Thursday, September 30, 2010

ARAK : PENGANGGUR KENE 6 SEBATAN DENDA RM5K

KUANTAN, 30 Sept – Mahkamah Tinggi Syariah di sini hari ini menjatuhkan hukuman enam sebatan dan denda RM5,000 ke atas seorang buruh atas tuduhan meminum arak di khalayak ramai di sini pada Februari lalu.

Hakim Syarie Datuk Abdul Rahman Yunus menjatuhkan hukuman itu selepas Mohamed Rezzal Mohamed Yussof (gambar), 24, mengekalkan pengakuan bersalah walaupun mahkamah telah memberikan masa untuk dia melantik peguam.

Abdul Rahman juga memerintahkan tertuduh menjalani hukuman penjara selama satu tahun sekiranya dia gagal membayar denda itu.

Mengikut fakta kes, Mohamed Rezzal didakwa minum arak berjenama Tiger dalam tin minuman dengan isipadu 350 mililiter (ml) di tempat letak kereta di bumbung pusat beli-belah Kuantan Parade di sini pukul 5.30 petang, 13 Februari lalu ketika sepasukan penguatkuasa Jabatan Agama Islam Pahang mengadakan operasi penguatkuasaan.

Tertuduh yang memilih untuk tidak diwakili peguam syarie dituduh mengikut Seksyen 136 Enakmen Pentadbiran Agama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang 1982 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 4 enakmen sama.

Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh didenda maksimum RM5,000 atau penjara sehingga tiga tahun atau kedua-duanya beserta sebatan maksimum enam kali.

Dalam rayuannya tertuduh memohon supaya mahkamah mengenakan hukuman denda minimum dan tidak dipenjara dengan alasan ia boleh menggelapkan masa depannya.

Bagaimanapun, dalam penghakimannya, Abdul Rahman berkata mahkamah perlu menjatuhkan hukuman selaras dengan undang-undang untuk menginsafkan tertuduh dan orang lain supaya menjauhi perbuatan meminum arak yang jelas bertentangan dengan syarak.

Abdul Rahman berkata tertuduh pada sepanjang perbicaraan juga mengekalkan pengakuan bersalah sejak kes disebut kali pertama pada 24 Mei lalu.

“Walaupun diberi peluang untuk melantik peguam, tertuduh tetap enggan berbuat demikian serta mengekalkan pengakuan bersalah dan selepas mengambil kira pengakuan dan laporan air kencing yang mengandungi 254 miligram alkohol bagi setiap 100 ml air kencing seperti dikemukakan pihak pendakwaan, mahkamah mensabitkan tertuduh bersalah,” katanya. – Bernama

GEMPAR!!! POLIS DIGANGGU SUARA MISTERI DI LADANG TEMPAT PEMBUNUHAN SOSILAWATI

Masa awal-awal kes pembunuhan Sosilawati dulu, ada juga dengar kisah ini. Tapi nampaknya kejadian ini tak selesai lagi. Ada lagi 'hantu-hantu' berkeliaran di ladang tempat pembunuhan itu. 'Mereka' ganggu polis dengan 'meminta tolong' setiap malam.

Senang je jalan penyelesaiannya. Panggil je Darus Syifa datang 'bersihkan' ladang tu. Janganlah pula panggil bomoh yang khurafat. Masalah takkan selesai kalau bomoh yang ntah apa-apa dipanggil.. 

'Suara' minta tolong di Ladang Gadong
KUALA LUMPUR 30 Sept. - Ladang Gadong di Kuala Langat, Selangor yang menyimpan kisah tragis melibatkan jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya bersama tiga individu lain, kini mula menerima gangguan suara misteri.

Beberapa anggota polis yang bertugas mengawal lokasi pembunuhan kejam itu mendakwa mendengar 'suara-suara' meminta tolong hampir setiap malam.

Ekoran itu, polis dikatakan terpaksa menambah bilangan anggota yang berkawal daripada dua kepada lima hingga enam orang mengikut syif setiap hari.

"Pada mulanya, hanya dua anggota bertugas namun bilangannya terpaksa ditambah kerana ada yang mengalami gangguan-gangguan ketika bertugas.

"Mereka diganggu 'suara-suara' itu yang sayup-sayup kedengaran meminta tolong," kata sumber sambil memberitahu salah seorang suspek kes itu juga mengakui 'didatangi' lembaga.
Menurutnya, 'suara-suara' itu biasanya muncul dari dalam ladang kelapa sawit terbabit di waktu tengah malam semasa anggota-anggota sedang berehat di pondok kecil yang dibina mereka tidak jauh dari tali air.

Katanya, anggota-anggota terbabit juga tidak dapat memastikan dari arah mana 'suara-suara' itu kerana keadaan ladang yang amat gelap selain ia hanya sayup-sayup kedengaran.
Katanya lagi, bagi langkah berjaga-jaga anggota tidak melakukan rondaan seorang diri sebaliknya dijalankan secara berkawan pada setiap jam.

Sementara itu, menurutnya, sebatang tali air di ladang tersebut dipercayai telah dijadikan oleh suspek-suspek sebagai tempat pembuangan tulang-tulang mangsa di dalam kes berkenaan.

Katanya, bagi mengumpul bahan-bahan bukti itu, sebuah jengkaut digunakan untuk membuat dua tambak di bahagian kiri dan kanan tali air tersebut.

"Sebuah jentera Bomba dan Penyelamat pula ditugaskan untuk menyedut air di dalam tali air itu. Setelah kering, barulah forensik menjalankan kerja-kerja mengumpul bukti seperti tulang.

"Ia bagaimanapun terpaksa mengambil masa kerana tulang-tulang yang bercampur dengan selut itu terpaksa dibersih satu persatu," ujarnya.

Kata sumber itu lagi, cabaran lain dihadapi anggota bertugas adalah kawasan tersebut mempunyai bilangan lalat yang luar biasa dipercayai ekoran kematian ternakan seperti kambing serta haiwan peliharaan, iaitu anjing.

"Kalau duduk sebentar sahaja, lalat akan memenuhi muka. Haiwan-haiwan itu mati kerana kini tidak lagi diberi makan sejak tuannya ditahan polis," ujarnya.

Sosilawati, 47, bersama pemandu peribadinya, Kamarudin Shamsudin, 44; pegawai Bank CIMB, Noorhisham Mohammad, 38 dan peguam peribadi, Ahmad Kamil Abdul Karim, 32, dilaporkan hilang sejak 30 Ogos lalu selepas dikatakan ke Banting, di sini untuk urusan pembelian tanah.

Berikutan kehilangan keempat-empat individu itu, polis menahan lapan suspek untuk membantu siasatan kes berkenaan pada 9 dan 10 September lalu.

                       www.tunhisyamuddin.blogspot.com

RM100 :HANYA 9 ORANG PULANGKAN...31 LAGI HANYA BERJANJI

Gambar dari Sharpshooter

Yang mana satu betul ni? Utusan Malaysia (Lidah Rasmi UMNO?) melaporkan 40 orang telah memulangkan wang ehsan, Berita Harian juga telah melaporkan juga telah melaporkan jumlah yang sama dan The Malaysian Insider juga telah melaporkan 40 orang telah memulangkan RM100 Wang ehsan yang telah disumbangkan oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang.

Tetapi kalau korang baca The Star Online pula ianya melaporkan hanya 9 orang telah memulangkan RM100 tersebut manakala baki lagi 31 orang akan warga emas hanya berjanji akan memulangkan wang tersebut dengan kadar segera.. (terima kasih buat seorang pembaca yang telah meninggalkan komen tentang berita ini)

31 lagi tu hanya berjanji.. Yang sudah memulangkan hanya 9 orang..

