Tuesday, March 27, 2012

Seterusnya.............

Apa yang akan terjadi seterusnya?????



Minggu lepas N9 Tahan ada menulis serba sedikit tentang kes MDJ nak di sita.Cerita memang panas,tapi sekejap saja sebab tak banyak media harian yang buat liputan kecuali beberapa berita atau akhbar sahaja.

Dan kami menjangkakan akan ada cerita tambahan atau lanjutan pasal hal ini.Nampaknya memang BETUL!!!
2,3 hari yang lepas Blogger IDEAKITA ada menulis tentang hal ini.Sila baca tulisan beliau di sini

Kalau betul lah apa yang ditulis oleh Blogger tersebut,maka akan bertambah mendung lah JERANTUT daerah kita ini.

Sebab apa kami kata begitu?Berikut adalah alasan kami......

1.Kami pernah dengar tentang S/U lama yang bermasalah.Tapi kami bukan orang yang berkuasa memberi pandangan.Setelah dia ditukarkan,ada sedikit penambahbaikan dalam pentadbiran MDJ.

Dulu masalah sampah saja ambil masa yang lama untuk diselesaikan.Tapi akhirnya dengan kehadiran S/U dan Pegawai Daerah yang baru,masalah ini hampir berjaya diatasi.

Tapi kalau mereka ditukarkan,apa yang akan terjadi agaknya?

2.Setelah beberapa lama S/U yang baru ini berada di Jerantut,terdapat perubahan pada keadaan dan landskap Bandar Jerantut secara hampir keseluruhannya.

Ada penambahan dari segi kecantikan dan keceriaan maksud kami.Dan kami lihat kakitangan MDJ lebih pantas dan cekap dalam tugasan mereka.

Apa akan jadi kalau kedua-dua mereka ini ditukarkan?

3.Dan kami walaupun penyokong Parti pembangkang di Jerantut,kami tetap boleh lihat kerja yang telah dilakukan dan kami mengucapkan tahniah kepada pihak pengurusan MDJ atas penambahbaikan ini.

Kami tahu yang tidak ramai kakitangan MDJ yang menyokong kami secara politikalnya nya.Tapi apa yang telah dilakukan,kami tetap hargai lebih-lebih lagi untuk kebaikan bersama.Tak kira mereka menyokong parti apa sekalipun.

Tapi sekiranya benarkah berita yang kami dapat dari Ideakita ini betul sangat malanglah masyarakat di Jerantut ini.

Dan sangat teruk lah kalau betul ada tangan-tangan GHAIB yang cuba memporak-perandakan apa yang telah dilakukan oleh Pihak MDJ ini.

Malangnya kita Jerantut.......

(sumber dari N9 Tahan)

Cerita dari Jerantut.......

Jerantut daerah ku......


Assalamualaikum.

Banyak cerita dalam berita yang mengejutkan kebelakangan ini.Budak kena culik,lepas tu dibunuh dengan kejam.(Al-Fatihah kepada Almarhum)Budak perempuan yang dikatakan diculik,rupa-rupanya ikut member dia.

Lepas tu cerita menteri letak jawatan pun ada.Padahal tarikh yang diumumkan itu memang dia dah habis tempoh sebagai SENATOR pun!Sudah berapa ramai kena tipu! Hehehehehehe.......

Itu pun nak pusing juga.Bagai sangat pengorbanan dia katanya.Bukan ada kesan besar mana pun kalau di kaji secara lanjut.Tapi nak buat macam mana,orang MELAYU kan SEMAKIN LAYU.........

Tapi Jerantut pun ada cerita juga minggu ni.Siap keluar Sinar Harian bagai.

Ala....cerita MDJ hampir di sita te lah.Dulu pernah juga ada Majlis Daerah yang di sita.Lagi BESAR punya kes.

Dengar cerita,bermacam versi ada.Nanti lah kita cari slow-slow.Lelama esok dapat lah cerita penuh.

Setakat Mengurus pasal Rumah Rehat pun GAGAL,ini pulak nak terus perintah NEGARA.

Lepas tu esok bagi pulak urus FELDA cara suka MAK,AYAH dia.MAS yang sikit punya besar pun boleh rugi,inikan pulak FELDA.

Tapi,apa-apa hal pun TAHNIAH lah kepada PENEROKA atas apa yang akan berlaku.PILIHAN di tangan anda.Buatlah keputusan dengan sebijaknya.

