Thursday, June 30, 2011

Untung sungguh rakyat Sarawak......

PM umum RM5.8 juta untuk naik taraf jalan dan bina rumah panjang

 


TENOM 30 Jun — Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan peruntukan serta-merta sebanyak RM2.8 juta untuk menaik taraf jalan raya di kawasan daerah kecil Kemabong, dekat sini. 

Selain itu, beliau turut meluluskan peruntukan RM3 juta untuk pembinaan rumah panjang suku kaum Murut di daerah Tenom untuk tujuan mempromosi kraftangan dan mengekalkan tradisi suku kaum tersebut.

Berucap dalam program Juara Rakyat-1Malaysia Kemabong, Tenom 2011 di sini, beliau berkata, peruntukan itu akan disalurkan melalui Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah berikutan permohonan yang dikemukakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri Kemabong, Datuk Rubin Balang.

"Permohonan-permohonan lain yang telah dikemukakan Datuk Rubin tadi, saya akan semak terlebih dahulu,” katanya di tapak program tersebut di Padang Pekan Kemabong.

K.K:-Untung sungguh rakyat Sarawak.Dapat lah mereka ni RM5.8 Juta untuk buat jalan dan rumah panjang.


Agak-agak dalam rumah panjang tu berapa ramai yang duduk agaknya?Dan jalan tu pulak berapa ramai yang guna agaknya?


Tapi PM dengan TPM lagi UNTUNG!Sewa rumah setahunje dah sampai berpuluh-puluh juta! Itu baru dua orang je yang punya rumah tu!


Hehehehehehehehe.......

(Sumber dari N9 Tahan)

Penipu BESAR!!!!!!

Felda belanja RM3.5 bilion pinjaman KWSP

 

KUALA LUMPUR 30 Jun — Felda telah membelanjakan RM3.5 bilion daripada keseluruhan RM6.5 bilion pinjaman yang diperolehnya daripada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan berkata, perbelanjaan itu adalah RM2 bilion untuk projek penanaman semula kelapa sawit dan RM1.5 bilion untuk memiliki saham dalam syarikat gula MSM Holdings Sdn. Bhd.

"Saya mahu menjelaskan bahawa yang kita guna pinjaman itu baru RM3.5 bilion, pinjaman yang diluluskan ialah RM6.5 bilion. Sama ada kita buat keputusan untuk mengambil RM3 bilion lagi baki pinjaman itu akan diputuskan kemudian.

"Semasa kita membuat keputusan untuk meminjam, harga kelapa sawit tidak berapa tinggi nilainya, sekarang harga kelapa sawit dan getah sudah tinggi, jadi ada kemungkinan Felda akan mengkaji sama ada akan mengambil baki RM3 bilion pinjaman itu,” katanya kepada pemberita di Lobi Parlimen di sini hari ini. - Bernama


K.K:- Kalau sebelum dari ini Datuk Ahmad Maslan pernah menafikan yang FELDA mempunyai masalah kewangan yang kritikal.Tetapi sekarang dalam akhbar hari ini ada menyatakan yang beliau membuat penjelasan tentang jumlah dan kegunaan pinjaman yang telah dibuat oleh pihak FELDA dari KWSP.


Antara yang menjadi persoalan di kepala ramai orang(kalau yang ambil berat!) kenapa MENTERI yang seorang ini BeRBOHONG atau MENIPU tentang pinjaman yang telah dibuat ini?Apakah tujuan beliau berbuat begitu?Atas arahan siapakah beliau berbuat begitu?


Dalam Islam kalau berbohong itu berdosa hukumnya.Orang yang tak berapa pandai agama macam kami pun tahu benda ni.Tapi kenapa PIMPINAN negara yang dikira agak tinggi sanggup menipu RAKYAT?


Sebelum ini juga FELDA dikata amat kukuh dan berjaya.Kenapa mereka meminjam dari KWSP?Apa tujuan mereka berbuat demikian?Kalau duit atau kewangan FELDA kukuh,untuk apa mereka pinjam dari KWSP?


Sebelum ini Saudara Mazlan Aliman dikatakan membuat FITNAH tentang perkara ini.Sekarang adakah ianya masih dikira sebagai fitnah?Apa tindakan yang akan diambil?Adakah rakyat masih percaya yang Presiden ANAK itu menipu?

Adakah rakyat akan terus percaya kepada penipuan ATAS DARAT pemimpin seperti ini?Kalau pemimpin atas boleh buat macam ni,agak-agak pemimpin kerajaan yang kecil sikit di bawah ni tak buat ke?


Adakah ianya akan jelas kelihatan?????

(sumber dari N9 Tahan)

Sunday, June 26, 2011

Tolak permohonan maaf menteri



ALOR SETAR - Keluarga bekas pelatih bomba wanita, Hizyaty Othman, 28, yang mendakwa diarah membotakkan kepalanya semasa menjalani latihan, menolak permohonan maaf oleh Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Chor Chee Heung di sini, semalam.

Bapa Hizyaty, Othman Long, 63, berkata, dia tidak dapat menerima permohonan maaf itu yang hanya disuarakan pada sidang media tanpa kehadiran semua pihak yang terlibat, termasuk keluarganya.


“Bukan saya tak hormati permohonan maaf beliau sebagai menteri, saya hormat tapi bukan begitu caranya. Saya tak dapat terima permohonan maaf yang dibuat dengan cara itu (sidang media),” katanya kepada Sinar Harian, semalam.


Othman berkata, dia dan keluarganya tidak mempunyai masalah untuk menghadiri sidang media itu jika diminta berbuat demikian lebih awal.


“Tapi apa yang berlaku, saya tidak tahu apa-apa, tidak dijemput hinggalah pagi tadi (semalam), saya terkejut apabila dihubungi seseorang dari pejabat MCA Kedah yang bertanya, mengapa saya belum hadir ke sidang media yang akan diadakan pada jam 11 pagi.

“Saya nak hadir macam mana sedangkan saya tak tahu apa-apa mengenai sidang media itu,” katanya.

Menurut Othman, rasa tidak puas hati ahli keluarganya berkaitan isu itu mungkin reda jika pihaknya berpeluang bersemuka dengan menteri berkenaan serta meluahkan apa yang terbuku di hati.


(sumber dari sini

K.K:Kalau sebelum dari,ini banyak hal atau komplen pasal pimpinan PR dalam menyantuni atau melayan orang ramai samada dalam suasana biasa atau PRK.

Antaranya ialah kes Cikgu Normala semasa PRK di Johor bebaru ini.Macam-macam kata-kata yang dikeluarkan oleh Pimpinan BN terutama sekali dari orang yang bukan MUSLIM macam PIMPINAN MCA.

Sebelum ini MCA telah menimbulkan kontroversi mengenai cara bersalam Normala yang enggan bersalam dengan lelaki.

Kontroversi itu terlebih dahulu ditimbulkan Dr Chua dan ia diikuti beberapa pemimpin MCA yang turut mempertikaikan pendekatan Normala itu.


Sekarang ni pulak ada sorang lagi pemimpin bukan ISLAM yang tidak menghormati orang Melayu/Islam dalam hal diatas.


Ternyata pemimpin seperti ini tidak IKHLAS dan JUJUR dalam memperjuangkan nasib rakyat terbanyak!Cukup tidak bersopan!

Dan dalam hal yang seperti ini,adakah orang Melayu akan diam sahaja?Mungkin juga.Sebab kita mungkin sudah ditakdirkan untuk berdian diri setiap kali bangsa kita dipermainkan oleh orang LAIN!

Teoh Beng Hock mati,semua orang cina marah.Sarbani meninggal,berapa orang yang pertikai?

Tak tau lah apa nak jadi dengan bangsa Melayu ni!


(Sumber dari N9Tahan

Friday, June 24, 2011

Kenyataan Ketua DPP Negeri Pahang.

