAMA PAS DAN DAP ; TG NIK AZIZ

Nik Abdul Aziz Nik Mat

Tergerak hati saya untuk memberikan ulasan berkenaan kenyataan Timbalan Presiden UMNO ketika berkempen di Galas, semalam. Seperti yang disiarkan di bawah ajuk TPM BIDAS ’FATWA’ IKUT SUKA PAS di muka 3, akhbar Utusan Malaysia, 28 Oktober 2010, Tan Sri Muhyiddin Yasin dilaporkan menyebut :

''Perangai mereka macam biasalah, apa yang mereka buat 'halal' yang kita 'haram', yang dia (buat) masuk syurga, yang kita masuk neraka. Dari segi konteks kerjasama dengan masyarakat apa bezanya antara DAP dan MCA,"

Nampaknya pilihanraya kecil N.45 Dun Galas sekali lagi menjadi medan UMNO untuk menghentam PAS khususnya berkenaan kerjasama PAS dengan DAP. Nampak sangat kemarahan UMNO apabila PAS menjalinkan hubungan kerjasama dengan DAP. Gerun benar UMNO apabila PAS yang dijadikan hantu untuk menakut-nakutkan masyarakat Cina rupa-rupanya sudah boleh didekati dan tidak lagi digeruni.

Perbezaan kerjasama antara UMNO dan MCA serta MIC dalam Barisan Nasional dengan kerjasama PAS dan DAP dalam Pakatan Rakyat amat jelas sekali. Bagaikan langit dengan bumi. Hairannya, penjelasan demi penjelasan telah diberikan. Namun, apabila telinga disumbat dan mata ditutup, tidak ada gunanya segala penjelasan yang diberikan. Pada hemat saya, pemimpin UMNO sudah tenggelam dalam keghairahan untuk memburu kemenangan di Galas, hingga lupa tinggi rendahnya lantai tempat berpijak.

Beberapa hari lepas, orang yang sama telah mencadangkan supaya Sejarah menjadi mata pelajaran yang wajib lulus dalam SPM mulai tahun 2013, saya ingin menambah bahawa al-Quran sendiri tidak pernah meninggalkan aspek sejarah dalam penceritaannya. Bermula dengan sejarah penciptaan manusia seterusnya sejarah dakwah para nabi dan juga sejarah kehancuran umat-umat terdahulu, al-Quran mahukan kita belajar dari sejarah. Justeru, PAS sendiri tidak pernah lupa untuk berguru dengan sejarah.

Bukankah sejarah mencatit bagaimana PAS telah diajak masuk bergabung ke dalam Barisan Nasional oleh Allahyarham Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia pada tahun 1973? Dengan hati yang ikhlas, PAS pada masa itu menyambut huluran tangan perpaduan tanpa menyedari musibah yang akan dihadapi. Rupanya Barisan Nasional hanyalah merupakan perangkap bagi PAS. PAS bergabung dengan UMNO membentuk Barisan Nasional demi perpaduan, namun hasilnya PAS di Kelantan khususnya telah berpecah kepada empat :- PAS, Bebas Bersatu, Hamim dan Berjasa. PAS hampir-hampir ranap akibat perpecahan tersebut. Seterusnya peristiwa PAS ditendang daripada Barisan Nasional dan akhirnya kehilangan kerajaan di Kelantan pada tahun 1978. Apa hasilnya kerjasama PAS dengan UMNO? Tangan UMNO yang terkapai-kapai kelemasan dipegang erat oleh PAS, lalu PAS pula ditendang supaya lemas keseorangan.

