11 Muharram 1432H - Satu kenyataan yang dikeluarkan oleh akhbar Harian Metro bertarikh 11 Disember 2010 benar-benar mengejutkan umat Islam apabila dilaporkan bahawasanya Dr. Fadzilah Kamsah telah mengeluarkan fatwa yang membolehkan seseorang itu melacurkan dirinya dalam darurat. Kenyataan ini hampir sama nadanya dengan fatwa yang dikeluarkan oleh Dr. Masyitah Ibrahim sekitar tahun 2005 dahulu.
Saya mewakili Dewan Pemuda PAS Malaysia dan seluruh umat Islam ingin mengingatkan dengan jelas dan tegas agar hukum agama tidak diungkap sepintas lalu tanpa mempunyai asas dan nas yang tepat, juga sensitiviti Islam itu tidak dipermainkan. Saya ingin mengingatkan, bahawa semua pihak yang ingin bercakap mengenai agama khasnya, perlu merujuk kepada mereka yang lebih tahu akan Islam itu dari sudut asas dan cabangnya sebelum mengeluarkan satu-satu kenyataan mengenainya.
Kenyataan yang membenarkan seseorang itu melacurkan diri dengan alasan darurat tidak sepantasnya dikeluarkan begitu sahaja. Kenyataan demikian jelas bercanggah dengan maqasid Islam itu sendiri. Islam tidak mengajar kita menghalalkan cara demi mencapai matlamat kita. Sekali lagi, saya ingin mengingatkan agar kita perlu lebih berhati-hati sebelum menjawab satu-satu soalan apatah lagi sekiranya soalan itu bukan di dalam kepakaran kita.
Seperkara lagi, saya ingin persoalkan apakah rasionalnya isu pengharusan zina atau melacur kerana darurat ini ditimbulkan? Negeri atau negara mana yang mengalami darurat sehingga rakyatnya terpaksa melacur? Darurat yang bagaimana sehingga pelacuran terpaksa dihalalkan begitu sahaja?
Apakah negara kita telah kehabisan makanan? Apakah kerajaan negara ini telah kehilangan moral dan nilai simpati untuk membantu rakyatnya? Apakah masyarakat kita telah pupus semangat membantu dan menghulur bantuan kepada yang memerlukan? Di mana pula Baitul Maal, Pusat Pungutan zakat, atau hukum itu diberi pada realiti yang tidak wujud?
Suka saya tegaskan bahawa meminta sedekah itu jauh lebih baik dari melacurkan diri jika hanya kerana ingin mencari sesuap nasi. Apakah jawapan sebegini tidak boleh diberikan oleh beliau? Mudah sahaja si jahil akan berhujjah bahawa mereka melacur kerana ingin mencari sesuap nasi
Akhirnya saya nasihat agar semua pihak berhati-hati ketika mengeluarkan pandangan atau pendapat. Kenyataan mesti berpijak di alam nyata agar tidak mengelirukan ummah serta wajib mempunyai sandaran nas yang jelas.

--- Oleh Nasrudin Hassan at-Tantawi, Ketua Dewan Pemuda PAS
http://pasalbuku.blogspot.com
No comments:
Post a Comment