HIMPUNAN BERSIH SELARAS AJARAN ISLAM, PEMUDA PAHANG HANTAR 14,000 PEMUDA



Pemuda PAS Pahang menyokong penuh himpunan bersih 2.0 yang akan diadakan pada 9 Julai ini selaras dengan aspirasi seluruh rakyat Malaysia. Kami juga telah mengarahkan seluruh ahli pemuda PAS Pahang menghadiri perhimpunan aman bagi menuntut pilihan raya yang bersih dan telus dan menjangkakan 14,000 peserta akan hadir. Dalam pilihan raya umum dan kecil yang lalu, terlau banyak penyelewengan berlaku seperti pertindihan nama pengundi, penyelewengan undi pos, pengundi hantu, pengurusan pilihan raya yang lemah dan banyak lagi. Tujuan himpunan bukan untuk menggulingkan kerajaan sebagaimana berlaku di Tunisi dan Mesir sebagaimana yang dilaporkan oleh akhbar UMNO BN, tetapi untuk menuntut keadilan, menuntut supaya SPR mengendalikan Pilihan Raya di malaysia secara adil dan bersih serta tiada unsur penipuan. 
Inilah tujuan utama perhimpunan aman bersih 2.0 ini diadakan iaitu menuntut 8 perkara, antaranya menuntut hentikan rasuah, hentikan politik kotor, bersihkan senarai undi & penggunaan dakwat kekal pada jari. Tuntutan Bersih ini sangat adil buat semua parti politik yang bertanding dalam pilihan raya. Semua akan mendapat jaminan pilihan raya yang adil dan telus. Kami tidak melihat dimanakah mudaratnya tuntutan dan perhimpunan aman ini. Malah, menuntut supaya diadakan pilihan raya yang adil dan telus adalah selaras dengan ajaran Islam.

Kami juga telah mengarahkan supaya semua ahli yang menyertai perhimpunan ini dibuat secara aman & santai dengan tidak membawa apa-apa senjata. Malah kami amat menggalakkan peserta membawa keluarga sambil menikmati pemandangan Kota Raya Kuala Lumpur, mereka boleh beriadah bersama anak dan isteri. apabila selesai perhimpunan,mereka boleh guna kesempatan untuk makan dan membeli belah bersama keluarga. Perkhidmatan teksi juga mereka boleh gunakan untuk membawa mereka ke destinasi yang hendak dituju. “Kami tidak nampak sebarang ancaman dan mudarat pada perhimpunan tersebut. Saya fikir, peniaga dan pengusaha teksi akan mendapat keuntungan berlipat kali ganda daripada biasa.

Tujuan kita jelas, dan sikitpun tidak bertentangan dengan syariat Islam bahkan cara kita juga jelas tidak bertentangan dengan Islam, kita akan berhimpun secara aman sebagaimana yang dibenarkan oleh perlembagaan. Kalau tak aman ia bukannya datang dari pihak BERSIH tetapi ia datang dari pihak lain, mungkin pemuda UMNO, PERKASA atau pihak POLIS yang mungkin sengaja menimbulkan provokasi. Ulama UMNO mengatakan himpunan BERSIH haram kerana ia akan menimbulkan mudarat kepada orang awam?! 

Saya nak tanya ulama UMNO, manakah mudarat yang lebih besar? Antara himpunan BERSIH yang diadakan lebih kurang 2 ke 3 jam sahaja sehingga menyebabkan jalan sesak dan menjejaskan rezeki pemandu teksi dan peniaga, kononnya, berbanding penipuan yang dilakukan oleh SPR sehingga menyebabkan pemerintah zalim dan tidak berlandaskan syariat Islam terus kekal memerintah negara? Islam meletakkan kaedah: Apabila bertembung dua mudarat maka pilih lah mudarat yang lebih ringan kesannya. Maka dalam kes di atas sudah pastilah mengekalkan pemerintah yang zalim mudarat dan bahayanya lebih besar berbanding himpunan BERSIH. Maka sebab itulah DR. Yusuf al-Qaradhawi mengeluarkan fatwa bahawa rakyat Mesir wajib keluar berhimpun di Dataran Tahrir dan sekiranya mereka mati dalam perhimpunan itu, adalah mati syahid kerana mereka berjuang untuk menumbangkan kerajaan zalim Husni Mubarak. Oleh itu DPPNP menyokong penuh himpunan BERSIH 2.0 dan insyaAllah akan menghantar 14,000 pemuda untuk menyertai himpunan tersebut.
Sekian kenyataan saya,

SHAHRIL AZMAN ABD HALIM AL HAFIZ
Ketua Dewan Pemuda PAS Pahang

Thursday, June 23, 2011

MENGAPA TERUK SANGAT ISA SAMAD?

Oleh: WFAUZDIN NS

AKHIRNYA Pengerusi Felda, Tan Sri Mohd Isa Samad seolah-olah mengaku bahawa sememangnya Felda ada meminjam wang yang dikatakan berjumlah RM6 Bilion daripada LinkKWSP. Jawapan mudah dari Isa Samad," Apa masalahnya meminjam wang dari KWSP?".

Kenyataan bekas MB Negeri Sembilan yang pernah disabitkan atas kesalahan rasuah ini menggambarkan seolah-olah wang KWSP itu adalah wang milik warisan mak dan bapak beliau. Beliau menyebut, jika KWSP memberi pinjaman kepada Felda itu menunjukkan bahawa satu `penghormatan' kepada Felda. Saya tidak tahu selama ini orang yang suka meminjam itu layak diberi `penghormatan'. Baca kenyataan penuh beliau di sini.

Beliau memberi contoh, beliau ada wang tetapi tetap membeli kereta dengan cara pinjaman. Maksud beliau, felda tidak muflis, felda banyak wang tetapi `sengaja' mahu meminjam. Mungkin untuk mendapatkan `penghormatan' sepertimana yang beliau sebut. Saya ingin bertanya, adakah Isa Samad membuat pinjaman membeli kereta dengan KWSP? Adakah KWSP merupakan agensi kewangan atau sebuah institusi seperti bank?

Ada beza kita meminjam wang dengan bank dengan kita meminjam wang dari KWSP. Bank sememangnya berniaga untuk memberi pinjaman bagi mendatangkan keuntungan. Apa pula tujuan KWSP diwujudkan? Adakah mudah bagi pencarum-pencarum KWSP meminjam wang dari KWSP sepertimana mudahnya felda meminjam? Berapa jumlah caruman felda kepada KWSP? Adakah ada jaminan felda mampu membayar balik pinjaman tersebut dan berapa keuntungan yang boleh dinikmati oleh KWSP?

Jelas, sekali lagi KWSP diperkudakan oleh agensi kerajaan Umno/Bn. Sebelum ini kita dengar banyak wang telah digunakan sewenang-wenangnya yang diambil dari Petronas. Berbeza dengan rakyat, apabila pelajar gagal membayar balik pinjaman PPTN mereka diberi amaran untuk diambil tindakan dengan berbagai cara. Sebaliknya puak ini termasukl felda bebas meminjam dari mana-mana sumber.

Jika hal seperti ini pun rakyat tidak boleh memikirkan dengan baik, amat malang sekali buat negara kita. Justeru itu, kebangkitan rakyat termasuk seluruh warga felda harus bermula dari sekarang untuk memilih kerajaan baru yang boleh membela nasib kita semua.

http://wfauzdin.blogspot.com

Ugutan Bunuh: Ambiga & Pemimpin PR Buat Laporan Polis



Pengerusi Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) 2.0, Datuk Ambiga Sreenavesan berkata beliau dan rakan-rakannya tidak gentar dengan ugutan bunuh yang diterima semalam dan bertekad untuk meneruskan perhimpunan yang dirancang untuk diadakan pada 9 Julai ini.

Ambiga memberitahu tiada sebab untuk dirinya berasa takut atas ugutan tersebut kerana laporan polis telah dibuat dan beliau menyerahkan kepada pihak polis untuk membuat siasatan.

“Saya menerima SMS ugutan ini pada pukul 9.30 malam (tadi). Bukan saya sahaja yang dapat SMS ini, tetapi (ahli) jawatankuasa yang lain juga turut menerima,” katanya selepas membuat laporan polis bersama lima individu lain yang menerima SMS ugutan sama di Balai Polis Jalan Travers di sini hari ini.

