Monday, March 28, 2011

PANAS!! PENDEDAHAN BLOGGER UMNO-APCO TOGOK ARAK (BAHAGIAN AKHIR


http://jalanpulang1978.blogspot.com

TENTU SEMUA ORANG NAK TAU, SIAPA LA BLOGGER UMNO-APCO YANG TERANG-TERANG TOGOK ARAK MASA SOLAT MAGHRIB NI KAH KAH KAH...

SEBELUM ITU LIHAT PENDEDAHAN EKSKLUSIF BAHAGIAN 1, 2 DAN 3 PADA PAUTAN DI BAWAH!

BAHAGIAN 1 - Gambar blogger UMNO bersantai dengan air kencing syaitan!

BAHAGIAN 2 - Gambar Keratan Ke-2 Blogger UMNO Tonggang Arak Di Kala Maghrib !!!

BAHAGIAN 3 - Keratan ketiga gambar blogger UMNO solat di kedai arak

DAN INI DIA BAHAGIAN TERAKHIR!!



KAH KAH KAH...

KAH KAH KAH...

KAH KAH KAH...

GAMBAR BAHAGIAN 1


GAMBAR BAHAGIAN 2


GAMBAR BAHAGIAN 3


Dan hasilnya adalah seperti BERIKUT (3 BAHAGIAN)

BUKAN ISLAM PUN PANDANG JIJIK PADA VIDEO LUCAH....UMNO TAK MALU KE ?

WarkahDaily, 29 Mac – Satu ungkapan yang paling sesuai diperkatakan terhadap fitnah video seks barua Umno ‘memalukan’. Apa yang tidaknya, kalau tiga sekawan yang menggelarkan diri mereka sebagai Datuk T tu tanpa ada perasaan malu, moraliti yang rendah, ajak para wartawan menonton video seks yang sengaja direka-rekakan semata-mata mahu menjatuhkan seseorang.

DALANG: Eskay dan Rahim dalam sidang media mengaku sebagai Datuk T, orang yang bertanggungjawab tayang video seks.
Jelas, perkembangan ini menunjukkan kepada dunia, inilah budaya kita ‘guna video seks sebagai modal menyerang musuh politik’. Mengalahkan negara-negara barat yang bukan beragama Islam.

Semalam, laporan The Malaysian Insider menyebut, Majlis Perundingan Malaysia Agama Buddha, Kristian, Hindu, Sikh dan Tao menggesa kerajaan mengambil tindakan tegas ke atas mereka yang bertanggungjawab terhadap pendedahan rakaman video seks minggu lalu, yang didakwa melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Presidennya Rev. Dr Thomas Philips berkata, perkembangan itu meletakkan negara pada peta kerana sebab-sebab yang berbeza.

Malah kata beliau, ia juga satu perkembangan menjijikkan dan tidak dapat percaya yang Malaysia dihiburkan dengan naratif grafik berhubung video seks 21 minit, didedahkan oleh tiga pihak yang menggunakan nama “Datuk T”.

“Matlamat mereka mengaibkan Ketua Pembangkang Parlimen yang dipilih menyinggung sensitiviti mereka yang (mementingkan) kesopanan, tidak kira kaum atau agama mereka anuti,” kata beliau.

Philips berkata sejak beberapa dekad lalu, rakyat Malaysia “dilayan” oleh siri skandal kewangan, sosial, dan politik, yang dilakukan oleh mereka yang sepatutnya memperlihatkan “kepimpinan melalui teladan.”

Kata beliau, imej Malaysia tercemar disebabkan pemimpin-pemimpin yang tidak bertanggungjawab, yang mengaku terlibat dalam tindakan memalukan seperti itu.

“(Oleh itu) kami meminta kerajaan mengambil tindakan tegas dan sewajarnya terhadap mereka di sebalik tabir skandal ini (video seks) dan mewujudkan era baru, yang diisi dengan (semangat) hormat-menghormati, bermaruah, percaya dan harapan bagi keseluruhan rakyat negara ini,” katanya.

Memang betullah apa yang dikatakan oleh Presiden PAS sebelum ini, kesucian Islam di negara ini telah dicemari dan dikotori oleh pemimpin Umno sendiri.

Malahan bangsa Melayu yang dianggap paling bersopan dengan tata-susila akan lenyap dari ingatan, bahkan lebih buruk lagi, Melayu selepas ini akan diingat dengan skandal seks.

Betapa jijiknya Umno kerana mahu kekal berkuasa, apa sahaja akan dilakukannya tidak kira ianya boleh menjatuhkan maruah, moral atau agamanya sendiri, asalkan kuasa terus dimilikinya.

Kerana sudah tidak mampu lagi berhadapan dengan Pakatan Rakyat (PR) yang semakin mendapat tempat di hati rakyat, Umno-BN merasa dirinya tergugat, maka pelbagai usaha kotor akan dilakukan demi survival kuasa dan matlamat melombong khazanah negara ke poket sendiri dan kroni dapat diteruskan. 
 
http://warkahdaily.blogspot.com

Saturday, March 26, 2011

Tak turun dah rasanya!!!!!!!!!!!!!!

Taib to defend Balingian seat in Sarawak election
MUKAH: Sarawak Chief Minister Tan Sri Abdul Taib Mahmud has confirmed that he will defend his Balingian seat in the state election.
“That is why I am here,” he said when approached by reporters during a visit to the PBB Balingian service centre.

Taib, who is state Barisan Nasional chairman and PBB president, said the party would field about 25% new faces.
He added that the state Barisan was at the same time finalising its list of candidates.

(baca lanjut disini)

Ulasan:Berita ni kata yang Ketua Menteri Sarawak akan pertahan Kerusi DUN Balingian tempat yang bertanding sejak lama dulu.
Jadinya,dia akan kata pulak yang Nik Aziz dah lama pegang MB Kelantan pun masih tidak mau turun.Cumanya dia ni jadi KM Sarawak lagi lama dari Ahli Politik lain yang jadi KM atau MB dalam Malaysia ni.

Dia kata juga yang ramai muka baru yang diberi peluang mewakili BN.Apa bezanya kalau ramai muka baru cuma jadi Orang Suruhan sedangkan yang di atas SANA masih YANG TUA dan LAMA itu?Tiada bezanya!

