Sunday, February 27, 2011

KERAJAAN UMNO/BN AMBIL ALIH SEMUA MASJID DI SELURUH DUN KERDAU

Sejurus selepas mulanya tempoh rasmi berkempen, calon PAS Hassanuddin Salim mendakwa Jabatan Agama Islam Pahang kini mengambil alih secara sementara semua 22 masjid di DUN Kerdau.

NONEDakwanya, tindakan itu akan memberikan kelebihan kepada lawannya Syed Ibrahim Syed Ahmad daripada BN yang mudah berkempen di rumah ibadat tersebut dan tidak memberikan peluang sama rata kepadanya.

"Kita tidak marah dia hendak kawal semua. Tetapi saya menyeru kepada kerajaan supaya memberika peluang sama rata kepada kita supaya rakyat dapat menilai (hujah masing-masing)," katanya.

Berceramah pertama kali sebagai calon yang disahkan bertanding oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) semalam, Hassanuddin berkata, jika dibandingkan dengan calon BN yang berlatarbelakangkan pengajian Islam, beliau yang didik dalam parti Islam juga tidak kurang pengetahuan agamanya.

NONE"Kalau setakat berkhutbah dan memberikan tazkirah itu, selepas didik dalam parti Islam (PAS), saya rasa saya juga mampu. Saya menyeru, berilah supaya rakyat dapat menilai (kedua-dua calon)," katanya di hadapan kira-kira 100 penyokong PAS dalam ceramah dan perlancaran Buku Jingga Pakatan Rakyat di DUN Kerdau.

Turut sama dalam majlis itu Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan naib presidennya Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man serta pemimpin penting Pakatan Rakyat lain, termasuk Naib Presiden PKR Fuziah Salleh dan pengarah strategik parti itu Rafizi Ramli.

NONEHassanudin juga menyeru penyokong parti itu bekerja bersungguh-sungguh memenangkan wakil PAS supaya ia memberika isyarat kesediaan mereka merampas teraju pemerintahan Pahang dan negara ini daripada BN.

"Kemenangan di Kerdau ini juga penting untuk kita tunjukkan pelaksanaan dalam Buku Jingga," katanya sambil mengingatkan kebangkitan rakyat di Timur Tengah seperti di Tunisia dan Mesir.

Dalam pilihan raya kecil pada 6 Mac ini, Hassanuddin menggalas tugas berat untuk menewaskan Syed Ibrahim yang juga penasihat agama kepada menteri besar Pahang dan seorang yang berpendidikan agama daripada Universiti Al-Azhar - pusat pengajian paling berpengaruh dalam dunia Islam.


http://bloglistpolitik.blogspot.com/

RM10 JUTA PROJEK KEBETULAN DI DUN KERDAU

Mungkin sebelum ini anda pernah menonton cerita-cerita drama Tamil dan Hindustan, ReJaM© tak dapat nak sebutkan tajuk cerita yang khusus. Dalam drama hindustan dan tamil, selalu kita disajikan dengan watak ahli politik yang jahat. Ahli politik tamil yang suka menipu rakyat demi meraih kuasa.

Selalu kita lihat dan kita berasa jijik dengan watak jahat ahli politik di dalam cerita tamil. Ahli politik yang hanya akan membantu rakyat semasa pilihanraya demi meraih undi rakyat. Ahli politik yang akan menabur projek-projek untuk rakyat di saat pilihanraya demi meraih sokongan rakyat. Inilah wajah ahli politik watak jahat di dalam filem tamil dan hindustan. Mereka akan berpura-pura baik di masa pilihanraya, pura-pura membantu semasa pilihanraya.

Kita dapat lihat betapa bodohnya rakyat yang ditipu oleh ahli politik watak jahat dalam filem hindustan dan tamil. Sudah ditipu berulang-ulang, namun rakyat di dalam filem tamil tetap akan mengundi ahli politik watak jahat itu. Malah rakyat di dalam filem tamil berasa bangga ditipu oleh ahli politik watak jahat.

Rupanya di Malaysia juga kita ada ahli politik watak jahat seperti ini. Ahli politik yang akan menaburkan gula-gula pilihanraya demi meraih undi rakyat. Namun bila ditanya mengapa ahli politik watak jahat ini baru nak mengumumkan projek ini? Ahli politik jahat negara kita ini akan kata "Saya sudah lama merancang projek untuk kawasan ini, ini semua kebetulan tiada kena mengena dengan pilihanraya" [Malaysiakini].