Ugutan dalam bentuk SMS itu antara lain berbunyi “aku dan orang-orang aku akan bunuh Ambiga dan kau orang keliling, satu persatu termasuklah orang-orang politik...”

Selain Ambiga, antara yang menerima SMS tersebut ialah Timbalan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Khairul Anuar Ahmad Zainudin, ahli jawatankuasa Bersih 2.0 Maria Chin Abdullah dan peguam PKR, Latifah Koya.

Selain itu, Ambiga berkata SMS ugutan ini juga tidak akan mematahkan semangat beliau dan ahli jawatankuasanya daripada meneruskan perhimpunan tersebut.

Katanya, “mengenai SMS ini, saya percaya polis akan menyiasat dan dapat mengesan siapa penghantarnya kerana kami ada nombor telefon penghantar itu.”

“Bersih akan tetap diteruskan. Tiada perubahan. Kita akan buat seperti biasa secara aman,” katanya.

Bersih 2.0 bersama Pakatan Rakyat dan aktivis parti bersedia menggerakkan perhimpunan menuntut pilihan raya adil dan bersih pada 9 Julai.

Selain Bersih, Perkasa dan Pemuda Umno turut akan mengadakan perhimpunan balas membantah penganjuran Himpunan Bersih 2.0. -TMI


SMS ugut bunuh Ambiga, pemimpin Pakatan diedarkan

Beberapa wartawan dan ahli Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH 2.0) telah menerima khidmat pesanan ringkas (SMS) berhubung ugutan bagi membunuh pemimpin NGO itu dan Pakatan Rakyat lewat malam semalam dan awal pagi ini.

SMS yang dihantar dari nombor telefon 601119732179 memuatkan ugutan bunuh ke atas pengerusi BERSIH 2.0 Datuk Ambiga Sreenevasan dan juga beberapa pemimpin PAS serta PKR yang akan terbabit pada perhimpunan 9 Julai bagi menuntut pembaharuan dalam sistem pilihan raya negara.

Ambiga, ketika dihubungi Malaysiakini, mengesahkan beliau menerima SMS itu.

"Ya, saya juga terima dan akan buat laporan polis,” katanya.

SMS itu berbunyi: "Korg ni buta hati ke?? buat apa sokong ambiga keling paria haramjadah tu? dia ni kapir laknat. korang tau tak dia ni jadi alat anjing2 politik untuk musnahkan keutuhan melayu. dia kata je nak BERSIH kan SPR. bersih kepala bapak dia.

“puak2 PAS n PKR pun buta tuli n pekak badak.. kalau SPR tak bersih, boleh ke diorang menang kat Sgor, Kedah, Penang, Kelantan n perak dulu? DAP cina sial tu pulak lagi haram jahanam. dia tengok je melayu bertekak. hujung2 dia perintah negara ni dan kristiankan kita semua. aku nak kasi amaran kat korang semua.

“kalau perhimpunan ni jadi, aku dan org2 aku akan bunuh ambiga dan korang2 keliling dia satu persatu, termasuklah orang2 politik bangang yg bersekongkol ngan kafir laknat tu.. ini amaran aku. Korang tengokla nanti."

Ahad lalu, kumpulan pendesak Melayu - PERKASA yang diketuai oleh presidennya, Datuk Ibrahim Ali juga membakar dan memijak gambar Ambiga pada satu perhimpunan dan memanggilnya sebagai "wanita Hindu yang merbahaya". -mk
http://greenboc.blogspot.com

POLIS ARAH JANGAN JUAL BAJU BERSIH

Nazri Abdullah   
KUALA LUMPUR, 23 Jun: Polis malam tadi mengarahkan seorang aktivis PKR, Razali Abd Ghafur agar tidak menjual baju berwarna kuning bercetak perkataan 'Bersih' kepada orang ramai atau bakal berdepan tindakan.

Amaran tersebut yang didakwa "arahan pihak atasan" diberikan kepada beliau pada majlis ceramah Jelajah Selangor Tawan Malaysia (Jelas 2) di Kampung Sungai Merab Luar, Bangi.

Ceramah tersebut dihadiri Adun Sri Muda, Shuhaimi Shafiei, Ahli Parlimen Bukit Gantang, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin dan Ketua AMK Negeri Sembilan, Nazree Yunus.

"Pada mulanya dia datang ke gerai saya, minta ambil gambar. Lepas ambik gambar, saya tanya awak siapa. Dia bagtau dia polis sambil tunjuk IC polis.

"Kemudian dia ambik dua helai baju Bersih, dan suruh saya jangan jual baju itu. Katanya arahan dari atasan," katanya kepada Harakahdaily hari ini.

Menurutnya, beliau kemudiannya dijemput ke Balai Polis Datuk Abu Bakar Baginda dan dirakam kenyataan selama 20 minit.

Arahan tersebut dipercayai ada kaitan dengan rancangan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) yang mahu mengadakan himpunan aman 9 Julai ini.

Dalam respon segera, Shuhaimi turut mempersoal tindakan pihak berkuasa itu.

"Sejak bila jual baju tak boleh? Umno BN makin gila," tulisnya di Twitter.

Sebelum ini, polis juga telah memberi amaran kepada penganjur himpunan itu agar membatalkan hasrat mereka.

Ratusan laporan polis juga turut dibuat diseluruh negara termasuk oleh Umno.

Selain itu, polis juga memberi amaran akan membuat tangkapan awal sebagai pencegahan.

Bagaimanapun, Bersih sehingga kini tetap dengan pendirian akan meneruskan himpunan itu.

Wednesday, June 22, 2011

Siapa menipu, Ketua Polis atau Utusan Malaysia?


UTUSAN Malaysia sebelum ini menyiarkan sebuah berita yang mendakwa terdapat satu gerakan rahsia melatih para pelajar sebuah sekolah agama di Negeri Sembilan untuk membenci, dan menumbangkan kerajaan dengan alasan jihad [Utusan].

Utusan Malaysia, akhbar milik United Malays No Otak, itu turut melaporkan kononnya para pelajar sekolah berkenaan diajar dan dilatih untuk menyertai perhimpunan haram. Rujuk screenshot di bawah

Kita semua sudah sedia maklum bahawa Utusan Malaysia hanyalah sebuah akhbar propaganda gerombolan songkok tinggi atau nama manjanya gerombolan penyebar video lucah untuk menanamkan dakyah-dakyah United Malays No Otak ke dalam fikiran rakyat Malaysia.

Apa yang menarik di sini, akhbar milik MCA, The Star telah melaporkan berita bercanggah dengan laporan Utusan Merapu berhubung perkara ini. The Star telah menyiarkan kenyataan Ketua Polis Negri Sembilan, Datuk Osman Salleh yang menjelaskan bahawa tiada bukti terhadap dakwaan Utusan itu [TheStar].
 

Sama Seperti Dilakukan Terhadap Kelantan, Kini Putrajaya Rancangkan Kerugian Untuk Pulau Pinang


Kuala Lumpur, 22 Jun : Putrajaya 'mengakui' telah merancang kerugian bagi projek mendalamkan terusan utara di Pulau Pinang yang bernilai RM300 juta menurut Ahli Parlimen Jelutong, Jeff Ooi.

Berdasarkan jawapan lisan yang dikemukakan Timbalan Menteri Pengangkutan di parlimen hari ini, kementerian itu menjelaskan telahpun mengambil kira penjejasan prestasi kewangan Penang Port Sdn Bhd (PPSB), akibat kelewatan mendalamkan Pelabuhan Pulau Pinang.

"Ini bermaksud kementerian mengakui kelewatan dan menyebabkan kerugian ialah sesuatu yang telah dirancang. Kerajaan telah merancang kerugian untuk melandasi Penang Port Sdn Bhd," kata beliau kepada media.

Projek PPSB di bawah kelolaan Kementerian Kewangan itu kini berdepan dengan kerugian sebanyak RM100 juta akibat terbengkalai seraya menimbulkan keresahan tentang kos lebihan yang terpaksa ditanggung.

