Wednesday, January 5, 2011

UMNO DI DUN TENANG KEPANASAN DEK PENDEDAHAN I

ANWAR DEDAH DOKUMEN KAITAN APCO, SATU MALAYSUA KETIKA DI TENANG – beita hairan

LABIS: Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim, sekali lagi mendakwa kononnya mempunyai dokumen bahawa Apco Worldwide (APCO) mempunyai kaitan dengan penubuhan gagasan satu Malaysia dan Kempen ‘One Israel’, walaupun kerajaan sudah mendedahkan dokumen membuktikan dakwaannya tidak benar.

Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu berjanji dokumen berkenaan iaitu kontrak yang ditandatangani antara APCO dengan Kerajaan Malaysia dan Israel akan didedahkan ketika kempen pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang.

“Saya ada satu lagi isu besar, kerana digantung (disebabkan) isu APCO, jadi bila saya datang sekali lagi, saya mahu membawa perjanjian APCO dengan Israel dan APCO dengan Amerika. Saya nak bawa perjanjian yang (menyebabkan) saya dihalau.

“Saya nak bawa APCO itu ada kaitan dengan Israel, perjanjian Malaysia dengan Israel dan perjanjian APCO dengan Israel dan perjanjian APCO dengan Kerajaan Malaysia,” katanya ketika berceramah di Pusat Jentera Pas Felda Chempelak, dekat sini.
 
http://pascawanganbukitsentosa2.blogspot.com

No comments:

Post a Comment