Apa yang kelakar dan peliknya, rakyat bersorak sorai bergembira dengan pengumuman projek-projek kebetulan seperti ini. Rakyat bangga ditipu oleh pemimpin ahli politik jahat seperti ini. Inilah cara ahli politik mengekalkan kuasa. Inilah juga cara rakyat ditipu oleh ahli politik jahat.


http://milosuam.blogspot.com

TIADA AIR SUDAH CUKUP UNTUK TOLAK BN

Harakahdaily

TEMERLOH, 27 Feb: Masalah ketiadaan bekalan air bersih sejak negara mencapai kemerdekaan lebih 53 tahun sudah cukup bagi penduduk Kampung Pulau Mandi Angin untuk menolak Umno BN.

Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharudin Mat Isa berkata, lebih malang lagi bagi penduduk di kampung berkenaan tidak mendapat bekalan air sekalipun hanya berjarak empat kilometer dari loji air Batu Sawar.

Beliau yang meninjau masalah penduduk di kampung hari ini menambah, para penduduk di situ semacam dipinggirkan oleh kerajaan BN untuk mendapat kemudahan asas walaupun dua orang Perdana Menteri adalah dari negeri Pahang.

Katanya, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak hanya sekadar melaungkan slogan ‘rakyat diutamakan’ tetapi nasib rakyat di negeri sendiri terabai untuk menikmati bekalan air bersih.

Baginya, masalah utama mendapatkan bekalan air itu tidak sewajarnya berlaku kepada penduduk berkenaan kerana kerajaan BN hari ini sering mendakwa prihatin terhadap masalah yang dihadapi rakyat.

“Saya difahamkan masalah bekalan air yang dihadapi penduduk itu akan diatasi malam tadi kerana mungkin disebabkan berlaku pilihan raya kecil di kawasan ini,” ujarnya.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Bachok berkata, rakyat seharusnya tidak termakan dengan janji Umno BN yang hanya berusaha untuk menyelesaikan masalah rakyat apabila tiba pilihan raya termasuk pilihan raya kecil.

Katanya, jika benar Umno BN mahu menyediakan kemudahan kepada rakyat seperti bekalan air, para penduduk di kampung berkenaan sudah lama memperolehinya, bukan sekadar dijanjikan pada kempen pilihan raya kecil ini sahaja. 
 
www.gigitankerengga.blogspot.com

APA MAKNA "DARUL KASINO" WAHAI CALON BN KERDAU

Perkataan ini sinonim dengan negeri kelahiran Bini Ro$mah, di puncak sebuah gunung dalam negeri ini datuk kepada Bini Ro$mah atau mertua kepada 2 PM msia terdahulu telah berpakat dengan CUKUNG membuka sebuah pusat JUDI tersohor dunia dan kekal TERBESAR di dunia sehingga ke saat ini. di dalam nya terdiri dari PESARA2 peringkat tertinggi dalam KERAjaan mempunyai saham dan memegang beberapa bahagian dalam syarikat yang berasaskan keuntungan dari HASIL judi.


39814_145563265469549_100000476303052_382656_7263679_n Menteri Besar negeri darul casino.

Lupa makna perkataan………….boleh tanya penasihat agama ? MB pahang yang berkelulusan ijazah Bahasa Arab yang diperolehinya daripada Universiti Al-Azhar, Mesir. dia juga calon BN bagi PRK Dun Kerdau.

Balik pada cerita Darul Casino, maka termashurlah pusat JUDI itu, kongsi2 dapat lah keuntungan melimpah ruah, sehinggakan ANAK, MENANTU, CUCU, CICIT dapat hidup mewah dan MEMBESAR dengan hasil kegiatan JUDI itu, tidak terhenti di situ saja, maka tertubuh lah yayasan NOH bagi sambung meyambung hasil judi itu turun temurun, BERDARAH DAGING LAH KETURUNAN ITU dengan hasil JUDI.

image calon BN PRK Kerdau bersalam dengan CUCU NOH untuk ambil berkat.

Sebab itu lah berkarat hati perut dan otak nya untuk menerima Islam, dengan pemikiran hasil dari sumber JUDI ini telah membuatkan semua cerdik pandai Islam dalam pentadbiran nya berguling2 mengampu dan menyokong nya demi RM.