Dengan DAP yang dikatakan chauvinis Cina, PAS tidak dikhianati. Jika Timbalan Perdana Menteri bertanya, apa bezanya kerjama dalam Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat? Jawapannya, kerjasama PAS dengan DAP dalam Pakatan Rakyat tidak pernah menjejaskan prinsip PAS sebagai sebuah gerakan Islam. PAS masih dengan agenda Islamnya bahkan kami di Kelantan setiap tahun meraikan Hari Hudud. Islam tidak pernah diketepikan di dalam perjuangan PAS. Bahkan DAP sendiri pernah keluar daripada Barisan Alternatif apabila tidak dapat menerima agenda Islam yang dibawa oleh PAS. Secara umumnya, pemimpin DAP tidak anti Islam dan hari ini beransur-ansur mengenali Islam. Sekurang-kurangnya Islam sudah tidak digeruni oleh non muslim sebagaimana yang UMNO mahukan. Pemimpin DAP sekurang-kurangnya ada yang sudah boleh memetik ayat-ayat al-Quran untuk rujukan, pemimpin UMNO pula semakin menjauhi al-Quran. Ingin saya bertanya, apa ruginya Islam apabila DAP mula berjinak-jinak dengan Islam?

Sayang sekali, UMNO masih berfikir dengan kerangka perjuangan Melayu yang sempit. Melayu pun tidak terbela, Islam pun tidak terjaga. Umpama lebai malang, ke hilir pun berlapar, ke hulu pun tidak kenyang. Kononnya, bila Melayu dan Islam ialah perkara yang sama. Jika demikian, kenapa UMNO membenarkan isteri Perdana Menteri sendiri menjadi penaung Islamic Fashion Festival? Pada saat umat Islam yang prihatin di seluruh Malaysia bangun menentang program maksiat yang dibuat atas nama Islam ini, di mana pula ’keris’ pemimpin UMNO? Tersimpan dalam sarungkah atau hanya menjadi hiasan di dinding? Manakala hari ini apabila pentadbiran kerajaan UMNO/Barisan Nasional bercadang untuk menjadikan Malaysia sebuah hub pusat hiburan malam kononnya bagi memacu industri pelancongan mengikut Program Transformasi Ekonomi (ETP), di pagar mana pula disangkut agenda Melayu Islam ala UMNO?

Hakikatnya, UMNO yang memperalatkan Islam. Bila tersepit, Islam juga yang dicari. Bukankah salah seorang Naib Presiden UMNO sendiri sewaktu Perhimpunan Agung UMNO yang lepas mencadangkan supaya UMNO menjadikan masjid sebagai tempat untuk mendaftar pengundi baru? Hairan saya, tidakkan bagi UMNO politik tidak boleh dibawa ke masjid? Hari ini, bila tersepit UMNO sendiri mula menggadaikan prinsip? Bukankah saya dihentam begitu teruk kerana kononnya ingin berpolitik di atas masjid? Nampaknya, selepas bangunan UMNO di Kota Bharu sudah terjual, UMNO sendiri sudah ingin menjual prinsipnya pula..

Nasihat saya, kembalilah kepada Islam. Tinggalkanlah pemikiran sekular yang tidak akan sampai ke akhirat. Sangatlah jauh berbeza pemikiran seorang mukmin dan seorang pendukung sekular. Orang-orang Mukmin melihat jauh ke akhirat berbeza dengan orang-orang sekular melihat hanya setakat dunia sahaja. Umpama seorang anak yang berumur dua tiga tahun bila bersama ibunya ke pasar. Anak kecil itu hanya berfikir untuk membeli belon dan alat-alat permainan yang boleh menyeronokkan. Berbeza dengan pemikiran si ibu yang berfikir lebih jauh, pemikiran ibu berkisar kepentingan sekeluarga, apakah lauk pauk atau makanan yang perlu dibawa pulang untuk kesiapan rumah nanti. Itulah perumpamaan pemikiran sekular yang hanya terhenti setakat di dunia, ia tidak lebih umpama seorang anak kecil yang hanya berfikir untuk alatan permainannya semata-mata.
 
http://sedakasejahtera.blogspot.com

Kesian orang Melayu Pulau Pinang......