Cara paling mudah untuk mengesahkannya ialah sesiapa yang berkerja dengan Kerajaan Negeri di Komtar itu sila pastikan bahawa Dato Azhar ADUN Penaga itu memulangkan sejumlah RM4000.00 yang didakwanya telah dipulangkan oleh warga emas tersebut.. jika jumlahnya tidak mencukupi sila laporkan kepada pihak polis..

Ni berita dari The Star..
 
http://darisungaiderhaka.blogspot.com

RAHSIA KHIR TOYO DISINI...

Ini adalah kertas siasatan SPRM terhadap Khir Toyo Bekas Menteri Besar Selangor yang juga Doktor Gigi yang telah berjaya membina Istana bernilai RM24 Juta melalui hasil mencabut gigi..

Memandangkan ianya adalah Rahsia.. sila rahsiakan..
Photobucket


Photobucket

Photobucket


Asal dokumen.. dimana lagi kalau bukan Malaysia Today..
 
darisungaiderhaka.blogspot.com

KERETA SAIFUL BUKHARI DICURI DI MEDAN TUANKU

Mohd Saiful Bukhari Azlan, pengadu dalam kes liwat membabitkan ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kereta Proton Waja miliknya dicuri malam semalam.

Kereta itu adalah hadiah daripada ibunya sebelum dia menghembuskan nafas terakhirnya pada 2004.NONEMenurut Saiful Bukhari, kereta Waja berwarna perak itu disedarinya hilang ketika meletakkannya di Lorong Medan Tuanku, Kuala Lumpur malam tadi.

"Saya telah membuat laporan di balai polis Dang Wangi dan menyerahkan polis untuk menyiasat perkara itu.

"Saya sedang makan dan apabila kembali, saya sedari kereta saya hilang,” katanya kepada Malaysiakini.

Saiful Bukhari berkata dalam mesej twitternya semalam, beliau memohon sesiapa yang menjumpai keretanya dengan nombor pendaftaran WLG9170 untuk menghubunginya atau pihak polis.

"Saya berdoa kepada Tuhan dan menyerahkan perkara itu kepada Allah," katanya di twitter.

Jadi tumpuan

Beklas pembantu Anwar itu menjadi tumpuan sejak 2008 apabila membuat dakwaan beliau diliwat ketika pilihan raya kecil Permatang Pauh.

Ini mengakibatkan perbicaraan ke atas Anwar yang terus berlangsung sehingga hari ini. Saiful telah memberi keterangannya sebagai saksi pertama dan juga telah disoal-balas oleh peguam Karpal singh.azlanAntara pengakuannya adalah bahawa kejadian liwat itu berlaku di kondominium Desa Damansara dan dia bersama beberapa timbalan pendakwa raya dan peguam telah melawat lokasi berkenaan.

Perbicaraan juga dijadualkan diteruskan pada 14 Oktober ini dengan Dr Mohd Razali Ibrahim dari Hospital Kuala Lumpur yang pernah merawatnya, tampil untuk disoal-balas.

Saiful Bukhari juga mencuri tumpuan apabila didakwa menjalinkan hubungan dengan timbalan pendakwa raya Farah Azlina Latif, yang merupakan anggota pasukan pendakwaan dalam kes liwat itu.

Sejak itu, peguam negara, Tan Sri Abdul Gani Patail telah menggugurkan Farah Azlina daripada pasukan pendakwaan yang diketuai oleh Peguam cara II Negara, Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden.

Meskipun dicabar oleh Karpal Singh, kedua-dua mereka, Farah Azlina dan Saiful Bukhari belum secara terbuka menafikan dakwaan hubungan mereka. Peguam kanan itu juga telah memohon kepada Mahkamah Tinggi untuk mengheret kedua-dua mereka supaya memberi keterangan tetapi hakim Datuk Mohd Zabidin Mohd Diah menolaknya.
 

GELARAN TENGKU TEMENGGONG DITARIK BALIK

NONEKOTA BHARU, 30 Sept: Sultan Kelantan, Sultan Muhammad ke-V hari ini menarik balik gelaran Temenggong dan Darjah Kerabat Yang Amat Dihormati (DK) (Al-Yunus) yang dianugerahkan kepada Tengku Muhammad Fakhry Petra berkuat kuasa serta merta.
 
Setiausaha Kerajaan negeri, Datuk Mohd Aiesri Alias, berkata turut dilucutkan, Tauliah Pelantikan Ahli Yang Pertama (Seri Paduka) Bagi Darjah Kebesaran Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia (S.P.M.K) (Al-Muhammadi 1).

Menurutnya, penarikan itu telah dimaklumkan kepada Muhammad Fakhry Petra sendiri hari ini melalui surat yang ditandatangani sendiri olehnya.

“Surat itu dihantar kira-kira pukul 10.00 pagi tadi oleh wakil saya, Mohd Rusdi Ismail di Istana Mahkota, Kubang Kerian kepada kakitangan istana berkenaan,” ujarnya.

Beliau berkata demikian dalam sidang medianya selepas menghadiri majlis sambutan Aidilfitri anjuran kerajaan negeri di Kota Darulnaim tengah hari tadi.

Ketika ditanya punca penarikan itu beliau berkata, baginda sultan mempunyai sebab yang tersendiri berhubung penarikan itu.
 
www.gigitankerengga.blogspot.com

MENANTI KU LI SERTAI PAS / PR ?

Sofi Wahab
Sejak akhir-akhir ini Ku Li kelihatan senada dengan PAS dan PR khasnya dalam isu royalti minyak Kelantan. Beliau seringkali tidak menghampakan rakyat Kelantan bila diundang memberikan ceramah tentang isu royalti minyak walaupun penganjur kerajaan negeri Kelantan atau PAS sendiri.

Tindakan beliau itu mengundang rasa tidak senang di kalangan pemimpin Umno khasnya Umno Kelantan yang melihat Ku Li seolah-olah cenderung dan menyokong PAS/PR.

Namun penantian rakyat untuk melihat Ku Li bersama PAS/PR dalam wadah politik yang sama tidak kesampaian juga. Ku Li tetap mahu bersama Umno walaupun beliau dipermainkan oleh Umno beberapa kali sejak zaman Dr Mahathir lagi. Sudah banyak kali beliau cuba menentang Presiden Umno pada pemilihan parti itu tetapi beliau seringkali tewas angkara tidak adanya demokrasi dalam Umno lantaran kegagalan beliau memperolehi 2 pencalonan minima dari Bahagian. Beliau hanya berupaya mendapat satu pencalonan sahaja itupun dari bahagian beliau sendiri iaitu Gua Musang.

Namun hari ini media melaporkan bahawa Ku Li akan tetap bekerja kuat membantu Umno pada PRK Galas nanti.

Laporan itu menyebut bahawa Ketua Umno bahagian Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah akan membantu BN merampas semula DUN Galas, manakala
 PAS pula berharap pemimin veteran Umno itu akan mengambil sikap 'low profail' dalam pilihan raya kecil Galas nanti.

Tengku Razaleigh yang dihubungi Berita Harian di London, dilaporkan berkata ia boleh dilakukan dengan lebih berkesan jika beliau diberi peranan untuk menggerakkan dan mengatur pelbagai persiapan seperti tanggungjawab sebagai pemimpin tertinggi di bahagian itu.

“Saya akan bekerja keras bersama pemimpin lain dalam bahagian bagi menentu kerusi DUN Galas yang sebelum ini dimenangi PAS kembali ke tangan BN,” katanya.

Tengku Razaleigh berkata, Umno bahagian itu tidak mempunyai sebarang masalah dan bersedia mengatur persiapan menghadapi pilihan raya kecil di kerusi yang pernah menjadi kubu BN.

