Saturday, January 29, 2011

KALAH MENANG DI TANGAN TUHAN



Tarikh 30 Januari 2011, seramai 14, 735 orang pengundi di DUN Tenang akan memutuskan ‘siapa’ yang mereka akan pilih untuk menjadi wakil rakyat bagi menjaga kemaslahan kehidupan mereka pada hari-hari mendatang. Sama ada Cik gu Normala Sudirman atau Mohd Azahar Ibrahim akan dipilih terpulanglah kepada pengundi-pengundi untuk menentukannya. Dalam pilihan raya tidak ada keputusan seri seperti yang terjadi dalam permainan bola sepak.

Sekiranya UMNO memenangi kerusi ini, saya tidak hairan langsung kerana kemenangan UMNO bukan kemenangan hakiki. UMNO tidak berupaya membawa kebenaran dan keadilan kepada seluruh rakyat. Kemenangan UMNO seperti kata Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat, masih ada lagi manusia berfikiran ‘JAHILLIAH’ sepertimana yang berlaku di zaman Rasullullah di Mekah dulu. 

Bukan main hebat seruan dakwah Nabi bagi menentang pemikiran yang  dipasakkan oleh Abu Jahal dan sekutunya ke dalam fikiran dan kehidupan masyarakat Mekah ketika itu. Kehebatan Baginda sebagai rasul pun tidak berupaya mengubah minda masyarakat Mekah yang sudah lama dikuasai dan dikongkong oleh Abu Jahal. Hal serupa berlaku di Negara ini, bagaimana UMNO menggunakan strategi dan taktik yang digunakan oleh Abu Jahal dulu. UMNO hanya mengulangi sejarah apa yang dilakukan oleh Abu Jahal ke atas masyarakat Mekah ketika itu dan disesuaikan dengan keadaan semasa ketika berhadapan dengan masyarakat Malaysia (kini di DUN Tenang).

Kejayaan dan kegagalan, kemenangan dan kekalahan adalah lumrah kehidupan yang pastiditempuh setiap manusia apatah organisasi parti seperti parti PAS dan lain-lainnya. Namun, tidak semua orang dapat menerima berita kejayaan mahu pun hakikat kegagalan dengan hati terbuka. Begitulah cermin kehidupan yang dapat kita gambarkan melalui pengalaman hidup. Setiap daripada kita pasti merasai saat dan detik itu. Ada masanya kita mengecapi kejayaan dan berada di kemuncak kemenangan dan ada kala kita diuji dengan kegagalan serta kepahitan yang sukar untuk diterima.

Al-Quran memberikan isyarat jelas mengenai sunnah kehidupan yang mewarnai kehidupan ini di bawah ketentuan dan ketetapan Allah. Dalam surah Ali ‘Imran, Allah merakamkan peristiwa kekalahan yang memeritkan dialami tentera muslimin apabila mereka kalah teruk kepada tentera Quraisy dalam peperangan Uhud walaupun sebelum itu mereka merintis kejayaan penuh gemilang pada peperangan Badar al-Kubra. 
 
Firman Allah yang bermaksud: “Jika kamu (dalam peperangan Uhud) mendapat luka (tercedera), maka sesungguhnya kaum (musyrik yang mencerobohi kamu) itu (tercedera juga dan) mendapat luka yang sama (dalam peperangan Badar). Dan demikian itulah keadaan hari-hari (dunia ini dengan peristiwa kemenangan dan kekalahan), kami gilirkan dia antara sesama manusia (supaya menjadi pengajaran) dan supaya nyata apa yang diketahui Allah mengenai orang yang tetap beriman (dan sebaliknya), dan juga supaya Allah menjadikan sebahagian di antara kamu orang yang mati syahid. Dan (ingatlah) Allah tidak suka kepada orang zalim. Dan juga supaya Allah membersihkan orang yang beriman (daripada dosa mereka) dan membinasakan orang kafir.” – (Surah Ali ‘Imran, ayat 140-141)
 

Meminjam kata Syed Qutub dalam kitab tafsirnya Fi Zilalil Quran (Di bawah bayangan al-Quran) ketika menafsirkan ayat itu, beliau menjelaskan bahawa kekalahan itu ada tersurat dan tersirat hikmahnya yang tersendiri.Antara hikmah itu ialah setiap Muslim sewajarnya menginsafi dan menyedari bahawa kemenangan sebenarnya adalah hasil atau natijah yang bertitik tolak daripada daya usaha serta perjuangan manusia sendiri. Justeru, mereka tidak boleh berpeluk tubuh dan mengharapkan kemenangan dengan hanya menanti faktor bantuan mukjizat Ilahi. 
 
