Monday, May 23, 2011

Apa yang terjadi kepada mereka?

Beberapa tahun(tak sampai pun!) yang lalu,terdapat satu kes KECURIAN ENJIN JET dari TUDM Malaysia.Mungkin kes itu sekarang tidak lagi dalam perhatian orang ramai,lebih-lebih lagi Melayu.Sebab Melayu kan MUDAH LUPA!

Pernahkah kita terfikir apa yang berlaku kepada mereka yang dilapor atau dituduh mencuri ENJIN kapal terbang tersebut?Apa yang telah terjadi kepada mereka?

Cerita dari BH Online....

Sarjan Tharmendran kekal bebas dari tahanan TUDM


2011/05/23

PUTRAJAYA: Sarjan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), N Tharmendran, yang ditangkap dan ditahan oleh TUDM kerana gagal hadir tugas tanpa cuti (AWOL) kini kekal bebas dari tahanan.

Keputusan itu berikutan tindakan TUDM menarik balik permohonan bagi memfailkan notis rayuan melebehi tempoh masa di Mahkamah Persekutuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang memerintahkan penahanan Tharmendran itu tidak sah di sisi undang-undang.
Hakim Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin, yang mengetuai panel tiga hakim, hari ini membatalkan permohonan TUDM selepas Timbalan Pendakwa Raya, Manoj Kurup memaklumkan mahkamah mengenai penarikan balik permohonan itu.
Dua hakim lain dalam panel ialah Hakim Tan Sri Mohd Ghazali Mohd Yusoff dan Datuk Abdull Hamid Embong.

Pada 25 November tahun lalu, Tharmendran, 43, ditahan lima pegawai dari Jabatan arah Provos Marshal TUDM di perkarangan kompleks Mahkamah Shah Alam selepas dibebaskan dengan ikat jamin RM50,000 atas tuduhan bersuhabat mencuri dua enjin jet milik TUDM.

Pada hari berikutnya, Tharmendran memfailkan permohonan habeas corpus untuk dibebaskan daripada Pusat Tahanan Kem Batu Kentonmen, Jalan Ipoh, Kuala Lumpur.

Di luar mahkamah, peguam Amer Hamzah Arshad, yang mewakili Tharmendran, memberitahu pemberita bahawa penahahan anak guamnya berakhir berikutan penarikan permohonan oleh TUDM.
Sementara itu, Manoj memberitahu Tharmendran sudah kembali bertugas.

Bagaimanapun, Tharmendran masih berdepan dengan perbicaraan di Mahkamah Sesyen Petaling Jaya atas tuduhan bersuhabat mencuri serta melupuskan dua enjin jet pejuang milik TUDM. 


(cerita dari MTD Pulau Tawar)

Kedudukan terbaik abad ini.....


Salah seorang penyumbang kepada peningkatan jumlah peminum arak negara

KUALA LUMPUR, 23 Mei: Kemunculan Malaysia sebagai negara yang menduduki tangga ke-10 peminum arak paling ramai di dunia, jelas meletakkan Malaysia sebagai negara lebih teruk dari negara-negara bukan Islam di seluruh dunia.

Dengan kedudukan itu juga, jelas melambangkan kegagalan Kerajaan BN yang ditunjangi Umno dalam mendidik rakyatnya tentang bahaya arak agar menjauhinya.


Akhbar milik MCA, The Star semalam menyiarkan statistik tahun ini yang dikeluarkan oleh Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) bahawa Malaysia menduduki "ranking Top 10" peminum arak paling ramai di dunia.


WHO turut menjelaskan, Malaysia membelanjakan US$500 juta (RM1.5 bilion) untuk alkohol dengan kadar penggunaan per kapita sebanyak 7 liter, manakala penggunaan beer di Malaysia pula mencecah 11 liter per kapita.

(sumber dari http://depakataakukata.blogspot.com/)

Thursday, May 19, 2011

Pendapat saya tentang Jalan Jengka 8 ke Jerantut......


Assalamualaikum w.b.t.Apa kabar semua?Tentu sihat dan walafiat.Ini mesti sebab harga gula naik,dan kita sebagai RAKYAT PAHANG menyahut saranan MB yang mana menggalakkan kita mengurangkan penggunaan gula apabila gula naik.Hebat sungguh MB PAHANG!(Puuuiihhh!)