Sebab yang biasa buat keputusan orang atas,bukan orang BIASA!

Jadi,makin kaya lah PEHIN yang seorang ini!

(sumber dari MTD Pulau Tawar)

Negara tidak STABIL????????

Negara perlu kestabilan politik, kesinambungan pemerintahan: Najib


MUAR: Perdana Menteri berkata, negara memerlukan kestabilan politik dan kesinambungan pemerintahan untuk mencapai matlamat dan visi negara yang selama ini ditadbir urus dengan baik oleh kerajaan Barisan Nasional (BN).

Datuk Seri Najib Razak, berkata kejayaan negara adalah sesuatu yang disusun dengan rapi untuk mencapai matlamatnya.


Beliau berkata, pembangkang tidak mempunyai asas yang kukuh untuk memerintah negara ini dan dasar yang dicipta oleh mereka cuma sesuatu yang direka dan bersifar populis sahaja.

"Kita tak perlu warna hijau, warna biru mud
a, juga tak perlu warna jingga, tak perlu kerana itu janji yang diperdagangkan sahaja," katanya pada Majlis Perhimpunan Bersama Rakyat di Kampung Kenangan Tun Dr Ismail 2 di Sungai Abong, di sini, hari ini.

Najib berkata, sebagai pemimpin, beliau be
rpegang kepada prinsip dan pendekatan bahawa sebagai pemimpin kita tidak boleh jauh dari hati rakyat.

"Menerusi lawatan seperti ini, ia akan memaut paut rasa kasih antara pemimpin selain melihat sejauh mana dasar induk dapat diterjemahkan apabila pemimpin turun ke peringkat daerah dan peringkat akar umbi,"
katanya.

(cerita dari BH)

KK:Beginilah perkara biasa yang berlaku ketika sesuatu Kelompok terasa tercabar dengan apa yang mereka hadapi.Banyak alasan dan penjelasan ciptaan yang diberi bagi menambat hati orang-orang yang mendengar.

Antaranya kesinambungan yang bakal diperolehi.Pada kami yang berubah hanyalah pemerintah bukan negara ini berubah ke
pada lebih buruk.Siapa yang boleh menjangka sebelum sesuatu dilakukan?

Dulu British juga tak bagi orang Melayu memerintah sendiri.Kata mereka,orang Tanah Melayu tidak boleh memerintah.Tapi selepas lama merdeka,kenapa rakyat Malaysia boleh lakukan?
Apa warna yang membawa perubahan?
Takkan Biru Tua sahaja?Sesuatu yang direka adalah permulaan impian bagi sesuatu perjalanan.Untuk keluar sebuah kereta perlu ada rekaan terlebih dahulu.

Dan lagi satu,adakah BN sendiri tidak p
ernah mereka sesuatu?Wawasan 2020 direka oleh Tun Mahathir.ISLAM HADHARI direka oleh Tun Abdullah dan 1 Malaysia direka oleh Datuk seri Najib(ke 1 Malaysia ditiru dari orang lain?).Jadi BN juga terlibat dalam MEREKA sesuatu.


Dan kiranya Malaysia ditadbir dengan baik,adakah mungkin Kementerian Pertahanan HILANG ENJIN JET PEJUANG?Adakah mungkin juga PEMBELIAN KAPAL SELAM diuruskan oleh ORANG BUKAN dalam KEMENTERIAN?

Dan adakah kita semua pasti yang PR memang tidak boleh memerintah?Adakah kita kepala dan fikiran BN sahaja yang boleh mentadbir?(Bukan cekap mana pun!)

Dan mungkin juga SEMUANYA MUNGKIN!


(sumber dari N9TAHAN)

Wednesday, March 23, 2011

KENAPA PERKASA DAN PEKIDA TAK DESAK KERAJAAN TUBUH SURUHANJAYA BEBAS SIASAT 16 KES SALAH LAKU PEMIMPIN UMNO ?

Suruhanjaya Sumpah Laknat
http://www.agendadaily.com/tips/storage/images/com.tms.cms.image.Image_7b4a9580-ca9db1d0-13cd05a0-baaa425b/1/rahim160.jpgRAHIM Tamby Chik mencadangkan agar suruhanjaya bebas ditubuhkan untuk menyiasat dan mengkaji video lucah yang beliau tayangkan kepada wartawan. Katanya suruhanjaya itu perlu untuk menentukan kesahihan kandungan video berkenaan dan juga mengesahkan apakah watak yang ada dalam video berkenaan orang yang disangka dan dituduhnya.

Saya nak tanya beberapa soalan kepada persoalan dan cadangan Rahim Tamby Chik ini. Apakah perlunya suruhanjaya itu ditubuh dan apakah perlunya siasatan ke atas video berkenaan. Biasanya sebuah suruhanjaya bebas ditubuhkan untuk menyiasat perkara yang ada kepentingan umum. Dalam kes video lucah itu apakah ianya merupakan kepentingan umum?

Video itu bersifat peribadi yang tidak ada kena mengena dengan orang ramai. Ia tidak perlu ditubuhkan. Kalaulah cadangan Rahim itu hendak diambil kira, maka banyak lagi suruhanjaya bebas perlu ditubuhkan. Bukan soal pengecut di sini tetapi keperluan dan kemunasabahannya.