Pengundi Kerdau pilih lah BN untuk kongsi saham JUDI di puncak Genting itu, ini juga lah yang di mahu kan oleh MADEY agar semua melayu yang bangsawan tinggalkan keturunan nya dalam umno, melayu umno felda tetap TERKANDANG di tanah rancangan.

 http://guanomanikurai.blogspot.com

ISLAM SEDERHANA, AJARAN BARU UMNO DITEMPELAK TOKGURU NIK AZIZ

Mursyidul am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat dalam blognya, melahirkan rasa terkejutnya apabila membaca kenyataan Datuk Seri Najib Razak yang membuat tuduhan liar ke atas gerakan Ikhwan Muslimin dan ulama terkenal dunia, Syeikh Dr Yusuf Al-Qardhawi.

Sambil menyifatkan kenyataan perdana menteri itu sebagai “sangat tidak manis”, beliau menasihatkan Najib supaya beristighfar banyak-banyak.
NONE“Saya kira Perdana Menteri Malaysia sudah lupa langit tinggi rendah sewaktu mengeluarkan kenyataan tersebut. Saya khuatir, pemergian ke Turki hanya untuk berguru dengan tokoh sekular Turki yang jasadnya berkubur di situ.
“Sudahlah beberapa minggu lepas, salah seorang bekas perdana menteri Malaysia menulis menyerang saya dengan melabelkan Kamal Attarturk sebagai tokoh yang banyak berjasa kepada Islam, hari ini perdana menteri pula menziarahi pusara Kamal Attarturk dan meletakkan kalungan bunga di situ, satu amalan yang telah difatwakan haram di Malaysia.
“Barangkali itulah Islam sederhana, ajaran baru Umno,” tulis Nik Aziz.
NONEBeliau mengulas laporan berita dalam laman web National Review Online di mana Najib dilaporkan mengeluarkan kenyataan bernada kesal dengan keterlibatan Ikhwanul Muslimin dengan protes mendesak pengunduran Hosni Mubarak di Mesir yang berunsur keganasan dan melampau (violence and extremism).

Bukan Islam

Selain itu, pada ucapannya di Istanbul baru-baru, Najib juga dilaporkan menggambarkan Syeikh Dr Yusuf al-Qaradawi selaku seorang yang menyokong keganasan.
 
Sehubungan itu,Nik Aziz yang juga menteri besar Kelantan mengingatkan bahawa “tiada Islam sederhana, Islam melampau atau Islam kedai kopi. Semuanya Islam yang datang dari Rasulullah SAW. Setiap yang berbeza, itu bukannya Islam.”

Syeikh Dr Yusuf Al-QardhawiSecara panjang lebar, Nik Aziz kemudiannya menyoal neraca mana nama ganas itu mahu ditampal dan mempersoalkan sama ada setiap perbuatan menuntut hak setelah dinafikan itu didakwa sebagai ganas.
“Dalam Islam, neraca yang paling tepat ialah sunnah Rasulullah SAW dan bukan neraca Hillary Clinton. Baginda dan para sahabat telah berada di bumi tempat tumpah darah: Makkah al-Mukarramah selama 13 tahun, selama tempoh itulah umat Islam di Madinah dizalimi, dinafikan hak mereka bahkan pernah dipulau selama tiga tahun di Syi'ib Ali.
Bersedia jadi pengganas!

“Mereka tidak dibenarkan berjual beli dengan sesiapa, salam mereka tidak berjawab, sapa mereka tidak berbalas. Mereka ditekan dengan pelbagai tekanan namun tidak sekalipun mereka melawan kerana belum menadapat keizinan daripada Allah SWT.

NONE“Hanya di Madinah, barulah Allah SWT memerintahkan agar umat Islam berperang membela diri dan menjaga maruah.

Jelas Nik Aziz lagi, di Madinah, umat Islam akhirnya dibenarkan melawan dan mengangkat pedang memerangi kezaliman ke atas mereka. 

“Tiga belas tahun mereka bersabar di Mekah, namun kesabaran manusia ada hadnya. Jika binatang sekecil kucing pun boleh melawan jika ditindas, apatah lagi makhluk yang berakal seperti manusia?
“Adakah Rasulullah SAW dan para sahabat itu ganas? Suka saya nyatakan, jika Rasulullah SAW itu disifatkan ganas, maka semua muslim seharusnya bersedia untuk menjadi pengganas!”

NONEMenurut Nik Aziz, Hosni Mubarak telah menzalimi rakyat Mesir selama 30 tahun dan bila pilihan raya diadakan pula, diktator itu akan mendapat kemenangan hampir 99.99 peratus.