Tadi saya baru pulang dari Bandar Jengka,melawat seorang rakan yang dimasukkan ke HOSPITAL akibat lebihan TOKSIK dalam badan.Ini mesti lebih makan TOKSIK, sebab itu masuk hospital sebab toksik tu,heheheheheheh.Lepas ni boleh la naikkan harga toksik pulak.Nak mujur kurang orang yang kena sakit macam ni.

Saya pulang tentulah mengikut JALANRAYA dari Jengka 8 ke Jerantut.Ini adalah kaitan dengan beberapa artikel yang memuji Kerajaan BN dalam pembangunan dari blogger sekitar Jerantut.

Jalan raya dari J8 ini baru sahaja beberapa tahun di bina dan digunakan.Mungkin lebih kurang dengan HIWAY LPT saya rasa.Keadaan pun lebih kurang serupa je. Siapa yang selalu guna jalan tersebut?Saya kadang-kadang sahaja.

Tapi dalam pada kadang-kadang ni pun,terasa SEKSA yang amat sangat.Jalan lama yang melingkar macam ular sawa dulu pun lebih baik saya rasa kualiti dia.Sekejap rasa macam naik kereta,sekejap rasa macam naik KUDA.Kengkadang ada juga rasa macam naik KAPAL DI LAUTAN!

Kenapa ini berlaku?Siapa yang bawa pembangunan? Kerajaan?Kerajaan mana? Takkanlah kerajaan yang cekap memerintah dah lebih 50 tahun masih ada yang tersilap?Mustahil!Ataupun ada unsur-unsur rasuah semasa PROJEK ini dijalankan?

Jadi siapa yang bina Jalanraya ini?Siapa yang membawa kemajuan yang BURUK seperti ini?Mungkin Indon atau Bangla yang buat Jalan itu agaknya!Atau mungkin juga KONRAKTOR KRONI yang menjadi TOKEY buat Jalan ini agaknya!Atau mungkin juga ..........Macam-macam kemungkinan yang kita dapat agak.

Tak tahulah yang mana satu!Kalau setakat buat jalan yang TAHAN sekejap ni,ada binatang yang pandai buat.Cuba panggil dia! 


(Link dari N9 TAHAN

Negara berpendapatan tinggi.........

Saya baru sahaja pulang dari luar negeri,(Negeri Sembilan,bukan United Kingdom).Banyak cerita yang saya dengar dari tempat lain.Berbagai sangat ceritanya.Tapi mungkin tak direct dengan kita.Jadi saya nak ambik lah cerita yang saya rasa kena dengan kita.

Posting yang lepas saya tulis pasal minyak naik.Baru-baru ini,sengaja saya tidak tulis pasal kenaikan yang berlaku.Bukan apa,saja nak tengok pendapat orang.Semasa saya berada di Negeri Sembilan,boleh tahan ramai juga yang marah.Tapi yang pentingnya kita tengok sahajalah dalam PRU13 nanti,apa kesannya.

Saya nak bebel sikit pasal harga GULA yang baru naik hari ni.Mungkin lepas ni ada sahabat-sahabat dari UMNO dan BN akan PANGKAH saya bab kenaikan harga barang ni.Ikutlah deme,itu hak deme.Saya cuma menyuarakan pendapat dan buah fikiran saya.ITU HAK SAYA!

Petikan di dalam Utusan Malaysia ONLINE

PUTRAJAYA 9 Mei - Kerajaan hari ini mengumumkan kenaikan harga gula sebanyak 20 sen kepada RM2.30 sekilogram berkuat kuasa esok.

Jadi saya nak ucapkan terima kasih kepada kerajaan yang memerintah hari ini.Dengan kenaikan gula ini dapatkan saya menyelamatkan diri dari KENCING MANIS kerana kurangkan penggunaan gula dala kehidupan seharian.Dan begitulah juga lebih kurang jawapan dari antara MENTERI BESAR yang BIJAK dalam Malaysia iaitu MB PAhang.Katanya"Kalau gula mahal,jangan makan gula,minum susu!"

Kalau harga BERAS naik?Jawabnya kena makan KULAT je lah!Jawapan macam budak sekolah rendah.

