Tuesday, November 30, 2010

UST SHAHRIL AZMAN (TIMB KETUA DEWAN PEMUDA PAS PAHANG) KEMALANGAN


JENGKA: Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Pahang, Ust Shahril Azman Abdul Halim ditimpa kemalangan jalan raya sewaktu memandu dalam perjalanan untuk menyampaikan kuliah maghrib di Masjid At-Taqwa Kampung Awah, petang semalam (Selasa).

Menurut AJK Pemuda PAS Negeri, Ustaz Aris Fezul Ismail, kemalangan berlaku di jalan besar Jengka 17 tatkala sebuah kereta dari arah Kampung Awah tidak lepas memotong lalu melanggar kereta Naza milik Ustaz Shahril yang datang dari arah Bandar Jengka.

Bagaimanapun dalam kejadian berkenaan, Ustaz Shahril hanya mengalami cedera ringan di kaki tetapi keretanya remuk teruk di bahagian hadapan. Manakala isteri pemandu kereta yang melanggar itu dimasukkan ke wad di Hospital Temerloh.

Difahamkan, pemandu kereta berkenaan merupakan peneroka dari Felda Tementi.

Menurut Ustaz Aris, telah acap kali berlaku kemalangan di tempat yang sama, termasuk kemalangan maut kerana jalan di situ sempit sedangkan kenderaan yang lalu lalang sibuk.
 
www.selamatkanpahang.blogspot.com

TAFSIRAN QURAN KESAVAN DISAHKAN TAK SILAP....

Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Hutan Melintang, Perak, S. Kesavan (gambar) didakwa oleh UMNO (yang x reti pun Quran) sebagai salah tafsiran pada Surah Al-Imran ayat 190 . Beliau memetik tafsiran surah Ali-Imran itu ketika berbahas dalam Kongres Tahunan PKR di Petaling Jaya baru-baru ini.

Disini ana memetik terjemahan Kesavan berbunyi: "Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi dan silih bergantinya siang dan malam, maka terdapatlah tanda-tanda manusia berakal...  agar kita sentiasa berfikir agar minda diasuh dan terbentuk dengan baik lalu seterusnya melakarkan budaya sihat supaya tidak songsang dan tidak menyeleweng dari norma-norma kehidupan manusia yang beradab lagi bertamadun. " ('bolt hitam' adalah huraian Kesavan pada maksud ' manusia berakal' bagi ayat 190)

Ianya bertepatan dengan tafsiran ayat itu berbunyi seperti berikut:
"Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi dan silih bergantinya malam dan siang terdapat tanda-tanda bagi orang yang berakal". (Al-Imran : 190)

Jadi apakah yang ditafsirkan oleh wakil PKR itu salah ke wahai UMNgOk????
www.dppwm.blogspot.com

TGNA : TAK SALAH NON MUSLIM PETIK AYAT QURAN

Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata orang bukan Islam dibolehkan untuk memetik ayat-ayat al-Quran untuk merujuk sesuatu perkara sebagaimana disaksikan di Kongres Nasional PKR yang berakhir semalam.

Bagaimanapun, beliau berkata berdasarkan pengalamannya berceramah bersama seorang pemimpin DAP dahulu, pemimpin itu merujuk kepada beliau ayat yang hendak digunakan terlebih dahulu sebelum berucap.

Pada Kongres Nasional PKR Ketujuh selama tiga hari yang berakhir di Petaling Jaya semalam, seorang perwakilan S Kesavan memetik makna Surah Ali Imran semasa membahaskan satu usul.

Mengulas isu itu, laporan Bernama menyebut, Parti Keadilan Rakyat (PKR) memohon maaf jika tindakan seorang perwakilannya bukan beragama Islam tersilap makna pada satu ayat al-Quran yang dibaca dalam perbahasannya di Kongres Nasional PKR semalam.

Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata tindakan Kesavan itu menunjukkan semua pihak akan membuat rujukan kepada al-Quran tetapi kalau beliau tersilap makna ayat al-Quran itu, PKR memohon maaf.

“Dia hanya untuk menceritakan bagaimana al-Quran itu memberi kewajipan kepada manusia untuk menjalankan tugas dengan baik. Saya pun tak berapa pakar tentang ini tetapi dia mencuba tapi saya tak menghalang dia mencuba kalau dia silap kita akan betulkan, itu tanggungjawab saya... saya tak tahu itu kesilapan,” kata Abdul Khalid. 
www.dppwm.blogspot.com

Monday, November 29, 2010

EDISI PAHANG : NEGERI PAHANG BAKAL MUFLIS LAGI SELEPAS DISAMAN RM63 JUTA, KINI SAMAN RM233 JUTA PULA DARI DUA BUAH SYARIKAT PEMBALAKAN

KUANTAN - Heboh diperkatakan oleh rakyat Pahang di sana-sini, tentang negeri ini yang bakal "muflis" sedikit masa lagi akibat saman menyaman gara-gara "janji palsu" kerajaan UMNO dan Barisan Nasional. 
 
Jika sebelum ini saman difailkan oleh sebuah syarikat pembalakan yang dikenali sebagai Seruan Gemilang Makmur (SGM) Sdn Bhd, yang menyaksikan Kerajaan Negeri melalui Menteri Besarnya Dato' Seri Adnan Yaakob diarahkan membayar saman sebanyak RM63 juta gara-gara ingkar terhadap perjanjian konsesi balak. 
 
Malah, baru-baru ini juga rakyat Pahang dikejutkan dengan berita sebuah anak syarikat kerajaan negeri melalui Perbadanan Kemajuan Negeri Pahang (PKNP) iaitu Astana Golf & Country Club disita gara-gara gagal melunaskan hutang pinjaman sebanyak RM30 juta kepada Agro Bank
 
Maka kini, satu lagi kejutan berlaku bilamana dua buah syarikat menfailkan saman berjumlah RM233 juta. Saman dibuat oleh syarikat Spag'n Plantation Sdn Bhd (RM209 juta) dan Upayapadu (M) Sdn Bhd (RM24 juta). 
 
Saman telah difailkan terhadap Kerajaan Negeri Pahang, Unit Perancangan Ekonomi Negeri Pahang dan Jabatan Perhutanan Negeri Pahang, berkaitan kes yang sama seperti SGM iaitu "ingkar janji" tentang isu pembalakan di negeri ini. Senario yang berlaku ini sungguh memalukan rakyat Pahang di seluruh dunia sebenarnya. Ini jelas membuktikan bahawa kerajaan UMNO dan Barisan Nasional tidak lagi layak untuk mentadbir negeri, kerana mereka sengaja mencipta hutang piutang yang bakal ditanggung oleh rakyat jelata kelak.

[Melihat kepada apa yang berlaku ini, maka terbuktilah juga kepada kita bahawa sememangnya puak-puak UMNO BN di Pahang adalah memang "kaki belit" dan "putar alam". Perjanjian yang sudah dimeterai mudah sahaja mereka batalkan dan pinda sesuka hati. Penipuan ini adalah amat mengecewakan rakyat Pahang sebenarnya. Malah, kes balak ini sememangnya sudah sinonim dengan Kerajaan Negeri Pahang. Saban waktu kita mendengar ada saja balak yang dicuri serta dirompak. Seolah-olah mereka yang terlibat mendapat lesen daripada pihak berkenaan. Akhirnya segala hasil mahsul yang sepatutnya dinikmati oleh generasi akan datang terus hilang dan terhakis. Pemimpin UMNO BN yang bertanggungjawab semua ini, kerana mereka sedar apa yang berlaku sejak sekian lama tetapi gagal mengambil langkah yang sewajarnya. Maka itu PDO tidak hairan dengan berita saman terbaru yang melibatkan pihak terbabit. Semoga ianya bakal menjadi pengajaran buat semua].
 
www.idhamlim.blogspot.com

PERKASA GELAR DR WAN AZIZAH, AZMIN SEBAGAI "PELACUR POLITIK"

Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) hari ini melabelkan presiden PKR, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai "pelacur politik" kerana mencadangkan konsep "ketuanan Melayu" wajar ditinggalkan.NONE 

Wira PERKASA Arman Azha Abu Hanifah juga berkata Dr Wan Azizah adalah pengkhianat sedangkan beliau dan juga timbalan presiden PKR yang baru dilantik, Azmin Ali adalah hasil yang diwujudkan dari konsep "ketuanan Melayu".