“Adakah menjatuhkan pemimpin seperti ini dianggap sebagai ganas? Janganlah pula membuat tuduhan bahawa Ikhawanul Muslimin yang terlibat sedangkan apa yang jelas berlaku di Mesir ialah kebangkitan rakyat.
 
Palitkan getah kepada Ikhwan
 
“Tidakkah Perdana Menteri Malaysia mengetahui bahawa mereka yang terlibat dengan protes ini terdiri daripada segenap lapisan rakyat Mesir. Muslim, Kristian, kelas bawahan, menengah bahkan atasan sekalipun berdiri satu barisan menuntut pengunduran Mubarak. Isunya ialah penyelewengan, penindasan dan kezaliman rejim Hosni Mubarak, jangan pula getahnya dipalitkan kepada Ikhwan!”

NONEMenurut Nik Aziz, Islam tidak mengajar umatnya untuk melakukan keganasan, tetapi Islam tidak pula membenarkan umatnya menghina diri dan merelakan perlakuan zalim ke atas diri mereka. 

“Peliknya, ketika Hosni Mubarak menzalimi rakyatnya sendiri, mulut-mulut ini diam seribu bahasa, apabila rakyat Mesir bertindak menuntut hak, mereka pula dilabelkan sebagai ganas.

“Demikianlah juga ketika Iraq dan Afghanistan dihancurkan oleh Amerika Syarikat, mana perginya perkataan ganas itu? Begitu juga dengan tindakan PBB membelah bahagikan bumi Palestin demi kepentingan Israel, PBB dan Israel tidak dilabelkan ganas.

Neraca senget
 
Syeikh Dr Yusuf Al-Qardhawi“Apabila rakyat Palestin bertindak walaupun hanya dengan melontar batu, mereka sudah dianggap ganas! Alangkah sengetnya neraca yang mereka gunakan,” kata Nik Aziz.

Menurut Nik Aziz, Al-Qaradawi adalah ulama berjasa yang pernah dipenjarakan ketika perdana menteri Malaysia hari ini belum lagi lahir ke dunia.

Katanya, beliau telah mengarang puluhan kitab dalam pelbagai disiplin ilmu dan pemikirannya dijadikan kajian oleh ratusan sarjana di seluruh dunia bahkan kerajaan Malaysia sendiri menganugerahkan Tokoh Maal Hijrah kepada beliau.

najib egypt democracy crisis“Istighfarlah banyak-banyak. Ingatlah kepada Allah SWT sebelum melabelkan ulama yang mulia dengan tuduhan seperti itu. 

“Harapan saya Perdana Menteri sekarang tidak berguru dengan salah seorang bekas perdana menteri yang semakin mengarut kenyataannya. Saya simpati dengan bekas perdana menteri itu,” akhiri tulisan Nik Aziz itu.
 
www.malaysiakini.com

AKIBAT MENASIHATI MUBARAK BUTA SEBELAH MATA DAN DIPENJARA 15 TAHUN


Seorang rakyat Arab Saudi kehilangan matanya dan dipenjara selama 15 tahun akibat menasihati diktator Mubarak supaya bertakwa kepada Allah.

Ali Mukhtar Qatin, seorang warga Saudi di Madinah, pada tahun 1993 telah menasihati Mubarak ketika berada di Masjid Nabawi. Ali Mukhtar Qatin menasihati Mubarak supaya bertakwa kepada Allah Swt dan memerintah negara Mesir sesuai dengan syariat dan hukum Islam.

Akibatnya, Mubarak sangat marah dan menggangap nasihat tersebut menghina beliau. Beliau mengarahkan pengawalnya menangkap dan memukul Qatin. Qatin ketika itu menyampaikan nasihat tersebut dengan adat dan sopan santun.

Qatin dibawa dari Madinah ke Jeddah kemudia dipindahkan ke Mesir dan dijatuhkan hukuman penjara selama 15 tahun. Macam biasa seperti amalan negara-negara korup, Qatin dizalimi dengan akta zalim iaitu dihukum tanpa bicara. Dipenjara Qatin kehilangan sebelah matanya akibat perilaku kejam dalam penjara dan doktor yang berkerja dengan rejim Mubarak langsung tidak pedulikan keadaan Qatin.
 

Thursday, February 24, 2011

KESIAN...KAUM SENDIRIPUN TAK PERCAYA APATAH LAGI KAUM LAIN.

