Sunday, July 3, 2011

Lim: Tangkapan Ezam bukti Umno di sebalik protes

Jul 3, 11 6:24pm
 
Penangkapan Senator Umno Mohamad Nor semasa protes di Pulau Pinang terhadap BERSIH, membuktikan bahawa Umno di sebalik "demonstrasi ganas" itu, kata Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.

NONE"Kerajaan Pulau Pinang dikejutkan dengan pembohongan terang-terangan pengerusi badan perhubungan Umno Pulau Pinang, Datuk Zainal Abidin Osman bahawa Umno tidak terlibat dalam demonstrasi ganas pada 1 Julai di Komtar dan Jambatan Pulau Pinang, yang teruk menganggu lalulintas sepanjang 10km (di mana pesertanya) menyerang dua wartawan dari akhbar Cina," kata Lim (kiri) dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata Zainal seharusnya tampil memohon maaf atas tindakan ganas dan bukannya menafikan dan cuba untuk "menutup penglibatan Umno".

"Rakaman Video perhimpunan haram dan tangkapan Senator Umno Ezam Mohd Nor oleh pihak polis kerana perhimpunan haram membuktikan bahawa Umno adalah pengecut kerana cuba menafikan penglibatannya dan merupakan satu peringatan klasik pepatah Melayu, baling batu sembunyi tangan," katanya.

NONE"Adakah Zainal akan menafikan bahawa Ezam merupakan ahli Umno dan dilantik oleh Umno menjadi Senator?

"Ezam mengancam bahawa tiada perlu menunggu pilihan raya umum
dan mahu melakukan lebih banyak protes untuk memaksa saya meletakkan jawatan sebagai ketua menteri lebih awal.

"Di mana rasa hormat Umno kepada demokrasi dan mandat saya yang dipilih secara sah sebagai ketua menteri Pulau Pinang?" Kata Lim.


(Cerita penuh)

Pengkhianat yang sebenar!!!!!!!!!!!!

Operasi KTMB Stesen Tanjung Pagar, Bukit Timah dihentikan

KAKITANGAN KTMB, Mohd Helmy Rahim menampal poster pemberitahuan pemindahan Stesen Tanjong Pagar, semalam.
KAKITANGAN KTMB, Mohd Helmy Rahim menampal poster pemberitahuan pemindahan Stesen Tanjong Pagar, semalam. 
 
Tren terakhir ke Singapura jam 11 malam selepas 60 tahun perkhidmatan

SINGAPURA: Operasi Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) di Stesen Tanjung Pagar dan Bukit Timah di sini, akan tamat mulai tengah malam ini, apabila perkhidmatan ke republik itu berakhir di Woodlands Train Checkpoints mulai esok. 



Tren terakhir KTMB akan meninggalkan Stesen Tanjung Pagar mulai jam 11 malam ini menjadi noktah perkhidmatan stesen kereta api Tanjung Pagar, yang turut dikenali sebagai Stesen Keretapi Keppel Road kepada mereka yang mempunyai kaitan dengan pengangkutan itu.


Pengurus Stesen Tanjung Pagar, Shamsul Bahri Sahri, 43, yang turut bersedih mengenangkan tamatnya operasi KTMB di situ, turut berbangga kerana menjadi antara 67 kakitangan termasuk di Stesen Keretapi Bukit Timah itu.

“Tentunya saya turut bersedih, apatah lagi sepanjang hampir 15 tahun bertugas di stesen ini, semua kakitangan di sini sudah dianggap seperti ahli keluarga sendiri.


K.K:-Sebelum dari ini banyak suara BESAR dan KECIL dari terutama dari salah sebuah yang paling kuat MEMPERJUANGKAN bangsa dan TANAH AIR mengatakan bahawa sekiranya PR menang dan memerintah Malaysia akan berlaku segala kepincangan.

Anataranya adalah cerita RAMALAN tentang akan berkurangnya tanah Melayu di bumi yang bertuah ini.Ini kata yang keluar dari banyak mulut PEMIMPIN UMNO.Tuduhan ini seperti tiada hentinya.

Seolah-olah pemimpin dalam PR akan memberi semua tanah kepada kaum selain Melayu.

Bagaimana pulak tanah di Tanjung Pagar ini?Adakah ianya masih milik kita?Apa tindakan yang telah diambil oleh UMNO dan BN?Apakah cukup dengan berdiam diri.

Terletak paling hampir dengan negeri kelahiran UMNO itu sendiri,di mana TPM juga dari negeri tersebut.Tidak adakah tindakan yang boleh diusahakan?

