1. Semua orang heboh mengenai replika cek RM4 bilon yang diberikan oleh syarikat I’DA World Group yang berpejabat di Kelana Jaya Selangor kepada PAS.
2. Peliknya cek itu diberi atas nama PAS untuk Pas buat jalanraya di Kelantan?
3. Jikalau cek atas nama kerajaan negeri atau Serambi Makkah adalah kemunasabahanya untuk membantu rakyat Kelantan.
4. Kenapa atas nama Pas?
5. Buat jalan kerja kerajaan, bukan kerja parti.
6. Kenapa perlu Pas Kelantan buat jalan kerana di Kelantan Pas yang memerintah.
7. Penjelasan Sdr Wan Nik Setiausaha Politik, kad jemputan tersebut tidak dapat disahkan kerana tidak ada nama pengirim dan nombor telefon. Ini menyebabkan Menteri Besar tidak dapat menghadiri jemputan tersebut.
8. Kalau majlis watikah pada JKK pun ada tertera nombor telefon untuk dihubungi semula kepada pihak penganjur. Tidak waras sangatlah syarikat yang berbilion modal, begitu lemah protokolnya.
9. Menurutnya syarikat berkenaan belum diluluskan sebarang projek pembangunan di Kelantan biar pun pengerusinya mendakwa mendapat projek bernilai RM313.71 bilion di Tumpat. Nama projek Super Mega Seri Tujuh yang melibatkan tanah 144 ribu ekar.
10. Umno riuh rendah untuk mempolitikkan isu cek ini, biasalah parti yang sudah habis gas. Samalah seperti dakwaan Ketua Penerangan Pemuda Umno Malaysia, Datuk Reezal Merican Naina Merican tanpa usul periksa mendakwa wang sumbangan kerajaan Pulau Pinang kepada warga emas hasil dari duit judi.
11. Ahli Pas dan penyokong Pas jangan resah menghadapi isu ini. Ini semua asam garam dalam perjuangan.
- Orang yang tidak waras sahja boleh terima.
- Sumber dari : www.idrisahmad.wordpress.com
No comments:
Post a Comment