Tuesday, December 7, 2010

ANAK TOYO MANGSA YANG MINTA DIMANGSAKAN

Bukan rahsia umum lagi, Khir Toyo telah dikambing hitamkan oleh Umno dalam usaha mereka menutup kemarahan rakyat terhadap lambungan harga empat jenis barangan baru baru ini. Bukan rahsia umum juga, terheretnya Khir Toyo ke Mahkamah adalah satu usaha lunak dari KERAjaan Najib meletakkan seolah olah ketelusan pemerintahan mereka diatas landasan. Dan bukan juga rahsia lagi, ini semua perancangan yang rapi malah Khir Toyo sendiri seakan mengetahui dan redha dikambing hitamkan oleh parti demi menghadapi Pilihanraya Umum tidak lama lagi.
Hari ini dunia jadi riuh rendah dengan hilai tawa penjilat penjilat parti penindas bangsa itu. Kata kata sanjungan  dilaungkan, kononnya tiada yang lebih telus dari parti mereka selain Umno adik kembar pada APCO itu. Terheretnya Khir Toyo ke muka pengadilan hanya helah bagi mengaburi kebejatan parti perkauman no 1 negara ini.

Ini permainan yang telah lama dimainkan oleh pemimpin korup Umno terdahulu. Permainan kotor mengkambing hitamkan seseorang sebelum parti mengistiharkan pilihanraya sebenarnya telah diwarisi dari zaman Mahathir lagi.

Masaalah rasuah dalam negara memerlukan keikhlasan dalam tindakan. Pendakwaan berpilih akan meletakkan masaalah rasuah negara dipandang ngeri dan sepi. Umum tahu, Khir Toyo di tarik ke Mahkamah hanya semata mata untuk mereka mengulangi lagi episod Kasitah Gadam di zaman Mr. Clean Pak Lah. Khir Toyo akan terbebas apabila tiba masa, dan bintang politik anak tempe ini akan kembali menyinar. 

Tak hairan sekiranya Khir Toyo sendiri yang mahu dirinya dikambing hitamkan, kerana pertuduhan ini hanya wayang yang  kesudahannya telah lebih awal ditentukan. Demi mengelak permasaalahan peribadinya sendiri dalam Umno Selangor khasnya dari terus membuat damage yang lebih besar pada Umno negeri, lebih baik diapungkan satu kes ciput dari beribu kes lain yang lebih parah.

Ya... ngomelan Khir Toyo nampak cantik, ingin menyerahkan surat peletakan jawatannya sebagai Ketua Pembangkang di Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor pada Badan Perhubungan Umno negeri, esok. Tapi dari segi moralnya, bukan setakat Ketua Pembangkang, malah Khir Toyo perlu juga meletakkan jawatan sebagai Adun dan terus bersara saja dari politik Selangor.

Hihi... takat RM750,000.00 duit ikat jamin tu 'no hal'lah kat dia... seluk poket atas saja...

www.shalehudin.blogspot.com

No comments:

Post a Comment