Selain itu, peristiwa berkenaan mengungkapkan satu pengajaran bahawa kejayaan dan kemenangan sebenarnya tidak boleh datang dengan sendirinya, sebaliknya ia banyak dipengaruhi pelbagai faktor dan sebab yang memudahkan peluang ke arah meraih sesuatu kejayaan diimpikan seperti kekuatan ekonomi, keutuhan sosial, kemantapan akidah, keadilan politik dan juga keluhuran budi pekerti.
Malaysia di bawah tadbiran Najib, selepas PRU ke-12 lalu, sepatutnya kita akan menyaksikan 20 pilihan raya kecil. 6 parlimen dan 14 DUN, tetapi hanya 9 kerusi DUN sahaja dipertandingkan. DUN Changkat Jering, Behrang, Jelapang (Perak), Kota Seputeh (Kedah) dan Pelabuhan Klang (kemungkinan besar) tidak dipertandingkan kerana SPR adalah alat UMNO. Dari 6 kerusi parlimen yang dipertandingkan, Pakatan Rakyat menang 4 kerusi (Permatang Pauh, Kuala Terangganu, Bukit Gantang dan Sibu) dan UMNO/BN menang 2 kerusi (Hulu Selangor dan Batu Sapi).

Manakala kerusi DUN pula, dari 9 kerusi, Pakatan menang 4 kerusi (Bukit Selambau, Penanti, Manik Urai dan Permatang Pasir) dan UMNO/BN menangi 3 kerusi (Batang Ai, Bagan Pinang dan Galas), manakala kerusi DUN Tenang dan Merlimau belum tahu lagi milik siapa lagi. Apa pun (jika Tenang dan Merlimau dimenangi oleh UMNO) ia bukan petunjuk sebenar yang menunjukkan UMNO kembali disokong oleh rakyat. UMNO menang, bukan kemenangan hakiki kerana ia disokong oleh orang-orang berfikiran ‘JAHILLIAH’ masih ramai yang mahukan system pentadbiran diuruskan secara songsang. Masih ramai mahukan rakyat terus berada dalam kemiskinan, asalkan pemimpin terus kekal kaya-raya, boros dan membazir menggunakan duit/harta rakyat dan bebas melakukan amalan rasuah semahu-mahunya supaya Negara cepat bangkrap.
Perkara ini dapat dibuktikan pada PRU ke-12 lalu, UMNO/BN mengalami kekalahan paling memalukan dan paling buruk dalam sejarah sejak merdeka. Kuasa 2/3 UMNO di parlimen dapat dihapuskan dan UMNO hilang 5 negeri (termasuk Wilayah Persekutuan KL) jatuh ke tangan Pakatan Rakyat. Sungguh pun, sebelum itu selepas PRU ke-11 tahun 2004 (pilihan raya kecil turut diadakan), 6 pilihan raya kecil DUN (kerusi parlimen tiada yang kosong) terpaksa diadakan iaitu di DUN Kuala Berang, Ba’Kelalan, Pengkalan Pasir, Batu Talam, Machap dan Ijok. 

Dari 6 kerusi, Pakatan (ketika itu dikenali sebagai Barisan Alternatif) tidak memenangi sebarang kerusi, semuanya disapu bersih oleh UMNO/BN. Tetapi apa terjadi pada PRU ke-12, 8 Mac 2008. Stunami politik berlaku menyebabkan ia meruntuhkan kekuasan politik Abdullah Ahmad Badawi.

Kesimpulannya, apa pun keputusan yang dibuat oleh pengundi-pengundi di Tenang pada 30 hb ini, UMNO kena ingat bahawa rakyat sudah muak dan lali dengan cara kempen UMNO menggunakan jentera kerajaan seperti balairaya, Jabatan Penerangan, Kemas, Risda, media massa semata-mata untuk meraih undi. Selain itu, politik rasuah (politik wang), ugut, janji, penipu dan sebagainya. Kemenangan dan kekalahan adalah salah satu perjalanan hidup yang pasti dilalui setiap insan. 
 
Apa yang penting, tidak kira sama ada kemenangan mahu pun kekalahan, sebagai seorang Islam semestinya bersedia untuk terus tabah berjuang menyusuri liku hidup yang penuh onak dan duri. Jangan kita alpa dibuai kemenangan dan jangan berduka nestapa atau bersikap pesimis apabila berhadapan kekalahan dan kegagalan.


"NYAHKAN UMNO, RAKYAT SEJAHTERA"
 
http://hanyzan30.blogspot.com

DOAKAN CIKGU MALA KUBURKAN KEANGKUHAN BN



Kita doakan Cegu Mala mampu membuat kejutan. Sama ada kalah atau menang, semoga ada sesuatu dari pengundi Tenang untuk Cegu Mala supaya dapat kuburkan keangkuhan BN.
Selamat berjuang Cegu Mala, hanya doa dari jauh. Takbir!!! Allahuakbar!!!
 
http://www.ek-ele.co.cc

HAYUNAN TERAKHIR PRK TENANG


Sekali pun hujan rahmat cukup lebat dan mencurah turun, lebih 500 penduduk Tenang tidak berganjak di dalam majlis Makan Malam DAP di Labis sebentar tadi. Dilaporkan BN yang cuba menganggu majlis berkenaan dengan kedudukannya di seberang jalan, hanya dihadiri oleh 30 orang.