Saya nak sebut beberapa suruhanjaya bebas yang perlu ditubuhkan kalau mengikut versi ataupun pendapat bekas Ketua Menteri Melaka itu. Sebelum kes video itu disiasat penyiasatan ke atas perkara berikut terlebih dahulu perlu dilakukan;

1. Mengenai skandal seks seoraang bekas Ketua Menteri dengan pelajar sekolah berumur 16 tahun sehingga melahirkan seorang anak.
2. Mengenai hubungan seksual dan afair seorang bekas ketua menteri dengan seorang gadis Pertugis.
3. Hubungan seks bekas ketua menteri dengan seorang perempuan yang berkerja di sebuah syarikat perumahan. Perempuan itu juga telah memohon sebuah projek tambak laut di sebuah negeri.
4. Mengenai hubungan seorang menteri dengan seorang perempuan Pertugis.
5. Mengenai hubungan seorang bekas artis sehingga mengandung dan terpaksa mengugurkan kandungannya di Johor. Sebelum itu artis berkenaan mengugut untuk terjun dari tingkat enam di sebuah hotel di Jalan Raja Laut.
6. Mengenai seorang menteri yang melayani gay.
7. Mengenai seorang bekas MB yang membawa puteri Umno ke tengah laut dengan boat.
8. Dua orang bekas setiausaha kepada bekas menteri dan menteri yang dikatakan telah membunting seorang artis dan seorang pramugari.
9. Mengenai ketua Umno sebuah bahagian di Kelantan yang meniduri 13 orang perempuan kampung.
10. Seorang kenamaan yang telah mengahwini seorang perempuan walaupun ketika itu perempuan itu masih belum edah perceraian.
11. Kena siasat juga kesahihan mengenai perkahwinan seorang menteri dengan isterinya kini yang meragui dari segi syarak.
12. Siasat juga bekas menteri yang dikatakan berhubung sesama jenis (lisbian).
13. Siasatan juga setiausaha politik kepada menteri yang dikatakan mengamalkan ajaran sesat.
14. Siasat juga menteri yang terlibat melakukan perpindahan wang secara haram.
15. Siasat juga Ketua Menteri yang terlibat dengan pengurup wang.
16. Siasata juga bekas menteri yang menjadi kaya raya dengan memperdagangkan pendatang asing.

Ah, banyak lagi. Sebenarnya perkara disebut itu lebih utama dari video lucah itu kerana ia membabitkan negara dan rakyat.

Justeru saya tidak fikir pihak kerajaan bersedia melayani cadangan Rahim Tamby Chik itu. Kalau alasan suruhanjaya itu perlu disiasat kerana ianya melibatkan pemimpin yang bercakap mengenai Islam, nah semua kes-kes melibatkan apa disebut itu juga melibatkan pemimpin Islam, yang bercakap mengenai Islam, yang pakai baju Melayu pada setiap hari raya.

Adalah tidak adil dan zalim kalau video itu perlu disiasat demikian rupa atas kehendak individu berkenaan. Yang jelas melihat dari cara modeul operandinya ia dilakukan atas sifat dendam, geram dan kemaharahan yang tidak dapat dihilangkan.

Baiklah orang ini semua dan kita semua mengucap sedalam-dalamnya mentauhiudkan diri kepada Allah, menginsafi apakah yang kita lakukan ini mengutungkan kita, negara dan bangsa atau sebaliknya. Dan kepada rakyat di luar sana sesekali angkatlah tangan menadahkan doa kepada Allah dengan memintakan kita semua dimasukkan iman diberikan taufik dan hidayah. Kerana apa yang berlaku di negara kita sekarang adalah satu bala dan petaka.

Apakah bala dan petaka yang menimpa kita hari ini angkara sumpah laksana? Kita terlupa laknat Allah itu akan hadir secara umum walaupun ia hanya dilakukan oleh seorang manusia saja. Selagi orang yang bersumpah laknat berada di negara ini dan kita juga berada di negara ini maka bala atas sumpah laknat itu akan melaknat kita semua!MSO
http://paspb2.blogspot.com

BUKTI UMNO DAN POLIS BERSEKONGKOL JATUHKAN ANWAR

Fitnah video lucah untuk 'menutup mulut' Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah kesinambungan daripada pertuduhan liwat yang direka cipta untuk mengaibkan Ketua Pembangkang dan keluarganya serta memecah belahkan Pakatan Rakyat, kata Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat Saifuddin Nasution.

Dalam ceramah di Petaling Jaya malam tadi, Saifuddin memperinci konspirasi yang membabitkan polis dan pemimpin Umno untuk membunuh karier politik Anwar menerusi pertuduhan liwat yang direkayasa dan fitnah video lucah yang didalangi oleh Pengerusi Risda Rahim Thamby Chik yang pernah dituduh merogol gadis bawah umur di Melaka.
Berikut beberapa fakta yang disebut oleh Saifuddin Mengenai Kes Liwat Fitnah 11:-

1.Saiful jumpa pegawai polis Rodwan Mohd Yusuf di sebuah hotel sehari sebelum membuat laporan polis DNA Anwar ini bukan benda baru. Saiful pada 27 Jun 2008 jumpa pegawai polis bernama Rodwan biras YB Satim Diman, ADUN Umno di Serdang".

"Siapa Rodwan ini? Dalam Peristiwa 98, dialah yang seksa Munawar Anis dan Sukma Dermawan. Pada 27 Jun 2008 dia jumpa Saiful. Ini disahkan Jude Pereira (pegawai penyiasat kes liwat fitnah 11) Bila Karpal tanya, kenapa jumpa Rodwan? Jude kata untuk mendapat nasihat. Mendapat nasihat!!! Rodwan ini terkenal tahun 1998. Dia curi sampel darah Anwar di hospital Kuala Lumpur. Dia polis tapi mencuri"

"Sekarang kamu bawa ke Mahkamah, kamu plot beberapa graf. Ini menunjukkan kehadiran lebih dari 3 orang, Betul? Betul. Boleh jadi 10 orang? Betul? Betul. Kalau ada 10 orang DNA pada dubur Saiful, "kenapa kamu cuma berminat dengan lelaki Y?" tanya Karpal Singh kepada Dr.Siah pakar kimia. Jawab Dr.Siah, "Yang arif, polis cuma suruh saya tanda lelaki Y". Karpal Singh tanya, "Ini lelaki X, lelaki M? Itu polis tak suruh tanda, cuma lelaki Y"

2.Polis Tidak Berminat Keterangan Saksi (Hasnuddin adalah pemilik kondominium bersebelahan unit di mana Saiful mendakwa beliau kononnya diliwat)