Sekolah Cina tolak akhbar Melayu percuma

Akibat tekanan dan bantahan kumpulan pendidikan Cina dan parti pembangkan, sebuah sekolah rendah Cina di Kuantan menukar keputusannya untuk menerima akhbar percuma Utusan Malaysia.

utusan mahathir malay losing power 240910Menurut laporan Sin Chew Daily hari ini, keputusan tidak menerima akhbar tersebut dibuat oleh lembaga SRJK (C) Semambu selepas bermesyuarat malam semalam.

Pengerusi lembaga sekolah itu, Goh Kim Fah memberitahu Sin Chew Daily, sekolahnya pada asalnya memang mahu menerima akhbar percuma Utusan Malaysia yang disumbangkan oleh sebuah syarikat swasta yang bertujuan meningkatkan tahap penguasaan bahasa Melayu di kalangan pelajarnya.


“Diakui, kami memang lalai dalam isu ini. Kami tidak mengkaji impak keputusan (untuk menerima sumbangan itu),” katanya.

Menurut Goh, pelajar tidak seperti orang dewasa tidak akan dapat membezakan laporan Utusan Malaysia yang lazimnya menurut pengkritik adalah berat sebelah dan bersifat perkauman dengan berita sebenar.

utusan article on free paper give to chinese school 200211 02Ini antara alasan lembaga itu menolak tajaan sumbangan tersebut.

Isu berkenaan timbul apabila Utusan Malaysia melaporkan syarikat hartanah Pasdec Holdings Berhad akan menaja 4,375 akhbar percuma kepada empat sekolah rendah dan sebuah sekolah menengah di Pahang.
 
http://bloglistpolitik.blogspot.com

PEMILIHAN SEMULA HASANUDDIN SALIM SEBAGAI CALON ADALAH BERTEPATAN DENGAN KEHENDAK PENGUNDI DISITU - DATO' TUAN IBRAHIM TUAN MAN


TEMERLOH, 25 Feb [11.11 am] - Pemilihan Ketua Penerangan PAS Pahang, Hassanuddin Salim sebagai calon parti itu bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kerdau adalah bertepatan dengan kehendak pengundi. Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (foto) berkata, Hassanuddin adalah calon terbaik yang mempunyai ketrampilan bagi memenangkan Pakatan Rakyat. "Walaupun beliau pernah bertanding di sini dahulu dan tewas, namun kita yakin kali ini beliau boleh menang," katanya dalam sidang media selepas pengumuman calon di sini, malam tadi. 

Hassanuddin bakal berhadapan dengan Naib Ketua UMNO Bahagian Kuala Krau, Syed Ibrahim Syed Ahmad yang dipilih mewakili Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya kawasan itu yang akan berlangsung 6 Mac depan. Pada pilihan raya umum 2008, Hassanuddin tewas dengan majoriti besar iaitu 1,615 undi dengan wakil BN, Allahyarham Datuk Zaharuddin Abu Kassim yang memperoleh 4,135 undi. 

Hassanuddin memperoleh 2,520 undi. Mengulas mengenai perkara tersebut, Tuan Ibrahim yang juga Pengarah Pilihan Raya PAS Kerdau berkata, beliau yakin Hassanuddin mampu meraih sokongan pengundi pada pilihan raya kali ini. "Dengan ketrampilan yang ada padanya, saya yakin sasaran untuk dapatkan kembali majoriti berkenaan akan tercapai," katanya.

www.pahangdaily.blogspot.com

WANITA UMNO JASIN TUTUP BILIK GERAKAN DI MERLIMAU

Menjelang hari penamaan calon PRK Merlimau esok, Umno mengalami tsunami politik apabila Wanita Umno Jasin menutup bilik gerakan mereka di Taman Merlimau Jaya. Tindakan ini diambil kerana kecewa wakil Wanita Umno tidak dipilih menjadi calon untuk PRK Merlimau.

Sebaliknya Umno memilih Roslan Ahmad sebagai calon BN yang kurang dikenali dan popular di kalangan pengundi di situ. Perkara ini disahkan oleh Ketua Wanita Umno Jasin yang mengatakan bahawa beliau merasa tersinggung kerana pemilihan Roslan Ahmad menunjukkan pucuk pimpinan Umno mengenepikan sumbangan dan peranan wanita.

Menurut beliau lagi ini menunjukkan bahawa suara Wanita Umno tidak didengari oleh pimpinan Umno berbanding dengan Pakatan Rakyat seperti di PRK Tenang yang mengangkat martabat wanita dengan memilih bekas guru Normala Surdiman sebagai calon.