Jeff menyifatkan kerajaan gagal memainkan peranan bagi memastikan projek yang melibatkan suku bilion ringgit itu siap pada jangkamasa yang ditetapkan bagi mengelak kos berlebihan ditanggung.

"Saya rasa ini sikap transformasi yang terumbang-ambing. Mana transformasi kalau kerugian itu telah dirancangkan seperti mana yang disebut," jelasnya lagi.

Terusan dengan kedalaman 15 meter itu dijangka siap pada 2013, terbengkalai sehingga kini berikutan kerja- kerja tersebut tidak dapat diteruskan.

Sehubungan dengan itu Pengarah Pengurusan PPSB, Datuk Ahmad Ibnihajar pada Mei lalu menyatakan PPSB akan mengalami kerugian berjumlah RM100 juta sekiranya projek tersebut masih tergendala.

PPSB sebelum ini telah menghubungi Kementerian Kewangan dan Unit Perancang Ekonomi (EPU) beberapa kali, menuntut penjelasan mengenai perkara itu namun tidak mendapat respon. -tvsnews
 
http://greenboc.blogspot.com

Tuesday, June 21, 2011

Rakyat terhibur ...?

"KUALA LUMPUR, 22 Jun: Dewan Pemuda PAS Pusat (DPPP) melihat adegan serang-menyerang antara Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin dan pemimpin Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa) berhubung himpunan aman Bersih 2.0 pada 9 Julai begitu menghiburkan rakyat yang sebelum ini sedikit terganggu apabila diasak oleh pelbagai ugutan oleh kedua-dua pihak ini.

Khairy meminta Presiden Perkasa, Ibrahim Ali disiasat di bawah Akta Hasutan 1949 kerana mengeluarkan kenyataan ‘perkauman, menghasut dan berbahaya’.

Manakala Ketua Wira Perkasa, Irwan Fahmi Ideris, pula mahu Khairy disiasat di bawah ISA kerana turut melibatkan diri dalam perhimpunan membantah Himpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai ini."
 
http://siyasahsyariyah.blogspot.com

Mat Said Vs Harimau Malaya di Zoo Mini Kemaman?

Perhilitan rampas 60 haiwan di Zoo Saleng
KULAIJAYA 20 Jun - Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Johor telah merampas lebih 60 ekor haiwan pelbagai spesies yang dilindungi di Zoo Saleng di sini, selepas permit khas pemilikan zoo tersebut tidak diperbaharui.

Pengarah Perhilitan Johor, Saharudin Anan berkata, zoo persendirian yang beroperasi sejak 17 tahun lalu itu tidak mendapat kelulusan untuk memperbaharui permit khas tersebut selepas dipercayai melanggar Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010.
Beliau berkata, haiwan yang dirampas adalah 32 ekor harimau belang, 10 ekor singa termasuk empat anak, beruang (lima), iguana (dua), harimau kumbang (seekor), burung tiong emas (seekor), kucing batu (dua), landak raya (tiga), beruk (empat), buaya (11), ular sawa (11), ular tedung (tiga) dan kera (empat).

"Perhilitan turut menerima aduan daripada orang awam dan pertubuhan bukan kerajaan yang mendakwa zoo berkenaan mengeksploitasi haiwan-haiwan peliharaannya.
"Kita telah memberi peluang kepada pemilik zoo untuk membuat rayuan sejak tiga bulan lalu, namun kita masih tidak boleh melanjutkan permit khas selepas mereka didapati gagal membuat sebarang penambahbaikan mengikut akta yang ditetapkan," katanya di sini, hari ini.

Lebih 64 anggota jabatan itu terlibat dalam kerja pemindahan haiwan dilindungi itu bermula pukul 9 pagi dan dijangka berakhir 27 Jun ini.
Tambah Saharudin, pihaknya hanya merampas haiwan yang dilindungi dan bukannya menutup zoo berkenaan kerana mereka tidak mempunyai sebarang kuasa untuk berbuat demikian.

Lama tak dengar berita tentang zoo mini idea Dato Ahmad Said di jajahan beliau Kijal tu. Ada permit tak? Atau kalau dah hak kerajaan pihak perhilitan tak boleh buat apa-apa tapi kalau hak persendirian boleh disita dengan kerugian berjuta ringgit. Itupun dah bertahan 17 tahun.
Bagaimana dengan Zoo Mat Said ini? Nak kata untung memang jauh sekali. Paling tidak pun diharap boleh le cover kos pengurusan. Berapa orang yang melawat Zoo tersebut. Dengan kedudukannya dikawasan jin tending itu nampaknya tak berapa ada orang mana yang nak melawat. Sesuai untuk kawasan binatang sahaja agaknya…

Kot jadi projek gajah hitam pulak. Kroni dah dapat projek. Untung dah dibawak lari . Nantinya rakyat terpaksa menanggung kos penyelengaraan macam dok galas biawak hidup. Nanti, dicadangkan pula Dato Mat Said ambil aje binatang yang disita di Johor tu untuk diletak dalam Zoo beliau tu. Dalam erti-kata bolehlah pulak mengalas buaya hidup pulak….

Berapa kos sebenarnya zoo ini?. Dalam sidang dewan DUN, MB Mat Said berkata, kos keseluruhan bagi pembinaan Zoo Bukit Takal di Kemaman itu berjumlah RM9.228 juta. Beliau menjelaskan, kos pengurusan zoo berkenaan dari tahun 2008 hingga 2011 pula adalah kira-kira RM2.9 juta. Setiap bulan, kos pengurusan zoo berkenaan mencecah sekitar RM40,000

Itupun beliau berhasrat untuk memperluaskan lagi kawasan Taman Rekreasi dan Mini Zoo Kemaman di Bukit Takar di sini daripada lebih 15 hektar kepada 120 hektar. Sebuah air terjun buatan telah dibina dengan kos RM1 juta untuk tontonan pelawat. Bilik persalianan sahaja menelan belanja RM900 ribu ringgit. Betapa banyak duit diperhabiskan termasuk sangkar untuk menempatkan menempatkan pelbagai spesies mamalia, reptilia, ikan dan burung untuk tatapan pengunjung.Sepasang Harimau Malaya juga dibawa masuk dari zoo Melaka. Hah berapa kos makanan harimau ni tak tahulah pula. Takkan nak bagi makan keropok lekor.

Alangkah baik dalam suasana rakyat mengikat perut untuk kelangsungan hidup, duit yang berpuluh juta itu dimanfaatkan sebaik mungkin untuk kepentingan rakyat khususnya keperluan asas dan pendidikan bukannya memenuhi nafsu pemimpin Umno untuk merompak duit rakyat.

Sekarang ini orang-ramai dikenakan bayaran RM5 dan RM10 untuk menampung kos penyelengaraan. Tapi mampu ke? Ramai mana sangat rakyat Kemaman nak pergi melawat Zoo tersebut dan bukannya nak duduk situ hari-hari. Sekali adalah nak pergi lepas tu… Nampaknya kerajaan jugaklah terpaksa menanggung kos perbelanjaannya. Bukan pakai duit gaji Mat Said… tapi rakyatlah terpaksa galas kecuali kita perebahkan Umno dalam PRU kali ke 13 dan rakyat berpeluang untuk memasukkan Mat Said dalam zoo tersebut. Kita tengoklah samada harimau Malaya tu makan Mat said atau Mat Said yang terkenal bengkeng itu memakan harimau???
 
http://ustsaifulbahri.blogspot.com

Yahudi: Tulang-tulang orang islam dikumpulkan untuk bina hotel



HHRS 2.0 - Yayasan Solidaritas HAM Antarabangsa mengutuk siri kejahatan Israel terhadap tempat suci dan perkuburan orang islam. 
 
Pekuburan Qaslah menjadi bukti kejahatan Israel, tulang orang islam dikumpulkan dan dipindahkan ke suatu tempat, dan di atasnya akan dibina sebuah hotel. 
 
Tindakan ini menegaskan kejahatan nyata Israel yang melanggar segenap ajaran tuhan dan undang-undang antarabangsa.