"Dia (polis) soal siasat Hasanudin dan isterinya Kak Sham. Polis bila Saiful buat aduan, dia serbu kondominum, ambil semua contoh, gunting karpet sana sini semua. Lepas itu, pergi soal siasat suami isteri ini. Satu soalan saja polis tanya, "Sepanjang Anwar ada dalam bilik bersama tuan rumah ini, ada tak Anwar keluar sekejap dari bilik itu?" suami isteri itu kata "Tak ada, Anwar ada bersama kami". Polis tanya lagi, "cuba ingat balik, diantara pukul 3 petang ke 5 petang, 26 Jun 2008, ada tidak Anwar keluar dari bilik ini?". Suami isteri kata, "Tak ada". Akhirnya, suami isteri itu sebut, bilik itu ada cctv, tengok lah Anwar keluar ke tak. Polis kata cctv itu tolak ke tepi dulu, kami nak tanya kamu dulu. 36 jam suami isteri ini ditanya oleh polis soalan yang sama"

"Oleh kerana suami isteri ini tak beri kenyataan seperti yang mereka hendak, maka tak dipanggil menjadi saksi, kerana kalau jadi saksi, ditanya soalan sama, mereka akan kata "Yang Arif, ya Anwar ada bersama kami". sedangkan tuduhan ke atas Anwar ialah 3.01 minit hingga 4.30 petang kamu telah meliwat saiful. masa
bila dia liwat sedangkan suami isteri dan tamu lain pun ada dengan Anwar."

Mengenai Fitnah video seks lucah didalangi anasir dalam Umno:

1. "Kejam dan zalim mereka tak habis lagi, tak puas lagi, dia reka satu lagi. Ketua-ketua pengarang media dibawa ke Carcosa seri negara, hotel mewah ditayang, tapi tak beri tahu nama. Datuk T lah, Datuk itu. suspen. Hari ini Anwar buat laporan polis. dia (datuk T) kata tak mau serah pulak video pada polis, Polis pula boleh buat relaks. Hari ini wartawan tanya pada Nazri Aziz, macamana tayangan video lucah di hotel? Nazri jawab "Kalau niat dia tayang baik tak apa". Boleh macam tu?"

2. "Rekod di tangan kita jelas. Ini membabitkan pemimpin tertinggi Umno, Itu sangat jelas. sangat jelas. "Sampai kawan-kawan yang dipertonton video itu pun sebut, bukan saja kita. Padahal kawan-kawan yang dipertonton itu pun musuh kita dah. Ada seorang pemimpin tinggi surat khabar kumpulan NST yang pergi tengok, dia itu memang terkenal musuh Anwar daripada 12 tahun. Lepas dia tengok (dia kata), "ya betul I musuh Anwar, tapi kalau setakat tengok itu dia kata, perut
boroi itu bukan perut Anwar"

3. "Dia nak alih Sarawak. Sarawak orang cakap pasal pilihanraya ni apa pun boleh jadi. Taib Mahmud yang rasuah, timbunan kekayaan, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia tak pernah siasat, Najib tak nak buang Taib. Rakyat marah, Iban, Dayak, Melayu, Melanau, semua tengah marah, sekarang tunggu nak panggkah saja nak buang. Dia reka (isu video lucah) ini supaya kita kelam kabut menyelesaikan isu ini, itu saja tujuan"/Tvs News

http://addin77.blogspot.com

HANYA 6 HARI SAHAJA BAIKI JALAN YG ROSAK KERANA TSUNAMI DI JEPUN

Sebelum dan selepas.

Lebuh raya di atas (gambar) rosak teruk akibat gempa bumi yang melanda Jepun pada 11 Mac lalu.

Namun, kepantasan pekerja membina semula jalan raya yang rosak teruk itu mengagumkan banyak pihak. Kerja-kerja pembaikan yang dimulakan pada 17 Mac lalu, siap sepenuhnya enam hari kemudian. Lebuh Raya Great Kanto di Naka ini dibuka kepada trafik semalam, lapor DM.

Soalan cepu emas:
 
Agak-agak berapa lama jalan yang rosak seumpama itu akan dapat dibaik pulih di Malaysia? 
 
http://duniacacamarba.blogspot.com

Saturday, March 19, 2011

KANTOI....BUKAN ROS TAPI KEMENTERIAN DALAM NEGERI PERLEWATKAN PENDAFTARAN PAKATAN RAKYAT

Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution mendakwa Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein menjadi "dalang" melengahkan pendaftaran Pakatan Rakyat sebagai gabungan yang sah. Kata Saifuddin, kelewatan tersebut hasil campur tangan Kementerian Dalam Negeri bukannya Pendaftar Pertubuhan (Ros).

Menurut Saifuddin seperti yang dilaporkan oleh TMI, PR sebenarnya telah memperoleh kelulusan untuk didaftarkan sebagai entiti politik yang sah, namun kelewatan itu disebabkan oleh Kementerian Dalam Negeri.

"Ros telah meluluskan pendaftaran Pakatan Rakyat...hakikatnya, pegawai RoS telah memaklumkan kepada saya tentang kelulusan tersebut. namun yang menghalang pendaftaran itu apabila menteri (Hishammudin) enggan menandatangani permohonan tersebut - RoS beri kelulusan tetapi menteri tidak," kata Saifuddin kepada pemberita.
 
Saifudin turut menjelaskan bahawa syarat minimum 7 parti bukanlah penghalang kepada pendaftaran Pakatan Rakyat. Menurut TMI, RoS pernah menyatakan sebelum ini bahawa PR boleh mendaftar sebagai gabungan yang sah kerana syarat minimum 7 parti tidak lagi dipraktikkan pada hari ini.



http://duniacacamarba.blogspot.com

Friday, March 18, 2011

SKANDAL BERAPI - MULAI HARI INI AKU PANGKAH UMNO !


Geleng kepala gue bro ! Dahsyat...! Memang dahsyat..(ikut pronoun Nazmi, peserta Raja Lawak 5). Kalau tanya gue bro..gue cakap..memang lu 'handal'. Lu memang 'bravo'. Lu memang 'anak jantan'. Jika MCA ada Chua Soi Lek. UMNO ada kamu ! Kamu yang sangat 'berani' ! Seberani Soi Lek kata, " itu memang saya.." Wow !

