Friday, September 24, 2010

UNDILAH LAGI BN, BIAQ MAMPOIH HABIS SEMUA INI

Sarawak Report kata, rancangan untuk membekalkan tenaga elektrik dari Empangan Bakun melalui kabel dasar laut sebenarnya adalah khayalan menteri-menteri yang buta teknologi.

Semalam, Bernama melaporkan bahawa Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Seri Peter Chin Fah Kui berkata, kerajaan pusat tidak akan meneruskan projek kabel dasar laut dari empangan itu kerana kerajaan Sarawak mahu membelinya dari kerajaan Persekutuan.

"Oleh kerana mereka mahukan elektrik itu kekal di Sarawak, kami tidak akan meneruskan projek kabel dasar laut," kata Chin.

Siapa boleh menafikan semua itu berlaku kerana kerajaan sebenarnya nak menutupi kegagalan "khayalan menteri-menteri yang buta teknologi"?

Sarawak Report dah kata:
1. Empangan itu tidak ada matlamat ekonomi yang sebenarnya. Sarawak sudah pun mempunyai bekalan elektrik yang lebih dari apa yang mampu digunakan oleh rakyatnya yang miskin.

2. Empangan itu akan menyebabkan harga bekalan elektrik lebih mahal kepada rakyat biasa di Sarawak kerana semua stesen janakuasa yang ada sekarang akan ditutup dan Sarawak Hidro Sdn Bhd (SHSB) pula kini sedang bergelut untuk mendapatkan kembali sebahagian kos yang berjumlah RM7.3 bilion.

3. Kumpulan Wang Simpana Pekerja (KWSP) dan Kumpulan Wang Persaraan (KWAP) yang dipaksa oleh ahli-ahli politik Umno dan Barisan Nasional (BN) untuk membiayai projek RM5.75 bilion itu kini berhadapan dengan kerugian besar. Jika kedua-duanya mahu diselamatkan, wang rakyat termasuk dari generasi yang akan datang mesti dikorbankan lagi.
Baca juga bagaimana Ketua Menteri Sarawak dan keluarganya dikatakan membuat keuntungan dari projek itu (sila klik link Sarawak Report di atas).

Adoi la! Rupa-rupanya anak cucu kita terpaksa menanggung beban tak fasal-fasal akibat fantasi bodoh menteri-menteri BN yang buta teknologi. Undilah lagi BN, biaq mampoih habis semua lepas ni!.
 
www.penarikbeca.blogspot.com

No comments:

Post a Comment