Saturday, April 30, 2011

MB KELANTAN ULAS GESAAN NAJIB SUPAYA PAS TINGGALKAN PR

Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang konsisten menolak idea kerajaan perpaduan dan kerjasama politik Umno-PAS menegaskan, pihaknya tidak akan meninggalkan Pakatan Rakyat sebagaimana diminta oleh Datuk Seri Najib Razak. 
 
Najib menyentuh isu berkenaan dua kali di Kuala Terengganu sempena lawatan kerja ke negeri itu hari ini.

Nik Aziz (gambar) yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, pandangan dilontarkan oleh Perdana Menteri dan Presiden Umno itu adalah satu isu lama.

“Ini (meninggalkan Pakatan) adalah isu lama,” kata Nik Aziz di sini hari ini.
Najib berkata PAS patut keluar Pakatan Rakyat jikapun tidak memutuskan untuk tidak menyertai Barisan Nasional (BN).

Sehubungan itu Perdana Menteri mendakwa PAS tidak pernah untung apa-apa pun dalam pakatan pembangkang, malah mereka hanyalah menjadi alat kepada parti DAP.

Najib berkata pada pilihan raya negeri Sarawak baru-baru ini misalnya, PAS telah bekerja keras, sebaliknya DAP yang dilihat meraih kejayaan daripada usaha keras mereka itu.

“Kita lihat poster di sini (Terengganu) “PAS ganti Umno”, realitinya “DAP ganti PAS”, di Sarawak (pilihan raya negeri 16 April lepas), PAS berkempen berhempas pulas, akhirnya, yang untung, DAP,” kata beliau.

“PAS, cukuplah dalam pakatan pembangkang, alihlah kepada yang lain, tak masuk BN pun tak apa, tetapi keluarlah dari pakatan pembangkang,” kata beliau ketika berucap pada majlis perasmian Pangsapuri Rakyat Pulau Duyong.

Terdahulu, Najib yang juga Presiden Umno meneruskan usahanya dengan hari ini sekali lagi mempelawa PAS agar menyertai BN sambil berkata, sudah tiba masanya PAS meninggalkan DAP atas alasan ternyata tidak pernah sekalipun memperjuangkan Islam.

“Kenapa buat baik dengan DAP? Adakah DAP boleh perjuangkan Islam?

“Hadi (Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang), cukup-cukuplah dengan DAP, tinggalkan DAP, masuk BN,” kata Perdana Menteri ketika berucap pada majlis Perjumpaan Mesra Perdana Menteri Bersama Rakyat Dewan Undangan Negeri kawasan Manir di Kampung Pulau Bahagia dekat Kuala Terengganu.TMI

http://malaysiaberih.blogspot.com

PUJUK PAS, UGUT CINA BUKTI UMNO MAKIN TERDESAK

Dua dalam satu...Ugut Cina dan pujuk Pas. Ugut Cina, kalau masih menyokong Pakatan Rakyat maka kedudukan orang cina dalam kabinet BN akan terjejas. Manakala kepada Pas, kalau tak nak sertai BN marilah keluar dari Pakatan Rakyat.

Kenapa jadi sampai begitu? Apakah maknanya tu ? Bukankah pemimpin Umno/BN cukup hebat cuba melaga-lagakan kepimpinan Pakatan Rakyat? Bukankah Umno-BN ada Utusan, Berita Harian TV 1, 2 3, 9 dan Astro Awani (kroni terbaru) ? Bukankah Tuan Guru Nik Aziz cuba digambarkan sebagai gila kuasa dan kaki rasuah?
 
Bukankah kerajaan Pakatan Rakyat di Kelantan, Kedah, Pulau Pinang, Selangor dan Pulau Pinang digembar-gemburkan setiap hari sebagai melakukan salah guna kuasa, rasuah dan tak pandai mentadbir? Bukankah teraju utama Pakatan Rakyat, Dato Seri Anwar Ibrahim dijaja sebagai kaki liwat dan kaki perempuan depan belakang?

Bukankah kamu kata, pembunuh Altantuya sudah didakwa? Raja Petra pun sudah mendakwa cerita-ceritanya sebelum ini adalah dusta dan palsu?Bukankah kamu kata, kamu pemimpin yang bersih dan suci? Rasuah kapal selam dan beri projek email 1Malaysia kepada anak beranak misalnya menunjukkan rakyat didahulukan?

Bukankah mereka menang di beberapa kubu mereka dalam pilihanraya kecil? Bukankah mereka berjaya mengekalkan kuasa di Sarawak?

