Tuesday, March 8, 2011

UNDI PAS MASUK SYURGA : TOKGURU NIK AZIZ HANTAR SURAT RESMI PADA HARUSSANI


Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat telah menghantar surat rasmi memohon penjelasan daripada Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria, ekoran penyataan “undi PAS masuk syurga”.
 
Surat itu dihantar pagi tadi oleh pejabat Nik Aziz kepada Harussani.

“Hari ini saya telah menghantar surat rasmi kepada sohibus samahah Tan Sri Harussani, mufti Perak, memohon penjelasan di atas tulisan beliau dalam (akhbar) Mingguan Malaysia 6 Mac 2011 (Ahad lalu).

“Saya memohon supaya beliau menjelaskan bilakah saya menyatakan bahawa undi PAS masuk syurga,” kata beliau melalui Facebook pagi ini.

Jika benar, pertemuan kedua-dua tokoh yang sering bercanggah pendapat melalui media ini adalah kali pertama berlaku.

“Semoga beliau memberikan respons,” tambah beliau yang juga Menteri Besar Kelantan.
Semalam, Dewan Pemuda PAS Perak telah menghantar surat jemputan kepada Harussani berhubung perkara sama.

Mereka menawarkan diri untuk menjadi orang tengah bagi merialisasikan pertemuan tersebut.

Menurut mereka, sudah tiba masanya untuk kedua-dua tokoh itu bersemuka dengan cara yang lebih terhormat dan beradab bagi menjernihkan keadaan dan menyelesaikan kemelut yang hanya merugikan umat Islam.

Mereka berpendapat, dengan menghormati ilmu Harussani, pihaknya merasakan kaedah itu adalah yang terbaik bagi menidakkan semua pandangan yang telah dikemukakan secara terbuka.TMI

http://malaysiaberih.blogspot.com

No comments:

Post a Comment