Katanya, buat masa ini beliau masih sibuk dengan tugas penting yang perlu diselesaikan dulu di luar negara dan menyerahkan kepada tiga kepimpinan bahagian itu untuk mengatur persiapan awalnya.

Beliau percaya timbalan ketua Umno bahagian Mat Yusoff Ab Ghani, naib ketua Datuk Nozula Mat Diah dan setiausahanya Ab Aziz Yusoff mampu berbuat demikian.

Ternyata Ku Li masih tidak mahu meninggal parti yang beliau sendiri cemuh dan kritik. Apa yang menyebabkan beliau masih sayang kepada Umno tidak pula kita ketahui. Namun begitu ahli PAS tetap menanti bila agaknya Ku Li akan menyertai PAS atau parti-parti PR yang lain????

Wednesday, September 29, 2010

FELDA BAKAL DISAMAN LAGI

Seramai 1,000 peneroka Lembaga Pembangunan Tanah Persekutuan (Felda) di seluruh daerah Jengka, Pahang dijangka akan memfailkan saman berhubung harga Kadar Perahan Gred (KPG) yang didakwa rendah daripada harga pasaran sebenar.

Pengerusi Biro Hal Ehwal Felda dan Orang Asal KEADILAN Suhaimi Said ketika dihubungi Suara Keadilan berkata satu perjumpaan akan diadakan pada 3 Oktober depan bagi memberikan penerangan kepada peneroka seterusnya memfailkan saman terhadap agensi tersebut.

"Kita akan memfailkan saman bagi pihak peneroka, kerana mereka ini telah dianiaya dan ditipu apabila hanya diberikan antara 18 hingga 20 peratus KPG sedangkan ikut pasaran adalah 26 peratus.

"Memandangkan di kawasan Jengka ini mempunyai banyak kilang dan kadar perahannya pula berbeza antara satu sama yang lain, jadi kita akan kumpulkan peneroka mengikut kilang yang ada di sini," kata beliau.

Menurut Suhaimi lagi, kadar 1 peratus KPG dianggarkan sekitar RM40 yang bermakna setiap kali hasil sawit peneroka dipetik, mereka kerugian antara RM200 hingga RM300.

Tambah beliau, tindakan itu bukannya dilakukan sekadar suka-suka tetapi bagi menuntut hak peneroka yang saban tahun telah ditipu oleh Felda berhubung harga sebenar kadar perahan buah kelapa sawit.

Sebelum itu, Mahkamah Persekutuan telah mengekalkan keputusan supaya Felda membayar RM11 juta kepada 354 peneroka Kemahang 3, Kelantan.

Ini memberikan tamparan hebat kepada agensi itu dan kemenangan moral yang besar kepada peneroka Felda di seluruh negara.

Tindakan agensi itu dilihat tidak menghormati hak peneroka berhubung harga KPG sudah lama berlaku di kebanyakan rancangan Felda di seluruh negara.

Berhubung dakwaan Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan kononnya Pakatan Rakyat menghasut peneroka menyaman Felda, Suhaimi berkata tindakan saman itu bukan hanya menuntut hak peneroka yang menganggotai KEADILAN dan PAS sahaja bahkan untuk semua peneroka tanpa mengira fahaman politik masing-masing. -SK

http://greenboc.blogspot.com

DUN KELANTAN RAFAK SEMBAH SULTAN MUHAMMAD KE - V



KOTA BHARU, 30 Sept: Persidangan Dewan Undangan Negeri (Dun) Kelantan Khas yang bermula kira-kira jam 9.00 pagi ini merakamkan ucapan tahniah (merafak sembah) dan sembah taat setia kepada Sultan Kelantan yang baru, Sultan Muhammad ke-V.

Cadangan merafak sembah (ucapan tahniah) yang mewakili kerajaan negeri dan rakyat Kelantan dikemukakan Ustaz Abdullah Yakob (PAS-Air Lanas) (kanan) sebentar tadi yang disokong oleh Drs Zainuddin Awang Hamad (PAS-Limbongan) (kiri).

Turut menyokong cadangan ucapan tahniah itu, Ketua Pembangkang, Datuk Alwi Che Ahmad, (BN-Kok Lanas).

Abdullah ketika berucap membentangkan cadangan rakaman tahniah itu berkata perlantikan dan pemasyhuran baginda sebagai Sultan Kelantan dengan gelaran Sultan Muhammad ke-V dinanti-nantikan oleh rakyat seluruhnya.

Beliau juga turut mengakui rakyat seluruh Kelantan melahirkan rasa gembira di atas perlantikan dan pemasyhuran baginda sebagai Sultan Kelantan pada 13 September lalu.

Sambungnya lagi, perlantikan itu juga sejajar dengan kehendak rakyat memandangkan baginda lebih mengambil perhatian serta menyelesaikan mereka.

“Kami dari pihak kerajaan negeri sentiasa menyokong Tuanku sejak mula tuanku ditabalkan sebagai Sultan Kelantan lagi,” ujarnya.

Katanya lagi, perlantikan baginda bagi menggantikan ayahanda baginda yang sedang gering bertepatan dan tidak menyalahi undang-undang memandangkan Sultan Ismail Petra tidak mampu lagi menjalankan tanggungjawab sebagai seorang pemimpin.

Abdullah berkata, baginda yang gemar turun ke bawah untuk menunaikan solat sunat hajat dan menyelami masalah rakyat begitu mengharukan rakyat seluruh negeri ini.

Sementara itu, Alwi turut menyokong perlantikan dan pemasyhuran Tengku Muhammad Faris Petra sebagai Sultan Kelantan yang baru.

“Saya mewakili Barisan Nasional Kelantan menyokong penuh di atas perlantikan tuanku sebagai Sultan Kelantan yang baru yang membawa gelaran Sultan Muhammad Ke-V,” ujarnya.
Drs Zainuddin Awang Hamad, ketika mengambil bahagian dalam perbahasan bagi menyokong ucapan merafak sembah itu mengingatkan mana-mana pihak supaya tidak mengganggu-gugat kedaulatan Sultan Kelantan sekarang.

Katanya, perlantikan baginda yang sah di sisi undang-undang itu, jangan sekali-kali dicabar oleh mereka yang tidak bertanggungjawab
 
http://muslimeen-united.blogspot.com

GALAS SEDANG MEMBANGUN JANGAN KONDEM N45 DUN GALAS

Galas Sedang Membangun Jangan Kondem N45 Dun Galas

Kalau sesiapa yang belum datang ke Galas atau Lu Musang, jangan nak memandai kata tiada pembangunan.
Bandar Lu Musang (tengok bukan istilah pekan, bandar beb) yang terletak dalam dun Galas ada lah antara bandar2 di Kelantan yang pesat membangun dalam era Kerajaan Pas sejak 20 Tahun.

Merupakan bandar transit 2 1/2 jam dari Simpang Pulai Ipoh melalui Lojing, 4 jam dari Kuala Terengganu melalui lebuh raya Kuala Berang dan pinggir Tasek Kenyir serta 4 jam dari KL melalui Raub dan Lipis, juga laluan pengangkutan awam antara KL-KB.

Pusat pentadbiran umno KESEDAR, IPD Polis baru serta kuaters selesa, memiliki padang Golf, KFC, supermarket serta hotel2 berbintang dan Bulan, JPJ pun ada, restoran2 masakan panas berlambak.

Ini semua telah di bangunkan semenjak Kerajaan pimpinan Pas menerajui negeri ini, rakyat disini terdedah dengan kemodenan, jangan anggap pengundi2 disini kolot lagi, ramai para profesiaonal di lahirkan di daerah ini.