Mengapa sampai begitu terdesak? Adakah rakyat sudah hilang kepercayaan? Adakah cerita-cerita mereka sudah tak laku?

Buatlah lagi cerita-cerita kartun dan lucah dalam politik negara? Jajalah lagi aib dan malukan mereka yang kamu hendak dengan sesuka hati. Muncullah kamu dalam lakonan kononnya pemimpin berjiwa rakyat. Jika kamu pandai berlakun, rakyat juga bukannya penonton yang bodoh umpama tiang dan batu. Rakyat ada jiwa dan perasaan. Masih ramai rakyat yang mempunyai maruah dan harga diri. 
 
Masih ramai lagi rakyat yang masih berfikiran waras dan matang. Tunggu sahaja kejatutan dan kemusnahan kamu. Tamadun-tamadun hebat satu ketika dulu sudah berkubur. Sudah ramai pemimpin dunia yang selama ini merasakan diri mereka hebat telah tersungkur dengan kuasa rakyat. Tunggu dan hitung sahajalah sisa-sisa kuasa mu...Apa yang pasti detik dan waktu pasti tiba!
 
 http://angkasanuri.blogspot.com

MUFTI GESA ANWAR SUMPAH BALAS

Mufti Perlis Dr Juanda Jaya mencadangkan Datuk Seri Anwar Ibrahim bersumpah balas bagi menafikan tuduhan bahawa beliau merupakan pelaku dalam video seks seperti didakwa Datuk T.

"Saya amat setuju Anwar segera besumpah untuk nafikan tuduhn kotor kepada beliau, walaupun pilihan di tangan beliau sendiri," kata Dr Juanda (kiri).

Setelah mencabar Anwar bermubahalah, semalam Datuk Shazryl Eskay Abdullah - seorang anggota trio Datuk T - bersumpah laknat di Masjid Amru Al-As, Bandar Baru Sentul.

Beliau ditemani bekas ketua menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik dan bekas bendahari Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) Datuk Shuib Lazim.

Anwar seperti dijangka tidak hadir sama dalam upacara itu.

Dalam pesanan SMS daripada Mekah, Dr Juanda yang juga mufti termuda di Malaysia berkata, cadangannya itu dibuat kerana mahukan "kes yang memalukan umat Islam" itu selesai segera.

Mahkamah syariah kena proaktif

Bagaimanapun, menurut Dr Juanda lagi, tidak perlu bersumpah laknat dan memadai bagi Anwar dengan menyebut: "Wallahi tuduhan itu palsu!"

Mengulas sumpah ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah semalam, Dr Juanda berpendapat perkara itu tidak patut dilakukan.

"Kaedah hukum Islam dalam kes jenayah, pendakwa kena bawa bukti tuduhan.

"Yang kena dakwa, kena bersumpah kalau dia nafikan tuduhan. Datuk Eskay tidak patut bersumpah," katanya.

Dr Juanda juga berkata, mahkamah syariah wajib proaktif dengan memutuskan hal itu segera untuk metutup aib umat Islam.

"Bukan (mereka) jadi penonton saja. Semua pihak kena jaga imej Islam terutama mereka yang perjuangkan Islam," katanya yang kini menghadiri program bersama mufti di seluruh dunia atas undangan kerajaan Arab Saudi.

http://shalehudin.blogspot.com

Wednesday, April 27, 2011

UMNO PENGKHIANAT MELAYU PULAU PINANG, BUKAN DAP

Oleh: ENGGANG QADHA
Menurut fakta terbaru tanah milik Melayu di Daerah Timur Laut hanya 1.16 peratus, Balik Pulau (15.07 peratus), Seberang Perai Utara (44.20 peratus), Seberang Perai Tengah (23.55 peratus) dan Seberang Perai Selatan (18.09 peratus). Ia menjadikan keseluruhan tanah milik Melayu di negeri ini cuma 20.41 peratus.

Kajian mendapati 7,000 orang Melayu akan kehilangan tempat tinggal kerana rumah mereka kini dibina di atas tanah milik bukan Melayu seperti Kampung Jalan Pokok Asam, Kampung Binjai, Teluk Kumbar dan Bayan Lepas.

Separuh abad Umno berkuasa di Pulau Pinang, apa mereka buat untuk memajukan orang Melayu, mempertahankan hak mereka, membina kekuatan orang Melayu dalam pelbagai bidang khususnya ekonomi?