Turut memeriahkan majlis Makan Malam DAP berkenaan selain ceramah calon Pakatan Rakyat, Normala Sudirman ialah ceramah Datuk Seri Nizar Jamaluddin yang turut menyanyikan lagi Mandarin "The Moon Represents My Heart" yang dinyanyikan bersama oleh peserta yang hadir.




http://greenboc.blogspot.com

PAS KESAL DI HALANG BERKEMPEN



LABIS, 29 Jan: PAS kesal dengan sikap Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) yang didakwa berat sebelah terhadap Pakatan Rakyat pada pilihan raya kecil (PRK) Dun Tenang.

Timbalan Pesuruhjaya PAS Johor, Dzulkefly Ahmad berkata, kekesalan tersebut ekoran SPR gagal memastikan semua parti bertanding berhak mengakses ke semua kawasan yang terlibat dengan PRK tersebut.

Beliau berkata demikian sebagai merujuk kepada maklumat yang diterima daripada petugas parti bahawa mereka tidak dibenarkan masuk berkempen di Ladang Labis Utara dan Ladang Bukit Datuk.

"Kenapa BN boleh masuk berkempen, Pakatan Rakyat tak boleh masuk?

"Sepatutnya semua pengundi ada hak untuk akses maklumat daripada kedua-dua parti," kata beliau pada sidang media harian dekat sini, hari ini.

Tambahnya apabila petugas parti memaklumkan perkara demikian kepada SPR, mereka berkata perkara tersebut di bawah kuasa pemilik ladang berkenaan.

"Kita bawa peguam kita jumpa SPR,tapi mereka kata itu terpulang kepada pemilik ladang. Tapi kita katakan SPR bertanggungjawab dalam memastikan rakyat mendapat maklumat," katanya.

Sehubungan itu, beliau berharap agar SPR dapat mengambil tindakan segera memandangkan hari ini merupakan hari terakhir kempen.

Sementara itu, beliau berkata Pakatan Rakyat akan berhimpun di Dataran Cikgu Mala malam esok bagi mendengar keputusan PRK ini.

"Kita akan adakan perhimpunan untuk dengar keputusan di Dataran Cikgu Mala malam esok samaada menang atau kalah, kita tak kisah," katanya.
 
http://idhamlim.blogspot.com

BARUA TERUS JADI BARUA


ARAHAN POLIS DAN SPR MAHU SELAMATKAN BN – harakah daily

Arahan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) kepada parti politik khususnya Pakatan Rakyat sewaktu berkempen di Dun Tenang lebih bersifat "menyelamatkan BN".


Ketua Penerangan PAS Perak, Drs. Khalil Idham Lim berkata, tindakan pihak polis menghalang pengguna kenderaan mengibarkan bendera parti pada kenderaan mereka seolah-olah dipengaruhi oleh pihak tertentu.

Namun katanya, pada masa yang sama SPR membenarkan baju mempunyai logo 1Malaysia dipakai di tempat mengundi.

"Polis mengeluarkan arahan supaya semua kenderaan berhenti mengibar bendera parti pada kenderaan yang disifatkan seperti berkempen tanpa permit.

"Saya berasa hairan dan ajaib kerana dalam masa yang sama SPR mengesahkan sekali lagi lagi bahawa lambang 1Malaysia pada baju dibenarkan dipakai di tempat mengundi.

"Nampaknya kedua agensi ini saling mengeluarkan arahan yang menampakkan satu langkah untuk menyelamatkan BN," katanya yang juga Pengerusi Sekretariat Pakatan Rakyat Perak.
 
http://tukartiub.blogspot.com

JAHILIYYAH BUKAN JAHIL

TPM pening lalat apabila MB Kelantan menyebutkan bahawa sesiapa yang tidak undi PAS adalah orang jahiliyyah. Ya, dia memang wajar pening lalat kerana perkataan jahiliyyah sering dikaitkan dengan zaman jahiliyyah, zaman kegelapan orang Arab.

Mana ada orang yang mahu dirinya dikaitkan dengan zaman itu, walau pun ada orang yang perangainya seperti perangai sebahagian orang yang hidup di zaman itu.

Jahiliyyah memang daripada perkataan Arab, jahala, maksudnya bodoh. Kalau jahil, maksudnya orang bodoh. Jahiliyyah pula bermaksud disandarkan atau dinisbahkan kepada kebodohan.

Orang-orang Arab jahiliyyah sendiri tidak bodoh dari sudut penguasaan ilmu. Mereka mahir ilmu bintang, ilmu keturunan, ilmu syair, ilmu pelayaran, ilmu penternakan dan ramai di kalangan meraka adalah ahli perniagaan.

Secara individu, ramai orang yang cerdik di zaman itu. Kalau mereka cerdik, mengapa masyarakat mereka digelar masyarakat jahiliyyah dan zaman mereka disebut zaman jahiliyyah?

Secerdik mana pun seseorang itu, kalau dia buat kerja bodoh, dia akan dipanggil orang bodoh. Orang waras, tetapi berpakaian compang-camping, menyelongkar tong sampah, kencing tepi jalan, seluar tidak berzip, orang akan panggilnya orang gila.

