Malaysiakini melaporkan:
BN hari ini memilih naib ketua bahagian Umno Kuala Krau Syed Ibrahim Ahmad sebagai calonnya pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kerdau pada 6 Mac ini.Menarik jugak bila Umno calonkan 'ustaz' untuk PRK kali ni. Kira ok jugak ustaz ni sebab berkelulusan Universiti Al-Azhar, walaupun katanya di Fakulti Bahasa Arab di Universiti Al-Azhar.
Perkara itu diumumkan oleh Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin di hadapan lebih 4,000 penyokong BN di Dataran Sri Ketumbit, dekat Temerloh, hari ini.
Berusia 44 tahun, Syed Ibrahim adalah juga Penasihat Agama Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob.
Pemilihan anak jati tempatan berkelulusan dari Universiti Al-Azhar itu dipercayai mampu mempertahankan kerusi BN pada pilihan raya kecil ke-16 negara selepas pilihan raya umum 2008. - Mkini
Puak-puak blogger pencacai Umno awal-wal lagi dah highlight calon ni sebagai ustaz. Bangga betul depa dapat sorang calon PRK Ustaz. memang pun patut kalau depa berbangga sebabnya memang payah depa nak dapat peluang macam ni.
Pasainya ada berapa kerat sangat pemimpin Umno di peringkat bahagian yang ustaz. Bukan senang orang yang ada pendidikan agama nak naik dalam Umno. Tambah pulak kalau yang masih mengekalkan ciri-ciri ustaz.
Yang ramainya, walaupun berpendidikan agama, tapi tak berapa nak mengaku ustaz. Mungkin la kut depa pun tak berapa sanggup nak mengaku sebagai ustaz pasai depa tak mampu nak kekalkan ciri-ciri sebagai ustaz.
Kalau memang calon Umno ni popular dengan panggilan Ustaz macam yang blogger Umno kata, aku cukup respek la ustaz ni. Pasainya setahu aku, nak boleh naik sampai ke peringkat Naib Ketua Bahagian tu bukannya senang. Kalau tak main duit memang payah sangat-sangat nak naik. Jadinya kalau la ustaz ni naik tanpa main duit beli perwakilan, memang hebat ustaz ni.
Yang lebih menariknya ustaz ni, masa program mengistihatkan calon tu, siap pakai kepiah lagi. Kalau tengok gambar dia kat bawah nu, orang kata dia Ketua Pemuda PAS kawasan pun aku boleh percaya.
Persoalannya sekarang, siapa calon dari PAS yang akan lawan ustaz Umno ni?
Sinar harian melaporkan:
“Kita memang sudah menjangkakan Syed Ibrahim dicalonkan dan sudah bersedia berhadapan dengan jentera BN nanti,” katanya.
Beliau juga mengakui mengenali Syed Ibrahim dan pernah menghadiri majlis berbentuk keagamaan bersama-sama.
Menurutnya, Syed Ibrahim juga pernah menghubunginya sebelum ini dan bertanyakan pendapat sekiranya beliau dinamakan sebagai calon.
“Dalam konteks politik kita (Pas) bersedia berhadapan dengan Syed Ibrahim dan sesiapa saja calon Pas nanti pastinya mampu mencipta kejutan,” katanya. - SH
http://cenangau.blogspot.com
No comments:
Post a Comment