Masalah Melayu Pulau Pinang telah diseminar dan didiskusikan oleh ahli-ahli akademik sejak berdekad yang lalu.

Sudah berpuluh resolusi dihasilkan, semuanya sampai ke tangan para pemimpin Umno negeri yang pada waktu itu menjadi Exco dan Menteri.

Apa langkah yang mereka ambil? Hanya selepas Pulau Pinang jatuh ke tangan Pakatan Rakyat (yang dikatakan kerajaan DAP) barulah Umno terhegeh-hegeh nak mendedahkan isu Melayu Pulau Pinang yang merempat di bumi sendiri.

PAS sebagai pembangkang di Pulau Pinang adalah pihak yang lantang memperjuangkan hak Melayu Pulau Pinang yang terlepas satu persatu.

Sewaktu tahun 70an PAS telah mempersoalkan perkampungan Melayu di Tanjung yang terhapus satu persatu, bertukar milik kepada pihak lain.

Sewaktu Lim Chong Eu menjadi Ketua Menteri, terdapat cadangan supaya Masjid Negeri dibina di Padang Kota sebagai mercu tanda Islam di Pulau Pinang.

Cadangan dibantah keras oleh Gerakan dan MCA kerana tidak mahu simbol Islam kelihatan di pintu masuk Pulau Pinang. Umno hanya menurut macam orang bodoh.

Masa itu tindakan Gerakan dan MCA bukan rasis. Jika isu masjid pun Umno tidak mampu hadapi, macam mana nak perjuangkan isu hak Melayu Pulau Pinang.

Isu orang Melayu tinggal di atas tanah yang bukan milik mereka, bukan perkara baru. Juga disentuh oleh penceramah PAS lebih 30 tahun lalu. Lebih dari 7,000 orang Melayu yang sudah terusir.

Bekas tapak rumah mereka kini menjadi kompleks perniagaan dan hotel yang berderetan dari Padang Kota Lama hingga ke Tanjung Tokong, dah jadi milik orang lain.

Umno hanya melihat dengan mata putih, apa mereka buat atau apa mereka boleh buat?

Jika sekarang baru Umno membawa isu 7,000 orang Melayu bakal terusir dari rumah yang mereka duduki kerana berada di atas tanah milik orang lain, maka ia tidak lebih dari cerita zaman P. Ramlee yang diputar semula.

Ia sama sekali bukan angkara DAP kerana tanah orang lain yang mereka duduki itu bermula dari zaman BN dahulu. Ia berlaku kerana kemiskinan orang Melayu, tidak bertanah dan menumpang di atas tanah orang.

Kemunduran Melayu Pulau Pinang adalah kerana kegagalan Umno sebagai penguasa (dalam tempoh yang panjang) memperjuangkan nasib mereka. Umno lebih selesa ajar Melayu Pulau Pinang main boria dari meneroka peluang-peluang ekonomi.

Kini Umno mencari isu remeh temeh untuk menjadikan DAP sebagai kambing hitam menutup kegalan mereka. Pengambilan tanah di Balik Pulau untuk projek hub pendidikan dijadikan isu kononnya DAP mahu mengusir Melayu, walhal 80 peratus tanah terbabit milik bukan Melayu.

Hanya 20 peratus milik Melayu. Sewaktu satu demi satu tanah milik Melayu di Balik Pulau diambil oleh kerajaan pada tahun 80-an untuk pelbagai tujuan, Umno tidak sibuk mengangkat sepanduk.

Kehilangan tanah milik Melayu di Pulau Pinang yang berpindah kepada bukan Melayu lebih banyak berlaku kerana Melayu dengan rela hati menjual tanah tersebut kepada bukan Melayu.

Jumlah yang berpindah milik kerana jualan secara rela hati itu sebenarnya lebih besar berbanding, tanah yang diambil oleh kerajaan negeri. Tapi apa Umno buat sewaktu jadi kerajaan dulu?

PAS dan Melayu KeADILan turut dipersalahkan. Apa sangat yang mampu dibuat oleh PAS dan KeADILan dalam masa terdekat apabila diwariskan sebuah negeri yang sudah kering kontang hak Melayunya – angkara kegagalan kerajaan terdahulu.

DAP dituduh anti Melayu tetapi di masa DAPlah pemberian bantuan kewangan kepada Sekolah Agama Rakyat, elaun dan duit raya kepada guru KAFA yang lebih tinggi berbanding kerajaan BN di samping mengiktiraf para huffaz berlaku.