"Dr Azizah dan Azmin adalah hasil yang diwujudkan akibat kejayaan konsep itu yang juga telah banyak membantu orang Melayu,” katanya.

"Mereka seperti kacang lupakan kulit. Mereka ini seperti pelacur politik yang sanggup berbuat apa-apa sahaja demi mendapatkan sokongan orang India dan Cina,” katanya.NONEArman juga menggesa Raja-raja Melayu supaya membuang daerah terhadap mana-mana pemimpin Melayu yang menyokong atau mencadangkan konsep ketuanan Melayu digantikan.

Ketuanan Melayu, katanya juga bermakna menjamin kedaulatan Raja-raja Melayu dan kenyataan yang dikeluarkan oleh Wan Azizah menjatuhkan martabat raka-raja.

Arman juga memperbetulkan persepsi bahawa ketuanan Melayu tidak bermakna bangsa-bangsa lain menjadi subjek kepada orang Melayu.NONE“Apa yang kita mahu ialah supaya kontrak sosial dihormati dan tahu sejarah negara ini,” katanya.

Wan Azizah ketika menyampaikan ucapan dasar presiden dalam Kongres PKR, Sabtu lalu berkata konsep ketuanan Melayu wajib ditinggalkan kerana ia didakwa hanya slogan untuk memperdaya bangsa itu sendiri.

"Ketuanan Melayu adalah slogan yang digunakan oleh sekumpulan kecil elit Melayu yang berkuasa untuk memperdaya orang Melayu yang ramai, demi kepentingan diri sendiri.

"Mereka adalah manusia yang melakukan rasuah, korup, pecah amanah dan pelbagai kebejatan lagi," katanya.
 http://gigitankerengga.blogspot.com/

EKONOMI GAWAT, PAHANG BAKAL MUFLIS

Kerajaan Pahang berkemungkinan besar akan muflis jika tiada perancangan segera dibuat bagi menangani kegawatan ekonomi di negeri terbesar di Semenanjung itu yang baru-baru ini mencatatkan rekod 13 tahun berturut-turut mengalami belanjawan defisit.

Dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily hari ini, Pesuruhjaya PAS Pahang, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menyelar belanjawan 2011 negeri Pahang yang disifatkan beliau sebagai ‘tidak praktikal’ apabila kerajaan negeri bertindak untuk menuntut 50 peratus keuntungan anak-anak syarikat kerajaan negeri (GLC) kepada kerajaan negeri sebagai satu langkah untuk meningkatkan pendapatan negeri.

“Apa yang mendukacitakan ialah tiada perancangan baru dalam meningkatkan sumber hasil negeri, selain rancangan jangka pendek kerajaan bagi memaksa anak-anak syarikat kerajaan negeri (GLC) menyumbang 50% dari keuntungan kepada kerajaan negeri.

Persoalannya berapa kerat anak syarikat kerajaan negeri yang mencatat keuntungan. Setahu kita hampir semua anak-anak syarikat kerajaan negeri berada dalam keadaan kritikal, dan terus mengharapkan suntikan kerajaan,” kata Tuan Ibrahim, yang baru sahaja pulang ke tanah air selepas menunaikan tanggungjawab haji di Mekah.

Sehubungan itu, Tuan Ibrahim, yang juga merupakan Naib Presiden PAS turut menuntut kerajaan negeri bagi mendedahkan kedudukan kewangan semasa anak-anak syarikat kerajaan negeri untuk dinilai oleh rakyat, sejauhmanakah anak-anak syarikat yang ditubuh untuk membantu kerajaan dapat mencapai hasil sebagaimana diharapkan oleh kerajaan negeri dan seluruh rakyat Pahang dalam menjana pendapatan untuk membiayai belanjawan negeri.

Kenyataan Tuan Ibrahim hari ini merupakan reaksi kepada laporan akhbar Umno dan Perkasa, Utusan Malaysia melaporkan bahawa Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob mewajibkan semua agensi di bawah naungannya menyalurkan 50 peratus keuntungan tahunan mereka kepada kerajaan negeri berkuat kuasa tahun depan.

“Kita mewajibkan agensi-agensi kerajaan negeri menyalurkan 50 peratus keuntungan kepada kerajaan negeri dan dalam masa sama anak-anak syarikat agensi berkenaan pula diwajibkan menyalurkan 50 peratus keuntungan mereka kepada agensi berkenaan.

“Langkah itu merupakan sebahagian usaha bagi mengurangkan defisit yang dialami oleh kerajaan negeri bagi tahun ke-13 berturut-turut,” Adnan dipetik sebagai berkata ketika membentangkan Bajet 2011 Kerajaan Negeri Pahang pada Persidangan Ketiga.

Menurut Adnan, terdapat kira-kira 18 agensi di bawah kerajaan negeri, antaranya Yayasan Pahang, Perbadanan Kemajuan Negeri Pahang (PKNP), Amanah Saham Pahang (Aspa), Lembaga Kemajuan Perladangan Pahang (LKPP) dan Lembaga Pembangunan Tioman.

“Bajet 2011 disasarkan sebanyak RM871,117,390 iaitu sebanyak RM600,424,140 disediakan untuk perbelanjaan pengurusan dan selebihnya adalah untuk pembangunan,” katanya
Adnan turut meminta rakyat negeri Pahang supaya tidak bimbang dengan Bajet Pahang 2011 yang menyaksikan defisit sebanyak RM92.48 juta dengan memberikan alasan bahawa defisit untuk kali ke 13 berturut-turut itu berpunca daripada usaha pertumbuhan ekonomi di negeri berkenaan.

Malah bukan itu sahaja, Adnan turut menunjukkan kelemahan memimpinnya dengan tanpa segan silu mengaku bahawa ‘kedudukan kewangan negeri Pahang tidak mungkin, bahkan mustahil sehingga Hari Kiamat, boleh menanggung kesemua kos pembangunan tanpa bantuan kerajaan persekutuan.’

“Kenyataan beliau bahawa “kedudukan kewangan negeri tidak mungkin, bahkan mustahil sehingga hari Kiamat, boleh menanggung kesemua kos pembangunan tanpa bantuan kerajaan persekutuan’, benar-benar mengambarkan kerajaan UMNO/BN ‘sudah menopaus’.

Kenyataan ini adalah gambaran keseluruhan belanjawan kerajaan negeri yang hanya merancang dengan bantuan Pusat; tanpa berusaha untuk merangcang sumber baru bagi meningkatkan hasil negeri,” selar Tuan Ibrahim.

Dengan membuat perbandingan dengan RM 500 juta komisyen yang dibayar untuk membeli kapal selam Scorpene negara, Tuan Ibrahim menyoal apakah rasionalnya hanya RM 270.6 diperuntukan untuk pembangunan negeri yang terbesar di semenanjung itu.

“Dengan peruntukan sebanyak RM270.6 juta tentulah tidak banyak perkara yang dapat dilakukan. Ini mengingatkan kita kepada komisyen pembelian kapal selam sebanyak RM530 juta, ternyata melebihi keseluruhan projek pembagunan setahun kerajaan Pahang.

Peruntukan pembangunan yang kecil adalah kerana sumber kewangan yang terhad yang dapat dikutip oleh kerajaan,” kata Tuan Ibrahim.

