Wednesday, February 2, 2011

PENETAPAN HARGA BARANG DIBAWAH KUASA PERSEKUTUAN

Penetapan harga barang di bawah kuasa Persekutuan .. sila baca perkara 8

Jadual Kesembilan-Senarai Perundangan.

JADUAL KESEMBILAN
[Perkara 74, 77]
Senarai Perundangan
Senarai I-Senarai Persekutuan

1. Hal ehwal luar negeri, termasuk-
(a) Triti, perjanjian dan konvensyen dengan negara lain dan segala perkara yang menghubungkan Persekutuan dengan mana-mana negara lain;
(b) Perlaksanaan triti, perjanjian dan konvensyen dengan negara lain;
(c) Perwakilan diplomat, konsul dan perdagangan;
(d) Organisasi antarabangsa; penyertaan dalam badan antarabangsa dan perlaksanaan keputusan yang diambil dalam badan itu;
(e) Ekstradisi; pesalah buruan; penerimaan masuk ke dalam Persekutuan, dan emigrasi dan pengusiran dari Persekutuan;
(f) Pasport; visa; permit masuk atau perakuan lain; kuarantin;
(g) Bidang kuasa asing dan luar wilayah; dan
(h) Ziarah ke tempat-tempat di luar Malaysia.
2. Pertahanan bagi Persekutuan atau mana-mana bahagiannya, termasuk-
(a) Angkatan laut, darat dan udara dan angkatan tentera lain;
(b) Mana-mana angkatan tentera yang bertugas atau menjalankan operasi bersama dengan mana-mana angkatan tentera Persekutuan; angkatan pelawat;
(c) Kerja pertahanan; kawasan tentera dan kawasan larangan; pengkalan bagi angkatan laut, darat dan udara; berek, padang terbang dan kerja lain;
(d) Olah gerak:
(e) Peperangan dan keamanan; musuh orang asing dan orang asing mush; harta musuh; perdagangan dengan musuh; kerosakan perang; insurans risiko perang;
(f) Senjata, senjata api, amunisi dan bahan letupan;
(g) Perkhidmatan negara; dan
(h) Pertahanan awam.
3. Keselamatan dalam negeri, termasuk-
(a) Polis; penyiasat jenayah; pendaftaran penjenayah; kenteraman awam;
(b) Penjara; institusi pemulihan akhlak; rumah reman; tempat tahanan; percubaan akhlak bagi pesalah; pesalah juvana;
(c) Tahanan pencegahan; sekatan kediaman;
(d) Perkhidmatan risikan; dan
(e) Pendaftaran negara.
4. Undang-undang dan tatacara sivil dan jenayah dan pentadbiran keadilan, termasuk-
(a) Keanggotaan dan susunan semula mahkamah selain Mahkamah Syariah;
(b) Bidang kuasa dan kuasa semua mahkamah itu;
(c) Saraan dan keistemewaan lain hakim dan pegawai yang mengetuai mahkamah itu;
(d) Orang yang berhak menjalankan amalan di hadapan mahkamah itu;
(e) Tertakluk kepada perenggan (ii), perkara yang berikut-
(i) Kontrak; perkongsian, agensi dan kontrak khas yang lain; majikan dan perkhidmat; rumah inapan dan tuan
rumah inapan; perbuatan salah boleh dakwa; harta dan pindah hakmiliknya serta hipotekasinya, kecuali tanah; bona vacantia; ekuiti dan amanah; perkahwinan, perceraian dan kesahtarafan; harta dan taraf perempuan bersuami; pentafsiran undang-undang persekutuan; surat cara boleh niaga; akuan berkanun; timbang tara; undang-undang persaudagaran; pendaftaran perniagaan dan nama perniagaan; umur dewasa; budak-budak dan orang belum dewasa; pengangkutan; pewarisan, berwasiat dan tidak berwasiat; probet dan surat kuasa mentadbir; kebankrapan dan ketidakmampuan bayar; sumpah dan ikrar; batasan; penguatkuasaan bersaling penghakiman dan perintah; undang-undang keterangan;
(ii) perkara yang disebut dalam perenggan (i) tidak termasuk undang-undang diri Islam yang berhubungan dengan
perkhawinan, perceraian, penjagaan, nafkah, pengangkatan, kesahtarafan, undang-undang keluarga, alang atau pewarisan, berwasiat dan tidak berwasiat;
(f) Rahsia rasmi; perbuatan rasuah;
(g) Penggunaan atau penunjukkan jata, lambang kebangsawanan, bendera, lambang, pakaian seragam, darjah kebesaran dan bintang kehormatan selain bagi sesuatu Negeri;
(h) Pewujudan kesalahan berkenaan dengan mana-mana perkara yang termasuk dalam Senarai Persekutuan atau yang diperkatakan oleh undang-undang persekutuan;
(i) Tanggung rugi berkenaan dengan mana-mana perkara dalam Senarai Persekutuan atauyang diperkatakan oleh undang-undang persekutuan;
