Mengapa UMCO meroyan isu pilihan raya masjid yang dicadangkan oleh kerajaan negeri Pulau Pinang? Jawapannya mudah sahaja, UMCO takut hilang kuasa di masjid. Buat masa sekarang, UMCO menggunakan pengaruhnya melalui agensi kerajaan yang berkaitan untuk menguasai masjid. Orang-orang UMCO memegang jawatan penting dalam masjid. Hal ini penting bagi memastikan masjid tidak menjadi tempat untuk menentang kemungkaran dan politik sempit UMCO. Apabila ada usaha dibuat untuk memastikan proses pemilihan AJK masjid lebih telus dan bebas, UMCO yang berasa tergugat mula memainkan sentimen agama dan Melayu.
Semua orang tahu, cara terbaik dan telus untuk melantik seseorang memegang sesuatu jawatan adalah melalui pemilihan. Sedangkan pemimpin negara pun dilantik berdasarkan proses pilihan raya.Yang menjadikan proses pilihan raya itu pemecah belah masyarakat apabila proses itu dicemari oleh tangan-tangan ghaib yang merosakkan kredibiliti dan ketelusan sesuatu pilihan raya. Tidak perlulah kita menulis panjang-panjang kewajaran mengadakan pilihan raya kerana isu ini sengaja dicetus untuk mengagalkan usaha kerajaan negeri. Di PBB pun, sesuatu keputusan dibuat melalui undian. Cuma yang merosakkan kredibiliti badan dunia itu apabila 5 negara kuasa besar diberikan kuasa veto untuk menentang sesuatu keputusan.
Kali ini, antara alasan yang diberikan untuk memburukkan/menggagalkan cadangan kerajaan negeri Pulau Pinang itu termasuklah:
(a) pilihan raya masjid memecahbelahkan umat Islam (alasan standard)
(b) pilihan raya masjid tidak mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong
(c) PAS dibuli/dipergunakan oleh DAP
Kalau pilihan raya itu dicap sebagai pemecah belah masyarakat, Malaysia wajar mencadangkan kepada dunia untuk mengharamkan proses pilihan raya.
Saya petik berita berkenaan:
Saya petik berita berkenaan:
DAP Pulau Pinang sengaja wujudkan perpecahan, budaya berpuak-puak
[BH] KUALA LUMPUR: Langkah kerajaan DAP Pulau Pinang melaksanakan ‘pilihan raya masjid’ sebagai kaedah baru pemilihan ahli jawatankuasa masjid di negeri itu adalah taktik parti berkenaan untuk meneruskan perpecahan dalam masyarakat Melayu serta melemahkan Islam secara terancang.
Ia juga bertujuan mempolitikkan institusi masjid kerana akan mewujudkan pelbagai kumpulan berbeza akibat daripada pemilihan itu.
Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman, berkata tindakan itu sengaja dibuat supaya perpecahan berterusan berkenaan akan membawa kepada lemahnya masyarakat Islam serta Melayu di negeri itu sekali gus memudahkan DAP merancang agenda mereka.
Beliau berkata, institusi agama sudah dijadikan alat politik, manakala kewujudan kumpulan berbeza dalam pemilihan itu akan menyebabkan berlakunya perpecahan dalam konteks keagamaan.
“Bagi saya, ini tidak lain adalah agenda, cara atau taktik dirancang untuk memecah-belahkan serta meneruskan perpecahan masyarakat Islam sekali gus melemahkan mereka,” katanya selepas merasmikan mesyuarat perwakilan UMNO bahagian Parit Sulong, Johor, semalam.
Baru-baru ini, kerajaan DAP Pulau Pinang mengumumkan pelaksanaan pilihan raya masjid di seluruh negeri berkenaan biarpun didakwa belum mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong selaku ketua agama Islam.
Malah, pelbagai pihak membantah keputusan pelaksanaan pemilihan itu kerana didakwa mempunyai kesan negatif dan menimbulkan persengketaan, perpecahan selain mewujudkan budaya berpuak-puak hingga menjejaskan imej Islam.
Sementara itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom, berkata umat Islam perlu kembali kepada konsep dalam Perlembagaan yang mana agama Islam itu diletakkan di bawah kuasa Yang di-Pertuan Agong.
“Sebarang pindaan atau pelaksanaan kaedah baru berkaitan agama Islam tanpa mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin boleh dianggap menderhaka dan melanggar undang-undang seperti yang tertera dalam Perlembagaan,” katanya.
Penasihat Majlis Agama Islam Johor, Datuk Noh Gadot berkata, pengaruh politik dan kepartian akan menyebabkan masjid tidak lagi berfungsi dengan relevan.
“Jika ada tanda perpecahan, pergaduhan, perebutan kuasa dan pengaruh politik dapat dilihat dalam pemilihan jawatankuasanya maka ia tidak lagi sesuai untuk diteruskan,” katanya.
Di SEREMBAN, Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Dr Mohd Puad Zarkashi mencabar PAS agar menggugurkan perkataan Islam pada nama parti itu kerana ia menimbulkan kekeliruan banyak pihak.
“Kalau parti sudah sanggup dibuli DAP sehinggakan akhirnya PAS boleh menggugurkan perjuangan negara Islamnya, maka saya cabar PAS supaya gugurkan saja perkataan Islam daripada nama parti itu,” katanya selepas merasmikan mesyuarat Perwakilan UMNO bahagian Kuala Pilah.
P/s: Inilah cara UMCO mahu memperbodohkan Melayu.
http://duniacacamarba.blogspot.com
No comments:
Post a Comment