Sehubungan itu, Tuan Ibrahim turut menyoal ke mana semua hasil negeri terutamanya hasil hutan daripada aktiviti pembalakan.

“Dalam belanjawan yang dibentang kerajaan negeri, ia hanya menyatakan hasrat untuk meneruskan projek penanaman semula hutan yang telah gondol, tetapi rakyat juga perlu tahu berapa hasil diperolehi.

Polisi penebangan sehingga 90% hasil hutan dalam tanah milik kerajaan perlu diubah segera,” saran Tuan Ibrahim, yang turut menyifatkan aktiviti penebangan hutan melampau mencerminkan kerakusan kerajaan UMNO-Barisan Nasional tanpa memikirkan masa depan generasi akan datang.

Selain itu, Tuan Ibrahim turut menyoal ke mana perginya pungutan negeri daripada hasil keluaran emas daripada lombong di Lipis, Raub dan Cameron Highland dan juga hasil dari bijih besi, di Daerah Rompin, Maran dan Jerantut.

“Rakyat perlu tahu kemana hasil tersebut, berapa kerajaan perolehi dan juga usaha kerajaan meneroka sumber minyak di perairan Pahang, yang satu masa dahulu di maklum Pahang berkemungkinan mempunyai hasil minyak.

Demikian juga berapa hasil pelaburan luar yang melabur di Pahang; walaupun kita menyediakan hampir setiap daerah kawasan industri, tapi kawasannya ternyata masih kosong dan terbiar.

Seandainya tiada sesuatu perangcangan segera dibuat, tidak mustahil Pahang akan muflis,” tambah Tuan Ibrahim.
http://anwaribrahimblog.com

RM7 JUTA SEHARI KE KASINO SINGAPURA, APA PENYELESAIANNYA ?



Di luar pengetahuan kita semua, negara kita rupa-rupanya menyumbang kira-kira RM7 juta sehari kepada Singapura hanya menerusi perbelanjaan di meja judi. Terimakasih kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pulai Sebatang, Johor, Datuk Tee Siew Kiong yang mendedahkan kecenderungan memalukan itu. 

Ketika membahaskan Bajet 2011 pada sidang Dun Johor minggu lalu, wakil rakyat MCA itu menganggarkan seramai 3,000 kaki judi negara ini mengunjungi kasino negara jiran itu setiap hari.

Mengambil kira nilai perbelanjaan minimum setiap mereka dianggarkan RM2,400, jumlah keseluruhan perbelanjaan mereka bersamaan RM7 juta sehari atau RM200 juta sebulan.
Beliau turut mendakwa mendapat maklumat sebanyak 30 buah bas berulang-alik setiap hari ke tempat perjudian terbabit. 

“Difahamkan kira-kira 500 buah kereta persendirian akan berulang-alik ke lokasi perjudian tersebut selepas pukul 7 malam,” ujarnya, sepertimana dipetik media cetak, 21 November. 

Ekoran pendedahan itu, pelbagai pihak memberikan reaksi. Yang melihatnya dari sudut sosial mengaitkan tabiat buruk itu dengan gejala negatif dalam masyarakat. Antaranya, peningkatan kes meminjam dengan ceti haram atau along. Ia juga mengakibatkan kekeruhan rumahtangga apabila amalan berjudi cenderung mencetuskan pergaduhan, bahkan perceraian antara suami isteri. 

Pihak yang menilainya dari sudut ekonomi pula menyifatkan tabiat rakyat negara ini berbelanja di kasino negara jiran itu suatu pembaziran dan merugikan negara. Selain melibatkan pengaliran wang negara ke luar, kecenderungan penduduk tempatan berbelanja di Singapura turut memberi kesan negatif terhadap berbagai jenis perniagaan dalam negara

Dikatakan para pengusaha pusat hiburan, pusat beli-belah, cuci kereta, pusat refleksologi dan makanan terutama di selatan tanahair mengadu mengalami kemerosotan apabila pelanggan mereka cenderung ‘bersuka ria’ di seberang Tambak Johor. 

Meski pun agak terganggu dengan perangkaan tadi, reaksi dan ulasan pelbagai pihak di atas perkara itu bukan suatu yang baru. Kita percaya rakyat negara ini masih ingat tatkala kerajaan sendiri berura-ura meluluskan lesen bagi pertaruhan sempena Piala Dunia 2010, Jun lalu, komen dan penilaian serupa telah kedengaran. 

Pelbagai pihak tampil menyuarakan kebimbangan atas kesan negatif kepada negara, terutama dari sudut sosial dan kekeluargaan, sekiranya kerajaan meneruskan hasrat menghalalkan perjudian. 

Pandangan balas dan sikap kerajaan Barisan Nasional (BN) dalam isu tersebut juga diketahui umum. Tanpa selindung kerajaan diterajui Umno tampil mempertahankan perancangan meluluskan judi itu dengan berbagai rasional, terutama dari aspek merebut peluang dan kesempatan yang datang sekali dalam empat tahun (kejohanan bolasepak dunia itu) untuk meraih keuntungan ekonomi kepada negara. 

Ertinya, soal kesan negatif terhadap rumahtangga dan sosial rakyat tidak menjadi perhitungan utama Umno. Apa yang ia tahu hanyalah mahu mengambil kesempatan mengaut keuntungan ekonomi. 

Kita bimbang jika kes perjudian di Singapura ini diserahkan kepada Umno juga untuk menyelesaikannya, maka kaedah diambilnya sekali lagi bakal terpesong daripada penyelesaian komprehensif dan konkrit. Parti yang mata duitan itu akan hanya memikirkan soal ekonomi negara. 

Lalu tidak mustahil yang diutamakannya hanyalah bagaimana menghentikan pengaliran wang keluar negara. Lagi pun itulah yang menjadi perhatian berat dan kebimbangan utama para penganalisis dan pakar ekonomi yang memberikan komen. 

Mereka menganggap pengaliran keluar RM200 juta sebulan satu kerugian amat besar bagi ekonomi negara. Kerajaan, kata mereka, mesti mencari jalan menghentikan kecenderungan ini.
Soal pembaziran wang yang sepatutnya digunakan kaki-kaki judi itu untuk kebahagiaan dan kemanfaaatan keluarga serta keharmonian sosial lain seolah tidak menjadi perkiraan utama. 

Kita bimbang, jika hanya atas premis mengelak kerugian ekonomi negara akibat pengaliran wang keluar, mungkin para pemikir ekonomi dalam kerajaan, terutama yang tidak menolak amalan berjudi atau sekadar menitikberatkan perspektif ekonomi, akan mengemukakan penyelesaian memalukan. 

Contohnya, mereka mungkin mencadangkan agar kerajaan membina lebih banyak pusat judi dan kasino dalam negara, terutama di selatan tanahair. Akan ada juga pandangan agar pusat-pusat judi sedia ada dipromosi secara lebih hebat dan berkesan sekira-kira 3,000 kaki judi yang ketagih ke Singapura saban hari itu akan beralih arah ke negara sendiri. 

Maka, secara logiknya jika cadangan itu dilaksanakan, aliran RM200 juta sebulan wang keluar negara itu akan dapat dihentikan. Dengan itu kebimbangan mereka atas kesan negatif terhadap ekonomi negara dianggap selesai. 

Kita menaruh bimbang, jika penyelesaian yang dicari dalam isu ini sekadar menangani aliran keluar wang negara, rakyat bakal dirasionalkan dengan penyelesaian sedemikian. 

Sedangkan, jika soal pembaziran sebenar dan kesan negatif kepada rumahtangga serta sosial diambil kira, kerajaan sepatutnya menimbang menghapuskan amalan judi itu sendiri keseluruhannya. 

