Tuesday, March 8, 2011

PARLIMEN TANPA ANWAR

Sehari sebelum cukup haul 3 tahun penggal 12 persidangan Parlimen Malaysia. Pembukaan sidang didahului oleh perbarisan dan tabik hormat di Dataran Parlimen. Lagu Negaraku disusuli kibaran Bendera Diraja disertai tembakan 21 das meriam berlangsung serentak.

Pembukaan sesi keempat ini berlangsung tanpa Ketua Pembangkang DS Anwar yang digantung. Menyertai beliau ialah tiga lagi Ahli Parlimen yang turut digantung atas isu yang sangat Ajaib

Berlaku sedikit pertukaran tempat duduk apabila Ahli Parlimen Padang Serai menyertai Bebas. Ahli Parlimen yang sentiasa memanaskan sidang dengan lawak jenaka dan aksi yang kadang-kadang memalukan Pakatan Rakyat itu akhirnya menyertai kumpulan yang selalu beliau hentam dan maki.

BN wajib menyekat Anwar. Bermula dengan perlu memastikan beliau digagalkan dari kerusi PM di zaman Tun Mahathir sampailah ketika beliau berada di barisan pembangkang. Perpaduan di kalangan pembangkang adalah ketakutan maha tinggi BN. Peranan beliau dalam mendekatkan PAS, DAP dan PKR tidak pernah dipertikai. Kemahiran yang sangat tinggi amat perlu bagi membawa pemimpin-pemimpin parti berbeza ideologi.

ANWAR DISERANG

Anwar diserang lagi. Kali ini dengan menggunakan segala peraturan secara songsang di Parlimen untuk mengasak beliau ke sudut. Hanya kerana beliau membangkitkan isu hubungan APCO dan kerajaan Malaysia. BN menggunakan 'stupid majority' bagi menghalalkan penggangtungan Anwar.

Saya berada di Parlimen ketika Anwar dizalimi tanpa kehadirannya. Ahli Parlimen BN menjadi pengecut ketika Anwar bangkitkan isu itu. Ketika Anwar di luar dewan, Ahli Parlimen Kota Belud, bekas Setiausaha Pemuda Umno merujuk isu yang telah dibangkitkan oleh DS Anwar dan dan BN mengenakan Anwar. BN mempunyai majoriti untuk menzalimi Ahli Parlimen yang mempunyai kemampuan menyanggah mereka.

CATATAN PELIK PARLIMEN MALAYSIA

Satu: DS Anwar adalah Ahli Parlimen biasa. Tanpa jawatan kabinet. Melainkan beliau adalah Ketua Pembangkang, beliau sama status seperti saya dan ahli parlimen biasa yang lain. Kami bebas membangkitkan apa sahaja isu kerana kami tiada akses kepada maklumat. Yang ada akses hanyalah Menteri dan Timbalan Menteri. Pegawai akan sediakan bahan dengan arahan mereka. Menterilah yang akan menjawab segala persoalan kami bangkitkan walaupun biasanya mereka yang terdesak memeramkan sahaja isu yang tidak memihak mereka.

Kedua: Anwar sudahpun habis berucap. Beliau cuba dirujuk ketika beliau tiada di dalam dewan. Beliau dikenakan ketika beliau tiada untuk menjawab.

Ketiga: Tuduhan yang dikenakan terhadap beliau ialah tuduhan menyelewengkan fakta. Tuduhan yang hanya boleh dikenakan kepada Menteri atau Timbalan Menteri yang menjawab. Bukannya mereka yang bertanya. Adakah dengan demikian maka bertanya pun dikira kesalahan dan boleh dirujuk ke Jawatankuasa Hak dan Pilihan,

Keempat: Ahli Parlimen Pakatan rakyat yang cuba mencelah, dinafikan hak untuk membetulkan kesalahan. Ya kerana ‘stupid Majority” digunakan oleh BN dan Speaker terpaksa menurut.

Kelima: Anwar di perintah dan diberi peluang seminggu untuk membuat penjelasan. Biasanya penjelasan dipohon daripada Menteri atau Timbalannya. Ia diminta oleh Ahli Parlimen biasa bukannya diputuskan oleh Menteri yang meminta penjelasan.biala ditanya kemudiannya, maka semuanya termasuk speker kemalu-maluan.

Keenam: Anwar memberi penjelasan juga. Walaupun bertentangan dengan peraturan dewan. Hukuman dijatuhkan juga. Maka Anwar perlu dihadapkan ke jawatankuasa Hak dan Kebebasan sekali lagi dengan “stupid Majority”.

Ketujuh: Anwar dijanjikan (ada dalam hansard) dengan peluang membela diri, mengemukakan bukti dan membawa saksi. Namun dengan sekeping surat dari APCO, Anwar tidak tidak perlu bersusah payah lagi.

Kelapan: Sekali lagi “Stupid Majority” diperlukan untuk menghalalkan kezaliman. Anwar dihukum. Tetapi yang sebenarnya juga dihukum ialah rakyat. Malysia sangat kerugian. Ini hanya catatan santai. Namun semua saksi masih hidup lagi. Kalau ada yang mati nescaya akan ada PRK!! Namun Anwar kena 6 bulan. Satu Demontrasi berlaku di Parlimen. Ya satu Sejarah Hitam..
-----------------------------------
Penulis adalah anggota Parlimen Padang Terap yang juga Ketua Penerangan Pemuda PAS Kedah
 
www.gigitankerengga.blogspot.com

No comments:

Post a Comment