Wednesday, June 15, 2011

KAMI YAKIN LEBIH RAMAI YANG MURTAD

Pemuda PAS Perak berkata, pihaknya yakin jumlah sebenar umat Islam yang murtad melebihi angka yang diumumkan menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom semalam.

NONE"Kami yakin jumlah yang dinyatakan sebenarnya lebih besar sepertimana yang telah dijelaskan oleh (mufti negeri) Tan Sri Dr Harussani Zakaria pada satu ketika dahulu," kata Timbalan Ketua Pemuda PAS Perak Dr Raja Ahmad Al-Hiss (kiri).

Sehubungan itu, dewan itu menggesa agensi berkaitan mengambil tindakan drastik bagi membendung masalah itu serta memastikan akidah umat Islam terpelihara.

"Kami mengharapkan agar semua pihak yang bertanggungjawab memainkan peranan mereka di dalam usaha menjaga akidah umat Islam ini," katanya.

Semalam, Jamil Khir memberitahu parlimen, Mahkamah Syariah menerima 863 kes permohonan untuk menukar status agama Islam dari tahun 2000 hingga 2010.

azlanAntara kesemua negeri di Malaysia, Perak berada di kedudukan kelima dengan 47 permohonan. Sebanyak 12 daripadanya diluluskan.

Dalam satu kenyataan hari ini, Dr Raja Ahmad berkata pihaknya kesal dengan keadaan yang berlaku itu.

Justeru itu, beliau mendesak Jabatan Agama Islam Negeri Perak (JAIPk) meningkatkan usaha membeteras fenomena itu daripada berlarutan, antaranya dengan membentuk jawatankuasa yang dianggota semua NGO Islam bagi membincangkan kemelut itu.

"Kami juga mengharapkan merafak sembah Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Negeri Perak (MAIAMPk) yang diketuai oleh DYTM Raja Muda Negeri Perak, Raja Dr Nazrin Shah menjadikan agenda isu murtad ini dalam Mesyuarat majlis MAIAMPk yang terdekat ini," katanya.

Dr Raja Ahmad juga meminta Jabatan Mufti Perak turut sama dalam isu itu.

No comments:

Post a Comment