Sejurus selepas mulanya tempoh rasmi berkempen, calon PAS Hassanuddin Salim mendakwa Jabatan Agama Islam Pahang kini mengambil alih secara sementara semua 22 masjid di DUN Kerdau.
Dakwanya, tindakan itu akan memberikan kelebihan kepada lawannya Syed Ibrahim Syed Ahmad daripada BN yang mudah berkempen di rumah ibadat tersebut dan tidak memberikan peluang sama rata kepadanya."Kita tidak marah dia hendak kawal semua. Tetapi saya menyeru kepada kerajaan supaya memberika peluang sama rata kepada kita supaya rakyat dapat menilai (hujah masing-masing)," katanya.
Berceramah pertama kali sebagai calon yang disahkan bertanding oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) semalam, Hassanuddin berkata, jika dibandingkan dengan calon BN yang berlatarbelakangkan pengajian Islam, beliau yang didik dalam parti Islam juga tidak kurang pengetahuan agamanya.
"Kalau setakat berkhutbah dan memberikan tazkirah itu, selepas didik dalam parti Islam (PAS), saya rasa saya juga mampu. Saya menyeru, berilah supaya rakyat dapat menilai (kedua-dua calon)," katanya di hadapan kira-kira 100 penyokong PAS dalam ceramah dan perlancaran Buku Jingga Pakatan Rakyat di DUN Kerdau.Turut sama dalam majlis itu Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan naib presidennya Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man serta pemimpin penting Pakatan Rakyat lain, termasuk Naib Presiden PKR Fuziah Salleh dan pengarah strategik parti itu Rafizi Ramli.
Hassanudin juga menyeru penyokong parti itu bekerja bersungguh-sungguh memenangkan wakil PAS supaya ia memberika isyarat kesediaan mereka merampas teraju pemerintahan Pahang dan negara ini daripada BN."Kemenangan di Kerdau ini juga penting untuk kita tunjukkan pelaksanaan dalam Buku Jingga," katanya sambil mengingatkan kebangkitan rakyat di Timur Tengah seperti di Tunisia dan Mesir.
Dalam pilihan raya kecil pada 6 Mac ini, Hassanuddin menggalas tugas berat untuk menewaskan Syed Ibrahim yang juga penasihat agama kepada menteri besar Pahang dan seorang yang berpendidikan agama daripada Universiti Al-Azhar - pusat pengajian paling berpengaruh dalam dunia Islam.
http://bloglistpolitik.blogspot.com/


“Saya kira Perdana Menteri
Beliau mengulas laporan berita dalam laman web
Secara panjang lebar, Nik Aziz kemudiannya menyoal neraca mana nama ganas itu mahu ditampal dan mempersoalkan sama ada setiap perbuatan menuntut hak setelah dinafikan itu didakwa sebagai ganas.
“Hanya di Madinah, barulah Allah SWT memerintahkan agar umat Islam berperang membela diri dan menjaga maruah.
Menurut Nik Aziz, Hosni Mubarak telah menzalimi rakyat Mesir selama 30 tahun dan bila pilihan raya diadakan pula, diktator itu akan mendapat kemenangan hampir 99.99 peratus.
Menurut Nik Aziz, Islam tidak mengajar umatnya untuk melakukan keganasan, tetapi Islam tidak pula membenarkan umatnya menghina diri dan merelakan perlakuan zalim ke atas diri mereka.
“Apabila rakyat Palestin bertindak walaupun hanya dengan melontar batu, mereka sudah dianggap ganas! Alangkah sengetnya neraca yang mereka gunakan,” kata Nik Aziz.
“Istighfarlah banyak-banyak. Ingatlah kepada Allah SWT sebelum melabelkan ulama yang mulia dengan tuduhan seperti itu. 

Menurut laporan Sin Chew Daily hari ini, keputusan tidak menerima akhbar tersebut dibuat oleh lembaga SRJK (C) Semambu selepas bermesyuarat malam semalam.





