Tanah orang Melayu semakin kurang

GEORGETOWN - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pulau Betong, Muhamad Farid Saad mempertahankan tindakannya mendedahkan masalah tanah orang Melayu di Pulau Pinang bagi menyedarkan mereka daripada terus terlena.

Menurutnya, langkah tertentu perlu diambil bagai memastikan tanah yang ada tidak terus terlepas ke tangan orang lain yang mempunyai kuasa beli tinggi.

“Orang Melayu dihimpit dari pelbagai sudut sama ada oleh Kerajaan Negeri pimpinan DAP dan kuasa beli sektor swasta yang dikuasai kaum tertentu.

“Pelbagai polisi dan cara dilakukan untuk 'menghalau' atau meminggirkan orang Melayu dari tanah mereka sendiri.

“Orang Melayu menjual tanah yang ada kepada pemaju swasta kerana tawaran harga lumayan manakala penduduk berdekatan tidak mampu membeli rumah kerana harga di luar kemampuan mereka,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian semalam.

Menurutnya, tuduhan Ketua Menteri, Lim Guan Eng bahawa beliau bersikap rasis dengan membangkitkan masalah itu pada Perhimpunan Agung UMNO di Kuala Lumpur minggu lalu adalah tidak berasas.

“Saya membuat kajian terperinci. Hasilnya saya dapati tanah milik orang Melayu di Daerah Timur Laut hanya 1.16 peratus, Balik Pulau (15.07 peratus), Seberang Perai Utara (44.20 peratus), Seberang Perai Tengah (23.55 peratus) dan Seberang Perai Selatan (18.09 peratus).

(Sumber dari sini)

P/S:-Kami sangat menyokong apa yang diperkatakan oleh ADUN yang seorang ini.Dan kami dengan ini meminta supaya dijalankan siasatan yang mendalam bagi menyelesaikan masalah tanah ORANG MELAYU yang berlaku di Pulau Pinang ini.

Kalau boleh senaraikan :-

1.Siapa pemilik terkini tanah-tanah tersebut,

2.Bila ia diambil atau dipindah milik,

3.Atas kelulusan siapa arahan pindah milik tersebut,

4.Pada tahun berapa pindah milik itu berlaku,

5.Atas alasan apa tanah-tanah tersebut di pindah milik,

6,7,8........

Kita tunggu dan lihat adakah siasatan akan dijalankan.Dan lagi satu kalau boleh,siasat juga tukar milik TANAH-TANAH di JERANTUT ini.Dan kami mencadangkan supaya soalan-soalan di atas juga diguna untuk siasatan ini dan seterusnya bentangkan hasil sisatan dalam MEDIA ARUS PERDANA dan juga MEDIA SOSIAL yang berlambak ada sekarang.

BOLEH??????

  
sumber dari http://pemudajerantut.blogspot.com/

Wednesday, October 27, 2010

JURU KUNCI" GUNUNG MERAPI DI PERCAYAI RENTUNG DALAM KEADAAN SUJUD

Jenazah mirip Mbah Maridjan sedang sujud ditemui

YOGYAKARTA: Mbah Maridjan, Jurukunci Merapi yang berkeras enggan meninggalkan gunung berapi berusia 400,000 tahun itu, dipercayai meninggal dunia dalam kejadian letusan gunung itu petang semalam.

Pihak berkuasa termasuk doktor percaya satu jenazah melecur yang ditemui dalam keadaan bersujud ke arah kiblat dalam bilik tidur di rumahnya di kaki gunung itu di Cangkringan daerah Sleman, adalah Mbah Maridjan yang berusia 83 tahun.

Mereka, bagaimanapun, enggan mengesahkan perkara itu sehingga hasil ujian DNA diperolehi.

Dr Kresno Heru Nugroho dari Hospital Sardjito di sini berkata, mayat berkenaan mempunyai ciri-ciri fizikal Mbah Maridjan, termasuk satu ibu jari tangannya yang bengkok, serta warna dan pakaian terakhir yang dikenakannya sebelum bencana itu petang semalam.