Bayangkan, jika hanya ke Singapura, rakyat kita habiskan RM200 juta sebulan, berapa pula yang kaki dan tahi judi seluruh negara habiskan di kesemua tempat judi di negara sendiri? 
 http://www.detikdaily.net

PERTAHAN KEYAKINAN RAKYAT - AZIZAN

SHAH ALAM, 29 Nov: Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak menggesa pemimpin Pakatan Rakyat supaya mempertahankan keyakinan rakyat kepada kerajaan negeri yang diperintah.

 Ini, katanya kerana Umno BN sentiasa berusaha untuk memecahkan keyakinan itu dan perpaduan di kalangan komponen Pakatan Rakyat menjelang Pilihan raya Umum ke-13 (PRU 13) nanti.

Beliau berkata, ini kerana Umno BN tahu bahawa kemenangan yang dicapai oleh Pakatan Rakyat pada Pilihan raya ke-12 lalu kerana perpaduan.

Justeru, katanya Umno BN menggunakan media massa untuk meretak dan memecahkan perpaduan tersebut.

Beliau menyatakan demikian ketika berucap pada Persidangan Menteri Besar Dan Ketua Menteri Negeri-negeri Pakatan Rakyat di sini, pagi ini.

Turut berucap ialah Menteri Besar Kelantan dan Selangor, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.

Hadir sama ialah Timbalan Presiden dan Setiausaha Agung PAS, Ustaz Nasharudin Mat Isa dan Datuk Mustafa Ali.

Ustaz Azizan menambah, media massa sering menyiarkan perkara yang salah dan tidak benar mengenai Pakatan Rakyat supaya masyarakat tidak yakin kepada kerajaan Pakatan.

“Mereka (media) timbulkan suasana supaya orang tak yakin dengan kita,” ujarnya.

Sehubungan itu, katanya semua pemimpin Pakatan Rakyat mesti menjaga dan mempertahankan keyakinan rakyat terhadap kerajaan di negeri-negeri yang dikuasai.

Ini, katanya kerana suasana yang berlaku pada hari ini membuktikan bahawa rakyat merasa selesa di bawah kerajaan Pakatan Rakyat berbanding dengan era pemerintahan Umno.

Dalam mempertahankan keyakinan itu, katanya ia memerlukan kepada pengorbanan.Mengenai Kedah, beliau berkata, usaha yang dilakukan oleh kerajaan negeri berjaya menyatukan rakyat sekalipun tidak mendapat publisiti daripada media massa.

Jelasnya, dengan pendekatan tersebut, rakyat Kedah merasa selesa dengan Kerajaan Pakatan rakyat negeri sekarang berbanding sebelum ini.“Yang kata tak selesa, orang luar Kedah,” tegasnya.

Beliau juga menyarankan supaya kerajaan di negeri-negeri Pakatan Rakyat supaya membuat kajian dari semasa ke semasa apa yang disukai dan tidak disukai oleh kumpulan sasar.
http://kedahlanie.blogspot.com

DEWAN RAKYAT TOLAK USUL BINCANG KEMELUT KOREA

Dewan Rakyat hari ini menolak usul untuk membincangkan tentang suasana tegang yang sedang berlaku di Semenanjung Korea.

Timbalan Yang Dipertua Dewan, Datuk Ronald Kiandee memutuskan untuk menolak usul yang dikemukakan Salahuddin Ayub (PAS-Kubang Kerian) itu atas dasar ia tidak perlu disegerakan.

Katanya kerajaan telah pun menyuarakan kebimbangannya mengenai keadaan di Semenanjung Korea dan meminta pihak-pihak berkenaan supaya mengelak daripada mengambil sebarang tindakan yang boleh menyebabkan keadaan menjadi bertambah tegang dan menimbulkan ketidakstabilan di kawasan berkenaan.

Bung Moktar Radin (BN-Kinabantangan) turut berpendapat usul berkenaan sepatutnya dibincangkan memandangkan ketegangan di Semenanjung Korea telah membabitkan kehilangan nyawa.
http://www.malaysiakini.com/news/149481

Sunday, November 28, 2010

HUDUD KELANTAN SEMASA BAGINDA LONG GHAFFAR ? (1760-1783)


image Semasa pemerintahan baginda Long Gaffar dan keturunannyalah, telah terlaksana Hukum Hudud di Kelantan. 

Di antara tokoh yang terlibat dan menjadi tempat rujukan dan nasihat bagi perlaksanaan hukuman ini ialah Haji Nik Ismail Limbat (Tok Baruh) yang merupakan keturunanan Raja Jambu Patani yang asal. 

Keturunannya kemudian mengasaskan pondok Bukit Abal dan salah seorang dari keturunannya muncul sebagai tokoh agama yang terkenal iaitu Tuan Guru Haji Daud Bukit Abal.

catatan: Long Gaffar dan Long Yunus bukan adik beradik, wallahualam.

http://guanomanikurai.blogspot.com

KITAB KUNO FEKAH DI JUMPAI DIDALAM GEREJA



Seorang penganilis menjumpai satu penemuan yang mengejutkan tersembunyi di loteng sebuah gereja Medford. Hank Pierce pergi ke gereja Universalis untuk menganalisa buku tua yang merupakan sebahagian daripada perpustakaan milik seorang pendita David Osgood yang disimpan selama 300 tahun.

Sebuah buku yang diterbitkan pada 1795 terselit diantara koleksi buku dan catatan sejarah kuno lainnya yang terdapat dalam perpusatakaan gereja tersebut. Pierce mengatakan buku itu berukuran kecil dan berwarna coklat dan menunjukkan seperti kitab ketuhanan. ” Buku itu adalah disimpan sejak akhir revolusi Amerika dan waktu itu merupakan waktu perubahan. Itu merupakan kitab agama dan dia ingin melihat apa yang dikatakan,” ujar Pierce.

Dan pada masa itu kitab suci diterbitkan dan tidak ada seorang muslim pun yang tinggal di Massachusetts, kata Pierre. “Tidak pasti bagaimana pendeta tersebut mendapat kitab tersebut ” katanya.

Pierce mengatakan penemuan yang sangat menarik, kerana penemuan ini menunjukkan bahawa agama Islam telah tersebar di Medford selama lebih dari dua abad. Selain dari kitab fiqah kuno tersebut, Pierce juga menjumpai salinan yang menceritakan serangan suku Indian di Pelabuhan Boston, yang telah diambil dan dibuang.

Inilah kitab bertulisan Arab yang dikatakan yang sebenarnya ialah kitab Ilmu Fiqah. Setelah ditanya kepada mereka yang pandai berbahasa Arab, tulisan di atas ialah mengenai niat dan panduan berwudhuk.
 
http://wasiatpejuang.blogspot.com/

AKHIRNYA UMNO P.PINANG BERTAUBAT NASUHA

Syukurlah sejak akhir2 ini umno dah macam nak bertaubat. Tak mau lagi duit judi. Tak mau lagi duit arak, tak mau lagi benda2 yang di haramkan agama. Kalau sebelum ni umno tak tahu yang duit judi tu haram, arak tu haram tapi bila dah kalah 5 negeri baru depa terjumpak ayat yang mengatakan duit judi itu haram.

Cuba tengok gambaq di bawah ni...sewaktu Presiden Umno ke 2 ni merasmikan kilang arak mungkin ayat quran yang mengatakan arak itu haram belum depa jumpak...


Bila kerajaan P.Pinang memberi sumbangan wang RM100.00 kepada warga emas pada rakyat negeri itu, tiba-tiba saja umno mengamuk kata yang itu adalah wang hasil cukai judi. Maka terpaksalah pula umno keluarkan duit sendiri untuk bagi balik duit haram itu kononnya. Di upahnya kepada warga tua untuk berlakon depan lesa kemera yang mereka tak mahu duit judi.

Cuba tengok tengok gambar di bawah ini,judi yang telah umno beri lesen sewaktu umno belum berjumpa ayat al quran judi itu haram.

gambar di bawah pula adalah setelah umno berjumpa ayat al quran yang mengatakan Judi itu haram, lalu tanpa membuang masa mereka terus memulangkan wang yng kononnya dari hasil judi.


