Saturday, March 19, 2011

KANTOI....BUKAN ROS TAPI KEMENTERIAN DALAM NEGERI PERLEWATKAN PENDAFTARAN PAKATAN RAKYAT

Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution mendakwa Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein menjadi "dalang" melengahkan pendaftaran Pakatan Rakyat sebagai gabungan yang sah. Kata Saifuddin, kelewatan tersebut hasil campur tangan Kementerian Dalam Negeri bukannya Pendaftar Pertubuhan (Ros).

Menurut Saifuddin seperti yang dilaporkan oleh TMI, PR sebenarnya telah memperoleh kelulusan untuk didaftarkan sebagai entiti politik yang sah, namun kelewatan itu disebabkan oleh Kementerian Dalam Negeri.

"Ros telah meluluskan pendaftaran Pakatan Rakyat...hakikatnya, pegawai RoS telah memaklumkan kepada saya tentang kelulusan tersebut. namun yang menghalang pendaftaran itu apabila menteri (Hishammudin) enggan menandatangani permohonan tersebut - RoS beri kelulusan tetapi menteri tidak," kata Saifuddin kepada pemberita.
 
Saifudin turut menjelaskan bahawa syarat minimum 7 parti bukanlah penghalang kepada pendaftaran Pakatan Rakyat. Menurut TMI, RoS pernah menyatakan sebelum ini bahawa PR boleh mendaftar sebagai gabungan yang sah kerana syarat minimum 7 parti tidak lagi dipraktikkan pada hari ini.



http://duniacacamarba.blogspot.com

No comments:

Post a Comment