Sekitar bandar baru pesat membangun, beberapa buah bank komersial tardapat disini, kalau nak di banding kan dengan JELI tempat Mustapha mamat Lu Musang lebih hebat.

Penduduk pinggir negeri Pahang pun lebih mengenali Lu Musang daripada bandar2 yang ada di Pahang, Merapoh, Kecau, Cegar Perah mereka berurusan dan mendapat kan barang2 keperluan harian nya tertumpu ke bandar ini.
Slide5 Ku Li ketua umno Lu Musang juga pengarah PRK BN Dun Galas.

Pengundi2 disini bergeliga otak mereka, pandai memilih antara kaca dan permata, merek boleh menolak BN pada PRU lalu, kerana mereka bosan sikap RASUAH pemimpin Tempatan Umno yang bermewah2 tanpa memperdulikan rakyat, tambah2 pengundi cina, ada pun Kesedar tidak bermanaat pada kaum ini, begitu juga jabatan KEMAS, jabatan2 ini juga jenis RASIS perkauman hasil tarbiah dan latihan BTN.

Kalau orang berotak waras, tentu hairan, kenapa kawasan bandar pengundi menolak BN ?, ada kah mereka bodoh kolot dari melayu2 umno Felda ?, ini patut di fikirkan oleh semua orang.

Perikatan Pengundi Dun Galas mesti perhanyutkan Umno BN dengan kapal Layaq ini.

Umno BN jangan lah nak berjanji2 kosong dan nak kelentong pengundi disini, janji2 Umno BN masa PRK Manik Urai pun sehingga sekarang tidak tertunai, mana Jambatan Manik Urai, bandar agropolitan, kompleks sukan dan sebagai nya, kalau masa PRK dulu kata Manik Urai di utamakan atau nak jadikan ANAK EMAS, pundek lah lu dacing senget weih !, boleh hanyut ngan kapal layaq lah…..

http://guanomanikurai.blogspot.com

MANTAN KPN TERBATUK KES SOSILAWATI & KINI TERSEDAK KES 40KG

Maaf bercakap kerana ramai temubual di kedai kopi mengata bahawa kes Sosilawati adalah rentetan kemalasan dan ketidakfokusan Polis pada jenayah yang berkait sebelum Kematian sosilawati dan 3 orang kawannya dan berlaku di zaman Mantan Ketua polis Musa Hasan yang suka sangat disambung perkhidmatannya. Kalaulah beliau tak disambung dulu, pasti kes ini bukan dalam perkhidmatannya sebagai KPN. Semoga KPN baru akan menjadi hero menyelesaikan semua kes ini.

Khianat Curi 40 Kg Dadah Yang Di Rampas Daripada Penjenayah juga adalah KEBETULAN di bawah pemerintahan beliau juga. Dan masih ingatkah kita kes dadah bukti mahkamah hilang dalam pejabat Polis? Sampaikan Ketua polis Negeri johor marah sangat pada wartawan yang membuat liputan tersebut. Kini berlaku lagi kehilangan dadah oleh Polis. Semua ini tertulis dan dilaporkan oleh media Bn juga.

Terkezut? Apataknya bila seorang hakim Mahkamah Tinggi Kuantan semalam membidas pihak polis, berikutan kehilangan kira-kira 40 kilogram dadah jenis syabu daripada ratusan kilogram dadah yang dijadikan bahan bukti dalam satu kes pengedaran dadah terbesar di negara ini.

Kehilangan dadah tersebut dan faktor utama kegagalan pihak pendakwa membuktikan dadah yang dirampas kepunyaan seorang pemandu lori menyebabkan mahkamah membuat keputusan melepas dan membebaskan Lee Yong Toe, 48, daripada tuduhan mengedar 753 kilogram dadah.
 
Yong Toe dibicarakan setelah mengaku tidak bersalah atas tuduhan bersama seorang lagi yang masih bebas mengedar dadah di Kilometer 3, Jalan Cenderawasih, Rompin pada pukul 6.45 pagi, 2 Mei tahun lalu. Lelaki dari Taman Iskandar, Johor Bahru itu didakwa di bawah Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan. 
 
Dalam kes yang dibicarakan di Mahkamah Tinggi Kuantan itu semalam, mahkamah juga dikejutkan dengan bukti beberapa anggota polis terbabit mencuri exhibit (bahan bukti) iaitu dadah yang dirampas terbabit. Difahamkan, ia berlaku dalam kawasan polis sendiri, soalnya kenapa mereka sanggup khianat agaknya?.

Dipersoalkan kenapa pegawai polis terbabit hanya dikenakan hukuman dalam perkhidmatan?Bukankah perbuatan itu adalah jenayah?

Sewajarnya, seseorang yang melakukan kesalahan itu perlu didakwa dan dihukum penjara. Pegawai penyiasat kes itu juga seolah-olah "memandang sebelah mata" dan tidak mahu menambah beban tugasnya biarpun mengetahui kesalahan dilakukan beberapa anggota polis terbabit.

KDN perlu pastikan ini bukan bukti "double standard" yang diamalkan oleh pihak polis sebenarnya. Bayangkan, jika berlaku kepada orang awam maka sudah pastilah mereka akan ke tali gantung. Tambahan pula jumlah berat dadah tersebut adalah besar dan wajar pegawai terbabit didakwa dengan dakwaan jenayah sebenarnya.

AKIBAT KECANDUAN JUDI

Nuffnang Ads
Angkara ketagih judi, seorang peniaga berusia 37 tahun yang asyik bertaruh di sebuah kasino di Pahang sanggup memperdaya isteri kononnya dia ditangkap ceti haram atau along dan meminta wang RM25,000 untuk membayar hutang sebelum dibebaskan. Permintaan itu dibuat melalui SMS kepada isterinya, kira-kira jam 5 petang, Jumaat lalu. Bimbang dengan SMS diterimanya, isteri lelaki itu yang juga pekerja kilang membuat laporan di IPD Batu Pahat pada hari sama.

Siasatan polis mendapati lelaki itu sebenarnya cuba menipu bagi mendapatkan wang dipercayai selepas kalah berjudi di kasino itu. “SMS itu berbunyi: ‘Saya sudah kena tangkap dengan along, tolong masukkan RM25,000 ke dalam akaun saya cepat.  Selepas SMS pertama itu, lelaki terbabit berkali-kali menghantar SMS meminta wang dimasukkan segera ke dalam akaunnya menyebabkan wanita berkenaan bimbangkan keselamatan suaminya”.

Hasil siasatan sepasukan anggota dari IPD Batu Pahat bergegas ke kasino di sebuah pusat peranginan itu pada jam 1 pagi Ahad lalu, sebelum menemui lelaki terbabit sedang bertaruh di meja judi dan ditahan untuk membantu siasatan. Siasatan masih dilakukan dan sebaik kertas siasatan lengkap, polis akan mengajukannya kepada Timbalan Pendakwa Raya dan mencadangkan lelaki terbabit dikenakan tindakan kerana melakukan pemerasan.

Kami memandang serius kes ini kerana setiap laporan polis akan disiasat secara profesional dan tindakannya cuba memperdaya isteri kononnya dia berada di dalam genggaman individu tertentu salah di sisi undang-undang. Berikutan laporan itu, polis perlu menjalankan siasatan dan menggunakan banyak masa serta tenaga sedangkan ia bukanlah kes sebenar".