Di bawah DAP yang ‘anti-Islam’ Pulau Pinang menjadi negeri pertama yang mengharamkan judi bola sepak sehingga menyekat peluang pemimpin UMNO dan BN untuk meraih keuntungan jutaan ringgit dari aktiviti judi bola sepak sempena Piala Dunia 2010 baru-baru ini.

Kerajaan DAP yang memberi wang ehsan kepada sekitar 110,000 warga emas di Pulau Pinang, sesuatu yang tidak pernah berlaku selama 51 tahun BN memerintah Pulau Pinang.

Pulau Pinang menjadi negeri pertama yang berjaya menghapuskan kemiskinan tegar dalam tempoh setahun pentadbiran, memastikan setiap keluarga mendapat sekurang-kurangnya RM500 sebulan. Hampir semua yang miskin tegar itu orang Melayu.

Di zaman Lim Guan Eng juga berlaku pemberian bantuan mikro-kredit tanpa faedah kepada peniaga-peniaga kecil yang majoritinya Melayu dan mengurangkan bayaran lesen penjaja dan nelayan sebanyak 50 peratus.

Biarkan jari telunjuk Umno semakin panjang menuding pihak lain. Dasar Umno, “Aku sentiasa betul, orang lain yang salah.”
 
http://paspb2.blogspot.com

WARGA UUM PENGGUNA AIR TERTINGGI DI DUNIA ?

ALOR SETAR, 25 April – Secara purata seorang rakyat Malaysia menggunakan 230 gelen air sehari dan seorang rakyat Kedah menggunakan 250 gelen air sehari. Namun secara purata seorang warga Universiti Utara Malaysia (UUM) menggunakan 340 gelen air sehari!

Demikian didedahkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Syarikat Air Darul Aman (SADA) Dato’ Azdmi Din dalam sidang media di pejabatnya berhubung kajian yang dibuat oleh syarikat air itu terhadap UUM.


Menurutnya, berlaku pembaziran sebanyak 462 ribu gelen air sehari di Universiti Utara Malaysia (UUM) dari air yang dibekalkan oleh Syarikat Air Darul Aman (SADA) dan kuantiti itu adalah terlalu tinggi.


Menurutnya, pengiraan dibuat secara teknikal berdasarkan jumlah pengguna sebenar dan mengukur tahap jumlah air yang sepatutnya dibekalkan.


“Maknanya warga UUM berjumlah 33,037 jiwa itu memerlukan air sehari secara normalnya hanya 8 juta liter padu sahaja sedangkan hari ini mereka secara purata setiap orang menggunakan 340 gelen sehari berbanding penduduk Kedah secara normal menggunakan 250 gelen dan penduduk Malaysia sebanyak 230 gelen sahaja sehari,” katanya.


Menurutnya, anggaran penggunaan yang efisien di UUM yang diperlukan kampus itu cuma berjumlah 8,260 juta liter padu sehari. Ia sudah mencukupi untuk penggunaan normal tanpa mengambil kira penyusutan (non revenue water) disebabkan kebocoran paip.


Katanya, oleh kerana pihak UUM mengatakan mereka memerlukan air lebih, biarlah isu ini dibincang dari aspek pembaziran penggunaan.


Katanya, SADA menghormati institusi ini sebagai universiti yang terkenal di Utara dan dengan ikhlasnya menghulurkan kerjasama berikutan UUM merupakan pengguna air terbesar di Kedah.


“Kita akan bekerjasama untuk melihat apa-apa kelemahan yang ada di UUM. Kita cari jalan tengah perbalahan tidak akan menyelesaikan apa-apa,” katanya.


~WARTA KEDAH~

PANAS : SELEPAS GEBENG, LOJI PEMPROSESAN NADIR BUMI AKAN DIBINA DI BUKIT MERAH PERAK



Belum pun kontroversi rancangan pembinaan loji pemprosesan nadir bumi di Gebeng, Pahang "sejuk", belum juga kajian menyeluruh dibuat berkaitan dengan pembinaan loji tersebut, Kerajaan Perak di bawah pimpinan MB BN telah menandatangani MoU dengan sebuah syarikat dari Hong Kong, iaitu Commerce Venture Manufacturing (CVM) Minerals Ltd berkaitan dengan pembinaan loji pemprosesan nadir bumi di kawasan Bukit Merah.

Menurut FMT, MoU antara kedua-dua pihak itu berkaitan dengan "pewujudan usaha sama di Malaysia untuk tujuan pencarian dan perlombongan nadir bumi dan mineral lain" di kawasan Bukit Merah. 