Ahmad Thubasi, peguam dan penyelidik pada yayasan hak asasi manusia, menegaskan penolakan atas tindakan keji ini, penggalian dan pemusnahan kubur Islam yang bersejarah dan merubah simbolnya. 
 
Tindakan Israel ini sungguh melanggar kehormatan dan mengganggu perasaan kaum muslimin. Pihak Berkuasa Arkeoligi Israel tidak mempunyai hak untuk merosakkan perkuburan Israel dan tempat suci kaum muslimin yang berada di kawasan di Palestin.

Jenayah berterusan

Thubasi menegaskan bahawa Israel terus meneruskan kejahatannya, bukan kali pertama dan bukan yang terkini. Sebelumnya Israel melakukan jenayah terhadap kubur Ma'manullah, dan merubahnya menjadi kawasan hijau, menjadi muzium dan taman-taman awam, mendirikan bangunan selepas meratakannya. 
 
Juga kubur Bab Rahmat yang diubah Israel menjadi sebuah taman, padahal tempat tersebut murni perkuburan kaum muslimin sejak dibebaskannya Palestin yang tepat berada di samping Masjid Aqsa, terdapat beberapa kubur sahabat, tabi'in, pemimpin dan reformis Israel.

Seperti tanah perkuburan Hakim Islam pertama di Baitul Maqdis, Ubadah bin Shamit, Shadad bin Aus dan puluhan sahabat yang lain.

Thubasi menyebutkan bahawa perkuburan Islam adalah wakaf kaum muslimin, watak ini tidak berubah dengan perubahan simbol atau perubahan waktu. Ia menuding pemerintah Israel bertanggung jawab penuh atas kejahatan yang dilakukannya terhadap tempat suci dan perkuburan kaum muslimin. 
 
Serta menuntut masyarakat antarabangsa dan segenap organisasi untuk mengintervensi dan menekan kerajaan Israel supaya menghentikan pelanggaran itu. (diterjemah dari globalmuslim)
 
http://keretaburuk12.blogspot.com

Cina, India, Berdiri Aman Belakang Pemuda PAS, Kita Jauhi Ancaman Perkauman PERKASA

ramziredang 

Perhatikan betul betul laungan seekor binatang katak. Lihatlah wajah sebenar UMNO. Ada pula si bodoh beralasan PERKASA tidak mewakili suara UMNO. Kalau tidak mewakili suara UMNO siapa pula yang melindungi binatang Katak ini dari ditangkap? Tidakkah jelas itu semua adalah hasutan ke arah mengancam sesuatu kaum? UMNO memang hipokrit dan retorik. Dulu, kini dan selamanya menipu..
Nama 'UMNO' itu sendiripun sudah sememangnya hipokrit. Menggunakan kalimah Inggeris dalam nama parti, tetapi pada masa yang sama melaungkan perjuangkan melayu. Hipokrittttt. Ptuihhhh.United Malay National Organisation, adakah anda terasa kemelayuannya bila menyebut tu? Kalau anda terasa melayu, anda memang bangang. Sama bangangnya dengan ahli UMNO.

Aku nak tanya semua ahli UMNO benarkah anda perjuangkan Melayu? Aku nak tanya mamak madey yang mengaku melayu ni, adakah betul perjuangkan melayu? Kalau betul perjuangkan melayu, perjuangkan dulu nama UMNO tu biar jadi nama melayu

UMNO sepatutnya menggunakan nama  pertubuhan melayu kebangsaan bersatu atau ringkasnya pemekeber atau permelkebber atau pemkebab atau pmkb atau boleh juga melayulembab.

Kata kata binatang katak ni sudah banyak yang memalukan melayu itu sendiri. Sudah banyak kata katanya jelas mengancam keselamatan. Tetapi hingga ke hari ini dia masih bebas melaungkan kata katanya. Tidak ada satu jaripun yang bisa menjentiknya apatah lagi hendak menangkapnya. Nak harap ketua polis yang baru nak tangkap dia? Baru nak jalankan tugas sikit dah pengsan. Letih broooo..jadi ketua polis ni,hang ingat tak letih ka?

Semalam keluar lagi binatang katak. Bila sudah nampak bahawa ramai yang tidak suka dengan kata katanya, dia mula pusing cerita. Dari binatang katak cuba menjadi binatang ular pula.

Kenapa ramai sangat yang melatah bila BERSIH ingin diadakan? BERSIH bukan pilihan pertama kepada rakyat malaysia yang berbilang kaum. Ia adalah satu wadah untuk melahirkan tuntutan. Melahirkan tuntutan di jalanan adalah langkah hampir terakhir. Ini kerana beribu ribu tuntutan secara formal dan berhemah dibangkulsampahkan oleh badan yang sepatutnya berkecuali.

Pengerusi SPR cuba kononnya memberi tawaran damai asalkan BERSIH dibatalkan. Ptuihhh..wakil rakyat tak pergi dewan pun kau takk boleh nak hukum kau cakap nak berbincang ye....memang jenis suka menyalaklah kau ni. Pantang disuruh oleh tuan kau asyik nak mengigit ye. Bagus bagus..tunggulah satu masa nanti.Aku tengok muka diapun, aku rasa malu kalau la dia sedara mara aku.

Tv dan media pencacai tiap tiap hari duk main isu ni. Kononnya tak payah buat. Malaysia sudah adil. Demokrasi. Bebas. Habis kalau dah memang demokrasi kenapa tak boleh pulak demonstrasi? Dengan demokrasi mana yang tak boleh berhimpun ni? Cuba bagitau kat aku satu contoh nama negara demokrasi yang tak bagi berhimpun? Demokrasi kepala bapak kau?

Sedarlah sikit, dunia sekarang sudah melepasi sempadan perkauman. Malaysia sepatutnya sudah lama menuju ke arah itu. Cina, India, Melayu dan lainnya sepatutnya hidup dalam keadaan berkasih sayang dan aman damai.

Zaman mengancam sesuatu kaum yang lain telah lama berlalu. Itu hanya ada pada zaman 13 mei. Masa tu lain,masa tu ketika UMNO memerintah negara..opss sekarangpun UMNO perintah ye. Patutlah masih ada ugutan kaum.

OK takpa tunggu PRU13 nanti. Kita bersatu jatuhkan mereka
 
http://gigitankerengga.blogspot.com/

Ali dihukum penjara 35 tahun dan denda $81 juta



TUNIS: Mahkamah Tunisia kelmarin menjatuhkan hukuman penjara selama 35 tahun dan denda AS$66 juta ($81 juta) ke atas mantan Presiden Zine al-Abidine Ben Ali, selang enam bulan dia digulingkan dalam bantahan rakyat.

Ben Ali, bagaimanapun, tidak hadir di mahkamah dan kini hidup dalam buangan di Arab Saudi.

Dia didapati bersalah menggelapkan dana awam selepas barang kemas dan wang bernilai AS$27 juta ditemui di kediamannya.
Hukuman yang sama turut dijatuhkan ke atas isterinya, Leila Trabelsi.

Ben Ali masih menghadapi tuduhan memiliki dadah dan senjata, dengan hukuman bakal dijatuhkan pada 30 Jun ini.

Penggulingan Ben Ali pada Januari lalu mencetuskan tunjuk perasaan yang serupa di negara Arab lain dan membawa kepada penggulingan Presiden Mesir, Hosni Mubarak, sebulan kemudian.

Ben Ali dan isterinya melarikan diri ke Arab Saudi pada 14 Januari lalu.
Februari lalu, pemerintah Tunisia meminta Arab Saudi mengekstradisi Ben Ali tetapi sehingga kini tiada perkembangan lanjut mengenainya.

Semasa perbicaraan, pihak pendawa raya meminta hakim menjatuhkan 'hukuman paling berat ke atas mereka yang mengkhianati kepercayaan dan mencuri wang rakyat bagi kepentingan sendiri... Mereka tidak berhenti mencuri selama 23 tahun (memerintah).'