***ini gara-gara si suami tidak menyayangi si isteri sedangkan si isteri sangat menyayangi si suami. si suami menipu si isteri untuk berseronok di meja judi, sedangkan si isteri bimbang nyawa suami terancam. akhirnya kecurangan terbukti. sekiranya dikenakan hukuman penjara sekalipun,  si suami tidak banyak menghadapi masalah kerana si suami sudah terbiasa tidak berada di rumah. pendek kata padan muka hang***

UFO DI CHINA (BUKTI BERGAMBAR)

Objek ganjil di bandar Pingyao

GAMBAR yang dirakamkan oleh dua pelajar sebuah universiti di China menunjukkan sebuah objek terbang yang tidak dikenali (dalam bulatan) berlegar di bandar Pingyao pada 22 September lalu.

BEIJING – Dua pelajar sebuah universiti China menyaksikan sebuah objek yang terang benderang terbang di udara menerusi kamera masing-masing pada waktu malam 22 September lalu.

Gambar objek terbang yang tidak dikenali itu (UFO) dirakamkan semasa mereka merakamkan pandangan pada waktu malam di bandar Pingyao di wilayah Shanxi sempena Festival Antarabangsa Fotografi Pingyao Kali Ke-10.

Imej bercahaya itu muncul selama 40 minit.

Menurut akhbar People’s Daily Online baru-baru ini, dua pelajar itu menghantar gambar tersebut kepada seorang wartawan pada waktu tengah hari 23 September lalu sebagai usaha untuk menyelesaikan misteri tersebut.

Gambar yang dirakamkan oleh dua pelajar itu menunjukkan sebuah objek yang mempunyai bentuk seperti sfera tetapi ia tidak boleh dilihat dengan jelas menerusi mata kasar.

Dua jurugambar itu turut merakamkan gambar semasa UFO itu berubah kedudukan di udara.
Pada satu ketika, objek itu hilang daripada pemandangan tetapi ia kemudian muncul semula pada waktu hampir tengah malam.

Dua gadis memberikan nombor telefon kepada pelajar tersebut dan menyatakan mereka bersedia untuk menjadi saksi kejadian itu. – Agensi. 

                                      www.tunhisyamuddin.blogspot.com


UMNO JENIS TAK RETI BASE...KUTIP SEMULA WANG WARGA EMAS RM100



- Dari blog pencacai

Petang tadi, seramai 40 warga emas penerima bantuan wang ehsan dari kerajaan DAP P.Pinang telah berkumpul di Penaga, Kepala Batas untuk memulangkan kembali wang RM100 kepada Lim Guan Eng.

Ini berikutan adanya unsur judi didalam dana program membasmi kemiskinan termasuklah dana bantuan wang ehsan RM100 yang disalurkan kepada warga emas di negeri tersebut.

Dijangka, ramai lagi warga emas di P.Pinang akan menurut jejak langkah rakan-rakan mereka di Penaga, Kepala Batas ini.

Buat masa ini, saya muatkan gambar-gambarnya terlebih dahulu. Video majlis tersebut akan saya muatkan dalam masa yang terdekat. Yang pasti, Guan Eng dan DAP P.Pinang pasti tak akan dapat tidur lena malam ini berikutan kejadian ini.



Sharpshooter :- Kadang-kadang kita nak jaga adab kita supaya jangan maki hamun pemimpin umno yang dari dulu, kini dan selamanya asyik tipu Melayu saja. Tetapi perbuatan mereka memang melampau sangat.

Mereka akan guna apa cara sekali pun untuk merampas kembali P.Pinang. Satu demi satu demi satu demi satu, isu dan isu dan isu dan isu yang umno terbitkan bermula sejak tahun 2008 lagi.

Guan Eng dan Hj Malik serta Ustaz Asri sudah buat penjelasan tetapi ye lah, mana nak disiarkan dalam TV3 suku atau Utusan Meloya. Memang mudah UMNO tipu orang-orang Melayu kampong.

Ini bermakna kempen Galas sudah bermula. Isu ini akan berlegar di Galas.

Ayuh... AMK seluruh negeri P.Pinang yang baru yang masih segar dan enjin pun masih baru, anda wajib buat sesuatu..Anda wajib selamatkan orang-orang Melayu Kampong yang tertipu.


Amizudin Ahmat (Din Binjai)

HIDOP MELAYU !! GAMBAR SALAH SEORANG AHLI / PENYOKONG PERKASA WANITA



Bicara Gambar: Yang di 'atas' semakin membuka, yang di 'bawah' semakin mengetat...

Itu antara ciri-ciri ahli/penyokong PERKASA perempuan..Apa kesah dengan ajaran agama, apa kesah dengan tuntutan agama, yang penting BANGSA tetap terus diperjuangkan dahulu...itulah prinsip UMNO=PERKASA....

HIDOP ME-LAYUUUUUU....!!
 
http://wargamarhaen.blogspot.com/

AL-FATIHAH : TUANGURU PAK TEH KEMBALI KERAHMATULLAH

21 Syawal 1431H.

Pengasas Madrasah Ad Diniah Al Latiffiah atau lebih dikenali oleh masyarakat setempat sebagai Pondok Pak Teh, Tuan Guru Dato' Haji Abdul Latif bin Abdul Rahman (Gambar) atau lebih dikenali sebagai Pak Teh telah kembali ke Rahmatullah kira-kira jam 1.00 pagi tadi selepas sesak nafas.

Pak Teh mendirikan pusat pengajian ini pada tahun 1967 dan lokasinya adalah berdekatan dengan perkarangan rumahnya. Pusat pengajian ini teletak di Kampung Kuak Luar, Pengkalan Hulu dalam daerah Hulu Perak.

Pondoknya menjadi kontaversi setelah semasa 10 bulan Pakatan Rakyat memerintah Perak telah meluluskan sebidang tanah untuk membantu pondok sedangkan sekian lama dipohon semasa BN berkuasa sebelumnya tetapi tidak dilulus.

Pak Teh dalam kenangan :-

Pak Teh merupakan anak jati kelahiran Kampong Kuak Hulu, Pengkalan Hulu. Beliau dilahirkan pada tahun 1938. Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu dalam tahun 1947 hingga 1953 dengan menamatkan pengajian hingga darjah 5. Pada peringkat awal, beliau mula menghafal kitab-kitab agama dengan dibimbing oleh Ustaz Omar Mohd Noh.

Selepas itu beliau melanjutkan pengajiannya di peringkat menengah di Sekolah Arab (sistem pondok) yang dikenali dengan nama Pondok Asam Jawa yang terletak di Pendang, Kedah antara 1956 hingga 1959. Pak Teh sebenarnya seorang pelajar yang pintar kerana beliau berpeluang melanjutkan pengajian ke Maktab Melayu Kuala Kangsar tetapi tidak meneruskannya kerana kemiskinan. Kemudian Pak Teh meneruskan pengajian di Sekolah Agama Pondok Pasir Tumboh iaitu Sekolah ad-Diniah Bakriah, Kelantan selama lebih 9 tahun iaitu dari tahun 1959 hingga 1967.

Beliau sempat berguru dengan beberapa orang ulama terkenal seperti Tuan Guru Haji Mohamad Saman, Tuan Guru Haji Abdul Rahman Haji Ahmad, Tuan Guru Haji Sulaiman Mohd Rabik, dan juga ulama-ulama terkenal yang bermastautin di Kelantan iaitu Tuan Guru Haji Mustafa, Tuan Guru Haji Abdul Aziz dan Tuan Guru Haji Hashim Haji Abu Bakar.

Beliau telah dapat mengekalkan pengajian secara sistem pondok di mana pengajian ditumpukan dengan mempelajari kitab-kitab Thurath iaitu kitab-kitab tradisi Islam. Beliau adalah pakar rujuk dalam berbagai hal mengenai masalah agama. Mewarisi minat bapanya, Pak Teh juga minat bercucuk tanam dan berkebun buah-buahan. Minatnya itu juga kini tertumpah pada anak-anak muridnya dimana pelbagai jenis tanaman di tanam di pusat pengajian tersebut.