Beberapa hari sebelum ini, Mbah Maridjan dilaporkan memberitahu saudara maranya bahawa beliau tidak akan meninggalkan gunung Merapi kerana memikul amanah sebagai Abdi Dalem Kraton Jogja (menghamba diri kepada Sultan Jogja) sebagai penjaga gunung itu.

Pasukan penyelamat malam tadi menemui 15 mayat di dalam dan luar rumah beliau yang melecur akibat suhu tinggi awan panas debu volkanik yang turun sebagai hujan abu dalam kejadian letusan Merapi petang semalam.

Satu daripada empat jenazah itu, yang ditemui dalam rumah Mbah Maridjan dikenalpasti sebagai wartawan portal berita vivanews.com berdasarkan dokumen pengenalan diri di mayat itu.

Mayat selebihnya ditemui bergelimpangan di halaman rumah jurukunci Merapi itu turut melecur.

Selain mereka, seorang bayi juga mati akibat hujan abu panas gunung merapi itu.

Puluhan ternakan lembu penduduk kampung di lereng gunung Merapi juga ditemui mati dalam kejadian berkenaan.

Sungguhpun sudah mengambil alih sebagai Jurukunci Merapi sejak awal 1980-an, nama Mbah Maridjan hanya menjadi popular semasa bencana letusan Merapi 2006 ketika beliau enggan berpindah meninggalkan rumahnya dengan alasan belum mendapat perintah Sultan Jogja untuk meninggalkan gunung itu.

Ketika itu, katanya beliau menerima tugas sebagai Jurukunci Merapi dari Almarhum Sultan Hamengku Buwono IX dan belum ada perintah dari sultan sekarang untuk beliau pergi dari situ.

Padahal masa itu Sultan Hamengku Buwono X yang juga Gabenor Yogyakarta (anak Sultan Hamengku Buwono IX) sudah mengeluarkan perintah beliau berpindah namun Mbah Maridjan menganggap putera Sultan HB IX itu bukan raja, melainkan hanya seorang gabenor. - BERNAMA

(GAMBAR) LAGI PROJEK MEE SEGERA UMNO DI GALAs

Nampaknya UMNgOk sekali lagi mengumumkan projek 'mee segera' dalam usaha merasuah masyarakat Galas apabila menjadikan Gua Musang menjadi jajahan pertama di Kelantan menerima perkhidmatan melayari internet tanpa wayar secara percuma melalui program “Kampung Wifi” melibatkan 30 buah kampung dalam jajahan itu.

Turut hadir calon Barisan Nasional (BN) bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) kawasan Galas, Abdul Aziz Yusoff, Pengerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia, Tan Sri Khalid Ramli dan ADUN Paloh, Datuk Nozula Mat Diah.







www.dppwm.blogspot.com

sumber dari kementerian depa sendiri http://www.kpkk.gov.my/index.php?option=com_content&view=article&id=2140%3Amajlis-pelancaran-program-kampung-wifi-gua-musang-oleh-yb-dato-seri-utama-dr-rais-yatim-menteri-kpkk-pada-26102010&catid=16%3Acover-flow&lang=bm

ISU RM4 BILLION : PEMUDA UMNgOk KELANTAN DAH XDE ISU...

Nampaknya Pemuda UMNgOk Kelantan dah takde isu yang hendak dimainkan lagi rasanya... isu RM4 billion pulak nak dibangkitkan... isu tue dah lama SPRM dan Polis tutup buka...buang masa SPRM je nak siasat sebab cek tue pun bukannya dah clear... benda replika je... letak RM200  billion pun boleh.... budak lulusan 'SPM' pun boleh buat... baik suh siasat projek yang terang-terang umum kat Galas... lagi baik. Saya petik (dari blogger UMNgOk):-

Semalam 3.30 Petang - Bertempat di Ibu pejabat Polis Daerah Kota Bharu, Pergerakan Pemuda UMNO Kelantan yg diwakili oleh Pen. Setiausaha Pergerakan itu, Che Othman Che Wil telah membuat laporan polis berhubung dengan sumbangan sebanyak RM 4 Billion yg didakwa telah disumbangkan oleh sebuah syarikat kpd Parti PAS berkaitan dgn Projek Super Mega Seri Tujuh.