Beliau juga tidak dapat menyembunyikan kekecewaan apabila kesungguhan Wanita Umno Jasin emlancarkan "Gelombang Merah Wanita' yang menyasarkan 5000 petugas Wanita di Merlimau tidak dipedulikan oleh pimpinan Umno. Menurut beliau lagi sepanjang 15 PRK pasca pilihanraya ke 12 tidak ada seorang pun wakil di kalangan Wanita Umno dipilih menjadi calon berbanding dengan Pakatan Rakyat.

Kepada pengundi Merlimau, inilah watak sebenar Umno yang bercakaran dan berebut sesama sendiri untuk menjadi calon yang lebih kepada kepentingan peribadi dan mempunyai agenda tertentu. Inikah tradisi membela rakyat yang mereka slogankan selama ini? Adakah ini yang dinamakan rakyat didahulukan? Berbeza dengan PAS yang mewakili Pakatan Rakyat sama ada sayap Pemuda dan Muslimat dan komponen Pakatan Rakyat yang terdiri daripada PKR dan DAP yang sentiasa meletakkan agenda membela nasib rakyat dan keadilan serta membawa perubahan politik dan ekonomi sebagai teras perjuangan. Pendedahan Ketua Wanita Umno Jasin ini sekali gus mendedahkan tembelang sebenar Umno/BN yang kononnya sentiasa berganding bahu dan berpegang teguh kepada pucuk pimpinan.

Walau bagaimanapun kepada semua petugas PAS dan Pakatan Rakyat tidak mudah leka dan terbuai-buai dengan pergolakan yang berlaku dalam Umno di Merlimau sebaliknya terus meningkatkan momentum dan gerak kerja untuk menwan hati pengundi serta membawa mesej yang lebih besar bukan sahaja untuk PRK Merlimau tetapi dalam gagasan yang lebih besar dalam Pilihanraya Umum ke 13.
 
http://angkasanuri.blogspot.com

SEKITAR MAJLIS PENGISYTIHARAN CALON PRK KERDAU - http://malaysiaberih.blogspot.com

















YUHAIZAD ABDULLAH CALON DUN MERLIMAU

Yuhaizad Abdullah

Sementara itu di Merlimau P
AS menurunkan Timbalan Yang Dipertua Kawasan Jasin, Sdr Yuhaizad Abdullah, sebagai calon pilihanraya kecil N27 untuk berdepan dengan calon BN, Roslan Ahmad.Yuhaizad juga adalah Timbalan Ketua Dewan Pemuda Negeri Melaka.

Beliau amat dikenali pengundi-pengundi di DUN Merlimau ini kerana beliau ialah seorang yang amat aktif di dalam kerja-kerja masyarakat.

Di dalam mana-mana kegiatan parti yang melibatkan kawasan Jasin atau pemuda negeri, nama Yuhaizad tidak asing lagi sekalipun di kalagan pengundi bukan Melayu kerana beliau sering menjadi pengerusi majlis (mc) di pentas-pentas ceramah Pakatan Rakyat.
 http://malaysiaberih.blogspot.com

ANAK MUDA MULA MENYERTAI PAS DI KERDAU

Hashim Abdullah

TEMERLOH, 24 Feb: Penyertaan PAS dan Pakatan Rakyat (PR) dalam pilihan raya kecil (PRK) Dun Kerdau mendapat sambutan awal yang amat menggalakkan apabila seramai 15 orang pemuda Kampung Telok Sentang menyerahkan borang permohonan untuk menjadi ahli PAS.

Borang permohonan keahlian anak-anak muda itu diserahkan sendiri Ketua PAS Cawangan Telok Sentang, Abu Bakar Bakri kepada Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang sempena ceramahnya di kampung tersebut malam tadi.

Menurut Abu Bakar penyertaan golongan muda itu akan menambahkan semangat dan keyakinan PAS cawangan untuk berhadapan dengan pihak lawan pada pilihan raya kecil Dun Kerdau dan pilihanraya umum yang akan datang.

“Bersyukur kepada Allah di atas penyertaan golongan muda yang memberangsangkan ini dan kami menerima banyak permohonan yang dalam proses pengumpulan maklumat dari golongan muda kampung yang berada di luar,” katanya.