Tapi,tak mengapalah.Mungkin ini lah yang dikatakan negara berpendapatan tinggi dengan rakyat senang hati apabila harga barangan semuanya naik.Pendapatan tinggi kan?Semua boleh beli!

Tahniah RAKYAT MALAYSIA!(Jerantut pun harga MINYAK dan GULA naik juga WOI!!!!!!) 



(Link dari N9 TAHAN)

Sunday, May 15, 2011

SHAHRIL AZMAN KEMUDI KEPIMPINAN PEMUDA PAHANG

Dewan Pemuda Pas Negeri Pahang sessi 2011-2013 mendapat ketua baru apabila Ust Suhaimi Md Saad ketua pemuda sessi lepas melepasi umur pemuda.Tempat beliau disandang oleh timbalannya yang lepas iaitu Ust Shahril Azman Abdul Halim Al-Hafiz.

Manakala Timbalan ketua pemuda disandang oleh ketua pemuda Pas kuantan Ust Fadhli Ibrahim dan Naib ketua disandang oleh ketua dewan pemuda Pas Rompin Ust Nazri Hj Ahmad.

10 orang pemuda dipilih oleh perwakilan untuk menduduki kerusi ahli jawatankuasa pemuda Pas Negeri Pahang iaitu, Ust Azmi Abu Syahid, Sdr Mohd Fadly Ramli, Ust Azlan Mat Esa, Ust Fadhil Nor Abdul Karim, Ust Junaidi Ishak, Sdr Johari Wahid, Sdr Akmar Ilyas, Ust Tarmizi Yahya, Sdr Youslyiddy Desa dan Sdr Fathi Mat Ali.

Pemeriksa kira-kira 1 disandang oleh Sdr Hizam Abu Zaid dan Pemeriksa kira-kira 2 disandang oleh Ust Ramli Awang Abdul Rahman.

Wednesday, May 11, 2011

KERANA PERLUKAN 5% SOKONGAN MELAYU ISLAM......

http://www.buletinonline.net/images/stories/berita47/idrisceramahcukai.jpg
KEMAMAN - Kekerapan Umno dan Barisan Nasional (BN) memainkan isu yang menyentuh bangsa dan agama menandakan pilihanraya umum ke-13 adalah terlalu hampir.

Ketua Penerangan PAS Ustaz Idris Ahmad menjangkakan pilihanraya umum akan diadakan paling awal pada bulan Julai akan datang dan selewat-lewatnya akan diadakan pada bulan November.

Menurutnya ada empat isu yang berkaitan bangsa dan ugama yang akan di'heret' oleh Umno-BN sehingga pilihanraya umum diadakan.

"Bunga-bunga pilihanraya (umum ke-13 akan diadakan) sudah dekat, dijangka pilihanraya akan diadakan pada bulanJulai, secepat-cepatnya, kemungkinan juga (kalau) habis lewat dalam bulan November,

"Teruitama kalau kita lihat dari segi isu yang dibangkitkan, isu video seks, isu Umno mahu berbaik dengan PAS supaya PAS keluar dari Pakatan Rakyat, isu (agama rasmi) negara digantikan dengan kristian (dan) PAS dianggap sebagai kuda tunggangan DAP,"ujarnya ketika ditemui selepas Majlis Ceramah Isu-isu Semasa di Kuala Kemaman, disini, 9 Mei.

Namun begitu, katanya, isu-isu yang dimainkan tidak mendapat perhatian, sebaliknya menimbulkan kemarahangolongan terbabit kepada Umno-BN.

Menurutnya, oleh kerana sokongan masyarakat Cina dilihat tidak akan kembali, BN akan memberikan kepada pengundi Melayu.

"Mutakhir, dengan daftar pemilih penggal pertama yang baru saja dikeluarkan, kita lihat di Selangor klhususnya, hampir 80,000 berlaku penambahan pengundi, teruitama DUN (majoriti orang Melayu) untuk mereka fokus,

"jadi, mereka tidak boleh tunggu lama, yang penting mereka mahukan kuasa,"jelasnya.

Beliau mendakwa, Umno-BN akan cuba mendapatkan undi Melayu sebanyak lima peratus dikawasan-kawasan Melayu yang ditandingi, samada peringkat DUN atau Parlimen bagi mengekalkan kuasa mereka.