Mungkin mereka beruntung dengan KECOHnya hal Himpunan BERSIH,maka berita ini tidak KELIHATAN sangat. Mereka lebih fokus kepada BERSIH dan rakyat akan terus lupa dengan peristiwa ini.

Jadi dimana UMNO dan BN dalam memperjuangkan 'TA'nya itu iaitu TANAH AIR?Adakah ini contoh yang baik dalam hal mempertahankan TANAH AIR????

Belum terbukti PR menggadai Tanah kepada orang luar.Tapi BN dan UMNO sudah nampak dengan jelas!

Sedarlah wahai bangsaku!!!!! 

(Sumber dari N9 Tahan

Adakah ini benar????


 
PASIR MAS, 3 Julai: Hanya 26 bulan berada di kedudukan nombor satu, Datuk Seri Najib Razak kini berdepan dengan masalah dalaman Umno yang dikatakan semakin kronik.

Dua tahun pertama kepemimpinannya sudah menjelaskan watak sebenar. Maka tidak hairanlah ramai melihat kegagalannya itu memberi nafas baru buat Tan Sri Muhyiddin Yassin mengintai kedudukan lebih selesa.
Muhyiddin dikatakan memerhati kegawatan politik yang berlaku sekarang. Peluangnya mendaki satu lagi tangga semakin cerah.

Katanya, kemunculan begitu banyak badan bukan kerajaan bagi membela Umno berkaitan isu 9 Julai sebenarnya lebih banyak mencalar nama Perdana Menteri.

”NGO tersebut berada di hadapan Muhyiddin bagi mencalar imej Perdana Menteri. Muhyiddin perlu merebut peluang sekarang kerana tidak ada masa lagi. Beliau lebih berumur berbanding Najib.

(Sumber dari HARAKAH


K.K:-Berita yang ini sebenarnya sudah lama kami dengar.Dan sebenarnya telah nampak usaha Muhyiddin Yassin untuk mengambil alih tampuk pimpinan negara dari PM Najib.

Tapi macam biasa,khabar ini akan dinafikan dengan muka manis dan berbagai cara lagi.Tapi dalam berita malam tadi,jelas ada kebimbingan dari PM sendiri tentang perlunya SETIA kepada UMNO dan BN walaupun sesetengah individu tidak dipilih menjadi calon. 

Mungkin tak ramai yang melihat perkara ini,kerana Malaysia sekarang banyak diriuhkan dengan Himpunan BERSIH.Tapi berapa kali Muhyiddin mengeluarkan kenyataan tentang BERSIH 2 berbanding PM sendiri?

Adakah benar seperti kata seorang tokoh VETERAN UMNO yang mengatakan bahawa PM Najib sekarang sebenarnya bersendirian?Tentu sekali VETERAN ini berkata atas pengalaman dan pengetahuannya selama berada dalam UMNO.

Yang lebih nampak menyokong PM adalah Naib Presiden,Hishamudin Tun Hussein.Adalah tidak menjadi pelik kerana mereka itu BERSAUDARA.Kedua-dua bapa mereka ini pernah menjadi PM.Dan Najib sendiri sudah jadi PM,cuma mungkin menunggu masa Hishamudin sahaja menaiki takhta PM itu.

Adakah UMNO ini PARTI WARISAN?Tiadakah AHLI UMNO yang layak menjadi pimpinan berbanding ANAK-ANAK bekas PIMPINAN UMNO sahaja?

Dan adakah benar yang PM Najib sekarang sebenarnya bersendirian tanpa bantuan dari TPM??????     

 

Friday, July 1, 2011

Penyerahan Memorandum

Utusan Hina Islam Ke Jabatan Mufti

by Shahril Azman on Saturday, July 2, 2011 at 12:04am
Memandangkan Utusan masih berdegil, tidak rasa bersalah dan tidak mahu memohon maaf secara terbuka di atas karikatur yang menghina Islam, maka DPPNP bersama PAS Pahang telah  menghantar MEMO bantahan sekali lagi ke Jabatan Mufti, seperti berikut:

KEPADA
SOHIBUS SAMAHAH
YH DATO` HAJI ABD RAHMAN BIN HAJI OSMAN.
DSAP.DIMP.SMP.AMP.PKC
MUFTI KERAJAAN NEGERI PAHANG
OLEH
PAS NEGERI PAHANG

26 REJAB 1432 / 28 JUN 2011

Assalamualaikum w.r.t

Mukadimah

Merujuk kepada pelbagai isu yang mencemar kesucian agama Islam yang sering dilakukan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Terbaru, membabitkan penyiaran karikatur berbau penghinaan Islam oleh akhbar Utusan Malaysia pada 15 Jun 2011.