Walau pun dia berusaha menafikan bahawa dia orang gila, orang akan tetap kata dia orang gila. Malah orang kata, orang gila memang begitu, tidak mengaku dirinya gila. Itulah nasib orang waras yang buat kerja orang gila. Dia dipanggil majnuniyy – orang waras yang perangai macam orang gila.

Justeru, masyarakat zaman itu dikatakan masyarakat jahiliyyah walau pun ramai orang cerdik kerana mereka melakukan kerja masyarakat bodoh. Maknanya, mereka bukan bodoh tetapi dikatakan bodoh kerana melakukan kerja orang bodoh.

Dalam Umno memang ramai orang cerdik. PM dan TPM juga cerdik, menteri di JPM pun cerdik, menteri pertahanan cerdik, kalau tak cerdik takkan mereka dilantik jadi menteri.

Mereka cerdik tetapi mereka buat kerja orang tidak cerdik. Orang cerdik yang buat kerja tidak cerdik disebut syakhsun jahiliyy – individu yang dinisbahkan kepada kebodohan. Masyarakat cerdik yang buat kerja masyarakat bodoh disebut mujtamak jahiliy – masyarakat yang dinisbahkan kepada kebodohan.

Apabila MB Kelantan kata orang undi BN jahiliyyah, maknanya, bukan orang itu bodoh tetapi dia buat kerja orang bodoh. Benar, mengundi BN memang buat kerja bodoh. Apa tidak bodohnya, parti yang busuk dengan rasuah dan penyelewengan itu diundi, bukankah itu kerja bodoh?

Orang Umno patut buat kerja orang cerdik sesuai dengan kecerdikan mereka. Tetapi kalau mereka buat kerja orang bodoh, lalu orang sandarkan mereka kepada kebodohan, mereka tidak boleh marah. Orang kata mereka bodoh kerana buat kerja bodoh, walau pun mereka cerdik.

Kesimpulannya, mengundi BN memang JAHILIYYAH. Terima kasih Tok Guru kerana membikin Muhyiddin pening-pening lalat. Harap Tok Guru buat banyak lagi macam tu dalam tempoh yang masih berbaki ini.

Selamat pening buat Muhyiddin.

http://sauhdibongkar.blogspot.com

KLINIK KELUARGA SAHKAN SUAMI NORMALA SAKIT



Pusat Perubatan Keluarga, Jalan Segamat, di sini menafikan pihaknya menjual sijil cuti sakit (MC) kepada suami calon Pas, Normala Sudirman yang dikatakan mengalami masalah kemurungan.

Pakar perubatan, Dr Siti Juriah Kusni mengesahkan kliniknya ada mengeluarkan cuti sakit berkenaan kepada Maarof Abd Mutalib berikutan tahap kesihatannya yang lemah.

"Maarof diberikan cuti sakit selama dua hari memandangkan perlu rehat secukupnya kerana mengalami simptom demam, batuk dan selsema.

"Pemeriksaan mendapati Maarof juga kelihatan begitu lesu dan tidak bermaya serta memaklumkan turut mengalami tekanan," katanya ketika ditemui Sinar Harian semalam.

Menurutnya, sebagai doktor, beliau ada bertanyakan punca tekanan itu dan Maarof berkata ia berkaitan hal pertukarannya ke Johor Bahru.

“Akibat memikirkan hal itu, beliau terlalu tertekan sehingga tidak dapat tidur malam. Oleh yang demikian, saya memberikannya cuti sakit selama dua hari, iaitu pada 6 dan 7 Januari,” katanya.

Dr Siti Juriah berkata, berikutan masalah tekanan yang dialaminya, beliau cadangkan Maarof mendapat khidmat pakar psikitrik dengan merujuk masalah itu ke Klinik Kesihatan Bandar Putra Segamat untuk pemeriksaan lanjut.

“Bimbang masalah tekanan itu berterusan, saya mencadangkan beliau berjumpa doktor,” katanya.

Bagaimanpun, Dr Siti Juriah memaklumkan tidak mengetahui sama ada Maarof mendapatkan khidmat pakar psikitrik seperti mana yang dicadangkannya sehingga mengetahuinya melalui laporan akhbar, semalam.

Menurut Dr Siti Juriah, semua ahli keluarga Maarof mendapatkan khidmat di pusat perubatan itu, yang dibuka sejak 15 tahun lalu.

“Dua tiga hari selepas penamaan calon, tiga anak Normala juga mendapatkan rawatan selepas menghidap simptom demam, batuk dan selsema.

“Mereka kelihatan lesu, tidak bermaya dengan dihantar oleh Maarof mendapatkan rawatan,” katanya.

Status kesihatan Maarof menjadi persoalan apabila beliau dilaporkan mengambil cuti sakit sehingga 21 hari sepanjang bulan ini.

Perkara itu didedahkan menerusi sebuah blog, http://marahku.blogspot.com/ yang mendakwa Maarof mengambil cuti sakit selama dua hari pada 6 dan 7 Januari dari Pusat Perubatan Keluarga di Jalan Segamat, Labis, Johor.

Ia diikuti dengan cuti sakit selama dua minggu bermula 10 hingga 23 Januari yang dikeluarkan oleh Klinik Kesihatan Bandar Putra, Segamat dan tambahan cuti lima hari lagi yang diperoleh dari pusat kesihatan sama.

