Sunday, June 19, 2011

KABINET PAS PERAK 2011-2013

IPOH, 19 Jun: PAS Perak selesai membentuk Jawatankuasa Badan Perhubungan PAS Perak dengan beberapa perubahan bagi jawatan utama Ust. Abu Bakar Husain ( gambar ) dilantik semula sebagai Pesuruhjaya selepas mesyuarat pertama AJK PAS Pusat pada 12 Jun lalu yang diumumkan oleh Presiden, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

Bekas Menteri Besar Perak Dato’ Seri Ir. Nizar Jamaluddin kekal dilantik sebagai Timbalan Pesuruhjaya 1 manakala Bekas Setiausaha Perhubungan PAS Perak, Ustaz Misbahul Munir Haji Masduki diamanahkan sebagai Timbalan Pesuruhjaya 2. Ust. Misbah merupakan Yang Dipertua PAS Kawasan Bagan Datoh.

Pengerusi Badan Bertindak Peserta Felcra (BAPA) yang juga Yang Dipertua PAS Lenggong, Haji Razman Zakaria dilantik sebagai Timbalan Pesuruhjaya PAS 3.

Dr. Muhaimin Sulam pula dilantik sebagai setiausaha yang baru menggantikan Ust. Misbahul Munir Masduki . Perlantikan Dr. Muhaimin yang juga Yang Dipertua PAS Pasir Salak dibaratkan sebagai ‘sirih pulang ke gagang’ kerana beliau pernah menyandang jawatan berkenaan sebelum melanjutkan pelajaran ke luar Negara.

Bekas Timbalan Ketua Pemuda PAS Perak , Ust. Nuri Amin Endut dilantik sebagai Ketua Penerangan PAS negeri yang baru mengantikan ADUN Titi Serong Drs. Khalil Idham Lim Manakala Haji Osman Maseri dilantik sebagai bendahari.

Dua penolong setiausaha telah dilantik iaitu Ismad Sahril Che Mat dan Puan Mazidah Zakaria.

Haji Asmuni Awi kekal dipilih sebagai Pengarah Pilihanraya PAS negeri .

Beberapa orang ahli jawatankuasa tambahan yang dipilih ialah ADUN Lubuk Merbau Haji Zainuddin Yusuf, Ust Sidik Noor, Azhar Rafie, Muhammad K Y Tiang, Mohd Zamri Ibrahim, Khairul Anuar Ismail dan Puan Rosaini bt Al
 
http://paspb2.blogspot.com

No comments:

Post a Comment