Jika betul apa yang blog INI tulis, aku respek lu bro ! Bukan senang nak 'mengaku' itu aku ! Itu baru watak ketuanan melayu. Hebat kamu. Melayu bukan macam 'siam'. Tapi semua kata-kata yang aku baca di blog itu, aku tak hadam terus. Aku masih percaya, ke'jantan'an kamu, yang memang aku cop lu memang 'handal', dan aku akan PERCAYA hanya jika lu bikin ' sidang media' untuk menunjukkan lu memang 'melayu' handal. Handal untuk 'mengaku'.

Apa pun, kisah skandal ini belum tamat. Aku masih menanti episod yang lebih 'garang' lagi. Wow ! Jika kamu betul-betul 'handal' mengaku depan media, aku rela pangkah 'UMNO' untuk PRU akan datang bro ! Dahsyatkan aku ! Bukan senang nak 'pangkah' UMNO bro..tapi aku yakin..aku yakin tanpa mabuk-mabuk todi, akan pangkah UMNO ! Dan selamanya akan aku 'PANGKAH' Umno. Pangkah saja..tapi bukan bagi undi kat UMNO, BN dan hang ! 

(*) Pangkah dalam erti bahasa utara, itu bermaksud tolak, buang, dinafikan, dihitamkan, campak dan bla..bla..bla..bro..hahaha..! Bodoh kapunden..! Yang pi simpan foto skandal buat apa ?

http://albanjarionline.blogspot.com

TIDAK MUSTAHIL PAKATAN RAKYAT MAMPU MEMBAWA TSUNAMI DI SARAWAK

Kenyataan demi kenyataan, harapan demi harapan antara pihak kerajaan Sarawak dan Pakatan Rakyat sudah semakin kencang bertiup. Segala persediaan dan kelengkapan rasa-rasanya sudah disediakan untuk kedua-dua pihak saling mengempur kubu musuh masing-masing. 

Seperti biasa kerajaan Sarawak yang bernaung di bawah Barisan Nasional sudah rancak mengorak langkah. Pelbagai program dilaksanakan di peringkat akar umbi. Pelbagai peruntukan sudah disediakan untuk DUN masing-masing. Pelbagai berita sudah dimuatkan dalam media BN.

Manakala di pihak PR pula pertemuan demi pertemuan dengan pemimpin Sarawak turut semakin rancak. Terdapat juga program untuk mengukuhkan penampilan PR sebagai alternatif terbaik untuk dijadikan rakyat Sarawak sebagai penganti BN. Reaksi rakyat Sarawak dengan adanya perkembangan teknologi media elektironik sekarang ini sangat memberangsangkan bahawa PR mampu merealisasikan harapan mereka mengoncang kekuatan kubu Taib Mahmud yang selama ini bertahan kukuh selama 30 tahun. 

Jika segalanya dirancang dengan teliti. Segalanya tidak mustahil untuk berlaku. Kebijaksanaan dan persefahaman jitu di pihak PR yang dianggotai oleh PKR, PAS, DAP dan SNAP membuat satu resolusi bersama yang kukuh dan ampuh mampu memikat hati rakyat Sarawak. Ya, sebenarnya bukan susah pun nak mengubah pandangan rakyat Sarawak terhadap pemilihan calon yang sesuai. Cuma seringkali berlaku kealpaan dan kebodohan di peringkat perancangan PR sendiri yang menjadikan impian tidak tercapai. Misalnya dalam PRK Sibu tempohari, perubahan rakyat mampu dicapai dengan jayanya. 

Jika pihak PR ingin mencapai matlamatnya untuk menggugat BN di Sarawak maka perkara-perkara pokok harus dipertimbangkan sebaik-baiknya oleh pihak komponen PR. 

Agihan kerusi 

Pastikan agihan kerusi antara komponen PR mampu memuaskan hati semua ahli komponen. Pembahagian haruslah mengelak daripada keyakinan kosong untuk menang tetapi berdasarkan kepada kemampuan kawasan untuk dimenangi oleh setiap komponen PR yang bertanding. Kalaulah ada mana-mana parti yang menyatakan keyakinan boleh menang semata-mata untuk mendapatkan ikerusi. Tak payahlah. 

Sejarah membuktikan bukan senang untuk menumbangkan kerajaan BN lebih-lebih lagi ia dikuasai oleh Taib Mahmud. Satu-satunya komponen yang boleh berbangga ialah DAP. Percaturan DAP dalam menentukan kerusi untuk mengukuhkan perjuangan mereka dalam politik Sarawak harus dijadikan ukuran dan panduan. 

Dalam perkiraan agihan kerusi untuk PRN kali ini biarlah pemimpin komponen PR Sarawak menyedari bahawa kerusi yang dipertandingkan ini hanya melibatkan kerusi DUN Sarawak. Masih ada lagi kerusi Parlimen yang belum tersentuh oleh setiap komponen. Dan seharusnya dalam proses tawar menawar kerusi DUN maka seharusnya kerusi Parlimen juga harus diambil kira. Ini bagi mewujudkan situasi menang-menang dalam komponen masing-masing. Yang penting dalam agihan ini jangan ada yang tamak haloba. Takut nanti ayam terlepas , tangan menggenggam tahi. 

Manifesto PRN Sarawak 

Manifesto pihak PR mestilah jelas kali ini. Rasa-rasanya Buku Jingga tidak sesuai dilobi untuk PRN Sarawak. Ia lebih sesuai untuk PRU 13 nanti. Namun ia juga memainkan peranan penting untuk mereralisasikan harapan PR dalam PRU 13 nanti. 

Pihak pemimpin PR harus memasukkan semangat perubahan rakyat Sarawak. Dengan kata lain apa sebenarnya yang dimahukan oleh rakyat Sarawak perlu dijadiikan sebagai manifesto PR. Misalnya bagaimana PR mahu menjadikan kepimpinan Sarawak di kemudian hari diwakili oleh golongan pemimpin yang tidak rasuah. Bagaimana tindakan PR sekiranya kuasa pada tangan mereka untuk pemimpin BN yang rasuah ? Jika PR mampu menciptakan keyakinan tinggi terhadap perkara ini nescaya rakyat akan berani berubah. Ini kerana rasuah di kalangan pemimpin BN terutama REJIM Taib begitu tidak disenangi oleh kebanyakan rakyat Sarawak. Sebab itulah isu rasuah Taib yang kini menjadi perhatian negara dan dunia cukup mengujakan rakyat yang sekian lama ditipu oleh Taib. 