(muka mamat mangkuk.. termasuk yang pakai topi tue...)

Che Othman yg turut diiringi oleh kira-kira 40 org anggota Pemuda Kelantan dalam kenyataan akhbarnya menjelaskan bahawa laporan polis dibuat agar pihak berkuasa dapat menyiasat tentang kesahihan berhubung dakwaan ini kerana ia melibatkan imej sebuah kerajaan negeri Kelantan. 
 
www.dppwm.blogspot.com

KULI BAKAL JAHANNAMKAN NAJIB & MUHYIDDIN DI GALAS

Ku Li anak raja yang cerdik dan berjiwa besar serta memiliki ciri-ciri negarawan. Berbeza sama sekali dengan Dr Mahathir bagai langit dengan bumi.

Lihat kenyataannya tentang PRK Galas. Beliau tidak begitu agresif berkata tentang kemenangan dan kekalahan. Bagi Ku Li , menang kalah Kelantan tetap di perintah PAS. Macam juga "main sorok-sorok" di PRK Galas.
 
Ku Li syorkan PRK Galas dijalankan dalam suasana santai, kekeluargaan dan riang ria. Iyalah menang kalah Parti Najib tetap jadi pembangkang di DUN Kelantan.

Melihat kepada kenyataan Ku Li ini, tentunya Kerajaan Putrajaya tidak seronok. Mana mungkin kita taburkan puluhan juta RM tiba-tiba Ku Li kata menang kalah, kerajaan negeri tidak berubah. Lebih malang lagi Ku Li tetap sokong Kerajaan Kelantan mengenai isu royalti minyak. Sikap Ku Li inilah yang memeningkan kepala Najib dan Muhyiddin. Mana mungkin orang UMNO berfikiran berlawanan dengan polisi Kerajaan Pusat?

Mungkinkah Ku Li menyedari dan dapat mengesan"muslihat " PMNajib dan TPM Muhyiddin memilihnya jadi Pengarah PRK Galas. Kini tiba masanya Ku Li pulangkan balik "peluru"nya pada Najib dan Muhyiddin.

Ku Li menyedari medan Galas adalah umpama "lubang kubur" yang disediakan untuknya oleh UMNO Pusat. Jika menang, Najib dan Muhyiddin serta UMNO Pusat tumpang semangkuk bangga. Tapi bagi UMNO Pusat, seeloknya biar UMNO tewas di Galas supaya karier Ku Li senang ditalkinkan. Agar Ku Li tidak berpeluang bertanding jawatan Presiden UMNO tahun depan.

PRK Galas sebenarnya adalah "medan peperangan" antara puak Najib bersatu dengan puak Muhyidin bertarung dengan puak Ku Li. Bukannya pertarungan UMNO dan PAS. Sebab itulah Ku Li mahukan pertarungan PAS dengan UMNO( baca: Ku Li) berlawan secara semangat kekeluargaan sahaja. Kerana bagi Ku Li beliau mahu tumpukan fokus terhadap "lawan yang sebenar".

Hakikatnya, Ku Li, Najib dan Muhyiddin punya agenda masing-masing di PRK Galas. Semuanya tidur satu bantal(UMNO) tetapi punya mimpi yang berlainan. Masing-masing berhajat untuk menghunuskan "keris telanjang" sesama sendiri! 

www.tunhisyamuddin.blogspot.com

KERAJAAN HARAM ISRAEL MENGHALANG PARA PETANI SALFIT MEMASUKI LADANG ZAITUN



Rabu, 27 /10/2010 - Pihak berkuasa Israel terus menghalang petani-petani di barat Salfit, bandar Masha daripada memasuki tanah mereka yang terletak di belakang tembok pemisah. Para petani semakin bimbang dengan ancaman pendatang merampas atau memusnahkan tanaman mereka, demikian menurut sumber tempatan pada Isnin.