Oleh sebab kesan daripada penyiaran tersebut telah menimbulkan kegelisahan yang amat mendalam kepada umat Islam khususnya dan masyarakat keseluruhannya maka sesuatu tindakan yang wajar dan berkesan perlu diambil oleh pihak berwajib.

Ybg Datuk,
Sama ada penyiaran lakaran karikatur itu disengajakan atau tidak disengajakan atau sama ada mereka sedar ianya suatu penghinaan terhadap Islam atau pun mereka tidak menyedarinya, namun penyiaran karikatur tersebut telah menyebabkan berlaku kekecewaan, kegelisahan dan ketidaktenteraman masyarakat keseluruhan dan khasnya kepada umat Islam.

Akhbar Utusan Malaysia adalah akhbar antara yang tertua di negara ini dari segi penerbitannya. Penyebarannya begitu meluas. Namun akhir-akhir ini mereka menunjukkan sikap yang tidak bertanggung-jawab terhadap penyiarannya apabila menerbitkan banyak artikel sensitif membabitkan isu agama dan moral.

Penyiaran lakaran karikatur serta minat yang mendalam dengan menjaja bahan berunsur porno (kelucahan melampau) seperti isu video seks, memuatkan berita-berita yang boleh mendatangkan ketegangan kaum secara melampau telah merosakkan usaha memelihara kesucian agama Islam, pembinaan akhlak umat serta perpaduan kaum di negara ini.

Ybg Datuk,

Dalam penyiaran lakaran karikatur tersebut, akhbar Utusan Malaysia telah membuat perbandingan salah mengenai kaedah perlaksanaan hukuman jenayah rogol.
Gambar pertama dipaparkan dengan merujuk kepada dialog antara pengadu wanita dan tok’ penghulu yang berimejkan seorang alim. Tok Penghulu tersebut telah menolak aduan wanita itu kerana tidak mempunyai empat orang saksi walau pun ia hanya mempunyai rakaman kejadian menggunakan `handphone`.

Sebaliknya, gambar bersebelahan pula merujuk kepada dialog antara pengadu wanita dan seseorang yang digambarkan sebagai anggota polis. Pihak polis menerima rakaman `handphone` untuk bukti aduan rogol tersebut.

Ybg Datuk,

Maksud dalam gambaran yang diberikan oleh karikatur tersebut adalah jelas bertentangan dengan perjalanan hukum syariah yang sebenar. Keadaan ini jika dibiarkan akan menimbulkan berbagai-bagai persepsi buruk masyarakat terhadap Islam.
Lebih membimbangkan lagi apabila ada di kalangan umat Islam terpengaruh dengan gambaran yang diberikan sehingga boleh merosakkan aqidah umat Islam itu sendiri yang sepatutnya dipelihara oleh semua pihak.

Ybg Datuk,

PAS Negeri Pahang menaruh harapan yang amat tinggi dan begitu berbesar hati agar pihak Datuk dan pihak berkuasa ugama dapat memanjangkan isu ini ke Mesyuarat Majlis Raja-Raja Melayu untuk dipertimbangkan. PAS Negeri Pahang juga berharap semoga tindakan yang berkesan dapat diambil bagi memelihara kesucian agama Islam dan kesejahteraan hidup rakyat.

Kami juga suka menyarankan supaya pihak berkuasa agama dapat menyediakan garis panduan syariah bagi mengawal dan mengawasi bahan-bahan penyiaran pelbagai media di negara ini.

Justeru itu saya bersama Ahli Jawatankuasa PAS Negeri Pahang mengajukan memorandum ini untuk dipertimbangkan. Bersama ini juga kami lampirkan keratan akhbar Utusan Malaysia yang memaparkan lakaran karikatur sebagaimana yang dimaksudkan.

Bagi pihak PAS Negeri Pahang, sekali lagi kami mengucapkan kesyukuran yang tidak terhingga ke hadrat Allah serta penghargaan yang tinggi kepada Datuk atas kesudian menerima memorandum yang kami sediakan ini. Ia bertujuan untuk menjaga kepentingan dan kesejahteraan umat Islam keseluruhannya.
Sekian, terima kasih.
-----------------------------------------------
(Dato` Tuan Ibrahim Tuan Man)
Pesuruhjaya PAS Negeri Pahang.