Selain rasuah isu rampasan tanah oleh syarikat-syarikat yang berkepentingan dengan pemimpin BN juga merupakan barah yang menunggu untuk diubati oleh pimpinan PR. Bukan sekadar mahu membela nasib rakyat yang teraniaya tetapi bagaimana mereka mampu mengambil inisiatif untuk mengembalikan hak kepada tanah yang hilang itu kepada rakyat atau sekurang-kurangnya menambahkan keuntungan kepada rakyat hasil kehilangan tanah mereka tersebut. Jika perkara ini dinyatakan dengan jelas dalam manifesto PR maka semestinya pengundi luar Bandar akan mudah memihak kepada PR. 

Manifesto yang focus kepada kaum wanita dan golongan tua juga harus menjadi fokus keutamaan pihak PR. Ini kerana kedua-dua kumpulan ini begitu terhaga oleh pihak BN. Jika pihak PR mampu menambah sesuatu yang lebih baik drp BN maka pastinya golongan ini mampu menyokong PR. 

Masa berkempen 

Permohonan pihak PR untuk memohon tempoh 21 hari untuk PRN Sarawak adalah sesuatu yang munasabah. Namun sekiranya perkara ini sukar dipenuhi oleh pihak SPR yang semakin menjaga parti pemerintah maka sewajarnya tempoh 14 hari seharusnya dijadikan satu ketetapan yang khusus untuk dipohon oleh pihak PR. Bukan senang nak menjelajah seluruh pelosok megeri hanya dalam masa 9 hari. Sepertimana kata pemimpin BN selama ini walaupun kerajaan sudah berkuasa selama 47 tahun namun kesukaran mereka membawa pembangunan dan perubahan di Sarawak ialah kerana kedudukan Sarawak yang cukup besar dan muka buminya bergunung ganang. Jadi apakah jaminan pihak PR pula jika masa 9 hari untuk mereka mampu menjelajah seluruh pengundi dalam masa 9 hari ? Nak menang mestilah PR perlu mencari peluang yang sehabis baik untuk mencapainya. 

Jentera pilihanraya 

Rasa-rasanya dalam PRN kali ini pihak PR bertuah kerana terdapat 4 buah negeri yang kini dikuasai oleh pihak PR. Maka dengan adanya kerajaan di 4 buah negeri ini maka rasa-rasanya bantuan daripada keempat-empat negeri tersebut mampu digunakan untuk menambahkan kekuataan kempen PR kelak. Bukan hanya sekadar jentera parti kampungan tetapi pemimpin-pemimpin negeri PR juga harus dilibatkan sama. Segala peralatan audio video mestilah dibekalkan untuk kegunaan kempen kali ini. 

Malah bukan sekadar ceramah berapi-api diperlukan untuk pendengaran rakyat tetapi tayangan-tayangan berkualiti mengenai kepincangan Sarawak dan pentadbviran PR juga harus ditunjukkan kepada rakyat Sarawak. Sebaran maklumat melalui media elektronik dan bahan bercetak haruslah diperbanyakkan kali ini. Biarlah segala maklumat yang ingin disampaikan kepada rakyat dapat dipertunjukkan sejhelas-jelasnya kepada pengundi Sarawak. Sedangkan pihak BN setiap masa media TV dan cetak mereka melaporkan mengenai usaha kerajaan BN membantu rakyat. Sekarang pihak PR juga mampu melakukan perkara yang sama. 

Sesungguhnya gandingan kempinnan Islam dalam PAS, Cina dalam DAP, Kaum Dayak dalam SNAP dan pelbagai kaum dalam PKR seharusnya memudahkan PR mematahkan sentiment pertkauman @ rasis yang sering menjadi senjata pemimpin BN. Sibu telah membuktikan keberkesanan gandingan ini dengan cara yang tepat. 

Selain itu cara berkempen yang lebih menekankan kepada soal kebajikan dan keselamatan kaum-kaum tua juga harus ditingkatkan kali ini. Ini kerana mereka bukan hanya menunggu durian runtuh berupa barangan makanan tetapi jaminan untuk terus sihat juga amat dinanti-nantikan oleh mereka. Masih banyak golongan yang memerlukan kebajikan terabai dan tercicir oleh kelemahan kepimpinan BN. 

Sewajarnya media altenatif PR sudah mewujudkan portal rasmi masa ini untuk kegunaan mereka menyampaikan maklumat dan mendapat respon isu-isu yang bakal diperlukan dalam kempen mereka. Kita lihat belum ada satu portal rasmi pihak PR untuk PRN ini. Maka sewajarnya pihak PR mengambil inisiatif yang cepat dalam hal ini. Jangan hanya tunggu waktu berkempen je. Sekarang ia sudah boleh diwujudkan. Meskipun terdapat media-media lain waktu ini tetapi bila ada saluran utama untuk PRN kali ini seluruh rakyat dapat disampaikan maklumat dengan lebih teratur dan tersusun. 

Calon 

Jadi diharapkan kali ini pighak PR akan memastikan calon PR adalah calon yang berwibawa dan mendapat kepercayaan parti dan rakyat untuk berjuang membawa suara mereka. Jangan sekali-kali menggunakan mereka yang hanya mementingkan diri. Rakyat Sarawak juga tidaklah bodoh sangat untuk menilai kredibiliti calon yang bertanding. Cuma selama ioni calon-calon yang menentang BN hanya calon tangkap muat saja. Sebab itu rakyat lebih rela memilih pemimpin kerajaan meskipun mereka tahu pemimpin tersebut gagal sebagai wakil rakyat mereka. 