Selain dapat memanfaatkan tanah-tanah yang ada, tanam-tanaman ini juga dapat memberikan pendapatan sampingan apabila dijual. Antara tanaman yang ditanam ialah seperti ubi kayu, pinang, pisang, nenas, kangkung, bayam, sawi, tebu dan macam-macam lagi buah-buahan dan sayur-sayuran termasuk pokok-pokok akar kayu untuk perubatan.
Pada peringkat awal penubuhan Madrasah Ad Diniah Al Latiffiah, bilangan murid yang menerima cara pendidikan yang diperkenalkan itu hanyalah seramai tiga orang. Kini setelah madrasah tersebut menjangkaui usia lebih 35 tahun bilangan murid yang belajar di situ melebihi 400 orang secara sepenuh masa.

Pak Teh merupakan ahli jawatankuasa Syariah Negeri Perak sejak dari tahun 1994. Pengetahuannya yang luas khususnya dalam pemakaian kaedah kitab Arab dan cermatnya beliau dalam mengeluarkan sesuatu usul atau pandangan telah banyak membantu perjalanan jawatankuasa Syariah dan majlis fatwa Perak.

Diatas sumbangannya yang besar, Pak Teh telah dianugerahkan kurniaan Darjah Dato' Paduka Mahkota Perak (DPMP) sempena menyambut ulang tahun hari keputeraan DYMM Paduka Sultan Perak ke 76 baru-baru ini. Istiadat pengurniaan tersebut telah berlangsung pada 19 April 2004 di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar.

Kebanyakkan pengajian ilmu dimadrasah ini adalah bersumber daripada Kitab-kitab Jawi yang lebih popular dikenali sebagai kitab kuning dan kitab-kitab Arab. Kaedah pengajian di madrasah ini yang berasaskan system pengajian pondok selalunya menggunakan 2 kaedah utama iaitu umumi dan nazomi.Selain itu juga kelas hafalan dipraktikkan secara meluas dalam sistem pengajian pondok. Antara kitab yang digunakan di Pondok Pak Teh ialah Minhajul Abidin(tasawuf), Mughni Muhtaj(feqah), Syuzu(nahu), Hadis Muwatta Imam Malik, Fathul Muin, Fathul Wahhab, Tafsir Nasafi, Ibnu Akil, Syarkawi, Usul Fiqh, Matan Zubad(feqah) dan Matan Majmuk Azhari.

SemugaRohnya ditempatkan bersama roh para Rasul dan Nabi, syuhada dan solihin diatas kegigihannya memperjuanbgkan agama Allah.....Al Fatihah..
 
www.idhamlim.blogspot.com

KU LI PENGARAH PRK BN GALAS, TAMPARAN PADA PAS

Lepas ini masih boleh bersama beginikah? Datuk Husam bersama Ku Li...

KL 29 Sept. 10: Anggota Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah telah dilantik sebagai pengarah pilihan raya UMNO/BN untuk pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Kelantan kawasan Galas. 

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam satu kenyataan berkata, keputusan itu diambil dalam mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan UMNO hari ini. 

"Dengan restu Presiden (UMNO) Datuk Seri Najib Tun Razak, saya telah menghubungi Tengku Razaleigh untuk memberitahu beliau mengenai keputusan parti melantik beliau dan beliau setuju,” kata Muhyiddin yang juga Timbalan Presiden UMNO dan Timbalan Pengerusi Barisan Nasional. - Bernama

Komen Blog Ibnu Hasyim: Apakah ianya suatu tamparan hebat pada PAS, kerana sebelum ini Ku Li menyokong tuntutan royalti minyak bagi rakyat Kelantan tajaan PAS?

http//:ibnuhasyim.com

HEBAT ! MB MAT SAID BUKA "PUSAT TARBIYYAH MODEN" DI TMC, MESRA MALL

Kemunculan TV, video dan cakra-padat akhirnya panggung-panggung wayang di negeri Terengganu ditutup kesemuanya. Tiada siapa yang ingin ke panggung wayang lagi. Apatah lagi wujudnya astro, internet telah merubah gaya hidup masyarakat. Tiada lagi nak beratur mengambil tiket masuk ke panggung untuk menonton filem Hindustan berkerusikan kayu keras itu.

Apatah lagi era 80-an timbulnya perkembangan nilai-nilai Islam yang mula menenggelamkan cara hidup jahiliyyah. Pasangan anak-anak muda lelaki dan perempuan menonton wayang ditengah malam berkurangan dan akhirnya industri ini terpaksa ditutup.

Tapi, takkan syaitan nak duduk saje. Musuh-musuh Islam sentiasa merancang untuk mengeluarkan anak-anak remaja kita dari rumah-rumah mereka. Menjauhkan mereka dari surau dan masjid ataupun majlis-majlis ilmu dan kuliah. Khususnya remaja perempuan agar keluar dari rumah, berhibur, berpasangan couple akhirnya melakukan maksiat diluar batasan syara’.

Yang terbaru bagaimana panggung wayang yang sudah pupus di Terengganu kini dikembalikan semula oleh pimpinan UMNO-BN dizaman Mat Said ini. Selamat datang Port Beromen baru di Kemaman, Terengganu. Di Mesra Mall, TMC (Terengganu Mat Caid).

Lapuran Kosmo.
Panggung pertama di Terengganu

JIKA sebelum ini penduduk Terengganu perlu memandu jauh sehingga ke negeri-negeri jiran untuk menonton filem-filem menarik, kini mereka tidak perlu bersusah payah dengan adanya panggung wayang baru yang mula beroperasi 25 September lalu di Kemaman.

Pawagam terbaru berkenaan yang mempunyai lima panggung dengan 780 tempat duduk, dibangunkan di dalam pusat beli-belah serba moden iaitu Mesra Mall yang bernilai RM100 juta serta dimajukan oleh KLCC (Holdings) Sdn. Bhd.
Ketua Pegawai Operasi TGV Cinemas, Kenny Wong berkata, TGV ingin membekalkan semua orang termasuk pelancong dengan pengalaman menonton filem yang menghibur dan menyeronokkan.

"Dengan pembukaan multipleks ini, penduduk Kemaman kini boleh menyelami keseronokan menonton wayang yang dijanjikan oleh TGV Cinemas," katanya.
Menurut beliau, TGV Mesra Mall menampilkan reka bentuk serba baru dan kontemporari yang berasaskan konsep keremajaan, selaras dengan usaha TGV Cinemas untuk menarik minat golongan muda. "Kami cuba menyediakan ruang santai yang sempurna untuk pelanggan kami kerana kami mahu menjadikan pengalaman ke pawagam bukan sahaja sekadar menonton wayang tetapi untuk bergembira bersama insan tersayang," katanya.

ia bukan isu di Lembah Kelang & Pantai Barat. Kalau ditanya kepada pemimpin atau pengusaha industri seperti ini nescaya banyaklah alasan dan jawapan logik menurut ekonomi, sosial dan pendidikan kononnya. Orang yang menimbulkan isu ini mungkin dikatakan kuno, ketinggalan zaman, isu remeh. Tetapi hakikatnya ia akan menjadi tempat berpeleseran baru dengan gaya-hidup baru. Ia akan menjadi tempat untuk berhibur bersama couple, lelaki dan perempuan. Tempat berkhalwat eksklusif baru yang sah dan diizinkan kerajaan Umno-BN.