Namun begitu umno sebenarnya malu untuk mengatakan yang mereka telah insaf dan tak mahu lagi makan duit judi yang sudah 52 tahun (tak termasuk sewaktu umno bersekongkol dengan penjajah sejak tahun 1946 dan tidak termasuk juga sewaktu umno belum di tubuhkan). Maka umno pun mengajak orang tua yang menerima wang pemberian kerajaan pimpinan DAP itu untuk menyerah semula wang RM100 itu walau pun sehingga kini entah kemana perginya wang RM100.00 itu.

Beberapa hari lalu umno menyatakan lagi keinsafannya terhadap wang judi apabila dengan rela hati membuat banner yang banyak untuk di lekatkan di seluruh negeri P.Pinang sehinggalah ke Kulim. Namun banner tersebut tidaklah pula di terterakan logo UMNO tetapi di letakkannya logo PAS.

Cuba tengok gambar di bawah ni banner yang umno rela hati buat tanda keinsafan mereka selama ini terhadap duit judi :


Kesimpulannya umno rupa2nya baru nak sedar yang duit judi itu haram setealah kalah di P.Pinang. Mungkin selama ini halal tokey judi yang mereka beri lesen sentiasa memenuhakan poket2 mereka. Bila sudah kalah tokey judi pun dah buat2 tak kenal dengan umno. Kalau dulu duit judi yang berjuta-juta halal tapi hari ini rm100 sudah menjadi haram.

Ikuti sambungan bagaimana perang saraf umno ini menjadi bahan ketawa rakyat esok.
 
 http://wasiatpejuang.blogspot.com/

KEPUTUSAN PEMILIHAN PKR.

PETALING JAYA: Tanpa sebarang kejutan, Ahli Parlimen Gombak, Azmin Ali diumumkan sebagai Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang baru pada Kongres Nasional ke-7 parti itu pada Ahad.

Beliau yang menerima 19,543 undi menewaskan pencabar tunggalnya, Mustafa Kamil Ayub selepas bekas Pengerusi PKR Wilayah Persekutuan, Datuk Zaid Ibrahim Ibrahim menarik diri.

Manakala bagi jawatan Naib Presiden, ia dimenangi Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar; Ahli Parlimen Batu, Tian Chua; Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh dan Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, Dr Mansor Othman.

BERIKUT SENARAI PENUH MPP PKR 2011-2014
PresidenDatin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail (menang tanpa bertanding)

Timbalan Presiden
Azmin Ali (19,543)

Naib Presiden
1) Nurul Izzah Anwar (13,211)
2) Tian Chua (11,744)
3) Fuziah Salleh (8,927)
4) Dr Mansor Othman (8,576)

Ahli MPP
1) Elizabeth Wong (10,897)
2) Badrul Amin (9,622)
3) Hey Loy Sion (8,473)
4) Khalid Jaafar (7,889)
5) Datuk Johari Abdul (7,717)
6) Abdul Rahman Yusof (7,719)
7) Haniza Talha (7,588)
8) Fariz Musa (7,511)
9) Zakaria Abdul Hamid (7,170)
10) Roland Chia Ming (7,095)
11) Siti Aishah (6,876)
12) Ismail Yusop (6,332)
13) Latheefa Koya (6,242)
14) S. Kesavan (6,139)
15) Shuhaimi Shafiei (6,095)
16) M.R. Summugam (5,964)
17) Yusmadi Yusoff (5,810)
18) S. Manikumar (5,789)
19) Mustafa Kamal Yusoff (5,745)
20) Christina Liew (5,707)

Saturday, November 27, 2010

JAMBATAN BENGKOK - MAHATHIR CUBA MENIPU RAKYAT JOHOR ?

TUN Mahathir sebelum ini merapu apabila meminta semua ahli PKR `bertaubat' dan kembali kepada Umno. Selepas kenyataannya itu, berbagai pihak terus meminta Mantan PM itu bertaubat kerana beliaulah punca kepada perpecahan masyarakat Melayu dan Islam termasuk menghina institusi Raja-Raja sepanjang pemerintahan `diktatornya'. Terbaru, Tun Mahathir terus merepek lagi dengan mendakwa rakyat Johor ramai menolak Bn di dalam Pilihanraya Umum yang lalu hanya kerana `jambatan bengkok'.

Pasal jambatan bengkok pun rakyat Johor banyak mengubah sokongan kepada Pembangkang? Ternyata Tun Mahathir sudah tidak waras lagi. Jika begitu, di Perak, Selangor, P.Pinang, Kedah dan beberapa negeri lain ramai yang menolak Bn sehingga Kerajaan Bn hilang majoriti 2/3 itu juga adalah kerana `jambatan bengkok'?

Kita tahu mengapa beliau terlalu kecewa apabila jambatan bengkok sebagai pengganti Tambak Johor yang dirancang olehnya dulu dibatalkan oleh Pak Lah apabila beliau menjadi PM. Sebab itulah beliau tidak duduk diam mengganggu pentadbiran Pak Lah ketika itu sehingga sampai tahap beliau sanggup keluar dari menganut fahaman Umno.

Mahathir mahu namanya terukir indah sepertimana apabila orang melihat ketinggian Menara KLCC, pasti orang terbayang pada wajah beliau. Masalah untung ruginya bangunan itu Mahathir tidak ambil kisah. Beliau juga mahu apabila jambatan bengkok itu berjaya dibina, namanya akan dikenang. Tentulah marah bukan kepalang Tun Mahathir kepada Pak Lah kerana menghentikan jambatan bengkok tersebut. Tidak menerima idea dan perancangan Tun Mahathir seolah-olah menghinanya. Tidak hairanlah, sehingga sekarang beliau tetap menuntut jambatan itu dibina. Jika boleh, mungkin beliau mahu jika beliau mati nanti beliau akan disemadikan di bawah jambatan itu.

Tun Mahathir lupa, setiap PM selepasnya mahu mencipta sesuatu untuk kemegahan buat diri sendiri dan ingin mencipta nama sepertimana Tun Mahathir mencipta nama walaupun nama yang buruk. Jika Mahathir boleh cipta nama dengan KLCC, Pak Lah juga mahu cipta nama. Sekarang, Najib pun mahu cipta nama juga dengan perancangan membina bangunan 100 tingkat lebih tinggi dari 88 tingkat yang Tun Mahathir bina. Masalah ada untung atau rugi, masalah membazir atau tidak, rakyat semakin senang atau susah, kesemua mereka ini tidak peduli.

Pandangan Tun Mahathir bahawa rakyat Johor menolak Bn hanyalah kerana jambatan bengkok adalah satu pandangan yang cuba menipu rakyat Johor. Rakyat Johor cuba diperbodohkan oleh Mantan PM ini. Rakyat Johor sekarang mahu lebih dari jambatan bengkok yang mungkin hanya dapat memberi keuntungan dan kekayaan kepada beberapa kroni pemimpin Umno sahaja. Rakyat Johor tidak mahu menjadi seperti rakyat Terengganu yang tetap susah dan miskin walaupun dibina Masjid Kristal dan penganjuran Moonsun Cup itu./
 
www.wfauzdin.blogspot.com

SAMI RAKAM AKSI 600 WANITA MANDI DIPENJARA 17 TAHUN


PHNOM PENH: Sebuah mahkamah Kemboja mengarahkan seorang bekas sami Buddha dipenjara 17 tahun kerana merakamkan aksi dua remaja perempuan mandi berbogel di kuilnya, kata pegawai mahkamah, semalam.

Net Khai, 37, ditahan dan statusnya sebagai sami dilucutkan pada Jun lalu selepas didakwa merakam secara rahsia lebih 600 wanita dan remaja mandi berbogel menggunakan air di kuil dan berkongsi imej berkenaan dengan orang lain.


