Monday, June 20, 2011

Zulkifli Nordin bohong, saya sendiri ada bersama Yusuf Qaradawi-




KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen bebas, Bandar Bharu-Kulim, Zulkifli Noordin berbohong apabila menyatakan Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim memperdaya ulama tersohor Sheikh Yusuf Al Qaradawi.
Demikian dinyatakan sewaktu mengulas dakwaan Zulkifli yang mendakwa Qaradawi diperdaya untuk membela Anwar, seperti mana yang disiar akhbar milik Umno, Utusan Malaysia hari ini.
Menurut Muhammad Nur, beliau sendiri turut serta dalam pertemuan dengan Qaradhawi di Putrajaya, sewaktu ulama dunia itu hadir menerima anugerah Tokoh Maal Hijrah Antarabangsa penghujung 2009.
Malah katanya, beliau sendiri bertindak sebagai jurubahasa ketika pertemuan itu berlangsung.
“Dia berbohong kepada khalayak kerana pada waktu itu saya sendiri diminta mengiringi Anwar dan keluarga bertemu dengan Syeikh Yusuf Qaradhawi di hotel di Putrajaya sewaktu beliau hadir menerima Anugerah Tokoh Maal Hijrah Peringkat Antarabangsa pada hujung tahun 2009.
“Turut serta dalam pertemuan itu adalah Zulkifli Nordin dan peguam syariah, Kamar Ainiah,” katanya.
Dalam pertemuan itu, kata Muhammad Nur, Syeikh Yusuf Qaradhawi menyatakan keyakinannya habawa Anwar tidak bersalah dan berpesan kepada Anwar agar menggunakan Qazaf bagi membersihkan nama beliau.
“Pada pertemuan itu Syeikh Yusuf Qaradhawi mengakui kebenaran berada di pihak Anwar sejak beliau mula difitnah pada tahun 1998 lagi. Beliau juga yakin Anwar dizalimi dan menjadi mangsa fitnah sejak tahun 1998 lagi.
“Qaradhawi memberikan nasihat bagaimana Anwar perlu menggunakan Qazaf untuk membersihkan nama beliau,” kata Muhammad Nur.
Menurutnya lagi, ulama tersohor berkenaan tidak mungkin mengeluarkan fatwa membela Anwar tanpa mengenali keperibadian dan sosok tubuh pemimpin itu.
Tambah beliau, Qaradawi cukup mengenali Anwar sejak mereka mula bersahabat baik ketika Anwar memimpin pertubuhan Angkatan Belia Islam Malaysia akhir 1970-an.
Malah katanya, Qaradawi juga merupakan seorang ulama yang konsisten dengan pendiriannya membela Anwar sejak dahulu sehingga kini.
“Beliau istiqamah, konsisten dengan pendiriannya dan sudah percaya dengan integriti Anwar sejak mula mengenali Anwar pada tahun 1970-an lagi, sejak Anwar mula memimpin ABIM (Angkatan Belia Islam Malaysia).
“Malah, Syeikh Yusof Qaradhawi sendiri pernah menyatakan yang beliau mengenali Malaysia menerusi Anwar sewaktu menyampaikan kuliah di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam satu masa dahulu,” kata Muhammad Nur. - keadlian daily

No comments:

Post a Comment