CVM melalui anak syarikat CVM Metal Recycle Sdn Bhd, menyerahkan permohonan untuk lesen perlombongan nadir bumi di kawasan seluas 250 ekar kepada Pejabat Tanah dan Galian Perak pada 18 April lalu - hampir enam minggu selepas rancangan pembinaan loji Lynas mengejutkan rakyat Malaysia.

Anda baca lanjut berita yang memaparkan "kebodohan" Kerajaan Perak itu di sini.
 
P/s: Kita berasa geram dan pelik apabila Kerajaan BN sanggup mempelawa@menerima dan meluluskan permohonan syarikat luar untuk melakukan aktiviti yang boleh memudaratkan penduduk sekitar. Seperti yang saya persoalkan sebelum ini, adakah kerajaan BN begitu "terdesak" sehingga sanggup menerima apa-apa sahaja pelaburan kerana kekurangan FDI? Salahkah jika saya katakan, syarikat pelaburan yang bermasalah untuk melabur di negara lain (kerana menjalankan aktiviti yang memudaratkan manusia) terpaksa diterima semata-mata untuk mengisi dana pendapatan kerajaan?

Jadi, cakap banyak pun tidak berguna, saya (orang Perak juga) menyeru orang Perak (masyarakat Malaysia umumnya) untuk memastikan BN kalah besar dalam PRU 13 agar kegilaan dan kebodohan pemimpin mereka yang mendatangkan risiko kepada rakyat dapat dihentikan dengan serta merta.
 
http://duniacacamarba.blogspot.com

Tuesday, April 26, 2011

SMS "HIMPUNAN MELAYU KEDAH" ANJURAN PERKASA LIBATKAN MB KEDAH SIAPAKAH DALANGNYA?

ALOR SETAR – Rakyat Kedah digemparkan dengan sistem pesanan ringkas (SMS) menyatakan Menteri Besar Kedah, YAB Dato’ Seri Ustaz Azizan Abdul Razak akan hadir ke Perhimpunan PERKASA di Stadium Suka Menanti 30 April ini.

SMS itu adalah seperti berikut, “Perhimpunan Melayu Kedah…pada 30April 2011 jam 3.00 petang di Stadium Suka Menanti Alor Setar, datang beramai. Kita gabungkan tiga pemimpin besar Melayu di satu pentas, YBhg Tun Mahathir, YAB Ustaz Azizan, YB Ibrahim Ali. DEMI KEDAULATAN MELAYU.”

Setiausaha akhbar YAB Dato’ Seri Ustaz Azizan, Helmi Khalid berkata, hebahan itu adalah tidak benar sama sekali dan Menteri Besar langsung tidak terlibat dengan perhimpunan ini.

Hebahan ini secara tempiasnya juga untuk menjatuhkan YAB Dato’ Seri Ustaz Azizan dan sebagai propaganda pembangkang mengaitkan beliau dengan PERKASA.

“Ustaz Azizan tak akan hadir sama sekali untuk sertai perhimpunan itu dan ini adalah taktik pembangkang untuk kaitkan beliau dengan PERKASA.

“Diminta rakyat jangan percaya dengan propaganda ini,” ujar beliau ketika dihubungi untuk mengulas isu ini.

Setiausaha politik YAB Dato’ Seri Ustaz Azizan, Muhammad Sanusi Md Nor turut menafikan hebahan ini.

“Tajuk perhimpunan itu adalah Perpaduan Melayu Teras Kesejahteraan Negara, jadi mereka guna nama Ustaz Azizan untuk tarik orang ramai datang, ataupun jika beliau tak hadir maka isu lain timbul seperti Ustaz Azizan tak sokong Melayu, kalau hadir pun ada isu juga,” jelas beliau.

Ekspo Perdagangan Melayu PERKASA Kedah bertemakan Perpaduan Melayu Teras Kesejahteraan Negara akan diadakan pada 29 April hingga 30 April di Stadium Suka Menanti dan ucaptama perhimpunan disampaikan oleh mantan Perdana Menteri, YAB Tun Dr Mahathir Mohammad.
 
http://sedakasejahtera.blogspot.com

WANITA DAN PUTERI UMNO HALALKAN BABI ?