Sejak perbuatannya terbongkar, seorang demi seorang wanita tampil mengadu kepada media, termasuk dua daripadanya berusia di bawah 18 tahun ketika kejadian berlaku.

Pegawai pendakwa, Plang Sophal, berkata sami itu dipenjara atas kesalahan menghasil dan mengedarkan bahan pornografi membabitkan dua gadis.

Mahkamah sama turut mengarahkan tertuduh membayar ganti rugi RM36,700 kepada kedua-dua mangsa.

Kata Plang, hukuman itu diharap menjadi pengajaran kepada semua pihak, termasuk sami.

“Orang ramai mesti menjauhkan diri daripada aktiviti seperti itu,” katanya.

Bulan lalu, Net Khai dijatuhi hukuman penjara setahun atas tuduhan sama membabitkan wanita berusia 25 tahun. - Agensi

KIT SIANG : PASTIKAN PAKATAN RAKYAT KEKAL MEMERINTAH SELANGOR !!!


Lim Kit Siang memberi DAP Selangor amaran bahawa Pakatan Rakyat (PR) kemungkinan akan tewas dalam pilihan raya umum akan datang jika mereka tidak bersatu padu sambil mengingatkan konvensyen kepimpinan negeri agar belajar daripada pengalaman Terengganu pada 2004.

Penasihat DAP itu juga meminta perwakilan barisan menyokong kepimpinan negeri yang menganggotai kerajaan negeri Selangor sebagai tanda perpaduan.

“Bolehkah Umno dan Barisan Nasional (BN) menang balik Selangor dalam pilihan raya umum akan datang? Adakah kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor tidak boleh ditembusi dan tidak dapat dikalahkan?” kata Lim (gambar) ketika berucap membuka Konvensyen DAP Selangor di sini hari ini.

“Saya tahu ada orang yang percaya bahawa Pakatan Rakyat tidak boleh hilangan kawalan dan kuasa di Selangor dalam pilihan raya umum akan datang,” kata Ahli Parlimen Ipoh Timur ini.

Lim memberikan amaran ini di sebalik persaingan sengit antara kem diketuai oleh Pengerusi DAP Selangor Ean Yong Hian Wah dan kem pimpinan Speaker Dewan Undangan Negeri Teng Chang Khim.

Beliau mengingatkan para perwakilan konvensyen bahawa PAS tidak menjangkakan ia akan kehilangan Terengganu dalam pilihan raya umum 2004 selepas memperoleh kemenangan tidak disangkakan sama sekali pada 1999.

“Pada pilihan raya umum 1999, PAS tidak pernah menjangkakan kuasa menang di Terengganu tetapi menyapu bersih 28-4 di Dewan Undangan Negeri,” kata Lim.

“Pada pilihan raya umum 2004, PAS tidak menjangkakan akan kehilangan kuasa di Terengganu tetapi tewas dengan keputusan terbalik 4-28, disapu oleh Umno dan BN,” kata beliau.

Lim juga berkata bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad membayangkan BN akan menang balik Selangor memandangkan PR berada dalam keadaan tunggang-langgang.

Kata beliau, baru-baru ini selepas pilihan raya kecil serentak Galas dan Batu Sapi, Dr Mahathir memberitahu bahawa BN berupaya untuk menawan satu atau dua negeri daripada penguasaan PR atas alasan pembangkang berada dalam kelam-kabut tetapi BN tidak mampu memperoleh kembali majoriti dua pertiga di Parlimen.

Kata Lim, bukan sesuatu yang rahsia satu dua negeri yang dimaksudkan oleh Dr Mahathir sebenarnya merujuk kepada Selangor.

Malah dalam ucapannya, Lim juga mengulangi seruan Yong agar semua pihak merapatkan kerjasama untuk memastikan PR boleh mengekalkan kuasa di negeri Selangor.

Lim juga meminta perwakilan menghantar mesej perpaduan dan memastikan kemenangan ahli-ahli DAP yang berada dalam pentadbiran kerajaan Selangor pada pemilihan parti hari ini.

“Mesej itu akan tercalar jika pemimpin-pemimpin DAP dalam kerajaan negeri Pakatan Rakyat Selangor tidak menerima mandat dan sokongan penuh daripada konvensyen,” katanya.

Bagaimanapun beliau memberikan jaminan bahawa calon-calon yang tewas akan terus diberikan peranan dalam parti.

Pemimpin parti peringkat Perak dua minggu lalu menyaksikan kumpulan Ahli Parlimen Ipoh Barat M. Kulasegaran disapu habis oleh kumpulan Ngeh-Nga.

Pengerusi DAP Perak Datuk Ngeh Koo Ham menawarkan Kulasegaran, Naib Pengerusi DAP Kebangsaan, jawatan naib pengerusi negeri itu tetapi ditolak.

Kedua-dua Selangor dan Perak mempunyai cawangan terbanyak dan ahli teramai dalam DAP.
 
http://jalanpulang1978.blogspot.com

MALAYSIA DAH MACAM NEGARA SARANG PELACUR

 
BANTERAS...antara wanita warga asing yang ditahan dalam operasi, kelmarin.
BANTERAS...antara wanita warga asing yang ditahan dalam operasi, kelmarin. 
 


Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah perbuatan yang keji dan jalan yang buruk.
[QS Al Isra' 17:32]

Katakanlah: "Tuhanku hanya mengharamkan perbuatan yang keji, baik yang nampak ataupun yang tersembunyi, dan perbuatan dosa, melanggar hak manusia tanpa alasan yang benar, (mengharamkan) mempersekutukan Allah dengan sesuatu yang Allah tidak menurunkan hujjah untuk itu dan (mengharamkan) mengada-adakan terhadap Allah apa yang tidak kamu ketahui."
[QS Al A'raaf 7:33]

CEKUP...seorang pelacur menutup muka kerana tidak dapat menahan malu.
CEKUP...seorang pelacur menutup muka kerana tidak dapat menahan malu.

SEREMBAN: Bagaikan babak drama apabila dua wanita warga Indonesia disyaki pelacur menangis teresak-esak sambil berpelukan sejurus dicekup pihak berkuasa yang menyerbu dua hotel bajet berasingan di sekitar Jalan Dato Bandar Tunggal, di sini, kelmarin.

Operasi khas hasil maklumat awam serta risikan itu dilakukan sepasukan pegawai dan anggota Bahagian Kongsi Gelap, Maksiat dan Perjudian (D7) Bukit Aman bermula kira-kira jam 6.30 petang.
Difahamkan, dalam serbuan itu seorang wanita warga Indonesia berusia lingkungan 20-an yang tersentak dengan kehadiran pihak berkuasa didapati cuba menahan kesedihan dengan wajahnya merah padam kerana dipercayai mahu menahan malu.

Bagaimanapun, sejurus dibawa menaiki trak polis, wanita berkenaan terus menangis teresak-esak sambil ditenangkan seorang rakan senegaranya yang turut memberikan reaksi sama sambil berpelukan.
 
http://ayid-manjaddawajada.blogspot.com

INI BUKAN PERANGAI MANUSIA : TOK GURU NIK AZIZ


KOTA BHARU: Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan mereka yang membuat tuduhan mendakwa Kerajaan Negeri Kedah gagal membantu mangsa banjir sebagai individu yang tidak berperangai sebagai manusia. 

Beliau yang berang dengan tuduhan itu berkata, sepatutnya Kerajaan Pusat mengambil tindakan membantu Kerajaan Negeri dalam menguruskan dan membantu mangsa banjir yang mengalami beban dengan keadaan semasa. 

“Pelbagai agensi turun termasuk Menteri Besar (Datuk Seri Azizan Abdul Razak) dan mengadakan pelbagai bantuan tetapi ada dari pihak Kuala Lumpur yang kata (Kerajaan Negeri) lepas tangan, ini kempen jahat hasil orang tiada modal. 