Turut menyaksikan penyerahan borang tersebut ialah Naib Presiden PAS yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.
 
www.gigitankerengga.blogspot.com

UMNO PAHANG CUBA RASUAH AHLI KEADILAN KELUAR PARTI

KUALA LUMPUR: KEADILAN mendedahkan beberapa laporan dalaman parti mengenai usaha tersusun Umno untuk merasuah pimpinan akar umbi KEADILAN supaya keluar parti menjelang Pilihan Raya Kecil (PRK) Merlimau dan Kerdau Mac ini.
Terbaru, Setiausaha Agung KEADILAN, Saifudin Nasution Ismail, berkata Umno Pahang dikatakan memujuk lima pimpinan cabang parti di negeri itu untuk keluar parti bersama kira-kira 500 anggota.
“Mereka dijanjikan ribuan ringgit dan projek untuk mengisytiharkan keluar parti dalam masa terdekat,” katanya pada kenyataan media yang dibacakan Pengarah Komunikasi, Nik Nazmi Nik Ahmad dalam sidang media di ibu pejabat parti. Hadir sama, Ahli Parlimen Indera Mahkota, Azan Ismail.
PRK Dewan Undangan Negeri (DUN) Kerdau adalah yang pertama di Pahang dan ia dilihat menguji sejauh mana sokongan rakyat di negeri itu terhadap kepimpinan Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak.
Saifuddin berkata, parti sedang mengumpul bukti lengkap berkenaan taktik Umno BN dan mendedahkannnya dari semasa ke semasa.
“Ini perlu dipandang serius Suruhanjata Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana gejala itu adalah kesalahan serius dan jika SPRM enggan membasminya, ia akan menjadi asam garam politik Malaysia.
“KEADILAN juga akan mengambil tindakan tegas kepada mana-mana anggota parti yang terlibat menerima rasuah dengan menggantung keanggotaan serta-merta sementara siasatan penuh dijalankan.
“Ini keputusan parti sebagaimana yang diputuskan Biro Politik pada mesyuarat 23 Februari lalu,” katanya yang kesal berikutan Umno BN setiap kali menjelang PRK menggunakan media untuk melaporkan kononnya ahli KEADILAN keluar parti.
Peliknya, Saifuddin berkata, ada  antara yang dilapor keluar parti itu sudahpun lama meninggalkan KEADILAN tetapi dilapor kembali bagi mengelirukan pengundi.
 
http://keretaburuk12.blogspot.com

HASANUDDIN SALIM CALON PAS DI KERDAU


TEMERLOH, 24 Feb: Ketua Penerangan PAS Pahang, Hasanuddin Salim diumumkan sebagai calon PAS bagi pilihan raya kecil (PRK) Kerdau oleh Mursyidul Am, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dalam majlis yang diadakan di tapak Kompleks PAS Pahang, Kerdau, pada jam 10.46 malam ini.

Turut berucap pada majlis itu ialah Timbalan Presiden PAS dan PKR, Ustaz Nasharudin Mat Isa dan Mohamed Azmin Ali, Naib Presiden dan AJK PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan Mohamad Sabu.

Hasanuddin yang dilahirkan di Kampung Loyang, Sanggang, Temerloh pernah bertanding di Dun Kerdau pada pilihan raya umum lalu.

Beliau yang berkelulusan Diploma Ukur dari UiTM, Shah Alam mempunyai seorang isteri dan tujuh orang anak adalah seorang usahawan.

Hasanuddin berpengalaman dalam kerja-kerja pembinaan berskala besar seperti pembinaan infrastruktur Hospital Temerloh di samping pernah berkhidmat di Sudan dalam industri minyak dan gas.
Sebelum ini beliau pernah menyandang jawatan Setiausaha Dewan Pemuda Pas Pahang, dan sekarang beliau merupakan Setiausaha Pas Kawasan Temerloh merangkap Ketua Penerangan Pas Pahang.

SPR menetapkan tarikh pengundian PRK Kerdau pada 6 Mac ini sementara penamaan calon pula 26 Februari.
www.gigitankerengga.blogspot.com

Wednesday, February 23, 2011

PASAI APA UMNO LETAK USTAZ JADI CALON DI KERDAU ?


Malaysiakini melaporkan:
BN hari ini memilih naib ketua bahagian Umno Kuala Krau Syed Ibrahim Ahmad sebagai calonnya pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kerdau pada 6 Mac ini.

Perkara itu diumumkan oleh Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin di hadapan lebih 4,000 penyokong BN di Dataran Sri Ketumbit, dekat Temerloh, hari ini.

Berusia 44 tahun, Syed Ibrahim adalah juga Penasihat Agama Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob.

Pemilihan anak jati tempatan berkelulusan dari Universiti Al-Azhar itu dipercayai mampu mempertahankan kerusi BN pada pilihan raya kecil ke-16 negara selepas pilihan raya umum 2008. - Mkini
Menarik jugak bila Umno calonkan 'ustaz' untuk PRK kali ni. Kira ok jugak ustaz ni sebab berkelulusan Universiti Al-Azhar, walaupun katanya di Fakulti Bahasa Arab di Universiti Al-Azhar.