Umat Islam di Sabah kesal dengan sikap Pergerakan Wanita UMNO dan Puteri UMNO di Sabah yang membiarkan wanita Islam, terutama di bawah umur bekerja di Restoran Cina dipaksa majikan memegang, memasak dan diberi makan makanan yang tidak halal. Naib Ketua Cabang merangkap Setiausaha Cabang PKR Batu Sapi, Zainuddin Hassan mendedahkan demikian setelah bosan dengan sikap Wanita dan Puteri UMNO yang gagal membantu menyelesaikan kemelut perempuan Islam yang bekerja di restoran Cina kerana terus dirantai kemiskinan.

“Mereka bukan sahaja dipaksa memegang, memasak babi, malah diberi makanan yang tidak halal ketika bekerja di restoran. Kita menasihati pekerja berkenaan mengadu kepada Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Sabah dan Wanita serta Puteri UMNO; tetapi tiada sebarang tindak balas daripada institusi berkenaan,” ujar Zainuddin yang memaklumkan pihaknya telah menghantar surat aduan rasmi kepada JHEAINS dan JAKIM.

Kata Zainuddin, isu ini bukan sahaja berlaku di Sandakan, berlaku di seluruh Sabah tetapi paling ketara di Lahad Datu, Tawau dan Kota Kinabalu. “Kebanyakan mereka merupakan pemegang IMM13 dan ramai yang telah mendapat MyPR dan MyKad Malaysia yang diberikan kepada mereka melalui sindiket IC Projek sendikit masa lalu; tetapi isu penting di sini mereka beragama Islam dan kebanyakan mereka adalah ahli Wanita dan Puteri UMNO,” tegas Zainuddin yang kesal kerana tauke kedai tidak prihatin dengan pantang larang penganut agama Islam dan membayar gaji yang terlalu rendah antara RM150 hingga RM300 sebulan/Sabahkini 
 
http://addin77.blogspot.com

CAJ RM O.50 EMAIL SATU MALAYSIA, GUNA WANG RAKYAT PEMBAYAR CUKAI



KUALA LUMPUR: KEADILAN kesal dengan tindakan kerajaan mengumumkan inisiatif email 1Malaysia melalui Syarikat Tricubes Berhad kerana membebankan rakyat tanpa memikirkan kesusahan yang dialami mereka. Ketua Penerangan KEADILAN, Dr Muhammad Nur Manuty berkata, meskipun rakyat tidak dibebani secara langsung, namun caj yang dikenakan terhadap agensi kerajaan yang terlibat menggunakan wang rakyat selaku pembayar cukai.<

Apabila syarikat Tricubes Berhad mengumumkan bahawa agensi kerajaan akan dikenakan bayaran RM0.50 bagi setiap email yang dihantar kepada pengguna, maka sudah pasti duit itu duit rakyat. 
 
“Kita mahukan kerajaan mengamalkan demokrasi sihat, tiada pembaziran, kebebasan media, hapus rasuah dan sebagainya. Tetapi yang jelas kerajaan mengamalkan kepentingan kepada kebendaan untuk menindas rakyat,” ujarnya.
 
Beliau turut mempersoal idea email percuma tersebut sebagai agenda politik Barisan Nasional bagi menyebarkan dakyah mereka kepada pengguna internet, yang majoritinya golongan muda.
 
“Mereka sedar akan kebangkitan dan suara anak-anak muda yang memilih PR, itu yang membuatkan mereka mencari jalan untuk mendekati golongan muda dengan kemudahan email tersebut,” kata Muhd Nur ketika dihubungi Keadilandaily.com.
 
Ketua Pegawai Eksekutif Tricubes Berhad, Khairun Zainal Mokhtar, hari ini dilapor berkata, projek itu akan tetap dilancarkan Julai ini, dengan mensasarkan 5.4 juta pengguna menjelang akhir tahun ini- meskipun mendapat bantahan orang ramai.
 
Khairun juga mengesahkan agensi kerajaan akan dikenakan bayaran RM0.50 bagi setiap email yang dihantar kepada pengguna dan orang ramai tidak akan dikenakan sebarang bayaran.
 
Beliau bagaimanapun menjangkakan terdapat bayaran tambahan terhadap pengguna jika mahu perkhidmatan tambah nilai lain seperti email lebih ‘selamat’ dengan kemudahan ‘encryption’.
 
Projek Emel 1Malaysia itu diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sebagai satu antara tujuh projek baharu di bawah Program Transformasi Ekonomi (ETP).
 
Ia dilaksanaka oleh sebuah syarikat IT bermasalah dari sudut operasi kewangan iaitu Tricubes Bhd, sebuah syarikat yang dikategori sebagai syarikat GN3 di Bursa Malaysia.
 
