Jikalau ada yang masih tidak dapat 'menangkap' isu sebenar yang dibawa dalam posting saya yang bertajuk: UMNO, Kura-Kura dan Perahu, di sini saya ingin menjelaskannya. Sebenarnya kedua-dua YB BN bukanlah menjadi sasaran saya dalam isu ini.
Tetapi mereka pula yang respon. Dato' Idris respon dengan meletakkan linknya ke dalam Blog saya dan Kamalanathan pula melalui responnya dalam Utusan. Apa yang dilakukan oleh kedua-dua YB BN adalah apa yang SEPATUTNYA dilakukan oleh seseorang YB; dimana mereka berusaha berdamping dengan masyarakat termasuk dalam memakmurkan Masjid dan Surau. Saya syorkan mereka berdua teruskan aktiviti mereka yang baik ini, kerana setahu saya tiada sebarang kesalahan yang dilakukan.
Oleh yang demikian, yang menjadi masalahnya ialah pendekatan JAIS dan MAIS yang mempunyai 'double standard' dalam soal seperti ini. Apabila kegiatan sebegini dilakukan YB dari BN, mereka diam, malahan berusaha keras membantu. Tetapi apabila ianya dilakukan oleh YB dari PR, maka berbagai bentuk tohmahan yang dilemparkan. Pada pendapat saya, perkara ini berlaku kerana mereka (JAIS dan MAIS) ingin membantu BN dalam usaha BN untuk memberikan persepsi bahawa di bawah PR, titah Sultan dilanggar dan Islam tercabar. Sedangkan itu hanya satu cerita dongeng rekaan dan apa yang dilakukan PR adalah usaha mendampingi masyarakat dan ummat Islam - sepertimana yang dilakukan BN.
Sasaran kedua saya adalah seorang ahli Parlimen yang mengeluarkan 'fatwa' bahawa penyerahan sumbangan oleh orang bukan Islam kepada Masjid dan Surau adalah satu penghinaan kerana kononnya orang Islam terpaksa 'menggemis' dengan orang bukan Islam. Sekiranya perkara ini benar dan dia konsisten tentang kenyataannya tempohari, maka sepatunya dia membidas tindakan Kamalanathan dan bukan HANYA YB Teo. Ini semua adalah bukti bahawa mereka hanya berpura-pura.
Seperkara lagi, gambar-gambar tersebut tidak diedit. Ianya boleh diperolehi di dalam link yang diberikan oleh Dato Idris sendiri, malahan banyak gambar-gambar lagi. Soal di luar atau di dalam Masjid tidak relevan bagi saya. Itu sepatutnya soalan yang diajukan kepada JAIS dan MAIS bukan saya; kerana bagi saya, selaras dengan fatwa Majlis Fatwa Kebangsaan, ianya tidak merupakan suatu masalah atau kesalahan.
Berkenaan publisiti untuk Kamalanathan, saya berharap beliau tidak terlalu 'kebulur' untuk publisiti murahan seperti ini. Lebih-lebih lagi beliau bukanlah pokok kepada isu yang dibincangkan dan hanya mendapat publisiti tempias sahaja. Kalau itulah yang ingin beliau banggakan, takut-takut itu sahaja yang diketahui rakyat akan peranan beliau sebagai seorang ahli Parlimen. Saya nasihatkan, sebagai seorang MP, beliau sepatutnya membina reputasinya di atas peranannya di Parlimen, membantah rang undang-undang serta dasar-dasar yang jelas membebankan rakyat seperti penarikan balik subsidi dan rang undang-undang GST, bukan publisiti 'tempias' sebegini. Tetapi kalau beliau masih terlalu mengharapkan publisiti murahan seperti ini, maka saya redha.
Akhirnya, sebagai penutup bicara, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengalu-ngalukan lawatan Queen Elizabeth II ke Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah pada 14 Oktober 1989, walaupun telah lebih sepuluh tahun yang lalu. Selamat datang ke Malaysia, Welcome to Malaysia!
WaLlahu 'Alam
KHALID SAMAD

No comments:
Post a Comment