“Sepatutnya mereka simpati kepada Kerajaan Negeri dan rakyat, bagi bantuan, arah polis dan bomba. Ini tidak, tiba-tiba orang yang sudah kena bala dilanyak pula, ini bukan perangai manusia,” katanya ketika ditemui selepas kuliah Jumaat di sini, semalam. 

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kecaman dari Kerajaan Persekutuan yang mendakwa kerajaan Kedah gagal membantu mangsa banjir yang dialami di negeri itu baru-baru ini. 

Semasa persidangan DUN Kedah, Sultan Kedah Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah bertitah dukacita dengan pihak-pihak yang tidak menghargai sumbangan dan pengorbanan Kerajaan Negeri membantu mangsa banjir besar tersebut. 

Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan meminta rakyat mengucapkan tahniah kepada Sultan Kedah yang peka terhadap isu tersebut dan bertitah seperti mana yang diketahui umum. 

Dalam pada itu, Nik Mat enggan mengulas tindakan Datuk Zaid Ibrahim yang mengumumkan keluar dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) baru-baru ini. 

Beliau berkata, isu Zaid yang dikatakan ingin menubuhkan parti baru bersifat peribadi dan tidak sesuai diulas oleh beliau. 

“Tak apa, isu Zaid soal peribadi, beliau yang selesaikan sendiri,” katanya ringkas. 

Sebelum ini, Zaid yang juga bekas Pengerusi PKR Wilayah Persekutuan ketika mengumumkan keputusan keluar parti berkata, beliau tidak akan menyertai Pas kerana ia sebuah parti yang besar. 

Nik Aziz antara individu yang mempertahankan kemasukan Zaid ke PKR walaupun beliau pernah mengkritik pentadbiran Pas Kelantan termasuk isu hudud semasa menjadi ahli UMNO.
 
                                www.gigitankerengga.blogspot.com

KOS PERUBATAN SI "SYAITAN" ARIEL SHARON MENCECAH 450 RIBU DOLAR SETAHUN


Setelah kos perubatannya melebihi batas yang dibolehkan, Jabatan Kewangan Zionis Israel mengungkapkan pada Rabu kelmarin (9/11) bahawa mereka telah meluluskan kembali biaya tambahan untuk perubatan dan rawatan si tukang jagal umat Islam Palestin, Ariel Sharon yang merupakan mantan Perdana Menteri Zionis Israel.


Pemerintah Zionis akan membayar NIS 1,6 juta setahun (sekitar 450 ribu dolar AS) untuk rawatan mantan Perdana Menteri Ariel Sharon (82 tahun), Jabatan Kewangan mengatakan kepada Jawatankuasa Kewangan Knesset Rabu kelmarin. Dan hal ini juga termasuk akan memindahkan dana tambahan sejumlah NIS 1,5 juta untuk mengubahsuai kediaman mantan Presiden zionis tersebut.
Jabatan Kewangan akan memindahkan dana ke Jabatan Kesihatan untuk membayar kos perubatan si tukang jagal Ariel Sharon. Sharon sendiri dalam kondisi koma antara hidup dan mati akibat menderita pendarahan otak sejak bulan Januari 2006 lalu.
Dia dijadualkan akan segera dipindahkan ke rumahnya di Hashikmim Farm, bersama dengan semua peralatan medik yang diperlukan, setelah menghabiskan hampir lima tahun rawatan di Sheba Medical Center Tel Hashomer.
Sharon, yang saat ini berusia 82 tahun, telah terbaring koma sejak Januari tahun 2006, pertama kali dirinya dirawat di Hospital Hadassah Ein Kerem di Jurussalam dan kemudian di Chaim Sheba Medical Center di Tel Hashomer.
Jawatankuasa Kewangan juga bersetuju menambah sebesar NIS 1 juta untuk anggaran perjalanan antarabangsa Presiden Shimon Peres. (globes)
http://hijabulcrewz.blogspot.com

BIL HOSPITAL RM 23 RIBU WALAUPUN GAGAL SEMBUHKAN BATUK


Kapitalis Perubatan mengganas. Hati-hati apabila menerima rawatan di hospital swasta, begitu juga di klinik swasta. Bukan sekadar bilnya cekik darah, namun kadang-kadang hasilnya tidak mencapai tahap yang diharapkan. Saya petik:
Kakitangan swasta kecewa tak dimaklum caj melebihi jumlah maksimum ditanggung insurans

[BH] KUALA LUMPUR: Seorang kakitangan swasta dari Kluang, Johor, hampir pengsan apabila melihat bil perubatannya mencecah RM23,000 selepas 12 hari dimasukkan ke sebuah pusat perubatan swasta di Batu Pahat kerana batuk selama dua minggu.

Roslan Husin, 46, mendakwa pakar di hospital swasta itu bagaimanapun gagal mengesan punca penyakitnya sejak dia ditahan di wad hospital itu 4 Febuari tahun lalu, selain mendakwa caj ubat dikenakan berjumlah RM9,852 mahal dan melampau.

Lebih menyedihkan, dia mendakwa kakitangan pusat perubatan swasta itu hanya memberitahu kos perubatannya melebihi jumlah maksimum perlindungan insuransnya iaitu RM15,000 selepas 11 hari ditahan di wad.

“Saya terkejut, marah dan hampir pengsan apabila diberitahu bil perubatan saya melebihi RM15,000 yang ditanggung syarikat insurans. Saya persoalkan kenapa hanya diberitahu selepas ia lebih daripada jumlah itu, kenapa tak beritahu awal,” katanya ketika dihubungi Berita Minggu.

Roslan berkata, dia pergi ke hospital swasta setelah dinasihatkan oleh doktor klinik panel syarikatnya kerana mereka gagal mengesan punca batuk dialaminya.

“Mereka periksa saya macam biasa, tidak buat apa-apa kecuali membuat imbasan x-ray dan masukkan wayar dalam hidung. Pakar di situ kata saya menghidap asma tetapi saya tak percaya, saya cuma batuk-batuk. Kemudian mereka datang dan beritahu bil perubatan saya mencecah RM23,000 menyebabkan saya terkejut,” katanya.

Dia tidak berpuas hati dengan caj yang dikenakan namun, pihak hospital yang gagal mengesan punca penyakit tetap memintanya tinggal di wad selama dua hari lagi.

“Saya tolak permintaan mereka menyebabkan doktor pusat perubatan pakar itu menulis surat untuk merujuk saya ke Hospital Kluang, tetapi doktor hospital kerajaan beritahu pada saya, kalau pakar pun tidak dapat kesan apa punca penyakit saya, tak guna untuk saya dimasukkan ke hospital kerajaan,” katanya.

Katanya, selepas keluar dari hospital swasta itu dia mencuba kaedah perubatan tradisional dan penyakitnya kini sembuh.

Isnin lalu, Berita Harian melaporkan 26 peratus daripada individu yang gagal membayar balik pinjaman bank dan kad kredit kerana menanggung beban hutang membiayai kos perubatan tinggi di hospital swasta.- Syed Azwan Syed Ali

http://duniacacamarba.blogspot.com

Friday, November 26, 2010

LAMBANG PADA SELUAR DALAM MENYINGGUNG UMMAT ISLAM



KUALA LUMPUR, 27 Nov. : Pasukan polo air Singapura di Sukan Asia 2010 mencipta suatu kontroversi apabila dilihat memakai seluar dalam sukan dengan gambar bulan sabit dan bintang yang letaknya di kawasan sulit mereka.

Kedua-dua simbol itu merupakan elemen penting pada bendera Singapura. Pakaian sukan itu dikatakan direka oleh pasukan tersebut. Anda boleh baca di sini untuk keterangan lanjut.

