ALOR SETAR, 15 Jan.: Pejabat Sultan Kedah akan membuat laporan polis berhubung pengakuan Presiden Persatuan Veteran Tentera Melayu (PVTM), Mohd Ali Baharom mengenai pembelian gelaran ’Datuk’ yang tidak diperakukan dari sebuah institusi diraja di utara Semenanjung, dalam masa terdekat.
Ketua Istiadat Istana Kedah, Datuk Syed Unan Mashri Syed Abdullah Shahabuddin (gambar) berkata, laporan itu dibuat bagi membolehkan polis menyiasat kenyataan Mohd Ali secara terperinci memandangkan dakwaan itu serius dan boleh menjejaskan imej institusi diraja Kedah dan Perlis.
Menurutnya, dakwaan Mohd Ali juga tidak spesifik merujuk kepada institusi diraja negeri mana yang terlibat.
“Pejabat Sultan Kedah tidak mendapat sebarang maklumat berkenaan kegiatan individu tertentu menggunakan nama institusi diraja negeri ini untuk menjual darjah kebesaran. Justeru, kami tidak pasti sama ada kegiatan sedemikian benar-benar berlaku atau tidak.
“Sehubungan itu, laporan yang dibuat akan membolehkan polis menyiasat kenyataan individu terbabit kerana mencemarkan imej institusi diraja negeri Kedah,” katanya ketika diminta mengulas kenyataan Mohd Ali yang secara terbuka mengaku membeli gelaran ‘Datuk’ dengan harga RM250,000 pada 2006.
Syed Unan berkata, pemberian darjah anugerah oleh institusi diraja Kedah perlu melalui pelbagai proses yang ketat dan sebarang usaha membelinya melalui wang tidak mungkin berlaku.
Menurutnya, lazimnya, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Kedah akan mengeluarkan pengumuman awal kepada semua jabatan kerajaan untuk memberitahu kriteria-kriteria pencalonan penerima anugerah kebesaran diraja pada awal Mei setiap tahun.
“Pejabat SUK juga akan mengeluarkan dua borang untuk diisi calon yang berkelayakan sebelum diserahkan pula kepada Jawatankuasa Darjah Kebesaran Negeri Kedah yang dipengerusikan Menteri Besar untuk proses penapisan.
“Setelah itu, kesemua nama calon yang ditapis akan dipersembahkan kepada Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Muadzam Shah untuk mendapatkan perkenan baginda,” katanya.
Syed Unan berkata, sekiranya ada pihak mendakwa boleh mendapatkan darjah kebesaran diraja dengan bayaran tertentu, ia adalah satu pembohongan kerana hanya Sultan atau Raja sahaja yang berhak menentukan calon yang layak.
Menurutnya, orang ramai tidak seharusnya terpedaya dengan tawaran individu tertentu yang mendakwa diri mereka ahli kerabat diraja kerana hanya Jawatankuasa Darjah Kebesaran Negeri Kedah sahaja yang layak menentukan calon yang sesuai.
“Pada masa sama, Pejabat Sultan Kedah tidak mengetahui motif sebenar Mohd Ali membuat pengakuan itu dan tidak menolak kemungkinan ia bertujuan mencari publisiti murah," katanya.
Mohd Ali dalam satu kenyataan akhbar dua hari lalu memohon maaf kepada semua pihak yang mengenalinya dengan gelaran ‘Datuk’ sebelum ini kerana ia sebenarnya palsu dan tidak diperakukan.
Menurutnya, kesilapan itu perlu diakui dan diperbetulkan segera memandangkan beliau kini bergiat aktif dalam kerja kebajikan dan tidak mahu ia disalah anggap pada masa depan.
“Hari ini saya mahu membersihkan nama saya dengan memohon maaf secara terbuka kepada semua pihak termasuk media kerana menggunakan gelaran ‘Datuk’ yang telah saya ‘beli’ pada 2006 dengan RM250,000.
“Selain untuk saya sendiri, saya juga membelikan gelaran ‘Datuk’ buat seorang lagi kawan dengan harga sama dan kos keseluruhan termasuk menyediakan hiburan kepada penjual adalah sekitar RM1 juta,” katanya.SH

No comments:
Post a Comment