Tuesday, May 3, 2011

KAMPUNG ORANG ASLI YANG TAK PERNAH TERDEDAH DENGAN DUNIA LUAR DI TEMUI DI PAHANG

Pegawai Daerah Temerloh, Datuk Dr. Sallehuddin Ishak berkata, perkampungan yang dikenali sebagai Kuala Senil itu terletak kira-kira lima jam berjalan kaki dari Pusat Konservasi Gajah, Kuala Gandah.

Menurut beliau, tujuh keluarga terbabit yang tinggal dalam dua kelompok masing-masing mengamalkan cara hidup tradisional dengan bergantung kepada sumber hutan.

“Pada Januari lalu, JHEOA menemui sekelompok tiga keluarga Orang Asli selepas berjalan kaki selama empat jam di dalam hutan sebelum menemui empat lagi keluarga yang tinggal berhampiran kawasan air terjun tujuh tingkat kira-kira empat jam lagi berjalan kaki dari kelompok pertama,” katanya ketika ditemui di Kampung Kuala Senil di sini semalam.

Bagaimanapun menurut Sallehud- din, daripada tujuh keluarga terbabit, terdapat antara mereka kerap berhubung dengan masyarakat sekitar untuk mendapatkan keperluan asas.

Menurutnya, terdapat segelintir mereka memiliki motosikal yang diubah suai untuk meredah hutan.

“Segelintir mereka masih berjalan kaki menggunakan trek laluan yang dibuat untuk berhubung dengan dunia luar tetapi masih terdapat beberapa keluarga yang tidak pernah keluar dari hutan dan mengamalkan cara hidup primitif menggunakan segala sumber hutan.

“Mereka menanam padi bukit, ubi kayu dan memburu untuk mendapatkan makanan,” katanya.

Menurut beliau, tempoh perjalanan yang diambil untuk sampai ke perkampungan terbabit sekitar lima jam dan perlu bermalam jika masuk lebih jauh ke dalam hutan.

Kata Sallehuddin, beliau bersama rombongan 15 pegawai dan anggota agensi berkaitan melakukan ekspedisi ke perkampungan itu untuk memastikan kesahihan kewujudannya.

Ekspedisi yang bermula pukul 11 pagi semalam mengambil masa lima jam untuk sampai ke kampung berkenaan sebelum bertolak pulang esok. UM 
 
Ulasan : Masih ada lagi yang ketinggalan seperti ini ? Apa UBN buat selama ini, rasanya sudah lama UBN perintah negeri yang kaya dengan sumber balak ini tetapi masih ada rakyat yang hidup sedemikian rupa.Bayangkanlah bagaimana tentang pendidikan anak-anak mereka ?.

http://penburukonline.blogspot.com

No comments:

Post a Comment