Kalau rasa nak ambik duit sekarang bagilah.Mana tau jadi macam FELDA Lyndon B Johnson hari tu.Dapat nama je JUTAWAN tu weh!
 
(sumber dari N9 Tahan)

Tuesday, November 1, 2011

Keratan penuh akhbar Australia sahkan perbelanjaan anak Najib

KUALA LUMPUR 2 Nov: Sebuah blog menyiarkan keratan penuh laporan akhbar The West Australian yang mendedahkan perbelanjaan delegasi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ketika menghadiri Persidangan Mesyuarat Ketua-Ketua Kerajaan Komanwel (CHOGM) di Perth Australia.

Akhbar itu mendedahkan tabiat buruk ‘Wanita Pertama’ dan anak perempuan Datuk Seri Najib Razak yang membelanjakan ratusan ribu ringgit di sebuah gedung membeli belah terkemuka di negara itu.
 
Blog MiLo SuaM memperoleh keratan penuh laporan akhbar  berkenaan  bertajuk “Delegates go shopping, sightseeing”, bertarikh 31 Oktober lalu.

Sebelum ini kesahihan berita The West Australian itu kononnya dipertikai kerana hanya berpandu satu salinan keratan berita kecil tanpa tarikh dan logo akhbar berkenaan.

Isnin lalu, Keadilan Daily memetik akhbar berkenaan yang melaporkan anak gadis Datuk Seri Najib Razak membelanjakan sekurang-kurangnya $60,000 (RM195,000) untuk membeli belah di Perth.

Selain itu, ia juga menyiarkan berita seorang Wanita Pertama membelanjakan kira-kira A$150,000 (RM487,000) membeli mutiara di David Jones- sebuah gedung mewah terkemuka di Australia Barat.

Blogger dan peminat politik Malaysia mengaitkan wanita berkenaan dengan Datin Seri Rosmah Mansor- yang sebelum ini menggelarkan dirinya sebagai First Lady Of Malaysia atau Wanita Pertama Malaysia.

Rombongan berkenaan turut disertai Timbalan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Senator Datuk Maglin Dennis D’Cruz, Timbalan Menteri di  Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Mashitah Ibrahim dan Presiden Parti Progresif Penduduk (PPP) Datuk Seri M.Kayveas.

Menurut laporan akhbar West Australian, kesempatan menghadiri persidangan Komanwel itu memberi peluang kepada mereka berbelanja sakan.

“Beberapa peniaga di bandar, memperoleh untung besar, apabila seorang wanita pertama diketahui membeli $150,000 untuk mutiara di West Australia, sementara anak perempuan perdana menteri Najib Razak dipercayai membelanjakan & $60,000 di David Jones,” petik akhbar itu.

Richard Muirheand, Pengarah Negeri bagi CHOGM 2011 berkata, masa berbelanja dan aktiviti lapang telah diatur untuk delegasi di luar jadual CHOGM.

http://www.keadilandaily.com

Thursday, October 27, 2011

Mahkamah Tolak Rayuan Timb Speaker Perak, Yit Foong, Si Penyembur Lada

Timbalan Speaker Perak Datuk Hee Yit Foong Khamis gagal dalam rayuannya untuk mengetepikan keputusan saman berhubung kes botol penyembur serbuk lada semasa Persidangan Dewan Undangan Negeri Perak, pada 7 Mei, 2009.

Hakim-Hakim Mahkamah Rayuan yang diketuai oleh Datuk Sulong Matjeraie menolak rayuan Hee terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang membenarkan saman yang difailkan oleh Anggota Dewan Undangan Negeri (DUN) kawasan Aulong Yew Tian Hoe terhadap Hee.

Dalam keputusan sebulat suara, Hakim Sulong berkata tiada sebab bagi mahkamah untuk meminda keputusan Mahkamah Tinggi memandangkan Pesuruhjaya Kehakiman telah membuat keputusan berdasarkan keterangan yang dikemukakan di hadapan beliau.

Mahkamah turut mengekalkan keputusan yang dibuat Pesuruhjaya Kehakiman Tarmizi Abd Rahman pada 14 Jun tahun ini, yang membenarkan permohonan injunksi Yew untuk menghalang Hee daripada melakukan salahguna atau serangan terhadapnya di masa depan.

