Sunday, June 19, 2011

BLOGGER 'UMNO" AKUI "PEMIMPIN UMNO" KERJA UNTUK KEKAYAAN


Terima Kasih Tengku Razaleigh

Rakyat terpaksa bersyukur kerana Tengku Razaleigh masih ada untuk memberi ucapan dan ceramah kepada masyarakat tentang isu isu semasa dan silam. 

Isu isu yang dekat kepada hati masyarakat seperti isu minyak di perairan Kelantan, isu perlawanan dia dengan Tun Mahathir dulu untuk jawatan Presiden UMNO, isu semasa rakyat dan belia hari ini yang menyakitkan hati dia kerana dituduh Kerajaan Persekutuan tidak dengar suara mereka.

Tengku Razaleigh ada seorang Pemimpin 'VETERAN di dalam UMNO. Dia yang dulu ada kuasa untuk menukar perlembagaan supaya Kelantan dapat menikmati hasil minyak tetapi hanya menunggu sampai sekarang untuk bersuara. 


Seorang yang dahulu mempunyai kuasa untuk mengubah apa yang dia kata adalah masalah kronik di dalam UMNO tetapi tidak mengubahnya pada zaman dia berkuasa. 


Kenapa tidak ?

Masyarakat bertanya kenapa menuduh kalau sendiri makan puas puas ? Kereta di rumah ada berapa Tengku ? Kereta paling murah yang mana satu Tengku ? Ya, jawapan nya adalah 'saya kerja untuk kekayaan yang sedia ada'


Jawapan yang sama dari Pemimpin UMNO sedia ada. Jadi yang semasa, silam dan zaman batu semua sama, bila nak berubah ?

Terima kasih Tengku Razaliegh, teruskan dengan bersuara kerana Pemimpin yang lain lebih suka diam kerana takut dengan kehilangan jawatannya di dalam Kerajaan. Tengku Razaliegh tidak ada apa apa untuk hilang kerana semua kekayaan yang sedia ada 'anda kerja untuk'.

Banglo kontroversi milik bekas MB Selangor yang juga pemimpin Umno Selangor, Khir Toyo.


Banglo ini dikatakan milik salah seorang pemimpin Umno Terengganu.


Ini pulak banglo mewah milik anak Tun M iaitu Mukhriz Mahathir. Juga pemimpin Umno.

Salah satu banglo milik pemimpin BN Sarawak, Taib Mahmud yang dikatakan mempunyai banyak hartanah dalam dan luar negara.
 
http://azmieyusoff.blogspot.com

No comments:

Post a Comment