Tuesday, November 23, 2010

NONG CHIK TAKUT JUMPA PEWARIS KG BARU..

Pakatan Rakyat mencabar Putrajaya membentangkan Rang Undang-undang Perbadanan Pembangunan Kampung Baru kepada pemilik dan pewaris tanah Kampung Baru terlebih dahulu sebelum ia dibawa ke Parlimen bulan depan.

Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar berkata, rang undang-undang tersebut tidak boleh dibentangkan di Parlimen tanpa mendapat persetujuan pemilik dan pewaris tanah di Kampung Baru terlebih dahulu.

Justeru, beliau mencabar Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin memaklumkan butiran kepada penduduk sebelum dibahaskan di Parlimen, di mana perbadanan itu dijangka mula beroperasi tahun depan.


“Saya nak tanya kepada beliau (Raja Nong Chik) kenapa takut sangat nak bentangkan rang undang-undang (Perbadanan Pembangunan Kampung Baru) ini kepada penduduk di Kampung Baru?

“Apa yang hendak disembunyikan sehingga tidak mahu bentangkan kepada penduduk dulu?” kata beliau.
Sepatutnya tegas beliau, sebarang keputusan yang hendak dibuat perlu mendapat persetujuan daripada pemilik-pemilik tanah.

“Selepas dapat persetujuan pemilik tanah baru ia boleh dibentangkan di Parlimen. Ini kerana pemilik tanah tahu apa yang mereka mahu, saya tidak boleh buat keputusan kerana ia adalah hak pemilik tanah di sini (Kampung Baru),” kata Ahli Parlimen Pokok Sena ini ketika berucap pada ceramah umum “Penubuhan Perbadanan Kampung Baru — Rampasan atau Pembelaan” di Kelab Sultan Sulaiman di sini malam tadi.

Beliau berkata tindakan Raja Nong Chik tidak membentangkan rang undang-undang itu kepada pemilik tanah Kampung Baru seolah-olah menafikan hak pemilik tanah untuk mengetahui rancangan pembangunan di kawasan itu.

“Persoalannya sekarang, Raja Nong Chik kata ia akan dibentang di Parlimen tetapi adakah ia mendapat persetujuan daripada pemilik tanah?

“Sepatutnya beliau perlu jumpa dan berbincang dengan pemilik tanah sebelum nak buat apa-apa keputusan, ini adalah demi masa depan Kampung Baru.

“Kita tidak akan bertolak ansur dalam perkara ini. Kita akan pastikan rang undang-undang ini mendapat persetujuan pemilik tanah dengan syarat-syarat yang dikehendaki,” katanya di hadapan kira-kira 100 orang terdiri daripada pemilik dan pewaris tanah Kampung Baru.

Mahfuz (kiri) juga menyifatkan masa depan pemilik tanah Kampung Baru tidak akan terjamin sekiranya mereka bersetuju dengan rang undang-undang yang 

www.dppwm.blogspot.com

No comments:

Post a Comment