Hakim Sulong yang bersidang bersama Hakim-Hakim Datuk Jeffrey Tan Kok Wha dan Datuk Clement Allan Skinner, bagaimanapun, membenarkan rayuan balas Yew terhadap Mahkamah Tinggi yang tidak membuat sebarang keputusan mengenai ganti rugi yang dituntut beliau dalam saman itu.

Mahkamah Rayuan membenarkan bayaran RM100 sebagai ganti rugi nominal kepada Yew. Mahkamah turut memerintahkan Hee membayar kos RM20,000 kepada Yew.

Pada 26 Jun, 2009, Yew memfailkan saman terhadap Hee selepas Hee mengugut dan menyerang beiau dengan botol penyembur serbuk lada di muka terutamanya di mata kiri semasa mereka menghadiri perasmian Persidangan Dewan Undangan Negeri di Bangunan Setiausaha Kerajaan Perak, Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab, Ipoh, pada 7 Mei, 2009.


Beliau berkata insiden itu berlaku di hadapan anggota DUN yang lain, dan akibatnya beliau mengalami kesakitan dan kecederaan di mata kiri, kekejutan gelisah dan kesengsaraan mental, kejatuhan harga diri, penghinaan, kerugian maruah dan gangguan mental.

Dalam pernyataan tuntutannya, Yew turut mendakwa Hew adalah seorang yang tidak menyesal dan berbohong kepada media dengan mengatakan botol penyembur lada itu adalah rantai kunci hotel atau pemacu cakera padat mudah alih (pen drive) sebelum mengakui bahawa alat itu sebenarnya botol penyembur serbuk lada.

Beliau berkata Hew enggan dan gagal meminta maaf walaupun diberi peluang dan beliau mendakwa kelakuan defendan itu berniat jahat serta zalim.

Beliau membuat laporan polis berhubung insiden itu di balai polis Taiping.

Antara lain, beliau memohon ganti rugi teruk dan ganti rugi teladan selain kos, faedah dan relif lain yang ditentukan wajar oleh mahkamah, serta injuksi untuk menghalang Hee atau pekerja atau ejennya daripada melakukan salahguna, ancaman atau serangan terhadapnya dengan apa juga cara sekalipun. -- BERNAMA

Wakil Rakyat Umno menyertai perarakan "Menghantar Pulang Tokong Sayur" bersama penganut budha

Zulkifli Yahaya
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjbX4ujFnc3otJwr6tZJrg43-LTw1fIS_b2l4r7xTHaZw1AbJo1I8HKPgBdOPCQkP-s5lh6H9t57G1ULlvs3R7F9HVGmig7XghcXaSge2__odDdKaZCqFOA204NOICaCL2bCpDw_SYiYVqZ/s1600/ahmad_bashah_md_hanipah.jpg
PENGERUSI Perhubungan Umno Kedah, Dato’ Ahmad Bashah Md Hanipah menerima tempelakan hebat daripada kepimpinan kerajaan negeri yang mendakwa beliau tidak ambil tahu mengenai pengurusan kewangan kerajaan negeri Kedah sewaktu menjadi Exco dahulu.

Kalau tidak masakan Ahmad Bashah mengetahui bahawa kerajaan BN dulu tidak menggunakan kesemua peruntukan penyelenggaraan jalan yang diberikan oleh Pusat untuk tujuan tersebut.

Isunya Ahmad Bashah tuduh kerajaan negeri Pakatan Rakyat sekarang guna peruntukan berkaitan jalan pemberian Pusat itu untuk urusan lain yang tiada mengena dengan selenggaraan jalan, walhal pada zaman BN dulu pun perkara yang sama dilakukan.
Belum pun isu tersebut reda, bakal Menteri Besar Kedah dalam bayangan itu diserang lagi.

Kali ini berkaitan tindakannya menyertai upacara keagamaan bukan Islam.

Mengikut catatan pada 5 Oktober 2011, kira-kira jam 8.00 malam, Adun Bakar Bata itu telah menyertai perarakan ‘Menghantar Pulang Tokong Sayur’ yang diadakan di Jalan Gangsa dan Jalan Putra, bersama-sama penganut agama Buddha.