Saya tidak mahu mempersoalkan perihal patriotisme atlet atau badan sukan yang bertanggungjawab mereka cipta cipta pakaian sukan ini, namun mahu mempersoal sensititivi mereka terhadap penggunaan lambang bulan pada seluar sukan tersebut. Perlukah mempersoalkan patritisme atau rasa hormat mereka pada bendera negara sendiri?


Menurut penerangan Wiki: The Singapore Arms and Flag and National Anthem Rules define the flag's composition and the symbolism of its elements: red symbolises "universal brotherhood and equality of man", and white, "pervading and everlasting purity and virtue". The waxing crescent moon "represents a young nation on the ascendant". The five stars "stand for the nation's ideals of democracy, peace, progress, justice and equality".[16][17] The crescent is also an important symbol in Islam.[18]


Walaupun dengan jelas lambang bulan sabit itu didefinisikan sebagai mewakili generasi muda atau waris negara, namun penerangan itu turut menyebut bahawa bulan sabit ialah suatu lambang penting dalam Islam.

Hal ini sewajarnya dipandang serius oleh badan sukan negara itu, kerana tindakan atlit negara itu menyinggung perasaan Muslim lebih-lebih lagi Muslim yang merupakan warganegara tersebut.

Mana-mana negara Islam yang menggunakan lambang bulan sabit itu merujuk lambang itu sebagai simbol Islam.

Bukankah lebih baik negara itu menukar rekaan bendera mereka kerana bendera sedia ada yang digunakan mulai tahun 1959 ini jelas mempunyai identiti Islam walhal negara itu bukan lagi negara yang diduduki oleh majoriti rakyat yang beragama Islam.

Thursday, November 25, 2010

BEKAs SULTAN GAGAL CABAR PEMASYHURAN ANAK BAGINDA

Mahkamah Persekutuan - mahkamah paling tinggi di negara ini - hari ini menolak petisyen yang difailkan oleh bekas sultan Kelantan untuk mencabar kuasa Pemangku Raja yang mengambil-alih takhta negeri.

tengku faris kelantan 
130910Keputusan dibuat oleh hakim mahkamah persekutuan Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinuddin yang mengetuai panel berkenaan.

Pemangku Raja, Tengku Muhammad Faris dimasyhurkan sebagai Sultan Kelantan yang ke-29 pada 13 September lalu di sebalik dakwaan ada cubaan oleh 'konspirator' untuk menggulingkan ayahanda baginda daripada takhta.

Oleh kerana Sultan Ismail Petra Yahya Petra sedang gering, Pemangku Raja Kelantan menggunakan perkara 29 A undang-undang tubuh kerajaan negeri Kelantan melantik dan mengesahkan diri baginda menaiki takhta menggantikan ayahanda baginda.NONEUndang-undang itu menyatakan seorang pengganti hendaklah dipilih dan dilantik oleh Majlis Perajaan Negeri untuk menjadi Raja, jika mereka berpendapat bahawa Raja yang ada mempunyai apa-apa kecacatan yang besar dan berat yang menyalahi sifat-sifat Raja, yang tidak dibenarkan oleh hukum Syarak untuk menjadi Raja.

Baginda kemudian berkenan untuk menggunakan gelaran Sultan Muhammad Kelima untuk penggunaan rasmi Istana dan kerajaan negeri bagi menggantikan nama baginda.

Kemelut istana Kelantan bermula apabila Sultan Ismail Petra diserang angin ahmar pada 14 Mei tahun lalu.

Perkembangan itu menyaksikan Tengku Muhammad Faris - anak sulung baginda daripda tiga putera - dilantik sebagai pemangku sultan.
 
www.gigitankerengga.blogspot.com

NENEK MOHON HIDAYAH UNTUK OBAMA

Nenek kepada presiden Amerika Syarikat Barack Obama berkata beliau memanjatkan doa supaya pemimpin negara itu memeluk Islam, lapor sebuah akhbar hari ini.

"Saya berdoa supaya cucu saya Barack memeluk Islam," kata Sarah Omar, 88, dalam satu temuramah dengan akhbar harian Al-Watan Saudi di Jeddah selepas beliau menunaikan ibadat haji.

Akhbar itu melaporkan bahawa Sarah berada di Arab Saudi untuk menunaikan haji bersama anaknya yang juga bapa saudara kepada Obama, Saeed Hussein Obama, serta empat lagi cucunya.

Sarah memberitahu akhbar itu bahawa beliau hanya dapat mengulas mengenai perkara melibatkan ibadah haji dan memberi komen berkaitan politik Obama.

Keluarga berkenaan menjalankan ibadah berkenaan dengan ehsan kerajaan Arab Saudi. Saeed berterima kasih kepada pemerintah Arah Saudi Raja Abdullah Abdul Aziz atas "layanan mesra" itu, laporan akhbar berkenaan.

Pungutan pendapat awam di AS pada Ogos mendedahkan bahawa satu daripada lima orang warganya percaya bahawa Obama merupakan seorang muslim.

Pandangan itu dinafikan keras oleh White House yang menegaskan bahawa Obama merupakan seorang kristian yang "komited."

http://www.malaysiakini.com/news/149190

17 RIBU LAPTOP 1 MALAYSIA DIAGIHKAN DI PAHANG

Sebanyak 17,927 unit komputer riba telah diagihkan kepada pelajar bagi fasa pertama pemberian komputer riba 1Malaysia di Pahang.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Sains, Teknologi dan Inovasi Pahang Datuk Mohd Sharkar Shamsudin, pemberian komputer riba yang merupakan insiatif kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia itu melibatkan pelajar di 100 buah sekolah di Pahang.

"Ini bertujuan untuk mencapai sasaran penembusan jalur lebar 50 peratus pada penghujung tahun 2010 selain merapatkan jurang digital antara penduduk bandar dan luar bandar," katanya ketika menjawab soalan Datuk Md Sohaimi Mohamed Shah (BN-Sungai Lembing) mengenai pemberian komputer riba berkenaan di Pahang pada persidangan Dewan Undangan Negeri Pahang, di Kuantan, hari ini.

Beliau berkata bagi memastikan keberkesanan penggunaan komputer riba 1Malaysia itu, setiap penerima diwajibkan menjadi anggota Pusat jalur lebar komuniti yang berdekatan kawasan mereka.

Menjawab soalan tambahan Md Sohaimi ketelusan pemberian komputer riba berkenaan, beliau berkata pihak sekolah terbabit mempunyai kriteria tertentu dalam memastikan pelajar yang benar-benar layak sahaja menerima komputer riba berkenaan.

Sementara itu Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kesenian dan Warisan Pahang Datuk Shafik Fauzan Sharif berkata kerajaan negeri menerusi Jabatan Perhutanan Negeri Pahang masih tetap membuat peancangan untuk membangunkan kawasan Hutan Lipur Lubuk Yu, Maran, yang sebelum ini dilanda wabak leptospirosis dan meliodosis sehingga meragut lapan nyawa baru-baru ini.

"Pihak kerajan negeri telah memohon peruntukan sebanyak RM1 juta bagi tempoh Rancangan Malaysia ke-10 khusus untuk membangunkan kawasan tersebut," katanya dalam jawapan bertulis kepada soalan Datuk Shahaniza Shamsuddin (BN-Kuala Sentul) mengenai cadangan pembangunan semula kawasan berkenaan sebagai destinasi pelancongan.

Shafik Fauzan berkata kerajaan negeri menerusi jabatan dan agensi berkaitan akan meneruskan langkah-langkah pengawalan penyakit di kawasan berkenan dan akan melakukan pemeriksaan secara berkala agar kejadian wabak berkenaan tidak berulang.

"Antara komponen yang dicadangkan adalah menaik taraf tandas, menaik taraf wakaf, bilik persalinan, tempat duduk dan tempat rehat," katanya.

--Bernama