Belaiu menolak dakwaan bahawa orang Melayu tdak boleh berubah, malah yakin, orang Melayu juga boleh berubah sebagaimana kaum lain yang menyokong PAS dan Pakatan, sekiranya diberikan penerangan.

"jentera penerangan kita (mungkin) tidak sampai ke kawasan (dimana) orang Melayu menjadi pengundi tegar, bukan orang Melayu tidak boleh berubah,

"kita mesti terangkan (kepada mereka) antaranya PAS lebih bijak untuk menjaga (orang) Melayu daripada Umno,"tegasnya.

Selain itu, menurutnya, maklumat juga mesti disampaikan kepada orang Melayu bahawa Umno telah berpakat dengan MCA untuk mengkhianati Islam dan Melayu.

Katanya, Umno telah menggunakan kapasitinya, bukan untuk menaikkan taraf orang-orang Melayu, malah sebenarnya Umno telah menindas mereka
 
 http://www.buletinonline.net

RON 95 NAIK KEPADA RM2.05 SELITER ?

Harakahdaily

Peningkatan harga gula yang berkuatkuasa semalam, kini menimbulkan spekulasi sama ada harga petrol RON95 akan menyusul selepas ini – ataupun kenaikkannya akan ditangguhkan sehingga selepas pilihan raya umum.Mengikut rancangan penyelarasan subsidi yang dicadangkan oleh Unit Penyampaian dan Pengurusan Prestasi (PEMANDU), harga petrol RON95 sepatutnya telah dinaikkan oleh kerajaan kepada RM2.05 seliter sekarang. 

Mengikut perancangan, ini seharusnya dilakukan dengan dua pelarasan – iaitu 15 sen sekitar akhir tahun lalu dan 10 sen lagi pada separuh masa pertama tahun ini.

Namun harga sekarang tetap kekal pada RM1.90 seliter. Harga RON95 dinaikkan dua kali tahun lalu – iaitu lima sen setiap kali pada 16 Julai dan 4 Disember.


Tahun ini sahaja, harga petrol RON97 dinaikkan empat kali dan kini pada paras RM2.90 seliter, iaitu paras tertingginya.

Menghadapi pilihan raya


Tuesday, May 3, 2011

SEJARAH AKAN BERULANG, KATA AKTIVIS BUKIT MERAH

 

Joseph Sipalan & Lee Long Hui
Kontroversi pembinaan pusat nadir bumi di Lynas di Gebeng, Pahang tidak akan dibuka lama sekiranya memulakan operasinya mengikut jadual.

NONEHew Yoon Tat (kiri) - yang menggerakkan kempen antiradionaktif untuk projek nadir bumi pertama di Malaysia di Bukit Merah, Perak sejak 1980 - percaya pembinaan loji baru tidak akan mendapat sokongan awam.

"Saya rasa projek Lynas akan diteruskan, kerana sudah ada kontrak. Berapa lama ia bertahan, itu persoalan lain..

"Lynas mungkin berakhit seperti Bukit Merah, kerana orang ramai membantahnya," katanya dalam wawancara dengan Malaysiakini di rumahnya di Bukit Merah.

Mengingati pengalamannya mengepalai bantahan terhadap kilang Asian Rare Earth (ARE) di bandar itu, Hew melihat sukar menyeimbangkan kepentingan perniagaan dan kerajaan dengan kehendak awam yang terpaksa mengharungi risikonya.

NONEDalam kes ARE, tambahnya, penduduk setempat tidak mudah bersetuju dengan tahap keselamatannya ekoran "panel pakar" kedua-dua pihak membuat kesimpulan yang saling bertentangan.

Panel yang dibentuk penduduk mendapati kilang itu menjejaskan kesihatan orang ramai manakala panel kerajaan dan pengusahanya Mitsubishi Chemical mendapati ia selamat.

Lelaki 68 tahun itu masih amat ragu dengan keputusan kerajaan untuk membentuk panel bebas antarabangsa untuk mengkaji projek Lynas yang disifatkannya bertujuan mententeramkan ketakutan terhadap keracunan radioaktif.

http://dialograkyat.blogspot.com

KAMPUNG ORANG ASLI YANG TAK PERNAH TERDEDAH DENGAN DUNIA LUAR DI TEMUI DI PAHANG

Pegawai Daerah Temerloh, Datuk Dr. Sallehuddin Ishak berkata, perkampungan yang dikenali sebagai Kuala Senil itu terletak kira-kira lima jam berjalan kaki dari Pusat Konservasi Gajah, Kuala Gandah.