Memandangkan perayaan tersebut merupakan upacara keagamaan bukan Islam maka ia jelas bertentangan dengan ajaran Islam yang menitikberatkan kemurnian akidah di samping tindakan tersebut telah menjatuhkan maruah umat Islam.

Jika sebelum ini Umno sibuk dengan program menghantar memorandum di sana-sini, kini giliran Pemuda PAS pula mengambil tempat tersebut. Mereka menyerahkan memorandum kepada Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah mendesak supaya tindakan tertentu diambil terhadap Ahmad Bashah.

“Sohibus Samahah Mufti Kerajaan Negeri Kedah Dato’ Sheikh Baderuddin Ahmad turut menegaskan bahawa umat Islam dilarang menyertai upacara keagamaan bukan Islam berdasarkan kaedah ‘Reda akan kekufuran boleh membawa kufur’.

“Memandangkan Dato’ Ahmad Bashah adalah seorang wakil rakyat dan pemimpin yang mempunyai pengaruh, kami bimbang apa yang dilakukan oleh beliau akan dituruti oleh umat Islam lain yang tidak memahami Islam dengan baik,” ujar Mohd Azam Awang yang mengepalai penyerahan memorandum tersebut.

Dalam tercungapcungap mencari jawapan mempertahankan Ahmad Bashah, jentera penerangan BN Kedah menyamakan tindakan bos mereka itu dengan tindakan Menteri Besar Kelantan menyampaikan watikah lantikan sami Buddha pada 23 Mac 1995 bagi menggantikan sami Phra Vicarayanmuni yang mati pada 30 november 1992. Mereka mendakwa sewaktu penyampaian watikah tersebut, terdapat juga upacara keagamaan Buddha.

Sebenarnya, dua situasi itu jauh berbeza. Menteri Besar Kelantan sebagai ketua kerajaan betanggungjawab terhadap semua pemimpin masyarakat yang di bawah pentadbirannya.

Beliau bukan sahaja pemimpin orang Islam tetapi juga adalah pemimpin bukan Islam, asalkan mereka rakyat Kelantan.

Watikah lantikan yang dikeluarkannya diiktiraf sebagai pengesahan tertinggi daripada ketua kerajaan. Pengesahan oleh Menteri Besar terhadap ketua komuniti itu berbeza sama sekali dengan pengesahan terhadap ‘kebenaran’ sesuatu ajaran agama. Jika secara kebetulan mereka mempunyai upacara tertentu dalam majlis tersebut maka ia bukan kehendak Menteri Besar dan beliau pun tidak melakukan apa-apa perbuatan yang disifatkan turut serta mengambil bahagian.

Ia berbeza dengan mengambil bahagian dalam upacara keagamaan. Jika bukan Islam mengarak berhala dengan berjalan kaki beramai-ramai, maka orang Islam yang turut serta berarak itu terdedah kepada dakwaan ‘turut mengambil bahagian’. Apa hukumnya? Dato’ Mufti telah menjelaskan hukumnya.

Kita memahami situasi sulit Umno yang selama ini bergantung harap kepada undi bukan Muslim tiba-tiba sejumlah besar undi tersebut berpaling daripada mereka.

Mereka akan melakukan apa sahaja untuk menarik semula undi bukan Muslim tetapi takkanlah perlu ke tahap menggadai persoalan akidah demi undi?

Isu mengambil bahagian dalam upacara keagamaan bukan Islam ini bukan isu politik.

Ia persoalan akidah. Ahmad Bashah dan Umno tidak layak sama sekali untuk memimpin negeri Kedah di mana majoriti rakyatnya beragama Islam ini, jika persoalan akidah sebegini dianggap remeh.

Pengerusi Umno Kedah itu perlu bertaubat ke hadrat Allah SWT di samping memohon maaf daripada seluruh umat Islam kerana menjatuhkan maruah umat Islam di negeri ini.

Umno Kedah baru-baru ini mencabar Menteri Besar, Ustaz Azizan Abdul Razak supaya nyatakan pendirian berhubung akta pencegahan murtad yang kononnya mahu diperjuangkan Umno. Eloklah kalau dalam akta tersebut masukkan sekali kesalahan mengambil bahagian dalam upacara agama lain. Lepas tu, baru cabar Ustaz Azizan. ( Detikdaily )

Monday, October 24, 2011

Himpunan berita panas Laporan Audit Negara 2010


Memang panas hati aku baca berita macam ni. Memang CELAKA punya rasuah.

