
Hassanuddin bakal berhadapan dengan Naib Ketua UMNO Bahagian Kuala Krau, Syed Ibrahim Syed Ahmad yang dipilih mewakili Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya kawasan itu yang akan berlangsung 6 Mac depan. Pada pilihan raya umum 2008, Hassanuddin tewas dengan majoriti besar iaitu 1,615 undi dengan wakil BN, Allahyarham Datuk Zaharuddin Abu Kassim yang memperoleh 4,135 undi.
Hassanuddin memperoleh 2,520 undi. Mengulas mengenai perkara tersebut, Tuan Ibrahim yang juga Pengarah Pilihan Raya PAS Kerdau berkata, beliau yakin Hassanuddin mampu meraih sokongan pengundi pada pilihan raya kali ini. "Dengan ketrampilan yang ada padanya, saya yakin sasaran untuk dapatkan kembali majoriti berkenaan akan tercapai," katanya.
www.pahangdaily.blogspot.com
No comments:
Post a Comment