Sunday, March 13, 2011

TSUNAMI : BERITA HARIAN MOHON MAAF SIAR KARIKATOR DIDAKWA HINA JEPUN






 
 

http://lagiberita.blogspot.com/

Kumpulan Berita Harian memohon maaf ekoran tindakan menyiarkan karikatur mengisahkan kejadian tsunami dan gempa bumi di Jepun dalam edisi Berita Minggu hari ini, yang ramai menganggap ia tidak menghormati keperitan rakyat negara itu.

Dalam mesej yang disiarkan menerusi Facebook petang tadi, pengaragnya berkata: “Berita Harian memohon maaf dengan penyiaran karikatur mengenai kejadian tsunami dan gempa bumi di Jepun dalam akhbar Berita Minggu hari ini.

“Pihak kami tidak berniat langsung untuk mempersendakan bencana yang menimpa negara itu, sebaliknya amat bersimpati dan berkongsi kesedihan dengan rakyat Jepun.”

Karikatur yang disiarkan di halaman 24 menunjukkan superhero Jepun “Ultraman” lari lintang-pukang bagi mengelak ditelan gelombang tsunami.

Jepun dilanda gempa bumi paling buruk dalam 140 tahun kelmarin dan disusuli tsunami.

Lebih 1,600 orang sudah disahkan mati dan 10,000 lagi dikhuatiri hilang.

Pengarang Kumpulan Berita Harian Datuk Mior Kamarul Shahid, yang mempunyai kolum peribadi di halaman yang sama, juga memohon maaf menerusi mesej akaun Twitternya sekitar 3 petang tadi.

Beliau antara lain berkata, “(saya) mengelak (hadir) satu lagi majlis kahwin, kena bergegas ke pejabat. Tak boleh telan nasilah. Kami buat satu kesilapan besar. Minta maaf kepada setiap orang.”

Penerbitan karikatur yang dihasilkan oleh “Zoy” mendapat kritikan pelbagai pihak termasuk pemimpin-pemimpin politik Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat meminta akhbar itu memohon maaf.


Satu lagi mesejnya berbunyi “salam. Berita Harian sudah meminta maaf dan kesal. Mengaku terlepas pandang.”

Pengarah Komunikasi PRK Nik Nazmi Nik Ahmad dalam mesej Twitternya minta mereka yang mengecam penyiaran karikatur itu supaya menandatangani petisyen protes terhadap akhbar tersebut.

Naib Presidennya Nurul Izzah Anwar pula berkata, “isu kartun Berita Minggu amat mendukacitakan, langsung tidak mewakili rakyat Malaysia yang bersama merasai keperitan yang dihadapi rakyat Jepun.”

Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin pula menulis “malang sekali kartun tsunami itu diterbit di bawah kolum Pengarang Kumpulan (Berita Harian) sendiri.” - TMI

No comments:

Post a Comment