Malaysiakini melaporkan:
MSN 'perkudakan' peruntukan RM5.66 juta
Lapan belas daripada 23 kuda baka khas yang dibeli oleh Majlis Sukan Negara (MSN) untuk menyertai pertandingan ekuestrian dan sukan lasak terpaksa diagihkan kepada pelbagai jabatan kerajaan kerana kuda-kuda yang dibeli pada 2008 itu gagal memenuhi kriteria yang ditetapkan oleh Persekutuan Ekuestrian Antarabangsa atau Federation Equestre Internationale.

Lima kuda lain - yang dinamakan Edenfels Zephyr, Blue Bronco, Amira Alborada, Navidad, Brookleigh Kentara, bagaimanapun didapati layak dan bertanding pada pertandingan World Endurance Championship. -
Mkini.
Juga dilaporkan:
Harga binocular zoom 29 kali lebih tinggi
Jabatan Taman Laut Malaysia (JTLM) membelanjakan RM56,350 bagi sepasang ‘binocular marine’ atau teropong visi malam, 29 kali lebih tinggi daripada harga pasaran bernilai RM1,940, dedah Laporan Ketua Audit 2010.

Jabatan itu juga membayar jumlah yang sama bagi sepasang binocular visi malam jenama Bushnell, atau 1,893 peratus lebih tinggi daripada harga sebenar RM2,827.

Ia juga didapati ‘terlebih bayar’ RM38,470 dan RM13,918 bagi set radar Colour Marine berharga RM8,255 dan sebuah TV LCD dengan pemain cakera DVD bernilai RM16,100 dan RM2,182 masing-masing. - Mkini.
Juga dilaporkan:
Mara ditegur beli peralatan pada harga tinggi
Di sebalik membelanjakan peruntukan RM54 juta untuk menyediakan kursus latihan bagi golongan miskin tegar, Majlis Amanah Rakyat (MARA) membelanjakan wang untuk mendapatkan peralatan tertentu - seratus peratus lebih tinggi berbanding harga pasaran.

Laporan Audit 2010, yang dibentangkan di Dewan Rakyat hari ini, menyatakan bahawa dana yang disediakan di bawah program rangsangan ekonomi kedua untuk membantu golongan miskin meningkatkan pendapatan mereka.

Berikut beberapa barang yang dilaporkan dalam laporan berkenaan: - Mkini.
Turut juga dilaporkan:
Audit: PAC panggil 7 agensi, kementerian
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) akan memanggil tujuh agensi dan kementerian untuk siasatan berdasarkan laporan audit yang dikemukakan ke parlimen hari ini.

Pengerusi PAC Datuk Seri Azmi Khalid (kiri) berkata, jawatankuasa itu memutuskan demikian selepas mendengar taklimat oleh Ketua Audit Negara Tan Sri Ambrin Buang di bangunan parlimen hari ini.

Kementerian terbabit ialah Kementerian Kesihatan; Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi; Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air; dan juga Kementerian Pengangkutan.

Turut dipanggil ialah Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Lembaga Hasil Dalam Negeri serta Stadium Negara Corporation. - Mkini.
Jom kita tengok macamana harga GILA barang lain yang rakyat kena bayar.
  1. Equine Centre Sdn Bhd (enam ekor) dengan bernilai RM1.98 juta
  2. El Ranco Country Club (13) dengan harga RM2.48 juta
  3. Royal Terengganu Endurance Stable (dua) pada harga RM0.58 juta
  4. Toft Endurance Pty Ltd (dua) dengan nilai RM0.62 juta
  5. Komputer riba dan pencetak warna berharga RM3,428 pada harga RM11,845 (lebihan 246 peratus)
  6. Hand-held portable VHF Transceiver berharga RM1,561 pada harga RM4,324 (lebihan 177 peratus)
  7. Ketuhar berharga RM1,200 berbanding harga pasaran RM419, untuk membuat roti dan pastri bagi kursus di Kelantan
  8. Katil Boleh Lipat berharga RM500 berbanding harga pasaran RM100
  9. Dapur gas dua pembakar pada harga RM200 setiap satu, dan bukannya RM59.90
  10. Mesin gunting rambut yang dibekalkan pada harga RM250 setiap satu, dan bukannya RM79
  11. Pengisar pada RM140 dan bukannya sebanyak RM60
Patut pun laporan ni dilengah-lengahkan untuk dibentang dalam parlimen. Tu semua takdak sebab lain melainkan RASUAH.