Peguam Ben Ali, Encik Akram Azoury, menyifatkan hukuman itu melucukan memandangkan yang tertuduh tidak hadir di mahkamah.

'Ini satu jenaka. Jenaka serupa ini tidak perlu diulas. Anda hanya ketawa saja,' katanya.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh peguamnya, Ben Ali menafikan semua tuduhan yang dihadapinya dan menyifatkan dirinya sebagai mangsa komplot politik.
Dia turut menafikan berniat mendapatkan perlindungan suaka.

'Saya tidak meninggalkan jawatan saya sebagai Presiden, ataupun melarikan diri dari Tunisia, seperti yang silap dilaporkan oleh beberapa media... Saya ditipu agar meninggalkan Tunis,' katanya dalam kenyataan yang diedar oleh Encik Azoury.

Perbicaraan kelmarin merupakan permulaan proses yang mungkin menyaksikan pegawai kanan dalam rejim Ben Ali didakwa atas 93 tuduhan, termasuk membunuh, mendera, memindahkan wang secara tidak sah dan penyeludupan artifak purba.

Sebanyak 35 tuduhan itu telah dirujuk kepada Mahkamah Tentera.
Kesalahan membunuh atau mendera membawa kepada hukuman mati.

Namun, Ben Ali tidak dijangka berdepan dengan tuduhan serupa itu. -- AFP, AP, Reuters.
http://www.buletinonline.net

Buku Hijau padam Dokumen Negara Islam?


KUALA LUMPUR, 20 Jun: Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub (gambar) akan mengetuai satu panel khas pelaksana parti yang akan memperincikan konsep negara berkebajikan yang diketengahkan dalam ucapan dasar Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang pada 3 Jun lalu dalam bentuk ‘Buku Hijau’ secepat mungkin menjelang pilihan raya umum ke 13.
 
“Kita akan dokumenkan konsep ini dalam bentuk buku dan Buku Hijau ini akan diedarkan di seluruh negara dalam masa terdekat,” kata Salahuddin, yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian.
 
Panel tersebut yang ditubuhkan minggu lepas, katanya akan turut dianggotai oleh Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, dua ahli jawatankuasa kerja pusat Dr Dzulkefly Ahmad dan Idris Ahmad, Pengerusi Institut Kajian Polisi PAS, Dr Zuhdi Marzuki dan Timbalan Ketua Dewan Muslimat, Dr Siti Mariah Mahmud.

“Melalui panel ini, kami akan memperincikan konsep negara berkebajikan dengan mengemukakan ciri-ciri sebuah negara berkebajikan,” tambah beliau. - Hrkh
 

TIMBALAN PRESIDEN JAWAB TUDUHAN SYIAH


Sumber

Ikuti pandangannya yang diluahkan kepada wartawan AHMAD LUTFI OTHMAN, SAADON AKSHAH dan SALMIYYAH HARUN, di Pejabat Harakah, Kuala Lumpur.


HARAKAH: Perwakilan PAS telah memilih sdr sebagai Timbalan Presiden dalam muktamar lalu, bagaimana pula dengan sambutan pada peringkat akar umbi?

MOHAMAD SABU: Kehadiran wartawan pada muktamar kali ini luar biasa sekali. Khususnya liputan akhbar akhbar Cina begitu menggalakkan. Apabila keputusan pemilihan diumumkan, saya nampak sambutannya begitu ghairah terutama orang bawah, misalnya yang berada di khemah, Unit Amal, pemerhati, ahli PAS dan penyokong, yang meletakkan harapan cukup tinggi kepada PAS. Mereka berharap perubahan pimpinan akan mencetuskan satu ledakan.

Ini satu pengharapan tinggi yang amat saya bimbang kalau tidak berlaku apa-apa perubahan yang boleh membawa kebaikan dan penambahbaikan kepada parti. Nanti, kita akan hadapi kritikan hebat ahli dan para penyokong jika mengabaikan harapan mereka.


Boleh jelaskan secara umum visi dan misi sdr sebagai Timbalan Presiden?

Saya sudah bercakap banyak kali, secara umumnya tugas timbalan ialah membantu Presiden. Saya bukanlah yang terbaik, tetapi insya-Allah akan berusaha ke arah itu ... iaitu melebarkan pengaruh Parti Islam kepada orang bukan Melayu khasnya India, Cina dan lain-lain. Saya dianggap agak senang dan biasa bergaul dengan mereka.

Saya juga akan terus berusaha melalui parti untuk memahamkan rakyat tentang demokrasi, hak asasi dan sebagainya. Seperti saya timbulkan dalam muktamar, orang Melayu amat lemah dan rendah dalam memahami hak asasi. Misalnya, apabila seorang wanita Cina kononnya dibogelkan dalam lokap, yang mendominasi isu ini ialah DAP dan akhbar Cina tetapi bila Nora menceritakan bagaimana dibogelkan dan ketuk ketampi ekoran tangkapan demonstrasi, sikap orang Melayu begitu dingin.

Begitu juga kematian Beng Hock. Orang Cina dan akhbar Cina cukup mengambil berat isu ini. Tetapi apabila berlaku kepada pegawai kastam Sarbani, terbukti orang Melayu begitu dingin dalam masalah hak asasi. Saya akan cuba melalui parti bagaimana berusaha memartabatkan isu hak asasi, demokrasi serta hak dan kepentingan rakyat. Saya akan membantu Presiden dan parti dalam mengetengahkan isu-isu seperti ini.


Soalnya, masyarakat bukan Melayu terutama orang Cina semakin dekat dan menaruh keyakinan kepada PAS, yang menjadi masalah ialah meraih sokongan pengundi Melayu terhadap PAS?


Memang kita kena berjalan serentak, bahkan usaha untuk mendapat sokongan orang Melayu perlu dilipatgandakan. Kita harap kerjasama terutama sekali dengan Ketua Penerangan baru, Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man, agar dapat memperbanyakkan program untuk menerangkan perjuangan PAS di samping menjelaskan kedudukan orang Melayu.

Apa pun, kita tidak mahu yang dikendong berciciran. Kita akan bergerak serentak sebab untuk ke Putrajaya, kita mesti meningkatkan sokongan orang Melayu sekurang-kurangnya 5-10 peratus dan meningkatkan sokongan bukan Melayu sedia ada.


Mengapa orang Melayu seperti tidak sensitif dengan isu-isu hak asasi, demokrasi, rasuah dan sebagainya sedangkan semua isu-isu itu dekat dengan tuntutan Islam?

Pemahaman siasah orang Islam perlu dipertingkatkan. Dalam soal amar maaruf nahi mungkar, sepatutnya orang Melayu mendahului kaum lain. Malangnya, kita nampak dalam soal rasuah dan penyelewengan, kaum lain mendahului. Kita harap ulama-ulama kita lebih dapat memainkan peranan untuk meningkatkan kefahaman tentang good governance, kerajaan yang telus, akauntabiliti, integriti serta menentang akta-akta zalim seperti ISA dan OSA.

Kita harap PAS, melalui ulamanya, akan lebih bercakap dalam hal-hal seperti ini supaya apa yang kita laungkan, misalnya prinsip-prinsip pemerintahan seperti soal hisbah dapat dijelmakan. Islam telah menggariskan prinsip-prinsip asas termasuk dalam pemerintahan, yang cukup baik untuk dipraktikkan. Masalahnya, mengapa orang lain pula yang dilihat lebih sensitif "memperjuangkannya, seperti mencegah kemungkaran dan penyelewengan.


Sdr juga sering menyebut soal memperkasakan Majlis Syura Ulamak. Dalam keadaan Timbalan Presiden tidak disandang lagi oleh ulama, begitu juga dengan Naib-Naib Presiden, tentu lebih ramai yang berminat untuk mendengar penjelasan lanjut sdr.

Ulama mesti berada di tempat yang paling tinggi. Sebab itulah selepas 1983, selepas terbentuk Majlis Syura Ulama, peranan ulama, yang sebelum itu menduduki Dewan Ulamak, dipertingkatkan lagi. Majlis Syura kini berada pada tempat tertinggi. Majlis ini betul-betul perlu diperkasakan sebagaimana saya tekankan dalam muktamar.

