Wednesday, February 2, 2011

TERKINI !!! 5 TERKORBAN AKIBAT REMPUHAN PENUNJUK PERASAAN


TERKINI!!

Sebentar tadi, Menteri Kesihatan Mesir memaklumkan seramai lima penunjuk perasaan anti-kerajaan dan pro-kerajaan bertembung sesama sendiri dalam rempuhan yang berlaku jam 4 pagi waktu tempatan (10 pagi waktu Malaysia).

Keadaan kelam-kabut terus melanda Tahrir Square tempat berlangsungnya protes ant-kerajaan sejak Jumaat lalu.


Tentera yang mengawal setiap laluan masuk ke dataran tersebut juga memaklumkan penunjuk perasaan pro-kerajaan Presiden Hosni Mubarak berundur ke bahagian selatan Kaherah bagi menyusun barisan baru untuk masuk semula ke dataran itu.


Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Hillary Clinton berkata beliau mengutuk serangan terbaru yang menyebabkan lima orang penunjuk perasaan terbunuh.
 
http://jalanpulang1978.blogspot.com

No comments:

Post a Comment