Sekiranya segala aspek yang dinyatakan di atas mampu dijadikan sebagai perkiraan pimpinan PR dalam PRN Sarawak kali ini pastinya tidak muistahil kekuataan BN dan Taib akan Berjaya digoncangkan oleh pihak PR. Jika tidak pun Tsunami atau gempa bumi berlaku dalam kerusi DUN Sarawak kali ini. Pastinya rebut kencang angin Timur Laut mampu menurunkan hujan lebat menghanyutkan kerusi BN. Dan pastinya dalam PRU 13 nanti kerusi Sarawak akan mampu menyumbangkan kekuatan PR dalam menuju Putrajaya.

www.detikdaily.net

GEMPA,TSUNAMI,RADIASI NUKLIER MENGANCAM MANUSIA

Peristiwa hitam 11 Mac 2011
Gempa 9.00 magnitude ukuran
menggegar dasar bumi dan lautan
Memusnah kepulauan Jepun
Meruntuh bangunan merosak harta kekayaan
Sekelip mata semua gelempangan
Dengan sepuluh ribu kematian dan hilang
Oleh gempa dan tsunami gelombang
Menghanyut rumah bagai kotak-kotak terbuang
Kereta-kereta bagai perahu bersama puing runtuhan
Mengajar kita betapa rapuhnya kehidupan
Yang dengan sekelip Kemahuan
Menukar fenomena normal ke malapetaka dahsyat
Lebih dari itu ketahanan loji nuklear
Di Pulau Fukushima teruji
Oleh kebocoran di luar kawalan
Ia adalah ancaman kemanusiaan
Akibat dari tangan-tangan memusnahkan
Bukan saja pada penduduk Jepun
Tapi kepada Negara-negara jiran
Yang prihatin dan waspada pada keadaan.
Simpati dan Takziah
Kita panjangkan pada rakyat dan Negara Jepun
Yang hidup atas bara rangkaian gunung berapi
Yang keamanan dan ketenteraman terus teruji
Oleh luahan lahar, api gunung berapi dan tsunami
Menjadikan mereka bangsa yang cekal tahan diuji
Dan sejarah mencatat diri
Jepun adalah makmal ujian tenaga
Yokohama – Nagasaki menyaksi
Betapa angkuhnya Amerika menyerang
Mengalahkan Jepun dalam Perang Dunia II
Memusnahkan kedua Bandar dengan atom
Dan mewariskan penderitaan pada penanggung.
Kini
Yang membuat ramuan nuklier
Bukan lagi dari luar
Tapi oleh tangan Jepun sendiri
Di atas bumi sendiri
Yang tidak serik dengan penangan atom
Mereka menyedia loji nuklier kawah tenaga
Kini gegaran meretak bangunan mmbocor kandungan
Ia adalah percikan kiamat sengaja diundang
Bahaya nuklier bukan terhad kepada Jepun semata
Tapi percik api dan debu racun
Melingkari ruang mengancam kehidupan
Jagat maya perlu sama atasi
Dan loji nuklier
Yang kuasa-kuasa berlumba membina
Apakah atas dasar
Kekuatan ?
Kemegahan ?
Atau keperluan ?
Selamatkan kemanusiaan !
YB Shafie Abu Bakar,
Bandar Baru Bangi,
13 Rabiul Akhir 1432
18 Mac 2011.

Thursday, March 17, 2011

DUN SARAWAK DI BUBARKAN 21 MAC INI ?

Dewan Undangan Negeri (Dun) Sarawak kemungkinan dibubarkan pada 21 Mac ini bagi membolehkan pilihan raya negeri kesepuluh diadakan. Jika desas-desus itu menjadi kenyataan, ada kemungkinan pilihan raya dilangsungkan pada 16 April sementara 9 April adalah hari penamaan calon.

Siang tadi, Ketua Menteri, Tan Sri Abdul Taib Mahmud tidak memberikan sebarang ulasan kepada media selepas menghadiri Mesyuarat Kabinet Sarawak di Wisma Bapa Malaysia di sini. Pada sebelah pagi, beliau mengadakan pertemuan dengan Yang Dipertua Negeri, Tun Abang Mohammad Salahuddin Abang Beriang di Astana Negeri.

Sementara itu, lawatan bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin ke negeri ini pada Sabtu ini dikatakan mempunyai kaitan dengan pilihan raya negeri. Sarawak mengadakan pilihan raya negeri kesembilan pada 20 Mei 2006 bagi memilih 71 Adun di mana 9 Mei ialah hari penamaan calon.

Ketika itu, Dun Sarawak dibubarkan pada 24 April 2006 oleh Yang Dipertua Negeri, Tun Abang Muhammad Salahuddin Abang Barieng atas nasihat Taib./Harakahdaily

ORANG CINA FAHAM KELANTAN HARAM PREMIS JUDI

M Faqih

KOTA BHARU, 17 Mac: DAP hari ini menjelaskan aktiviti perjudian yang memerlukan premis seperti Magnun atau Nombor Ekor tidak lagi berbangkit sekarang kerana semua rakyat Kelantan sudah faham.

Ketua Pemuda DAP Kebangsaan, Anthony Loke Siew Fook berkata, semua bangsa di negeri ini telah menerima larangan kegiatan tersebut sudah melewati 20 tahun.


”Masyarakat Cina telah menerima pentadbiran PAS dalam tempoh 20 tahun. Dasar PAS sudah diketahui termasuk bukan Islam.

”Itu tidak lagi menjadi isu, yang ditimbul sekarang hanya penjualan tiket loteri sahaja. Ini kerana ada pihak berhujah loteri tidak memerlukan premis dan diberi kelulusan kerajaan pusat.

”Dan apabila kerajaan negeri menguatkuasa larangan itu seolah-olah melampaui batasan kuasa kerajaan pusat. Dan kerajaan Kelantan menjelaskan isu ini akan dikaji Penasihat Undang-Undang,” katanya pada persidangan media selepas perjumpaan dengan Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di Kota Darulnaim hari ini.

Hadir sama perjumpaan itu Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali, Ketua Penerangan PKR, Dr Muhd Nor Manuty dan anggota parlimen Bukit Bendera, Liew Chin Tong.

Sebelum ini ada pihak mempertikaikan tindakan Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam menyerbu premis yang disyaki menjual tiket loteri.

Loke berkata, beliau dan Liew menyatakan pandangan DAP terhadap isu loteri kepada Menteri Besar.

”Hanya penjualan loteri yang jadi isu baru-baru ini. Dan kita berpuas hati dengan perbincangan hari ini. Kita menghormati judi adalah haram kepada orang Islam.

