Tuesday, November 9, 2010

LAGI PENDEDAHAN ANAK MENGENAI FELCRA....

Semalam telinga kita penuh kedengaran dengan cerita-cerita mengenai Datuk Zaid Ibrahim dan juga cerita mengenai bantuan banjir di negeri Kedah.Itu semua tidak menjadi halangan bagi kita.Mengenai Dato Zaid Ibrahim ia hanya membabitkan pemilihan dalaman parti itu sendiri sahaja dan mengenai bantuan banjir di Kedah pula ia hanya fitnah daripada UMNO dan Barisan Nasional yang mahu menunjukkan mereka lah sebenarnya yang menjadi hero dan kerajaan negeri Kedah tidak membuat apa-apa.Tetapi hakikatnya kerajaan negeri Kedah la yang banyak memberi bantuan kepada mangsa banjir di negeri Kedah cuma tidak di hebohkan di media sahaja.Buat apa nak riak-riak macam UMNO dan Barisan Nasional yang mahu publisiti yang besar-besaran walaupun memberi bantuan hanya sebiji telur ayam sahaja.

Tetapi apa yang Gua nak bawakan kali ini ialah bukan mengenai Dato Zaid Ibrahim dan masalah bantuan banjir di negeri Kedah tetapi apa yang Gua nak bawakan ini iailah mengenai FELCRA pula.Apa pula masalah yang timbul di FELCRA ini?
Ini yang kita nanti-nantikan....

Hari ini satu laporan dakwaan penyelewengan Felcra dalam perlaksanaan Projek Pembangunan Pulau Bangi, Sabah diserah kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).Laporan diserahkan Pengerusi Lajnah Tanah dan Pembangunan Wilayah PAS Pusat, Mazlan Aliman di pejabat suruhanjaya itu di Putrajaya hari ini.

Beliau mendakwa, Projek Agropolitan Pulau Bangi yang dibangunkan pada 2006 dengan kos RM167 juta, untuk penanaman getah di atas tanah seluas 2000 ekar dibuat tanpa kajian awal sehingga merugikan wang rakyat.

Projek tersebut dilancarkan oleh Perdana Menteri ketika itu, Datuk Seri Abdullah Badawi dengan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah ketika itu, Datuk Seri Aziz Shamsuddin.
Ianya termasuk faktor cuaca panas 7 hingga 8 bulan setahun di pulau tersebut, kadar kemasinan tanah yang tinggi dan ombak besar yang berisiko merosakkan tanaman.
Selain itu, Lembaga Getah Sabah juga didakwa menolak syor menanam getah tersebut, manakala anak syarikat SEDC Sabah juga menolak syor untuk penanaman kelapa sawit namun tidak dipedulikan Felcra.

Selain itu, Felcra juga didakwa membazirkan sejumlah RM40 juta untuk membina Empangan Air dan RM25 juta untuk membina 100 buah rumah peserta sedangkan tiada apa-apa hasil selepas 3 tahun projek itu berjalan.

Malah terdapat juga dakwaan bahawa kontrak membina empangan tersebut dibuat secara runding terus.Sehingga kini katanya, kemajuan tanaman getah tersebut hanya statik, dan Felcra juga telah membayar gaji hari kepada peserta antara RM 18 hingga RM20 bermula 2007.Beliau juga mahu kebenaran, sama ada benar sejumlah RM200 juta telah diperuntukkan untuk projek tersebut untuk 2008, 2009 dan 2010. 
 
http://lagenda-cinta.blogspot.com

No comments:

Post a Comment