Hari ini pusat-pusat karaoke wujud macam cendawan tumbuh. Hatta dikedai-kedai restoren koboi ditepi jalan. Berkaraoke secara terbuka lelaki dan perempuan tanpa halangan hingga larut malam. Lesen-lesen baru digalakkan oleh kerajaan Umno-BN. Pusat snooker bersepah merata tempat. Hatta bertaruh perempuan jalang. Kini belum cukup remaja kita dihibur dan dihanyutkan. Dengan konsert dan nyanyian. Dengan vcd dan audio video.Agar tidak dikatakan negeri ketinggalan zaman. Negeri bergerak maju berpembangunan serta canggih. TGV Cinemas diperkenalkan. Orang kita ni benda baru.. hah tak cukup tanahlah dikerumuninya.

Terimakasih UMNO-BN. Satu lagi kejayaan produk tarbiyyah bagi melahirkan generasi berilmu, beriman dan taqwa. Ke arah menjadikan dan melengkapkan Terengganu sebagai Darul Iman. Bak kata MB Mat Said … “untuk mengembalikan Terengganu sebagai bumi ulama masyhur terbilang di nusantara seperti abad 18 & 19. Di zaman kegemilangan seperti Tok Ku Paloh, Tok Pulau Manis & Tok Syeik Duyung”. Semoga generasi muda Terengganu akan bertambah "ilmu dan taqwa" dengan adanya multiplek ini dan bakal mewarisi kepimpinan ulama terbilang Terengganu!!!
 

http://ustsaifulbahri.blogspot.com 

Pemuda PAS Desak Felda Akur Keputusan Terbaru Mahkamah,Menangkan Peneroka


Dewan Pemuda PAS Negeri Pahang menyambut baik keputusan Mahkamah Tinggi Kuantan hari ini yang telah memenangkan sepuluh orang peneroka Felda Sungai Koyan dalam samannya ke atas Felda yang enggan menyerahkan wang tanam semula berjumlah RM 1700 setiap ekar.

Demikian dinyatakan Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Pahang Ustaz Shahril Azman Abd Halim sebentar tadi.

Beliau turut menyeru agar pihak pentadbiran Felda akur dengan keputusan mahkamah tersebut dan mengakui kesilapan mereka selama ini dalam mengurus harta dan hak yang patut dberi kepada peneroka.

Ustaz Shahril turut membidas tindakan Felda sebelum ini yang tidak mahu mengakui kelemahan mereka dengan mencanangkan kepada peneroka kononnya mereka tewas dalam saman oleh peneroka Felda Kemahang 3 adalah kerana peguam Felda tidak hadir mahkamah ketika perbicaraan.

Kenyataan yang dianggap menghina mahkamah itu lebih menggambarkan sikap angkuh Felda yang tidak mahu menoleh kebelakang untuk bermuhasabah atas kelemahan yang berlaku.

Dewan Pemuda PAS Pahang sangat berharap kenyataan angkuh seumpama itu tidak lagi berulang selepas keputusan terbaru Mahkamah Tinggi Kuantan hari ini yang sekali lagi memihak kepada peneroka Felda.

Peneroka Felda yang memperjuangkan hak mereka bertahun tahun lamanya untuk mendapatkan caruman tanam semula yang dinafikan pentadbiran Felda menempa sejarah hari ini dengan keputusan yang telah dibuat Mahkamah Tinggi Kuantan

Hakim Datuk Mariana Yahya hari ini memutuskan peneroka berhak mendapatkan wang tanam semula berjumlah RM 1700 setiap ekar walaupun mereka mengusahakan sendiri ladang mereka dan tidak menyerahkan kembali kepada Felda.

Hakim Datuk Mariana Yahya juga menolak hujjah pembelaan Felda yang menyatakan peneroka tidak berhak mendapatkan jumlah itu kerana jumlah caruman mereka tidak sampai.

Namun, hakim memutuskan Felda perlu membayar jumlah itu kerana ia telah ditetapkan oleh Felda sendiri.

Saudara Hanifa Maidin yang juga Ahlijawatankuasa PAS Pusat bertindak sebagai peguam peneroka berkenaan manakala Felda diwakili Tetuan Abdullah Zainudian yang diwakili oleh Puan Doshi. 
 
tukulbesi.blogspot.com

Tuesday, September 28, 2010

CALON UMNO DUN GALAS..BAZLAN BAHARUDDIN ?

image
Ketua Pemuda bahagian Umno Gua musang, Bazlan Baharuddin seorang yang banyak mendapat tender2 kantin dan asrama sekolah2 di Kelantan serta mempunyai syarikat kawalan keselamatan, mamat ni memang liar dalam mendapat kan apa2 kepentingan KERAjaan melalui Umno dan melobi orang2 atasan Umno, dia mempunyai ramai musuh2 kalangan penender2 kantin dan asrama sekolah.

BAZLAN SECURITY SDN BHD
ALAMAT:
PT 7742 Aras 1,Taman Mesra,
Jalan Persiaranraya,
18300 Gua Musang,


BAZLAN BIN BAHARUDDIN
MOF No: 357-00018831
Address: No 39,Perumahan JPN 18300 Gau Musang,Kelantan
State: Kelantan
Country: Malaysia
Contact Person: Bazlan Baharuddin
Phone: 09-5667465

Ketua Pemuda bahagian, Bazlan Baharuddin ketika dihubungi berkata, mesyuarat itu akan membincangkan antara lain persiapan jentera parti dan pemilihan calon. 

Katanya, mesyuarat itu akan dihadiri oleh semua ketua Pemuda, Wanita dan Puteri dari 24 cawangan Umno di DUN Galas. 

"Parti mahu mendengar pandangan akar umbi secara menyeluruh mengenai pilihan kecil ini termasuk aspek persiapan jentera, peruntukan kewangan, logistik dan calon. 

"Kita tahu Galas kubu kuat BN, tidak pernah kalah kecuali 2008, yang mana sebabnya tidak jelas hingga sekarang," katanya. 

Mengenai pemilihan calon, Bazlan berkata, ia terserah kepada Tengku Razaleigh dan pucuk pimpinan Umno lain.
"Dari tinjauan kita (Umno), mereka mahu calon tempatan, sentiasa turun padang dan sesekali boleh minum bersaam pengundi di kedai kopi," katanya. 

Di Kuala Lumpur, Timbalan Perdana Menteri berkata, seorang pemimpin tempatan akan dipilih sebagai calon BN bagi pilihan raya kecil Galas.

Wah ! nampak, apa bazlan kata, calon muda beb, sapa lagi kalau bukan dia ?, permulaan rentak umno gua musang sudah bermula, dia juga di katakan tidak sebulu dengan ketua bahagian Ku Li dalm isu pencalonan melawan presiden Umno dan isu royalty petroleum dan gas Kelantan.

Lagi menyusul perihal mamat ni…….

APA YANG TAK KENA, KHALED DAN SAIFUDDIN BERTELAGAH...

KESILAPAN Perdana Menteri, Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak menyusun kabinetnya kini terserlah apabila berlaku beberapa pertelagahan antara menteri dengan timbalan menteri, sekaligus menunjukkan tidak ada persefahaman.
Paling ketara, hubungan 'tak mesra' ini antara Menteri Pengajian Tinggi, Dato' Seri Mohamad Khaled Nordin dengan timbalannya, Saifuddin Abdullah. Ia bukan baru tetapi sejak awal-awal lagi, apabila Saifuddin pernah mengumumkan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) akan membangunkan Universiti Pertahanan di Pahang.

Kenyataan Saifuddin yang mendahului Menteri itu, kemudiannya dinafikan Mohamad Khaled, walaupun, Saifuddin kemudiannya mengatakan bahawa Kerajaan Negeri Pahang sudah meluluskan tanah untuk tujuan tersebut. Ia kemudiannya senyap begitu sahaja. 