Ketiga-tiga salinan surat sakit yang dikeluarkan kepada Maarof itu turut dimuat naik ke dalam blog tersebut menerusi entri bertajuk ‘PRK Tenang: Normala’s cheating husband has been keeping secrets from her’ yang disiarkan semalam. -SH
 
http://greenboc.blogspot.com

Friday, January 28, 2011

TIADA PENARI BOGEL...DEWAN TETAP PENUH

SUMBER DARI :
http://darisungaiderhaka.blogspot.com
 

Tiada penari bogel atau tiada artis yang berpakaian seksi ataupun pemuzik-pemuzik mengiringi majlis seperti yang diperlukan oleh Zahid Hamidi bagi memenuhkan dewan Majlis Makan Malam buat masyarakat Cina.

Dengan berdirinya sesusuk tubuh berjubah labuh dan beberapa susuk tubuh lagi pemimpin Pakatan Rakyat cukup untuk memenuhkan Dewan dimana Majlis Makan Malam Tahun Baru di Labis ini..

Mereka yang hadir tidak dibayar bagi memakai 'T' Shirt Pakatan Rakyat.. tetapi mereka sanggup membayar hanya untuk mendengar amanat dari pemimpin Pakatan Rakyat..

Berikut adalah sedikit gambar untuk dikongsi bersama..









PANAS : BLOGGER BRAVEHEART SEMAKIN BIADAP DAN KURANG AJAR BILA TERGAMAK GELAR TUANGURU NIK AZIZ, ANWAR DAN LIM GUAN ENG SEBAGAI SETAN


Sungguh mengejutkan apabila terbaca laporan para sahabat di laman facebook yang mengatakan seorang Exco Blogger Pembela Negara (BPN) dari Pahang yang dikenali sebagai Bravaheart (foto) kini semakin kurang ajar dan biadap. Malah, jika dilihat kepada perkataan yang dibuat pada artikel-artikel terakhirnya setakat ini ternyata sikap blogger terbabit semakin mencemar dan sungguh memalukan. Terbaru, dalam posting dilaman blognya beliau dengan jelas mengatakan pemimpin Pakatan Rakyat iaitu Tuan Guru Nik Aziz (PAS), Datuk Seri Anwar Ibrahim (PKR) dan Lim Guan Eng (DAP) sebagai setan (Syaitan). Dalam posting terbarunya hari ini (28 Jan) beliau menulis dengan tajuk "3 Setan Berceramah Malam Ini" bagi menggambarkan ketiga-tiga pimpinan Pakatan Rakyat itu. Tergamak beliau mengatakan ulamak seperti Tuan Guru Nik Aziz sebagai "setan", gara ketaksubannya untuk mengampu UMNO BN. Sungguh memalukan melihat kelibat beliau mutakhir ini. 
 
Blogger terbabit seolah-olah sudah "tidak waras" lagi sebenarnya. Mungkin dek kerana melihat seorang lagi rakan karibnya iaitu Blogger "Aku Yang Gambi" dijemput Illahi agaknya awal bulan lalu. Sangkaan kita, blogger seperti ini akan insaf atas apa yang berlaku kepada teman seperjuangan beliau itu. Rupa-rupanya dia masih terus berkhayal di alam sendiri. Sedangkan sebelum ini beliau merintih simpati mengharapkan pembelaan daripada puak-puak UMNO di Pahang ini. 
 
Beliau merayu nasibnya tidak diendahkan oleh Unit Media Baru UMNO Pahang pimpinan oleh si Shamsuddin Nawawi (Dato' Sam) iaitu Setiausaha Politik kepada MB Pahang. Kini, nampaknya Braveheart sudah menemui rentak biar pun agak sumbang. Beliau mungkin sudah mendapat perhatian dan habuan daripada UMNO BN, lantaran itulah kini semakin menjadi-jadi pula perangainya.


Inilah bukti kebiadapan blogger terbabit dalam blognya Braveheart
Ini pula artikel yang sama turut disiarkan pula di laman pahangku

[Justeru itu kepada para penyokong Pakatan Rakyat diminta bersabar melihat keceluparan blogger ini. Kami yang sudah lama berjuang di alam siber pun tidak berani memberi gelaran menghina kepada pemimpin UMNO BN sebenarnya. Bagi kami, penghinaan seperti itu akan mencerminkan keperibadian mereka sendiri. Oleh itu, marilah sama-sama kita berdoa agar blogger terbabit diberi taufik dan hidayah oleh Allah SWT agar bertaubat di atas kenyataan menghina yang beliau keluarkan itu. Semoga pihak yang dihina juga dapat mengampunkan dan memaafkan beliau atas keterlanjuran ini. Kepada mereka yang mengenali beliau dan senantiasa berhubung dengan blogger terbabit diharap dapat memberi kata nasihat yang baik agar beliau sedar akan kesilapannya itu. Berblog perlu juga ada etikanya, yang ditentang ialah dasar parti dan tidak perlulah menunjukkan kebodohan dengan menggelar seseorang pemimpin dengan gelaran yang cukup hina dan amat memalukan!].
 
