Thursday, September 30, 2010

ARAK : PENGANGGUR KENE 6 SEBATAN DENDA RM5K

KUANTAN, 30 Sept – Mahkamah Tinggi Syariah di sini hari ini menjatuhkan hukuman enam sebatan dan denda RM5,000 ke atas seorang buruh atas tuduhan meminum arak di khalayak ramai di sini pada Februari lalu.

Hakim Syarie Datuk Abdul Rahman Yunus menjatuhkan hukuman itu selepas Mohamed Rezzal Mohamed Yussof (gambar), 24, mengekalkan pengakuan bersalah walaupun mahkamah telah memberikan masa untuk dia melantik peguam.

Abdul Rahman juga memerintahkan tertuduh menjalani hukuman penjara selama satu tahun sekiranya dia gagal membayar denda itu.

Mengikut fakta kes, Mohamed Rezzal didakwa minum arak berjenama Tiger dalam tin minuman dengan isipadu 350 mililiter (ml) di tempat letak kereta di bumbung pusat beli-belah Kuantan Parade di sini pukul 5.30 petang, 13 Februari lalu ketika sepasukan penguatkuasa Jabatan Agama Islam Pahang mengadakan operasi penguatkuasaan.

Tertuduh yang memilih untuk tidak diwakili peguam syarie dituduh mengikut Seksyen 136 Enakmen Pentadbiran Agama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang 1982 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 4 enakmen sama.

Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh didenda maksimum RM5,000 atau penjara sehingga tiga tahun atau kedua-duanya beserta sebatan maksimum enam kali.

Dalam rayuannya tertuduh memohon supaya mahkamah mengenakan hukuman denda minimum dan tidak dipenjara dengan alasan ia boleh menggelapkan masa depannya.

Bagaimanapun, dalam penghakimannya, Abdul Rahman berkata mahkamah perlu menjatuhkan hukuman selaras dengan undang-undang untuk menginsafkan tertuduh dan orang lain supaya menjauhi perbuatan meminum arak yang jelas bertentangan dengan syarak.

Abdul Rahman berkata tertuduh pada sepanjang perbicaraan juga mengekalkan pengakuan bersalah sejak kes disebut kali pertama pada 24 Mei lalu.

“Walaupun diberi peluang untuk melantik peguam, tertuduh tetap enggan berbuat demikian serta mengekalkan pengakuan bersalah dan selepas mengambil kira pengakuan dan laporan air kencing yang mengandungi 254 miligram alkohol bagi setiap 100 ml air kencing seperti dikemukakan pihak pendakwaan, mahkamah mensabitkan tertuduh bersalah,” katanya. – Bernama

4 comments:

  1. dulu kuli penah lawan dr mahathir rebut kerusi presiden umno.dia kalah tipis.najib ketika itu ketua pemuda umno pulak sokong dr mahathir.bini najib juga sebelum nikah dengan rosmah dari kalangan kerabat raja kelantan.krisis dalaman umno makin parah dan tak dapat dielakkan.umno pecah dua dandiharamkan.wujudlah team A yang diketuai dr mahathir dan team B oleh kuli yang juga disokong mantan pm iaitu Allahyarham tunku abdul rahman dan hussein onn.dipercayai hingga ke akhir hayat tidak berada di dalam umno.sama seperti pengasas UMNO Allahyarham Datuk onn jaafar.Rakan-rakan yang sealiran dengan kuli ketika itu rais yatim,ibrahim ali dan shabery chik.pak lah sendiri turut berada dalam team b.kuli cuba menubuhkan parti baru dengan menggunakan nama umno tapi tak dibenarkan dan dr mahathir berjaya menubuhkan parti baru dengan nama menggunakan nama umno.kira umno barulah pasal umno lama dah mati dan telah diharamkan
    s46 bertanding dalam pru dengan bekerjasama membentuk angkatan perpaduan ummah dengan PAS dan gagasan rakyat dengan DAP dan PBS.KIMMA ketika itu juga menyokong s46.
    Menjelang PRU,media totok memainkan isu sigah lambang saib yang dipakai oleh kuli ketika lawatannya ke sabah.kesannya s46 kalah teruk.bukan ketika ini sahaja umno mainkan isu agama tapi suatu ketika dulu pun umno gunakan kaedah sama.orang melayu takut untuk mengundi s46 kerana isu sigah lambang salib yang dipakai kuli menurut seorang penganalisis politik.jika tidak, tak mustahil s46 memerintah negara dengan rakan-rakan pembangkang dan kuli jadi pm.
    cukup teruk kuli dikenakan oleh umno.kemudian seorang demi seorang rakan-rakannya meninggalkan beliau seperti rais yatim,ibrahim ali,shabery chik.mereka diberikan ganjaran timbalan menteri dan ada yang dah jadi menteri.s46 dibubarkan dan kuli akhirnya join umno tetapi hingga ke saat ini tak ditawarkan sebarang jawatan dalam kabinet walaupun satu ketika dulu pernah jadi menteri kewangan dan mengasaskan petronas.kesian....kuli dipinggirkan umno.ketika bawak isu royalti minyak untuk rakyat kelantan,ada pemimpin umno cadangkan dia dipecat daripada umno.inilah masa yang sesuai kuli mengajar kebongkakan pemimpin umno yang pernah mengaibkannya suatu ketika dulu.mahu jadi sesumpah atau hero rakyat kelantan pertahankan royalti minyak.masih belum terlambat untuk kuli buat pilihan.inilah masanya kuli mengajar kebiadapan pemimpin umno terhadapnya suatu ketika dulu.mahu pertahankan kepentingan pemimpin umno atau perjuang nasib rakyat kelantan dan seterusnya jadi hero mereka.terpulanglah kepada kuli menentukannya

    ReplyDelete
  2. kerajaan bercadang nak senaraihitamkan pemilik kenderaan yang tak bayar saman pihak berkuasa tempatan.MP PR lena bantah ni bila usul ini dibawa ke parlimen untuk meminda akta tentang blacklist ini

    ReplyDelete
  3. Memorandum bantahan Karnival Gegaria telah diserahkan kepada Yang Di Pertua Majlis Perbandaran Temerloh dan Pejabat Agama Islam Daerah Temerloh.Memorandum bantahan ini adalah bantahan umat Islam yang prihatin di Temerloh iaitu ahli-ahli dan pimpinan PAS kerana terdapat acara seperti konsert yang melalaikan dan bercampur dengan maksiat.

    ReplyDelete
  4. Karnival Gegaria anjuran Harian Metro telah diadakan di Kubang Gajah Temerloh.Bermula pada hari ini dan berakhir keesokan harinya.
    Menurut satu sumber pihak harian Metro bercadang untuk mengadakan karnival ini di Kedah tetapi telah ditolak oleh kerajaan negeri Kedah.
    Destinasi pilihan adalah Temerloh.

    ReplyDelete