(j) Bidang kuasa Admiralti;
(k) Penenetuan hukum Syarak dan undang-undang diri yang lain bagi maksud undang-undang persekutuan; dan
(l) Pertaruhan dan loteri.
5. Kewarganegaraan Persekutuan dan penaturalisasian; orang asing.
6. Jentera kerajaan, tetakluk kepada Senarai Negeri, tetapi termasuk-
(a) Pemilihan menjadi ahli kedua-dua Majlis Parlimen dan Dewan-Dewan Undangan Negeri dan segala perkara yang berkaitan dengannya;
(b) Majlis Angkatan Tentera dan Suruhanjaya yang baginya Bahagian X terpakai;
(c) Perkhidmatan persekutuan, termasuk mengadakan perkhidmatan bersama bagi Persekutuan dan Negeri-Negeri; perkhidmatan bersama bagu dua Negeri atau lebih;
(d) Pencen dan pampasan kerana hilang jawatan; ganjaran dan syarat-syarat perkhidmatan;
(e) Pemerintahan dan pentadbiran Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya termasuk hukum Syarak di dalamnya setakat yang sama sebagaimana yang diperuntukkan dalam butiran 1 Senarai Negeri dan berkenaan dengan Wilayah Persekutuan Labian, undang-undang dan adat anak negeri setakat yang sama sebagaimana yang diperuntukkan dalam butiran 13 Tambahan kepada Senarai Negeri bagi Negeri Sabah dan Sarawak;
(f) Kontrak Kerajaan Persekutuan;
(g) Pihak berkuasa awam Persekutuan; dan
(h) Pembelian, pengambilan dan pemegangan, dan pembuatan apa-apa urusan mengenai, harta bagi maksud persekutuan.
7. Kewangan, termasuk-
(a) Mata wang, wang sah dan pensyilingan;
(b) Simpanan negara dan bank simpanan;
(c) Peminjaman atas jaminan Kumpulan Wang Disatukan Persekutuan;
(d) Pinjaman kepada atau peminjaman oleh Negeri, pihak berkuasa awam dan pengusahaan persendirian;
(e) Hutang awam Persekutuan;
(f) Tatacara kewangan dan perakaunan, termasuk tatacara bagi pemungutan, penjagaan dan pembayaran wang awam Persekutuan dan wang awam Negeri, dan pembelian, penjagaan dan pelupusan harta awam selain tanah Persekutuan dan tanah Negeri;
(g) Audit dan akuan Persekutuan dan Negeri dan pihak berkuasa awam yang lain;
(h) Cukai; kadar di ibu kota persekutuan;
(i) Fi berkenaan dengan mana-mana perkara dalam Senarai Persekutuan atau yang diperkatakan oleh undang-undang persekutuan;
(j) Perbankan; pemberian pinjaman wang; pemegang pajak gadai; kawalan kredit;
(k) Bil pertukaran, cek, nota janji hutang dan surat cara lain yang seumpamanya;
(l) Pertukaran asing; dan
(m) Terbitan modal; bursa saham dan bursa komoditi.
8. Pertukangan, perdagangan dan perindustrian, termasuk-
(a) Pengeluaran, pembekalan dan pengedaran barangan; kawalan harga dan kawalan makanan; pengadukan bahan makanan dan barangan lain;
(b) Import ke dalam Persekutuan dan eksport dari Persekutuan;
(c) Pemerbadanan, pengawalseliaan dan penggulungan perbadanan, selaian perbadanan perbandaran (tetapi termasuk perbadanan perbandaran ibu kota persekutuan); pengawalseliaan perbadanan asing; ganjaran atas pengeluaran di Persekutuan atau atas eksport dari Persekutuan;
(d) Insurans, termasuk insurans wajib;
(e) Paten; reka bentuk; reka cipta; cap dagangan dan cap persaudagaran; hak cipta;
(f) Penetapan standard timbang dan sukat;
(g) Penetapan standard kualiti barangan yang dibuat di dalam Persekutuan atau dieksport dari Persekutuan;
(h) Lelong dan pelelong;
(j) Tertakluk kepada butiran 2(c) dalam Senarai Negeri: Pembangunan sumber mineral; lombong, perlombongan, mineral dan bijih mineral; minyak dan medan minyak; membeli, menjual, mengimport dan mengeksport mineral dan bijih mineral; keluaran petroleum; pengawalseliaan perburuhan dan keselamatan di dalam lombong dan medan minyak;
(k) Kilang, dandang dan jentera; pertukangan berbahaya; dan
(l) Bahan berbahaya dan mudah terbakar.
9. Perkapalan, pelayaran dan perikanan, termasuk-
(a) Perkapalan dan pelayaran di laut lepas dan di perairan pasang surut dan di perairan pendalaman;
(b) Pelabuhan dan pengkalan; pesisir depan;
(c) Rumah api dan peruntukan lain bagi keselamatan pelayaran;
(d) penangkapan ikan dan perikanan kelautan dan muara, tidak termasuk penyu;