Menurut beliau, tujuh keluarga terbabit yang tinggal dalam dua kelompok masing-masing mengamalkan cara hidup tradisional dengan bergantung kepada sumber hutan.

“Pada Januari lalu, JHEOA menemui sekelompok tiga keluarga Orang Asli selepas berjalan kaki selama empat jam di dalam hutan sebelum menemui empat lagi keluarga yang tinggal berhampiran kawasan air terjun tujuh tingkat kira-kira empat jam lagi berjalan kaki dari kelompok pertama,” katanya ketika ditemui di Kampung Kuala Senil di sini semalam.

Bagaimanapun menurut Sallehud- din, daripada tujuh keluarga terbabit, terdapat antara mereka kerap berhubung dengan masyarakat sekitar untuk mendapatkan keperluan asas.

Menurutnya, terdapat segelintir mereka memiliki motosikal yang diubah suai untuk meredah hutan.

“Segelintir mereka masih berjalan kaki menggunakan trek laluan yang dibuat untuk berhubung dengan dunia luar tetapi masih terdapat beberapa keluarga yang tidak pernah keluar dari hutan dan mengamalkan cara hidup primitif menggunakan segala sumber hutan.

“Mereka menanam padi bukit, ubi kayu dan memburu untuk mendapatkan makanan,” katanya.

Menurut beliau, tempoh perjalanan yang diambil untuk sampai ke perkampungan terbabit sekitar lima jam dan perlu bermalam jika masuk lebih jauh ke dalam hutan.

Kata Sallehuddin, beliau bersama rombongan 15 pegawai dan anggota agensi berkaitan melakukan ekspedisi ke perkampungan itu untuk memastikan kesahihan kewujudannya.

Ekspedisi yang bermula pukul 11 pagi semalam mengambil masa lima jam untuk sampai ke kampung berkenaan sebelum bertolak pulang esok. UM 
 
Ulasan : Masih ada lagi yang ketinggalan seperti ini ? Apa UBN buat selama ini, rasanya sudah lama UBN perintah negeri yang kaya dengan sumber balak ini tetapi masih ada rakyat yang hidup sedemikian rupa.Bayangkanlah bagaimana tentang pendidikan anak-anak mereka ?.

http://penburukonline.blogspot.com

SEBAB TEMPAT PERSEMBUNYIAN OSAMA DIKETAHUI

aniismaa
Tempat persembunyian Osama di Abbottabad, Pakistan

Tidak ada jaringan telefon dan internet di tempat persembunyian Osama bin Laden yang dianggarkan bernilai US1 juta dicurigai pakar Amerika. Ini menguatkan lagi bahawa pimpinan Al Qaeda itu memang bersembunyi di sana.

Ini kerana tempat persembunyian tersebut berada dalam persekitaran perumahan golongan profesional yang memiliki kendaraan import, mempunyai talian telefon tetap, menggunakan 'handphone', serta memiliki jaringan internet di rumah mereka.

Dimaklumkan bahawa Osama hanya berhubungan dengan dunia luar secara terus melalui perantara yang dipercayainya.

“Pakar-pakar mengumpulkan semua bukti, data-data yang tidak jelas untuk membangunkan maklumat tepat,” kata Craig Mathias, Communications Analyst Farpoint Group, yang dikutip dari Computerworld, 3 Mei 2011.

Kata Mathias lagi, "Jika anda mendapati ada sebuah villa berharga US1 juta tidak memiliki sambungan telefon atau internet, sedangkan rumah di sekelilingnya memilikinya, tentulah merupakan hal yang menarik".

"Itu bukan bererti Osama memang tinggal di sana, namun fakta-fakta aneh ini merupakan informasi penting yang boleh menghasilkan kesimpulan seperti itu", tambahnya.

Menggunakan foto satelit dan informasi lain, CIA telah mengembangkan teori bahwa Osama bin Laden memang tinggal di sana. Tidak adanya telepon dan internet menguatkan kecurigaan mereka. 

www.gigitankerengga.blogspot.com