MALAM INI SOLAT HAJAT BESAR-BESARAN AKAN DIADAKAN
OLEH PELAJAR-PELAJAR PONDOK DAN MA'AHAD TAHFIZ UNTUK
BLOGGER BRAVEHEART...SEMOGA ALLAH MEMBALAS KER-KERJAMU ITU
 
www.pahangdaily.blogspot.com

PRK TENANG : BONGKAR !!!BUKTI GAMBAR UMNO GUNAKAN MASJID UNTUK BERPOLITIK

Bendera Umno dan BN diperkarangan Masjid
Tidakkah ini boleh disifatkan sebagai menggunakan Masjid untuk 
tujuan politik yang selama ini ditentang keras Umno
wanita berbaju merah,perhatikan juga canopy dibelakang tu.Umno 
berbohong,kononnya tidak boleh berpolitik di Masjid tapi mereka 
sewenang wenangnya menggunakan Masjid Jamek Labis untuk berpolitik...

Fikir fikirkanlah...
P/S : Terima kasih kepada blogger Pria Malaya yang memberitahu tentang video ni untuk ambo upload ke youtube terima kasih juga kepada pemilik video ini facebooker Lutfi Ahmad Samm

http://malaysiaberih.blogspot.com

DI MANA CIKGU MALA DAPAT KEKUATAN

abuhikam

Pilihan raya adalah buah demokrasi yang dipaksakan ke atas kita. Dalam perjuangan yang mulia ini, kita harus mengharunginya dengan penuh kepayahan dan kesakitan. Kadang-kadang kita menjadi sesak nafas, lemas, kecewa dan putus asa apabila terpaksa berhadapan dengan kejahatan manusia-manusia yang kejam, tidak beriman dan tidak beraqidah dalam perlawanan ini.

Sama ada bersetuju atau tidak, suka atau tidak kita terpaksa mengheret kaki dalam meneruskan perjuangan demi mencari redha Allah, demi mencari syurga Allah yang hanya ditawarkan kepada Ansarullah sahaja.

Tenang menyaksikan satu lagi perlawanan yang tidak pernah berlaku adil kepada mana-mana perjuangan berfaham keadilan atau kebenaran.

Mereka yang memegang kekuasaan, dengan segala yang ada, terus menekan dan menekan pihak lawan yang sah dengan cara yang tidak sah dan sangat tidak manusiawi.

Segala senjata berat dan ringan dihamburkan tanpa ampun. Fitnah membabi buta, rasuah yang jijik, ugutan tanpa batas, perlecehan immoral dan penghinaan agama. Bererti penghinaan kepada tuhan.

Maududi pernah mengungkapkan bahawa tujuan yang paling utama Islam menawarkan calonnya dalam perlawanan pilihanraya adalah untuk menyelamatkan aqidah ummat Islam dengan memberi peluang kepada ummah untuk memilih calon yang berjuang demi aqidah Islamnya.

Justeru seluruh ummah Islam di Tenang sewajarnya bersyukur kepada Tuhan kerana seorang cikgu yang solehah sanggup berkorban untuk memenuhi tanggungjawab yang sangat berat ini.

Di manakah Cikgu Mala ini memperoleh kekuatan yang luar biasa ini. Kekuatan untuk menyahut cabaran yang sangat getir ini. Walhal, alangkah indahnya hidup sebagai suri rumah yang biasa di samping suami dan anak-anak tercinta.

Cikgu Mala. Anda adalah di antara pilihan Tuhan untuk menyelamatkan aqidah ummat di Tenang, malah di Malaysia. Fahamilah perkara ini dengan saksama.

Anda mengingatkan kita kepada Zainab al Ghazali.

Mengingatkan kita kepada pemerintahan empat orang ratu yang memerintah Aceh selama enam puluh tahun (1641-1699) yakni Ratu Safiatuddin, Ratu Naqiatuddin, Ratu Zakiatuddin dan Ratu Kamalat Shah.

Sedangkan ulamak terbilang saat itu tidak membantahnya, seperti Nuruddin Ar Raniri, Abd.Rauf Fansuri, Jalaluddin Althursani.

Ratu Hijau di Patani, Raziatuddin di kerajaan Mamluk India dan Shajaratuddin di Mesir.

Cikgu Mala. Terima kasih kerana mengambil amanah berat ini. Ingatlah pesan Hamka dalam Tafsir Azhar "Allah tidak akan tanya menang atau kalah, tapi Allah akan tanya sama ada kita berjuang untuk Islam atau berjuang menentang Islam".

Wasalam. 
 
www.gigitankerengga.blogspot.com

NAJIB SEMAKIN GELABAH DESAK SAUDI SIASAT PEMBERI DANA ANWAR


Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada tahun lalu telah dilaporkan memberi tekanan kepada Arab Saudi bagi menyiasat dakwaan bahawa Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim ada menerima dana dari negara teluk untuk kempen pada pilihan raya umum akan datang.