(e) Dues api; dan
(f) Bangkai dan salvaj.
10. Perhubungan dan pengangkutan, termasuk-
(a) Jalan, jambatan, feri dan cara perhubungan yang lain jika diisytiharkan sebagai persekutuan oleh atau di bawah undang-undang persekutuan;
(b) Kereta api, tidak termasuk Kereta Api Bukit Bendera;
(c) Jalan udara, pesawat udara dan penerbangan udara; padang terbang awam; peruntukan bagi keselamatan pesawat udara;
(d) Pengawalseliaan lalu lintas mengikut jalan darat, air dan udara, selain lalu lintas di sungai-sungai di luar kawasan pelabuhan yang keseluruhannya terletak didalam satu Negeri;
(e) Pembawaan penumpang dan barangan mengikut jalan darat, air dan udara;
(f) Kenderaan yang didorong secara mekanik;
(g) Pos dan telekomunikasi; dan
(h) Wayarles, penyiaran dan televisyen.
11. Kerja-kerja dan kuasa Persekutuan, termasuk-
(a) Kerja raya bagi maksud persekutuan;
(b) Bekalan air, sungai dan terusan, kecuali yang keseluruhannya terletak di dalam suatu Negeri atau yang dikawal selia oleh suatu perjanjian antara semua Negeri yang berkenaan; pengeluaran; pengagihan dan pembeklan kuasa air; dan
(c) Elektrik; gas dan kerja gas; dan kerja lain bagi pengeluaran dan pengagihan kuasa dan tenaga.
12. Tinjauan, siasatan dan penyelidikan, termasuk-
(a) Banci; pendaftaran kelahiran dan kematian; pendaftaran perkahwinan; pendaftaran pengangkatan, selain pengangkatan di bawah hukum Syarak dan adat Melayu;
(b) Tinjauan Persekutuan; tinjauan sosial, ekonomi dan saians; organisasi kaji cuaca;
(c) Penyelidikan sains dan teknik; dan
(d) Suruhanjaya siasatan.
13. Pendidikan, termasuk-
(a) Pendidikan rendah, menengah dan universiti; pendidikan vokasional dan teknik; latihan guru; pendaftaran dan pengawalan guru, pengurus dan sekolah; pemajuan pengajian khas dan penyelidikan; pertubuhan sains dan satera;
(b) Perpustakaan; muzium; monumen dan rekod purbakala dan sejarah; tapak dan peninggalan zaman purba.
14. Perubatan dan kesihatan termasuk kebersihan di ibu kota persekutuan, dan termasuk-
(a) Hospital, klinik dan dispensari; profesion perubatan; kebajikan ibu mengandung dan bersalin serta anak; pesakit kusta dan institusi pesakit kusta;
(b) Penyakit gila dan kecacatan mental, termasuk tempat menerima dan memberikan rawatan;
(c) Racun dan dadah berbahaya; dan
(d) Dadah dan minuman keras yang memabukkan; pembuatan dan penjualan dadah.
15. Buruh dan keselamatan sosial, termasuk-
(a) Kesatuan sekerja; pertikaian perindustrian dan buruh; kebajikan buruh termasuk mengadakan rumah bagi buruh oleh majikan; liabiliti majikan dan pampasan pekerja;
(b) Insurans pengangguran; insurans kesihatan; pencen balu; anak yatim dan umur tua; faedah mengandung dan bersalin; kumpulan wang simpanan dan kebajikan; persaraan dan
(c) Khairat dan institusi khairat; amanah khairat dan pemegang amanah tidak termasuk Wakaf; derma kekal Hindu.
16. Kebajikan orang asli.
17. Pekerjaan profesional, selain yang disebut satu persatu secara khusus.
18. Hari kelepasan selain hari kelepasan Negeri; standard waktu.
19. Pertubuhan tidak diperbadankan.
20. Pengawalan makhluk perosak pertanian; perlindungan daripada makhluk perosak itu; pencegahan penyakit tumbuhan.
21. Akhbar, penerbitan; penerbit; percetakan dan mesin cetak.
22. Penapisan.
23. Tertakluk kepada butiran 5(f) Senarai Negeri: panggung; panggung wayang; filem sinematograf; tempat hiburan awam.
24. (Dimansuhkan).
25. Koperasi.
25A. Pelancongan.
26. Tertakluk kepada butiran 9A Senarai Bersama, pencegahan kebakaran dan pemadaman api, termasuk perkhidmatan bomba dan pasukan bomba.
27. Segala perkara yang berhubung dengan Wilayah-Wilayah Persekutuan, termasuk perkara yang disebut dalam butiran 2, 3, 4 dan 5 Senarai Negeri dan dalam hal Wilayah Persekutuan Labuan, perkara yang disebut satu persatu dalam butiran 15, 16 dan 17 Tambahan kepada Senarai Negeri bagi Negeri Sabah dan Sarawak.


 http://jantantuya.blogspot.com

No comments:

Post a Comment