Puak-puak blogger pencacai Umno awal-wal lagi dah highlight calon ni sebagai ustaz. Bangga betul depa dapat sorang calon PRK Ustaz. memang pun patut kalau depa berbangga sebabnya memang payah depa nak dapat peluang macam ni.

Pasainya ada berapa kerat sangat pemimpin Umno di peringkat bahagian yang ustaz. Bukan senang orang yang ada pendidikan agama nak naik dalam Umno. Tambah pulak kalau yang masih mengekalkan ciri-ciri ustaz.

Yang ramainya, walaupun berpendidikan agama, tapi tak berapa nak mengaku ustaz. Mungkin la kut depa pun tak berapa sanggup nak mengaku sebagai ustaz pasai depa tak mampu nak kekalkan ciri-ciri sebagai ustaz.

Kalau memang calon Umno ni popular dengan panggilan Ustaz macam yang blogger Umno kata, aku cukup respek la ustaz ni. Pasainya setahu aku, nak boleh naik sampai ke peringkat Naib Ketua Bahagian tu bukannya senang. Kalau tak main duit memang payah sangat-sangat nak naik. Jadinya kalau la ustaz ni naik tanpa main duit beli perwakilan, memang hebat ustaz ni.

Yang lebih menariknya ustaz ni, masa program mengistihatkan calon tu, siap pakai kepiah lagi. Kalau tengok gambar dia kat bawah nu, orang kata dia Ketua Pemuda PAS kawasan pun aku boleh percaya.

Persoalannya sekarang, siapa calon dari PAS yang akan lawan ustaz Umno ni?

Sinar harian melaporkan:
“Kita memang sudah menjangkakan Syed Ibrahim dicalonkan dan sudah bersedia berhadapan dengan jentera BN nanti,” katanya.

Beliau juga mengakui mengenali Syed Ibrahim dan pernah menghadiri majlis berbentuk keagamaan bersama-sama.

Menurutnya, Syed Ibrahim juga pernah menghubunginya sebelum ini dan bertanyakan pendapat sekiranya beliau dinamakan sebagai calon.

“Dalam konteks politik kita (Pas) bersedia berhadapan dengan Syed Ibrahim dan sesiapa saja calon Pas nanti pastinya mampu mencipta kejutan,” katanya. - SH
http://cenangau.blogspot.com

GAMBAR :RUMAH MILIK TAIB MAHMUD AND KRONI-KRONINYAA













Ketika Menteri Sarawak, Taib Mahmud dan Kroni pembalakannya mahu mengeluarkan masyarakat Rumah Panjang dari Tanah Adat mereka, Taib dan Kroninya akan menjanjikan perkara yang sama.
 
Mereka menjanjikan akan membawa kemajuan dan pembangunan buat masyarakat Rumah Panjang itu yang kebanyakkannya tidak menerima sebarang pampas an dari pengambil-alihan Tanah Adat milik mereka itu

Dan yang menerima pampasan pula nilainya pula amat kecil dan hanya cukup buat membeli beras jika dibandingkan dengan kayu yang berharga dan tanah milik mereka itu.

Namun begitu mereka gembira kerana telah dijanjikan oleh Taib Mahmud bahawa kehidupan mereka akan diubah mereka akan dibawa ke dalam dunia moden yang memiliki prasarana jalanraya, bekalan air bersih, bekalan elektrik, Sekolah, Rumah Sakit, Institusi Pengajian Tinggi dan juga pekerjaan.

Tetapi kini 30 tahun telah berlalu, apa yang kita saksikan? Umum tahu bahawa Taib dan Kroninya telah menebang Satu setengah juta Kilometer persegi kayu-kayu balak dari hutan yang menjadi tanah adat masyarakat pribumi di Sarawak yang berharga berbillion dollar US.
Biarpun hutan-hutan ini telah disahkan oleh Mahkamah sebagai hak masyarakat pribumi.. tetapi.. apa yang jelas sekarang ialah masyarakat pribumi yang memiliki kekayaan hutan itu sekarang lebih miskin dari dulu..

Kemana perginya kekayaan yang sepatutnya menjadi milik mereka itu?? Gambar-gambar  diaeas  mungkin boleh memberikan kita jawapannya.. 
 
http://malaysiaberih.blogspot.com