Menurut stesen berita antarabangsa, CNN - yang telah melihat laporan rahsia dari siasatan Arab Saudi itu - menunjukkan tiada bukti menunjukkan adanya tokoh-tokoh negara teluk membiayai Anwar.

azlanNajib didakwa mengadu kepada kerajaan Arab Saudi, kononnya dua putera kanan negara itu terbabit dengan pemberian dana berkenaan.

"Tidak ada bukti pegawai Saudi yang pernah menyokong Anwar Ibrahim" dan "dakwaan sokongan dari keluarga diraja Saudi yang disebutkan dalam laporan awal [nama diubah] adalah tanpa asas,” kata CNN yang membuat ringkasan daripada sembilan mukasurat laporan rahsia berkenaan.
Tidak terkejut

Dalam reaksi segera, Anwar berkata tindakan itu menunjukkan bahawa Najib takut berdepan dengannya menjelang pilihan raya umum, yang dijangka akan diadakan pada akhir tahun ini atau selewat-lewatnya pada tahun 2012.

NONE"Saya tidak terkejut bahawa perdana menteri akan pergi sejauh luar negara, bukan untuk tujuan menarik pelaburan asing, tetapi sanggup singgah untuk memfitnah saya," kata Anwar mengulas laporan CNN itu.

Katanya, Najib begitu gentar dengan Pakatan Rakyat sehinggakan tidak berani menyahut cabarannya untuk berdebat secara terbuka mengenai dasar ekonomi negara.
"Laporan ini menyerlahkan ketakutan serta rekayasa Dato' Seri Najib untuk menyekat kemaraan Pakatan Rakyat yang setiap hari berusaha membina dokongan rakyat terhadap usaha kami demi menyelamatkan Malaysia dari segala kepincangan yang disebabkan oleh kelemahan mentadbir pimpinan negara serta ketirisan akibat dari rasuah yang semakin membarah," katanya.
Najib takut
azlanMenurut Anwar lagi, kehadiran Buku Jingga, sebuah dokumen yang mengandungi hasrat serta saranan Pakatan Rakyat demi menyelamatkan Malaysia dari terus parah akibat kerakusan dan ketidakcekapan pimpinan Umno-BN, memunculkan rasa takut Najib.

"Beliau sedar dokumen tersebut mendobrak ilusi upaya pemulihan yang didendangkan Umno-BN kepada rakyat. Presiden Umno itu pastinya tahu rakyat tidak akan menerima bulat-bulat pengumuman demi pengumuman yang digarap semata-mata memenuhi maksud iklan.”
Anwar sebelum ini telah dituduh oleh musuh-musuhnya mempunyai hubungan dengan badan pemikir Institute of Islamic Thought (IIIT) yang berpangkalan di Amerika. Pertubuhan itu juga dengan pertubuhan Muslim Brotherhood atau Muslim Ikhwanul yang didakwa membiayai rangkaian pengganas di seluruh dunia.

Anwar pernah menjadi ahli lembaga pengarah IIIT. Pertubuhan ini pernah diserbu dan digelidah oleh oleh FBI pada tahun 2002 kerana disyaki membiayai rangkaian pengganas, tetapi tidak ada dakwaan yang dikenakan ke atas mereka.

al qaeda fighter
Menurut CNN, sebaliknya siasatan yang dijalankan kerajaan Arab Saudi menjumpai "sesuatu yang sangat berbeza - dan lebih membimbangkan".

Mereka menemui ratusan dolar wang Saudi yang telah disalurkan kepada ahli politik Islam yang terkemuka dan aktivis politik luar negeri, kata CNN.

"Ia juga mendapati bahawa al-Qaeda danTaliban masih boleh menggunakan Arab Saudi untuk penggalangan dana, walau pelbagai tindakan diambil bagi menyekat aliran tunai berkenaan.”
 
www.gigitankerengga.blogspot.com

Wednesday, January 26, 2011

LAGI SALAH LAKU CALON DUN TENANG SEMASA JADI ADO

KENYATAAN MEDIA DEWAN PEMUDA PAS PUSAT

26 JANUARI 2011

Minta Penjelasan Daripada Muhyiddin Yassin
Tanah En. Mansor Bin Mohamad HS(M) 535, Lot 2091, Mukim Jabi, Daerah Segamat telah di lelong pada 1/12/2003. Beliau mempunyai tunggakan bayaran hutang dengan pihak bank sekitar RM20,000. Penolong Pentadbir Tanah Daerah Segamat En. Mohd Azahar Bin Ibrahim yang juga calon Barisan Nasional (BN) pilihanraya kecil Tenang telah gagal menyerahkan notis pendengaran kes lelong ini kepada beliau. Secara rasminya En. Mansor tidak dimaklumkan tanahnya akan dilelong. Pada 19/9/2003 perintah jualan hartanah telah di keluarkan. 

Menurut En. Mansor, sehari sebelum lelongan beliau telah membuat bayaran kepada pihak bank sebanyak RM10,000 bagi bayaran tunggakan bayaran hutang. Beliau merayu kepada En Mohd Azahar agar tanahnya tidak di lelong. Pada hari tanahnya di lelong beliau membawa tunai sebanyak RM12,000 untuk menyelesaikan tunggakan hutangnya. Semua rayuan En Mansor tidak di layan.