Sumber-sumber tersebut mengatakan pihak berkuasa Israel mendakwa mereka tidak dapat mengeluarkan permit kemasukan melalui pintu tembok kerana masalah teknikal komputer. Dalam satu lagi kejadian berkaitan, beberapa warga Israel yang berada di penempatan Tafuh telah menyerang petani-petani di bandar Yasuf. Pendatang-pendatang Israel itu merampas tanaman zaitun, menghina dan melepaskan anjing-anjing kepada para wanita tempatan.

PELABURAN DI PERAK MERUDUM SELEPAS BN BERKUASA

Pelaburan di Perak 2009 merosot

PETALING JAYA: Perak yang mengalami pelbagai rombakan dalam pemerintahan sepanjang tahun 2008 dan 2009 lalu, menyaksikan perbezaan kedudukan pelaburan bagi kedua-dua tahun dan mencatatkan penurunan sehingga RM86.85 juta.

Melalui analisis perbandingan yang dipetik dalam Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2009, menunjukkan pelaburan di Perak menunjukkan penurunan sehingga 12.0 peratus kepada RM635.50 juta (2009), berbanding RM722.35 juta pada tahun 2008.

Perak mengalami perubahan besar sepanjang tempoh itu, apabila kerajaan Pakatan Rakyat yang dipilih rakyat pada pilihan raya umum ke-12 lalu, dirampas oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) yang kini menjadi nadi pemerintahan di negeri itu.

Jika dilihat daripada keseluruhan kedudukan pelaburan Perak dari tahun 2005-2009 telah menunjukkan penurunan pada 2006 dan 2007. Kedudukan pelaburan negeri itu meningkat semula pada 2008 tetapi menurun semula pada tahun 2009.

"Ini disebabkan Simpanan Tetap berjumlah RM93.15 juta telah dicairkan untuk menampung defisit aliran tunai kerajaan negeri, kata laporan itu yang dipetik FMT.

"Pengurangan aliran tunai antara lain disebabkan oleh peningkatan dalam perbelanjaan aset. Baki pelaburan pada tahun 2005 hingga 2009 adalah yang terendah dalam tempoh lima tahun kebelakangan ini."

Sementara itu, pada 2009 baki hutang kerajaaan negeri kepada kerajaan Persekutuan telah meningkat sebanyak RM57.26 juta atau 6.9 peratus menjadi RM887.85juta berbanding RM830.59 juta pada tahun 2008.

"Peningkatan ini disebabkan penerimaan pinjaman daripada Kerajaan Persekutuan berjumlah RM94.06 juta bagi Projek Bekalan Air," laporan itu dipetik.

Kedudukan hutang kerajaan negeri berjumlah RM887.85 juta pada 2009 berbanding RM830.59 juta tahun sebelumnya.

Kedudukan baki hutang ini akan berkurangan dengan ketara sekiranya pihak Pengurusan Aset Air Bhd (PAAB) mengambil alih hutang bekalan air menjelang tahun 2011.

Tiada tunggakan bayaran balik pinjaman

Perak adalah satu-satunya negeri yang sentiasa membayar pinjaman kepada kerajaan persekutuan mengikut jadual dan tidak mempunyai tunggakan bayaran balik pinjaman bagi tempoh 2005 hingga 2009.

"Kerajaan negeri berupaya untuk menjelaskan hutang awam termasuk faedah sejumlah RM38.62 juta terhadap 71 pinjaman mengikut jadual bayaran balik pinjaman.