Realitinya RASUAH di Malaysia ni dah tak boleh nak buat apa dah, hampir semua jabatan kerajaan terutama sekali yang melibatkan ringgit dan sen dan juga penguatkuasaan memang berlaku rasuah.

Dah takdak cara lain dah untuk banteras rasuah melainkan kena jatuhkan Umno BN yang menerajui kerajaan pasai disitulah BAPAK kepada RASUAH. Bila Umno BN dah jatuh, barulah gejala rasuah yang celaka tu akan dapat diperangi.

Friday, October 21, 2011

Gambar : Siswa berdemo desak tarik balik gantung tugas Aziz Bari


Anak Sg derhaka

Tidak kurang 700 mahasiswa hari ini berhimpun bagi membantah tindakan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIA) yang menggantung tugas Profesor Dr Abdul Aziz Bari sebagai pensyarah.

Perhimpunan itu berlansung di perkarangan masjid di UIA selepas solat Jumaat.

Mereka melaungkan “Hidup Ilmu”, “Lawan Kezaliman”, “Bebas Aziz Bari” dan menuntut kebebasan akademik di universiti khususnya di kampus berkenaan dipelihara.

Mereka yang berang itu menyokong dan mendokong Abdul Aziz serta mendesak universiti membatalkan hukuman penggantungan kepada pakar pelembagaan itu. 
Sewaktu hendak berarak menghantar memorandum, berlaku kekcohan apabila pengawal keselamatan universiti cuba menghalang mereka daripada menuju ke pejabat rektor UIA, menyebabkan berlakunya tolak menolak berlaku.

Semalam UIA menggantung tugas Abdul Aziz sebagai pensyarah undang-undang sehingga notis selanjutnya dikeluarkan.

Beliau didakwa "memberikan kenyataan yang bertentangan dengan kepentingan universiti" dan diberi masa sehingga 25 Oktober depan untuk menjawabnya.

Tindakan terhadap pakar perlembagaan itu dipercayai berikutan reaksinya sebelum ini terhadap titah Sultan Selangor dalam isu Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC).

Beliau berkata, Sultan Selangor sebagai ketua agama negeri mempunyai hak campurtangan tetapi ia perlu selaras dengan ajaran Islam.

Sebelum itu, sejak tengahari tadi, pengawal keselamatan melakukan pemeriksaan ketat di pintu gerbang UIA manakala orang awam dihalang daripada memasuki bangunan tersebut.

Menurut seorang pengawal keselamatan, selain orang awam, pihak media juga tidak dibenarkan masuk.

"Hanya sidang media jam 12 tengahari sahaja dibenarkan, selepas itu orang awam tak dibenarkan masuk, nak sembahyang Jumaat pun tak boleh.

"Kami terima arahan tak benarkan orang awam dan media masuk hari ini,” kata pengawal keselamatan itu.

Pagi tadi, Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) mendesak Rektor UIA Prof Datuk Zaleha Kamarudin menarik balik hukuman terhadap pakar perlembagaan itu.

Mereka menuntut penggantungan tersebut ditarik balik dengan kadar segera "bagi memulihkan imej UIA sebagai institusi akademik yang disegani".

Mereka juga mendesak agar pihak universiti mengadakan siasatan secara adil terhadap kenyataan akademik Abdul Aziz dan bukan melalui "tekanan undang-undang-undang yang bercanggah dengan prinsip akademik".

"Mahasiswa menuntut agar pihak universiti menghormati prinsip kebebasan akademik selaras dengan tuntutan universal yang termaktub dalam Deklarasi Prinsip Kebebasan Akademik dan Ahli Akademik 1970, Senarai Hak Akademik 2001 dan Kempen Akademik untuk Kebebasan Akademik," kata mereka dalam satu memorandum.

Memondum tersebut disokong oleh sembilan ahli gabungan dalam SMM antaranya Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM), Pro Mahasiswa Nasional (Pro-MN), Gabungan Mahasiswa Islam Semenanjung (GAMIS) dan Kumpulan Aktivis Mahasiswa Independen (KAMI)- Malaysiakini.