“Hanya menjadi persoalan kepada bukan Islam membeli loteri kerana ia dibenarkan di peringkat pusat, dan kerajaan negeri bersedia mengkaji spesifik isu loteri.

”Dan kalau dibenarkan selepas dilihat dari aspek undang-undang kita perlu melihat semula bagaimana melaksanakan perkara ini,” ujarnya.

Beliau juga berkata, loteri sudah menjadi kebiasaan kepada masyarakat Tionghua sejak sekian lama.

Beliau yang juga anggota parlimen Rasah berkata, dalam isu judi bola sepak DAP awal-awal lagi menentang ketika perbahasan di parlimen.

Mustafa pula kerajaan Kelantan menyerah kepada Penasihat Undang-Undang (LA) untuk mengkaji isu penjualan tiket loteri yang tidak membabitkan premis.

Ini kerana kegiatan perjudian yang memerlukan premis memang tidak boleh di Kelantan, tetapi dalam konteks tanpa premis lesen judi itu diluluskan kerajaan pusat.

“Kuasa kerajaan negeri premis di bawah peraturan PBT, tetapi kalau kegiatan judi yang tidak memerlukan premis inilah yang LA hendak kaji.

“Kalau mereka jual di tepi sungai kita pun tidak tahu, macam mana hendak buat. Itu maksudnya. Tengok dahulu apa hasil yang dikaji LA,” ujarnya.

Beliau juga berkata, pertemuan dengan Menteri Besar hari ini bagi menerangkan keputusan mesyuarat Pakatan Rakyat yang lepas berkaitan isu berkenaan.

Cuma kata beliau apa yang dilaporkan beberapa akhbar tidak tepat berkaitan kenyataan dikeluarkan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata, dakwaan mengatakan Anwar menegur Tuan Guru Nik Abdul Aziz tidak berbangkit sama sekali kerana apa yang dilaporkan media berlainan.

”Keputusan diambil kita serah kepada kebijaksanaan negeri Pakatan masing-masing. Pulau Pinang macam mana pendekatan yang mereka hendak diambil.

”Kelantan sudah lama diketahui sikapnya. Tidak semesti apa yang dilakukan Kelantan negeri Pakatan Rakyat lain pula hendak ikut, jadi terpulang di atas kebijaksanaan dan autoriti negeri terbabit,” tambahnya.

Dalam kenyataan sebelum itu Menteri Besar berkata, isu larangan penjualan tiket-tiket loteri Big Sweep yang dikatakan tidak memerlukan premis tetap, kerajaan negeri sedia menelitinya.

“Kita serahkan kepada Penasihat Undang-Undang Negeri untuk melihat dari sudut perundangan yang ada,” katanya.

Kenyataan media itu dibaca Setiausaha Akhbarnya, Ahmad Fadhli Shaari.
 
www.gigitankerengga.blogspot.com

Monday, March 14, 2011

TERKINI :...KEADAAN JEPUN : HIDUP SELEPAS BENCANA

TERKINI!! Keadaan Jepun: Hidup Selepas Bencana (Bergambar)


 Sebuah kilang terbakar selepas gempa bumi di Miyagi
Seorang wanita yang masih trauma terpaksa berada
di luar rumah selepas ranap akibat gempa bumi
Penduduk Iwaki berbaris panjang untuk mendapatkan makanan yang terhad kerana bantuan kerajaan masih belum tiba
Sampah hanyutan tsunami selepas 48 jam. Bekalan elektrik masih terputus
dan air bersih disalur menggunakan tangki statik
Mangsa tsunami yang terselamat dibawa menaiki kapal laut
Penduduk menggunakan alat khas mengesan sebarang tanda kebocoran nuklear
Tentera Jepun berusaha mencari mangsa yang masih hidup di bawah runtuhan
bangunan di Sendai
Pegawai agensi nuklear memantau keadaan seorang penduduk yang disyaki
terkena radiasi akibat kebocoran janakuasa nuklear
Bangunan runtuh menyembah bumi di Miyagi
Pegawai membawa seorang penduduk yang terkena sinaran raidasi
untuk dibawa ke hospital di *****ushima
Pasukan penyelamat membawa mangsa runtuhan yang berjaya dikeluarkan
selepas hampir 35 jam tertimbus
Kereta tertimbus dan terjunam ke dalam lubang yang terbentuk
selepas gempa bumi di Rikuzentakata
Keadaan loji tenaga nuklear *****ushima Daiichi melalui udara selepas tsunami
Keadaan loji No 1 *****ushima Daiichi yang kali pertama meletup semalam
Keadaan pekan Minamisanriku dari udara selepas tsunami.
Dikhuatiri lebih 300 orang hilang
Kapal tersadai dihanyut arus laut tsunami menghempap rumah di Yamagata
Gerabak keretapi yang ditenggelami air selepas tsunami melanda
daerah padat penduduk di Sendai
Penduduk yang terselamat berlindung di atas bangunan
sementara menanti bantuan tiba
Lagi kapal yang dihanyutkan arus tsunami di daerah Sendai
Kanak-kanak perempuan diselamatkan petugas bencana dan dibawa
ke pusat penempatan sementara di Natori
Beginilah keadaan dari jarak dekat loji janakuasa nuklear *****ushima Daiichi
selepas letupan pertamanya semalam
Mangsa warga emas dipapah sendiri oleh penduduk yang terselamat
dalam bencana gempa bumi di wilayah Ibaraki
Penduduk yang terselamat masih terperangkap dalam air tsunami
terpaksa menggunakan sampan buatan untuk keluar ke kawasan selamat
Keadaan sebatang jalan raya yang berombak akibat gempa bumi
dengan kekuatan 9.0 pada skala Richter
Perhatiakan gelombang magnitud yang berwarna hitam dan ungu,
pusat gempa bumi Jepun yang hanya 320 kilometer dari Tokyo
Tsunami sedang mengehentam Natori
Tsunami selepas hanya 30 saat menghentam Natori menyapu apa saja yang berada di laluannya. Dianggarkan air laut masuk ke daratan sejauh 3 kilometer!