Di samping mengawal dasar, perlembagaan dan disiplin, mereka juga boleh "mengaudit" Jawatankuasa PAS Pusat. Supaya mereka yang melakukan kesilapan dan kesalahan dasar boleh dipanggil dan ditegur. Juga boleh mengenakan tindakan disiplin. Dengan itu, bukan sebarang orang boleh berada dalam Majlis Syura. Seorang yang berpengalaman, berumur, berilmu, bertakwa, dan mereka mempunyai ciri-ciri seorang yang dikatakan 'manusia yang sempurna'.

Ada pun jawatan lain yang bersifat pentadbiran dan eksekutif, ia boleh diberi kepada sesiapa sahaja yang layak. Kalau kebetulan seorang yang berpendidikan agama dilihat lebih sesuai di situ, pilihlah dia. Kalau yang berkelulusan profesional atau aktivis mampu berada di situ, maka ahli berhak memilihnya.


Tetapi Majlis Syura ia mesti 'special' sebab orang inilah yang akan mengawal segala disiplin dalam jemaah itu sendiri, terutama mengawal dasar dan perlembagaan.

Setakat ini bagaimana penilaian sdr terhadap Majlis Syura?
Perlu dipertingkatkan. Kita mahu sebarang keputusan Majlis Syura ini melepasi sempadan. Kita ambil contoh mudah, tarian poco-poco. Majlis Syura membuat keputusan dan memberi pandangan. Pandangan Majlis Syura itu akan jadi bukan hanya rujukan ahli PAS, malah bukan ahli dan sebagainya. Ataupun satu isu yang menjadi kontroversi, misalnya mengubah daripada dagu besar menjadi kecil. Majlis Syura akan buat satu pandangan tapi ia bukan fatwa. Dengan itu pandangan Majlis Syura itu sekurang-kurangnya dibincangkan dan diperdebatkan, akhirnya ia menjadi rujukan orang lain. Maknanya, wibawa Majlis Syura menyeberang sempadan parti.


Di samping sokongan dan harapan tinggi ahli parti dan rakyat terhadap sdr, terdapat juga suara-suara sumbang yang mengaitkan sdr dengan mazhab Syiah ....
Saya kebetulan membesar dalam perjuangan, menyertai PAS pada 1978 dan tahun 1979 berlaku revolusi Islam Iran. Perkembangan dan kebangkitan di sana menjadi tumpuan ramai. Kemudian kemunculan gerakan Islam seperti Hizbullah, yang juga dipimpin seorang ulama yang memakai serban.

Kita ambil contoh Imam Khomeini. Macam mana seorang ulama yang menggerakkan rakyat sehingga boleh buat revolusi. Isu apa yang dipakai? Mereka tidak sebut pertentangan kelas. Tetapi beliau mengemukakan isu Mustakbirin dan Mustad'afin, iaitu yang menindas dan yang kena tindas, 'oppressed and oppressors'.

Bagaimana Khomeini berjaya meletakkan semua golongan dibawahnya. Sama ada sosialis, komunis, liberal dan sebagainya berketuakan dia. Yang ini kita perlu belajar, bukan soal mazhabnya.

Saya juga menghormati, bahkan dalam ucapan-ucapan saya tidak lekang menyebut Imam Hassan Al-Banna. Dia seorang guru agama biasa tetapi dia berdakwah dan berjaya masuk sampai ke bar dan kelab malam. Bagaimana dia boleh memimpin semua peringkat, sehingga intelektual universiti, profesor juga ada di bawah naungannya. Pemimpin macam ini saya amat hormat.

Begitu juga dengan Hizbullah. Di Beirut, yang digelar 'Paris of the East', tempat tarian gelek, tarian separuh bogel, minum arak, pakai bikini, tiba-tiba di tengah kota ini muncul satu badan yang begitu disiplin dan begitu menitikberatkan hal kebajikan. Serta boleh mengumpul anak muda dan bagaimana mereka dilatih sehingga sanggup korbankan nyawa harta benda untuk melawan dengan Israel.

Kemudian, dari sudut politik, mereka boleh menarik golongan kristian Michael Aoun yang bersenjata dan kumpulan sekular yang lain berada di bawah naungan Hizbullah. Ini taktik dan strategi politik. Inilah yang saya kagum dan mahu belajar daripada mereka.

Begitu juga Sheikh Ahmad Yasin yang berjuang daripada muda sehinggalah beliau berkerusi roda terus berjihad. Sesetengah kita bila masuk umur tua sedikit cepat-cepat menyerahkan kepada orang muda, "biar kami tua-tua ni duduk di belakang". Tetapi Sheikh Ahmad Yasin ini menyemarakkan semangat jihad sehingga melahirkan Hamas.

Jadi contoh-contoh inilah yang saya kagum. Kadang-kadang saya tidak tahu pun latar belakang soal anutan mazhab mereka, tetapi saya melihat dari sudut ilmu bagaimana mereka mengorak langkah dan memimpin. Dan dalam dunia moden ini, bagaimana ulama ini boleh diterima umum.

Kita ambil contoh macam Hassan Nasrullah. Penyanyi, ahli sukan, artis, semuanya boleh menerimanya. Kita kena lihat di mana kekuatan mereka. Begitu juga dengan dunia intelektual. Saya minat pandangan Dr Kalim Siddiqui, ahli sains sosial daripada England yang meninggal dunia di Afrika Selatan.

Saya mengingati juga Dr Ali Shariati tanpa mengetahui apa mazhab dia. Beliau membuat kupasan yang menarik terhadap sejarah, haji, firaun, kerajaan Mongul yang jatuh di India. Saya minat membaca pemikiran seperti ini. Begitulah juga dengan Dr Fathi Yakan yang membicarakan langkah awal perjuangan Islam.

Bagi saya bukan melihat pemahaman, anutan dan sebagainya. Dan kadang-kadang saya tidak tahu apa pegangan dan anutan mereka tetapi saya melihat dari sudut kepimpinan.

Begitu juga di tengah-tengah kelemahan orang Islam yang tidak yakin langsung tentang nilai jati diri sehingga orang berkata "macam mana hendak merdeka, orang Melayu, jarum pun tidak boleh buat, sedangkan British ada kapal perang".

Di sini pula muncul Jamaluddin Afghani yang memberi nafas baru kepada orang Islam untuk yakin kepada kekuatan diri menuntut kemerdekaan: "Kamu boleh mencapai kemerdekaan sendiri, kalau bersedia untuk berjuang".

Inilah sikap saya dalam hal merujuk kepada pejuang-pejuang, yang tidak langsung melihatnya dari sudut latar belakang mazhab mereka.
 
 http://uwaisqarny.blogspot.com

PEMBANGKANG AKAN TERKEJUT BIAWAK ESOK...



KUCHING - Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud berkata, beliau akan membuat kenyataan rasmi esok mengenai dakwaan rasuah terhadapnya.

Bagaimanapun Taib tidak menyatakan bagaimana beliau menjawab dakwaan pembangkang dengan menggunakan siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadapnya.

"Pembangkang akan terkejut esok," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis perasmian Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) oleh Yang di-Pertua Negeri Tun Abang Muhammad Salahuddin Abang Barieng di Petra Jaya di sini, hari ini.

Pada 9 Jun, Pesuruhjaya SPRM Datuk Seri Abu Kassim Mohamed menyatakan bahawa suruhanjaya itu sedang menyiasat Taib atas dakwaan rasuah balak.

Beliau menjawab pertanyaan sama ada SPRM akan mengambil tindakan seperti Agensi Anti-Rasuah Switzerland, di mana aset Taib dibekukan atas dakwaan rasuah balak.