Terbaru, Saifuddin yang nampaknya beria-ia bersetuju untuk membenarkan mahasiswa aktif berpolitik, tidak mendapat persetujuan Mohamad Khaled. 

Namun, dalam beberapa siri, Saifuddin yang pernah bertelagah dengan bekas Naib Cencellor UiTM, Tan Sri Ibrahim Abu Shah, tetap mempertahankan bahawa pelajar perlu dibenarkan berpolitik.

Pendirian Saifuddin disenangi PAS. Malahan, ada cadangan Saifuddin mahu dilantik mengetuai kaukus Parlimen mengenai isu ini tetapi baru-baru ini, Saifuddin yang dijadualkan mengadakan pertemuan dan perbincangan dengan Pemuda PAS, menangguhkan hasrat tersebut, tanpa memberi apa-apa alasan. 

Isu yang diperjuangkan Saifuddin ini mendapat sokongan Ketua Pergerakan Pemuda Umno. Khairy Jamaluddin pernah mengeluarkan kenyataan mengenainya tetapi dibidas Mohamad Khaled yang mengatakan Pemuda Umno tidak perlu berkokok kerana isu itu boleh dibincangkan dalam Majlis Tertinggi (MT) Umno dan beliau, akan patuh jika Umno mengarahkannya.

Khairy Jamaluddin kemudiannya senyap. Tetapi, baru-baru ini, Saifuddin mengeluarkan kenyataan mengatakan Perdana Menteri bersikap terbuka mengenai isu ini, padahal, suatu ketika dahulu sudah ada pengumuman bahawa kabinet menolak cadangan tersebut.

Ramai yang tertanya-tanya, apakah Saifuddin lebih berkuasa dari Mohamad Khaled di KPT? Atau, PM bersikap talam dua muka, menolaknya ketika dibincangkan dalam kabinet tetapi menerimanya ketika berbincang dalam MT? Yang mana satu lebih betul? 

Adakah Saifuddin yang betul atau Mohamad Khaled yang betul? Kenapa PM Najib nampaknya membiarkan isu ini diperbahaskan secara terbuka, ketika kabinet sudah memutuskan untuk menolaknya? 

Inilah kelemahan Najib sebenarnya. Dia melantik menteri bukan dari kalangan MT dan timbalan menteri pula, salah seorang anggota MT. Satu ketika, Mohamad Khaled merasakan dia 'lebih besar' dari timbalannya tetapi, satu ketika lain, timbalannya merasakan dia lebih besar dari menterinya!

Kabinet Najib, isu timbalan menteri bertelagah dengan menteri sudah banyak kali berlaku. Dulu, pernah Menteri Pelajaran yang juga Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin membidas timbalannya, Dr Puad Zarkashi kerana bercakap mendahuluinya isu profesion perguruan perlu dilesenkan.

Dari kalangan menteri, Mohamad Khaled sebenarnya seorang yang boleh dianggap senior. Beliau tidak menduduki kerusi MT kerana kalah (dapat tempat ke empat dari tujuh calon) merebut salah satu dari tiga Naib Presiden Umno.

Kebetulan, ketika dia bertanding, ada dua lagi calon dari Johor yang turut menawarkan diri iaitu Dato' Seri Hishammuddin Hussein dan Tan Sri Syed Hamid Albar.

Undi yang diterima Mohamad Khaled agar besar. Namun, disebabkan Najib tidak mampu menambah bilangan wakil MT dari Johor setelah Hishammuddin menang kerusi naib, Muhyiddin menang kerusi Timbalan Presiden, Dato' Dr. Abdul Latiff Ahmad menang kerusi MT, Najib melantik dua MT tambahan, iaitu Dato' Razali Ibrahim (Naib Ketua Pemuda) dan Dato' Abdul Ghani Othman (Menteri Besar) menjadikan ada lima wakil Johor dalam MT sekarang.

Dari segi logiknya, Najib sepatutnya melantik Mohamad Khaled, tetapi Najib melantik Rais Yatim yang jauh undinya jika dibandingkan dengan undi yang dikutip Rais bagi kerusi Naib Presiden.

Najib tentunya mempunyai alasannya sendiri mengapa dia melantik Rais dan tidak melantik Mohamad Khaled – tetapi kesannya sekarang, Mohamad Khaled yang menjadi menteri terpaksa mempunyai timbalan menteri yang menang kerusi MT.

Tentulah Mohamad Khaled kekok. Apa yang dibincangkan dalam MT, Mohamad Khaled tidak tahu, tetapi apa yang Mohamad Khaled bincang dalam kabinet, timbalannya perlu tahu melalui mesyuarat pasca kabinet.

Dalam banyak hal, timbalan menteri sebenarnya tidak boleh melebihi menteri. Tetapi, malang bagi Mohamad Khaled, timbalan menterinya ini adalah Ahli Parlimen Temerloh dan Timbalan Ketua Umno Bahagian Temerloh. Maknanya dia orang Pahang, satu negeri dengan Perdana Menteri.

Mungkin atas sebab itu, Saifuddin boleh mengatakan dia lebih rapat dengan Najib daripada Mohamad Khaled.

Kebetulan, Mohamad Khaled dikenali sebagai orang Tun Abdullah Ahmad Badawi yang terselamat dari penyingkiran, seperti yang berlaku terhadap Datuk Seri Mohamad Zin Mohamad (Menteri Kerja Raya) dan Dato' Idris Harun (Timbalan Menteri Pengajian Tinggi).

Hari ini, ketika Khaled mengeluarkan kenyataan mengatakan beliau tidak ada halangan untuk menurut apa sahaja keputusan Umno untuk melihat semula kebenaran mahasiswa aktif politik, tentunya dia berasa pelik mengapa timbalannya tidak berbincang terlebih dahulu dengannya untuk membawa semula cadangan itu ke MT.

Benarkah MT mengambil maklum dan berbincang secara khusus isu ini atau, Saifuddin mengadakan pertemuan sendiri dengan Perdana Menteri atas sifatnya sebagai 'orang Pahang'.

Isu ini bukan isu main-main. Jika benar-benar kerajaan mahu membenarkan mahasiswa aktif politik, segala sekatan dan halangan yang ada hendaklah dibuang – khususnya AUKU.

Jika tidak membenarkan, buatlah secara teliti kerana yang bakal menjadi mangsa dalam isu ini ialah mahasiswa dan masa depan mereka.

Ia bukan perkara mudah. Ia bukan perkara kecil. Adalah lebih baik jika Perdana Menteri menubuhkan satu jawatankuasa membuat kajian menyeluruh dan bukan bergantung dari laporan dan cadangan Saifuddin Abdullah seorang sahaja.

Saifuddin juga perlulah lebih berhemah, kerana dia bukan orang politik sebenarnya, kecuali aktif dengan pertubuhan belia dan sedikit waktu dahulu banyak menulis artikel mengenai pemikiran dan sifat orang muda.

Jangan kerana pertelagahan antara dia dengan Mohamad Khaled, akhirnya universiti, pusat pengajian tinggi yang menjadi tempat kegemilangan pelajaran dijadikan medan untuk mengejar populariti ahli politik terdesak.    

Lebih penting, jangan pula ketika Saifuddin sudah menyediakan kertas cadangannya, tiba-tiba Najib memindahkannya ke kementerian yang tidak ada kaitan langsung dengan universiti.

Dan tentunya Saifuddin lebih bersedia untuk bersama-sama mahasiswa di kementerian sekarang daripada kementerian yang sibuk dengan tender dan projek. - SAFAR JUMAAT
 
www.detikdaily.net