Friday, November 5, 2010

NEGARA DALAM BAHAYA AKIBAT HUTANG


Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) melahirkan kebimbangan di atas peningkatan hutang negara pada tahun lalu berjumlah RM362.39 bilion, iaitu paras yang paling tinggi dalam tempoh lima tahun. Laporan oleh Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang sangat mengejutkan kerana Malaysia boleh jatuh muflis dengan kadar hutang yang tinggi sebegini. Menurut, Tan Sri Ambrin Buang, hutang tahun ini jauh lebih teruk berbanding jumlah hutang RM233.92 billion yang disebut oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di Parlimen Jun lalu.

DPPWP mempersoalkan bagaimana hutang yang mencakupi 53.7 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) boleh meningkat sedangkan Perdana Menteri, Dato’ Seri Mohd Najib Tun Razak menyatakan kedudukan ekonomi negara yang semakin kukuh. Ditambah pula dengan peruntukan bajet negara tahun 2011 berjumlah RM 213 billion iaitu satu jumlah yang agak tinggi. Dimanakah kerajaan akan perolehi pendapatan untuk menampung keseluruhan bajet berjumlah RM 213 billion sedangkan hutang negara sendiri berjumlah RM 233.92 billion. Ini menunjukkan keadaan kewangan negara yang defisit.

DPPWP kesal kerana kerajaan bernafsu besar untuk membangunkan Menara Warisan bernilai RM 5 billion, memberi peruntukkan yang tidak rasional kepada Permata Pintar yang baru sahaja ditubuhkan sebanyak RM 111 juta, sedangkan kerajaan sepatutnya mendahulukan peruntukan kepada golongan sasaran yang lebih memerlukan. Yang lebih penting, DPPWP berpendapat kerajaan perlu menguruskan hutang negara terlebih dahulu sebelum membentangkan pelan pembangunan negara.

Dalam keadaan ini, kerajaan harus memikirkan mekanisme terbaik menyelesaikan hutang dalam negara yang berjumlah RM 348.60 billion atau 96.2 peratus keseluruhan hutang Kerajaan Persekutuan. Keadaan ini boleh menimbulkan kebimbangan dan pertanyaan rakyat, apakah kerajaan terpaksa meminjam dengan Bank Dunia (IMF) bagi melangsaikan hutang atau menaikkan cukai sehingga boleh membebankan rakyat, atau juga menaikkan harga barangan bagi menampung kos serta hutang yang membelenggu negara. DPPWP turut bimbang sekiranya tren ini berterusan, negara akan ditimpa muflis dan negara menjadi huru hara akibat kelemahan pengurusan hutang negara yang tidak terkawal.

Disediakan oleh

FADHIL OSMAN
Ketua Penerangan
Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan


www.tranungkite.net

No comments:

Post a Comment