Saturday, November 6, 2010

AIDIL ADHA 1431 DISAMBUT RABU - 17 NOVEMBER


KUALA LUMPUR 6 NOV : Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Engku Tan Sri Ibrahim Engku Ngah mengumumkan umat Islam di negara ini akan merayakan Hari Raya Aidil Adha bersamaan 10 Zulhijjah 1431 ini jatuh pada Rabu -17 November 2010.

Engku Tan Sri Ibrahim mengumumkan tarikh itu hari ini bagi menyempurnakan titah perintah Yang di-Pertuan AgongTuanku Mizan Zainal Abidin, setelah diperkenankan oleh Raja-Raja Melayu.

"Bagi menyempurnakan titah perintah Seri Paduka Baginda Yang di-PertuanAgong, setelah diperkenankan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja, dengan ini diisytiharkan bahawa 10 Zulhijah 1431 Hijrah ialah pada 17 Nov 2010 Masehi.

"Oleh yang demikian, Hari Raya Korban (10 Zulhijjah) bagi negeri-negeri diseluruh Malaysia ditetapkan pada hari Rabu, 17 November 2010 Masihi," katanya. 
 
http://btmmari.blogspot.com

No comments:

Post a Comment