Sehingga kini hampir 50,000 penguna membantah dan mengecam inisiatif tersebut di laman Facebook.
 
http://briged-akhdor.blogspot.com/

UMNO AJAK DAP SERTAI UMNO

[HD] KUALA LUMPUR, 26 April: DAP akan menolak jemputan Umno untuk bersama dengan Barisan Nasional (BN) jika benar akan ada pelawaan seumpama itu, kata Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng.

"Sehingga kini kita tidak tahu apa-apa lagi tentang hal ini sehinggalah kita diberitahu hari ini, namun kalau adapun  kita akan kekal bersama Pakatan Rakyat," kata Guan Eng ketika ditemui sejurus selepas sidang medianya di Ibu Pejabat DAP hari ini.

Pagi tadi, Harakahdaily menyiarkan laporan kononnya Umno sedang berusaha untuk mendekati DAP untuk dipelawa menyertai BN.

Menurut sumber itu, usaha ini diperhebatkan lagi ekoran kemarahan Umno terhadap MCA yang mengajak masyarakat memboikot lidah rasmi Umno, Utusan Malaysia.

Ia juga dibuat selepas Umno mendapati pengaruh DAP semakin kuat khasnya selepas pilihan raya Sarawak baru-baru ini. Ia juga satu tindakan Umno untuk mengawal MCA dan menghantar mesej kepada MCA bahawa Umno mempunyai alternatif yang lain.

Harakahdaily difahamkan, Umno telah menggunakan keluarga terdekat pemimpin DAP sebagai jambatan mereka namun tidak dapat disahkan maklumat ini.
Namun ketika ditemui hari ini, Lim Guan Eng menafikannya dan berkata DAP tidak tahu menahu mengenainya.
 
"Bagi saya, ia hanya usaha pihak lawan kita mahu memecahkan hubungan antara Pakatan Rakyat," kata Lim Guan Eng kepada Harakahdaily.

Beliau juga berkata, DAP bukan sehari dua ini berjuang di negara ini tetapi telah mencecah 40 tahun.

"DAP akan tetap setia bersama rakan-rakan kita," kata Guang Eng kepada Harakahdaily.
Beliau tidak menolak, ada pihak yang cuba menabur fitnah dalam hal ini kononnya DAP mahu bersama Umno dalam Barisan Nasional (BN).

Boikot Utusan Malaysia

Sementara itu, Guan Eng enggan melayan cadangan MCA agar semua rakyat negara ini memboikot akhbar Umno, Utusan Malaysia.

"Itu semua wayang sahaja... saya tidak minat wayang antara MCA dan Umno ini. Dulu masa tahun 1987 pun macam ini. Media siarkan MCA dan Umno bergaduh, namun yang kena tangkapnya kita (dalam Operasi Lalang 1987)," kata Guan Eng yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang.

Beliau mengulas cadangan pemimpin MCA agar semua rakyat negara ini memboikot Utusan Malaysia ekoran cadangan seorang editor akhbar itu untuk mengadakan kempen "1 Bumi, 1 Melayui".

http://kafesantai.blogspot.com

Sunday, April 3, 2011

MAYAT-MAYAT RADIOAKTIF DI FUKUSHIMA


HHRS 2.0 - Pihak berkuasa di Jepun mengatakan, seribu mayat yang berselerak di sekitar reaktor Tenaga Nuklear Fukushima tidak dapat dikumpulkan oleh pasukan penyelamat kerana mayat tercemar dengan radioaktif, agensi berita Kyodo melaporkan pada Jumaat (1/4/2011).

Mangsa terbunuh akibat bencana gempa bumi dan tsunami dahsyat yang melanda kawasan bahagian timur laut Jepun pada pertengahan Mac tercemar ketika radiasi mulai bocor dari reaktor yang rosak. "Setelah mangsa mati, mayat mereka terkena radiasi sangat tinggi," kata satu sumber oleh pihak polis.

Sejumlah pakar secara berasingan membenarkan keterangan itu dengan mengatakan, mereka telah menyemak tahap radiasi yang tinggi ke atas mayat yang ditemui di Okuma sejauh 5 kilometer dari reaktor.

Polis memberi amaran bahawa pengumpulan mayat dapat menyebarkan pencemaran radiasi keluar dari kawasan selamat yang ditetapkan sejauh 20 km.

