Monday, November 8, 2010

RUMAH EXCO SELANGOR DIPECAH MASUK, KERUGIAN RM70.000

KLANG 8 NOV: Seorang Exco Kerajaan Negeri Selangor kerugian lebih RM70,000 selain hilang sebuah peti besi yang mengandungi barangan berharga, selepas rumahnya di Taman Klang Jaya di sini dimasuki pencuri, tengahhari tadi.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kesihatan, Pekerja Ladang, Kemiskinan dan Kerajaan Prihatin Dr A.Xavier Jayakumar berkata beliau percaya kejadian itu berlaku antara 12.30 tengah hari dan 3.30 petang, ketika semua anggota keluarganya tidak berada di rumah.

"Kejadian disedari oleh anak lelaki saya, Dev Arul yang pulang dari sekolah kira-kira pukul 3.30 petang, apabila melihat keadaan empat bilik yang berselerak dengan semua laci meja terbuka dan peti besi hilang.

"Beliau kemudian menghubungi isteri(ibu Dev Arul) yang memaklumkan kejadian ini kepada saya," katanya ketika ditemui hari ini.

Xavier yang bergegas pulang dari persidangan Dewan Undangan Negeri berkata, kejadian itu merupakan yang pertama sejak 21 tahun menetap di kawasan tersebut.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Klang ACP Mohamad Mat Yusop ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian tersebut.

"Siasatan lanjut sedang dijalankan dari pelbagai sudut bagi mengenal pasti suspek dalam kejadian itu," katanya.-Bernama.


No comments:

Post a Comment