"Penyata hutang awam berakhir 31 Disember 2009 menunjukkan Perak telah menyelesaikan empat pinjaman di bawah Rancangan Perumahan Awam berjumlah RM6.49 juta dan satu pinjaman di bawah Rancangan Pembangunan Perusahaan berjumlah RM4 juta," demikian menurut laporan itu.

Secara keseluruhannya, analisis audit mendapati kedudukan kewangan kerajaan negeri Perak bagi tahun 2009 adalah memuaskan.

Laporan itu menyimpulkan bahawa, kerajaan negeri perlu mempertingkat dan memperkukuhkan lagi prestasi kewangan dengan mengekalkan perbelanjaan berhemat tanpa menjejaskan mutu perkhidmatan dan pembangunan ekonomi negeri.

Tindakan lebih berkesan hendaklah diambil untuk mengutip tunggakan hasil yang berjumlah RM198.57 juta.

Bagaimanapun, tunggakan pinjaman daripada Perbadanan Kemajuan Negeri Perak, Yayasan Perak dan Majlis Daerah Tanjong Malim yang telah matang berjumlah RM15.74 juta hendaklah dituntut.
 
http://batuvskayu.blogspot.com

GAMBAR-GAMBAR 282 TERKORBAN DALAM TSUNAMI DI SUMATERA

Korban tsunami di Mentawai meningkat
PADANG 27 Okt. - Kapal-kapal tentera laut yang sarat dengan ubat-ubatan dan makanan serta helikopter yang membawa pasukan penyelamat hari ini bergegas ke rangkaian pulau terpencil Indonesia yang dilanda tsunami setinggi tiga meter, menghanyutkan perkampungan dan meragut sekurang-kurangnya 282 nyawa.

Ombak bergelora dan cuaca buruk menjejaskan operasi menyelamat, memaksa penduduk kampung mengusahakan perkara keperluan secara sendiri selama hampir dua hari.

Ketua daerah, Edison Saleho berkata, disebabkan tidak cukup orang untuk menggali kubur, mayat-mayat mangsa masih bergelimpangan di pantai dan jalan raya manakala nelayan turun ke laut untuk mencari mangsa terselamat.

Garis sesaran yang runtuh pada Isnin lalu di perairan pulau Sumatera, adalah punca sama kepada gempa bumi tahun 2004 dan tsunami raksasa Lautan Hindi yang membunuh 230,000 orang di berpuluh-puluh negara.

Pegawai bencana gagal memasuki kampung di kepulauan Mentawai, destinasi popular peluncur ombak yang biasanya memakan masa 12 jam perjalanan menggunakan bot.

Bagaimanapun persediaan untuk menghadapi perkara tidak diingini telah disiapkan hari ini.
Beratus-ratus beg mayat telah dihantar ke lokasi kejadian, ketua unit gerakan bencana Kementerian Kesihatan, Mudjiarto.

Gempa bumi 7.7 skala Richter yang berlaku malam Isnin lalu pada kedalaman hanya 20 kilometer di bawah laut diikuti dengan sekurang-kurangnya 14 gegaran susulan dengan gempa terkuat pad 6.2 skala Richter.

Pengarah pusat pengurusan bencana wilayah Sumatera Barat, Harmensyah menyatakan angka kematian meningkat kepada 272 orang dengan lebih 400 lagi masih hilang.

Pesawat kargo pertama membawa 16 tan khemah, ubat-ubatan, makanan dan pakaian tiba hari ini, kata jurucakap Agensi Pengurusan Bencana Kebangsaan, Nelis Zuliastri.

Seorang lagi pegawai bencana, Ade Edward menyatakan dua buah helikopter juga sedang dalam perjalanan termasuk sebuah bot membawa berpuluh-puluh anggota polis dan tentera. - AP
Bencana Tsunami Mentawai Indonesia
Bencana Tsunami Mentawai Indonesia
Bencana Tsunami Mentawai Indonesia
Bencana Tsunami Mentawai Indonesia
Bencana Tsunami Mentawai Indonesia
Bencana Tsunami Mentawai Indonesia