Sementara itu, lebih dari 11000 orang terbunuh dan 16500 orang lainnya masih hilang akibat bencana gempa dan tsunami. (kompas)
 
http://keretaburuk12.blogspot.com

TERBUKTI PDRM HANYA MENJAGA KEPENTINGAN UMNO

KLANG 3 APRIL: Tiga tunjuk perasaan di Lembah Kelang hari ini menzahirkan sikap pilih kasih polis dalam menjalankan tugas mereka, sungguhpun badan itu mendakwa ia bebas dan berkecuali.

Lebih seratus anggota polis dikerah untuk menghalang demonstrasi Anti Loji Nuklear yang dianjurkan Pakatan Rakyat di Pulau Ketam pagi tadi, sehinggan memaksa majlis itu terpaksa dialihkan ke tempat lain.
Ahli Parlimen Klang Charles Santiago dan hadiri dihalau dari kawasan jeti Pulau Ketam yang menjadi lokasi asal perhimpunan aman itu.

Satu lagi demonstrasi bersabit isu novel Interlok yang membabitkan wakil rakyat Pakatan Rakyat di Batu Caves juga dihalang polis.

Sekurang-kurangnya dua orang termasuk Ahli Parlimen Teluk Intan M.Manogaran di tahan.

Namun, di sebelah petang, polis bermurah hati apabila membenarkan demonstrasi anjuran Gerakan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS) yang disokong oleh Umno berjalan tanpa halangan di Kelang.

Malah penunjuk perasaan pro-Umno dibenarkan berkumpul betul-betul di halaman Ibu Pejabat Polis Daerah Klang Utara di sini hari ini, dan mencetuskan pelbagai tafsiran orang ramai yang lalu-lalang di situ.

Penunjuk perasaan berkenaan kemudian dibenarkan mencaci keperibadian Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Malaysia, sekali lagi tanpa polis mengambil sebarang tindakan.

Pengerusi DAP Klang Ivan Ho Fook Keong berkata cara polis menangani tunjuk perasaan jelas menunjukkan badan itu tidak professional dan berkecuali sebagaimana yang diharapkan oleh rakyat.

"Kami hendak adakan perhimpunan aman tetapi dihalang polis. Tetapi kalau UMNO nak buat demonstrasi jalan raya,  polis menggalakkan mereka," kata beliau.

Ivan merujuk kepada demonstrasi 'kepala lembu' di shah alam dan beberapa tunjuk perasaan anjuran penyokong Umno yang tidak dihalang oleh polis, semata-mata kerana yang disasarkan adalah Pakatan Rakyat.

"Tetapi apabila kami berhimpun secara aman,kami diugut akan ditangkap," kata Ivan.

http://blog.marhaen.info/laman-utama/1-artikelmarhaen/1209-terbukti-pdrm-hanya-menjaga-kepentingan-umno

Friday, April 1, 2011

ADUN BN LENGGENG DI DENDA RM20,000, 3 TAHUN PENJARA

 
 
 
 
Terkini - ADUN Lenggeng, Mustafa Salim hari ini dijatuhi hukuman penjara tiga tahun dan denda sebanyak RM20,000 oleh Mahkamah Sesyen Seremban. Mahkamah sebelum ini mendapati beliau bersalah atas tuduhan menerima rasuah RM2,000 sebagai dorongan untuk mengeluarkan surat sokongan berkaitan dengan projek pasir, lebih dua tahun lalu./mk
 
 
http://addin77.blogspot.com

RATUSAN MAYAT DI ZON LARANGAN NUKLEAR JEPUN




27 Rabiulakhir 1432H. [MOD] -

HONG KONG: Kira-kira 1,000 mayat mangsa gempa bumi dan tsunami masih tidak dikutip dalam kawasan zon larangan di sekitar loji nuklear kerana kebimbangan terhadap kesan radiasi, kata laporan yang dikeluarkan pada Khamis.

Memetik sumber polis, Kyodo News berkata, pihak berkuasa berhasrat menghantar mayat keluar daripada zon larangan 20 kilometer di sekitar loji Fukushima tetapi menimbang semula rancangan berkenaan.

Mayat itu sudah "terdedah dengan kesan radiasi tinggi selepas kematian", kata laporan itu memetik sumber. Polis tempatan memutuskan untuk tidak mengutip mayat-mayat berkenaan kerana kebimbangan terhadap radiasi.

Kira-kira 28,000 orang disahkan mati atau disenaraikan sebagai hilang sejak gempa bumi dan tsunami melanda pada 11 Mac lalu di timur laut Jepun serta melumpuhkan operasi loji nuklear berkenaan dan berlaku kebocoran sehingga menyebabkan kesan radiasi. - AFP
 
http://idhamlim.blogspot.com