Tanah seluas 8 ekar telah dilelong dengan harga RM70,000 sedangkan nilai tanah tersebut pada tahun 1996 bernilai RM116,000. Nilai semasa tanah tersebut dijangka RM120,000. Ini bermakna tanah En Mansor telah dijual dengan harga dibawah harga pasaran. Hanya seorang sahaja pembina yang hadir pada masa lelongan tersebut. Akhirnya tanah tersebut telah di beli oleh pembida tersebut.

En Mansor telah membuat saman pemula No 24(L) -674-2004 berkaitan tanah tersebut ke Mahkamah Tinggi Muar. Beliau telah dapat membuktikan kepada mahkamah bahawa tiada sebarang notis pendengaran kes lelongan hartanah diberikan kepada beliau. Pada 29/1/2008 Yang Arif Hakim Dato’ Asmadi Bin Haji Asnawi, Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Muar telah memutuskan membenarkan tuntutan En Mansor ke atas Pentadbir Tanah Daerah Segamat dengan kos akibat dari kecuaian pegawainya En. Mohd Azahar mengendalikan kes tersebut. Tanah tersebut telah dikembalikan kepadanya. Akhirnya En Mohd Azahar telah dipindahkan ke Pejabat Daerah Kecil Renggit. Pangkatnya telah diturunkan.

Saya mohon penjelasan daripada Muhyiddin Yassin, Timbalan Presiden UMNO mengenai perkara-perkara di bawah :

1.Mengapa calon BN bagi pilihanraya kecil Tenang En. Mohd Azahar Bin Ibrahim sebagai Penolong Pentadbir Tanah Daerah Segamat telah gagal memberi notis pendengaran kes lelongan tanah En. Mansor?

2.Mengapa nilai tanah En. Mansor di lelong dengan harga RM70,000 dibawah harga pasaran?

3.Mengapa rayuan En Mansor untuk mengelakkan lelongan tanah dengan membuat bayaran RM10,000 kepada bank tidak di layan oleh En Mohd Azahar?

4.Mengapa hanya seorang pembina tanah sahaja yang hadir pada masa lelongan tersebut berlaku?

5.Mengapa En Azahar diturunkan pangkat daripada Pejabat Daerah Segamat kepada Pejabat Daerah Kecil Renggit?

6.Apakah terdapat perundingan jahat antara En. Mohd Azahar, jurulelong dan pembina semasa mahu melelong tanah En Mansor?

7.Berapa kerugian yang ditanggung oleh Pejabat Tanah Daerah Segamat akibat kecuaian pegawainya menguruskan urusan tanah En Mansor?

8.Mengapa UMNO sanggup menghampakan ahli-ahlinya dengan meletakkan calon yang telah terbukti bersalah di mahkamah dalam pilihanraya kecil Tenang?

SUHAIZAN BIN KAIAT
Ketua Penerangan
Dewan Pemuda PAS Pusat

TENANG...INILAH PROTES KAUM INDIA YANG MENAKUTKAN BN

"Kebanyakan masyarakat mengadu, apa yang dijanji oleh kerajaan Barisan nasional hanyalah janji-janji manis dan tidak ditunaikan. Lebih kesal adalah ahli majlis yang dilantik langsung tidak pernah turun melawat kawasan". 

Menurut Naib Ketua DHPP, S.Surianarayanan aduan itu diperolehi pihaknya selepas meninjau kawasan-kawasan yang didiami masyarakat India di sini.

Selain itu, permasalahan besar yang hadapi pengundi di sini ialah memiliki kad pengenalan diri sebagai rakyat Malaysia.

"Mereka terpaksa berhadapan dengan pelbagai karenah birokrasi dan juga dikehendaki menyediakan pelbagai dokumen yang merumitkan," jelasnya.

Walaupun ini punca masalah ini adalah kesilapan mereka sendiri masa lepas tidak mendaftar semasa kelahiran anak.

"Tetapi, apa yang diwar-warkan di media arus perdana tentang kemudahan mendapatkan kad pengenalan hanyalah retorik semata," selarnya.

Masyarakat India yang dilawati itu berharap suara mereka dapat didengari sekiranya Pakatan Rakyat memerintah nanti.

Tambah Surianarayanan, DHPP juga menjangkakan pertambahan undi dari masyarakat Dun Tenang dalam PRK ini.

DHPP yang turun memberi sokongan kepada calon PAS, Cikgu Mala itu mula berkempen sejak hari pencalonan 
 
http://karatijau.blogspot.com

PRK TENANG : JENTERA PAS BANTU MANGSA BANJIR HARDCORE UMNO




Petugas PAS/Pakatan Rakyat telah bekerjasama dan bertungkus lumus membantu mangsa banjir di kampung karat UMNO. Walaupun air meningkat ke paras dada, para petugas terutama muslimat tetap bersemangat. Satu batang hidung pun pemimpin dan para petugas BN yang turun yang turun membantu. Tok Ai mana? takut terapung ke?













 
http://demokrasi93.blogspot.com