Menurut laporan berita asing, Presiden Persekutuan Switzerland Micheline Calmy-Rey berkata, bahawa beliau menyedari dakwaan itu dan mengemukakan maklumat mengenai aset Taib di Switzerland kepada badan kawalan, Lembaga Pengawasan Pasaran Kewangan Switzerland (Finma) untuk tujuan siasatan.
- Bernama

http://jolokjolok.blogspot.com

Monday, June 20, 2011

IRAQ KWSAN RM52 BILION HILANG DICURI AS KETIKA PENCEROBOHANNYA


BAGHDAD: Parlimen Iraq kini cuba mengesan semula kira-kira AS$17 bilion (RM52 bilion) wang hasil penjualan minyak Iraq yang dicuri semasa penjajahan Amerika Syarikat (AS) ke atas Iraq pada 2003.

Baghdad turut memohon bantuan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bagi mengesan wang itu.

Wang tunai hasil penjualan minyak Iraq dan aset negara itu yang dirampas Washington dihantar ke Iraq dari AS pada 2004 untuk proses pembangunan semula negara itu selepas bekas presiden, Saddam Hussein digulingkan AS.

Dalam suratnya kepada pejabat PBB di Baghdad bulan lalu, jawatankuasa integriti Parlimen Iraq memohon bantuan badan dunia itu untuk mengesan semula wang Tabung Pembangunan Iraq.

“Semua penunjuk menggambarkan institusi AS melakukan rasuah dengan mencuri wang milik penduduk Iraq, diperuntukkan untuk membangunkan negara ini dengan nilai mencecah AS$17 bilion (RM52 bilion).

Jumlah kehilangan wang itu adalah hampir tiga kali lebih tinggi daripada AS$6.6 bilion (RM20 bilion) yang dianggarkan sebelum ini.

http://warkahdaily.blogspot.com/

Zulkifli Nordin bohong, saya sendiri ada bersama Yusuf Qaradawi-




KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen bebas, Bandar Bharu-Kulim, Zulkifli Noordin berbohong apabila menyatakan Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim memperdaya ulama tersohor Sheikh Yusuf Al Qaradawi.
Demikian dinyatakan sewaktu mengulas dakwaan Zulkifli yang mendakwa Qaradawi diperdaya untuk membela Anwar, seperti mana yang disiar akhbar milik Umno, Utusan Malaysia hari ini.
Menurut Muhammad Nur, beliau sendiri turut serta dalam pertemuan dengan Qaradhawi di Putrajaya, sewaktu ulama dunia itu hadir menerima anugerah Tokoh Maal Hijrah Antarabangsa penghujung 2009.
Malah katanya, beliau sendiri bertindak sebagai jurubahasa ketika pertemuan itu berlangsung.
“Dia berbohong kepada khalayak kerana pada waktu itu saya sendiri diminta mengiringi Anwar dan keluarga bertemu dengan Syeikh Yusuf Qaradhawi di hotel di Putrajaya sewaktu beliau hadir menerima Anugerah Tokoh Maal Hijrah Peringkat Antarabangsa pada hujung tahun 2009.
“Turut serta dalam pertemuan itu adalah Zulkifli Nordin dan peguam syariah, Kamar Ainiah,” katanya.
Dalam pertemuan itu, kata Muhammad Nur, Syeikh Yusuf Qaradhawi menyatakan keyakinannya habawa Anwar tidak bersalah dan berpesan kepada Anwar agar menggunakan Qazaf bagi membersihkan nama beliau.
“Pada pertemuan itu Syeikh Yusuf Qaradhawi mengakui kebenaran berada di pihak Anwar sejak beliau mula difitnah pada tahun 1998 lagi. Beliau juga yakin Anwar dizalimi dan menjadi mangsa fitnah sejak tahun 1998 lagi.
“Qaradhawi memberikan nasihat bagaimana Anwar perlu menggunakan Qazaf untuk membersihkan nama beliau,” kata Muhammad Nur.
Menurutnya lagi, ulama tersohor berkenaan tidak mungkin mengeluarkan fatwa membela Anwar tanpa mengenali keperibadian dan sosok tubuh pemimpin itu.
Tambah beliau, Qaradawi cukup mengenali Anwar sejak mereka mula bersahabat baik ketika Anwar memimpin pertubuhan Angkatan Belia Islam Malaysia akhir 1970-an.
Malah katanya, Qaradawi juga merupakan seorang ulama yang konsisten dengan pendiriannya membela Anwar sejak dahulu sehingga kini.
“Beliau istiqamah, konsisten dengan pendiriannya dan sudah percaya dengan integriti Anwar sejak mula mengenali Anwar pada tahun 1970-an lagi, sejak Anwar mula memimpin ABIM (Angkatan Belia Islam Malaysia).
“Malah, Syeikh Yusof Qaradhawi sendiri pernah menyatakan yang beliau mengenali Malaysia menerusi Anwar sewaktu menyampaikan kuliah di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam satu masa dahulu,” kata Muhammad Nur. - keadlian daily

UTUSAN DIHALANG BUAT LIPUTAN KERANA HINA ISLAM

Salmah Mat Husain
KOTA BHARU, 20 Jun: Dewan Undangan Negeri (Dun) Kelantan hari ini gamat seketika apabila Mat Yusof Abdul Ghani (BN-Nenggiri) yang berniat untuk mempertahankan akhbar Utusan dalam menyiarkan bahan tersasar.

Kenyataannya yang mendakwa tindakan akhbar terbabit mungkin bertujuan untuk mencari keuntungan ketika menyiarkan sebarang isu termasuk kes lucah yang dikaitkan dengan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, disambut dengan tepukan meja oleh pihak kerajaan.

Menurut Mat Yusof, adalah menjadi hak akhbar terbabit untuk menyiarkan apa sahaja bentuk berita.

Beliau berkata demikian ketika meminta laluan sewaktu Muhammad Mustapha (PAS-Demit) berucap menyokong perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan Tambahan 2011, sempena Sidang Dun Kelantan, hari ini.

“Kita tidak boleh menyekat mereka, itu hak dia untuk menyiarkan apa saja dalam akhbarnya,” ujarnya.

Beliau berkata demikian akibat tidak berpuas hati berhubung tindakan kerajaan negeri menghalang akhbar Utusan dari membuat sebarang liputan terutama sidang Dun Kelantan.

Bagaimanapun, Muhammad sewaktu mengulas kenyataan Adun Nenggiri itu memberitahu tindakan akhbar terbabit (menyiar fitnah dan gambar lucah) mendedahkan sifat akhbar terbabit kepada umum.

“Andainya Yang Berhormat mendakwa ia adalah hak mana-aman akhbar untuk menyiarkan sebarang isu atau seumpamanya, ianya juga menjadi hak kerajaan negeri untuk menghalang mana-mana pihak untuk membuat sebarang liputan.

“Kita tidak boleh berkata apa apabila menyentuh tentang hak, Allah dan Rasul juga ada hak, kita juga ada hak kita, tetapi jangan sekali-kali mencabul hak Allah dan Rasul termasuk memfitnah mana-mana individu,” ujarnya.

Beliau turut menasihatkan wakil BN supaya tidak membuat sebarang fitnah sekiranya ingin mendapatkan sokongan rakyat.

Menurutnya, rakyat hanya akan memilih perjuangan yang baik.

“Kalau kita (BN) merupakan perjuangan yang baik, tidak perlu kita membuat sebarang fitnah untuk mendapatkan sokongan rakyat, sudah tentu mereka akan menyokongnya,” ujarnya.

Abdul Latif Abdul Rahman (PAS-Mengkebang) bagaimanapun memberitahu, tindakan kerajaan negeri menghalang akhbar terbabit membuat liputan majlis kerajaan negeri termasuk kenyataan Menteri Besar bukan hanya masalah fitnah, sebaliknya menyiarkan kartun yang menghina Islam.

Katanya, boikot itu langsung tidak ada kaitan dengan Anwar, sebaliknya kerana menyiarkan kartun menghina Islam.

“Kita desak akhbar ini meminta maaf secara terbuka kerana sekiranya perkara itu dipertahankan ianya akan merosakkan akidah,” ujarnya.

Menurutnya, tidak ada sebab akhbar terbabit tidak boleh memohon maaf secara terbuka memandangkan tindakan itu melukakan hati umat Islam.