Pernahkah kita terfikir apa yang berlaku kepada mereka yang dilapor atau dituduh mencuri ENJIN kapal terbang tersebut?Apa yang telah terjadi kepada mereka?
Cerita dari BH Online....
Sarjan Tharmendran kekal bebas dari tahanan TUDM
2011/05/23
PUTRAJAYA: Sarjan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), N Tharmendran, yang ditangkap dan ditahan oleh TUDM kerana gagal hadir tugas tanpa cuti (AWOL) kini kekal bebas dari tahanan.Keputusan itu berikutan tindakan TUDM menarik balik permohonan bagi memfailkan notis rayuan melebehi tempoh masa di Mahkamah Persekutuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang memerintahkan penahanan Tharmendran itu tidak sah di sisi undang-undang.
Pada 25 November tahun lalu, Tharmendran, 43, ditahan lima pegawai dari Jabatan arah Provos Marshal TUDM di perkarangan kompleks Mahkamah Shah Alam selepas dibebaskan dengan ikat jamin RM50,000 atas tuduhan bersuhabat mencuri dua enjin jet milik TUDM.
Pada hari berikutnya, Tharmendran memfailkan permohonan habeas corpus untuk dibebaskan daripada Pusat Tahanan Kem Batu Kentonmen, Jalan Ipoh, Kuala Lumpur.
Di luar mahkamah, peguam Amer Hamzah Arshad, yang mewakili Tharmendran, memberitahu pemberita bahawa penahahan anak guamnya berakhir berikutan penarikan permohonan oleh TUDM.
Sementara itu, Manoj memberitahu Tharmendran sudah kembali bertugas.
Bagaimanapun, Tharmendran masih berdepan dengan perbicaraan di Mahkamah Sesyen Petaling Jaya atas tuduhan bersuhabat mencuri serta melupuskan dua enjin jet pejuang milik TUDM.
(cerita dari MTD Pulau Tawar)
No comments:
Post a Comment