Wednesday, April 27, 2011

PANAS : SELEPAS GEBENG, LOJI PEMPROSESAN NADIR BUMI AKAN DIBINA DI BUKIT MERAH PERAK



Belum pun kontroversi rancangan pembinaan loji pemprosesan nadir bumi di Gebeng, Pahang "sejuk", belum juga kajian menyeluruh dibuat berkaitan dengan pembinaan loji tersebut, Kerajaan Perak di bawah pimpinan MB BN telah menandatangani MoU dengan sebuah syarikat dari Hong Kong, iaitu Commerce Venture Manufacturing (CVM) Minerals Ltd berkaitan dengan pembinaan loji pemprosesan nadir bumi di kawasan Bukit Merah.

Menurut FMT, MoU antara kedua-dua pihak itu berkaitan dengan "pewujudan usaha sama di Malaysia untuk tujuan pencarian dan perlombongan nadir bumi dan mineral lain" di kawasan Bukit Merah. 

CVM melalui anak syarikat CVM Metal Recycle Sdn Bhd, menyerahkan permohonan untuk lesen perlombongan nadir bumi di kawasan seluas 250 ekar kepada Pejabat Tanah dan Galian Perak pada 18 April lalu - hampir enam minggu selepas rancangan pembinaan loji Lynas mengejutkan rakyat Malaysia.

Anda baca lanjut berita yang memaparkan "kebodohan" Kerajaan Perak itu di sini.
 
P/s: Kita berasa geram dan pelik apabila Kerajaan BN sanggup mempelawa@menerima dan meluluskan permohonan syarikat luar untuk melakukan aktiviti yang boleh memudaratkan penduduk sekitar. Seperti yang saya persoalkan sebelum ini, adakah kerajaan BN begitu "terdesak" sehingga sanggup menerima apa-apa sahaja pelaburan kerana kekurangan FDI? Salahkah jika saya katakan, syarikat pelaburan yang bermasalah untuk melabur di negara lain (kerana menjalankan aktiviti yang memudaratkan manusia) terpaksa diterima semata-mata untuk mengisi dana pendapatan kerajaan?

Jadi, cakap banyak pun tidak berguna, saya (orang Perak juga) menyeru orang Perak (masyarakat Malaysia umumnya) untuk memastikan BN kalah besar dalam PRU 13 agar kegilaan dan kebodohan pemimpin mereka yang mendatangkan risiko kepada rakyat dapat dihentikan dengan serta merta.
 
http://duniacacamarba.blogspot.com

No comments:

Post a Comment