Alhamdulillah, selesai sudah Peperiksaan UPSR yang berakhir semalam dengan kertas ujian English dan Sains yang bermula sejak 21 September 2010 lalu. Cuma nak berkongsi peristiwa di salah sebuah sekolah di Terengganu semalam sebelum calon masuk ke dewan peperiksaan kertas I Bahasa Inggeris kelihatan sekumpulan murid-murid kelihatan sedang menghafal sesuatu...," A..C...B....A...D...D...C.....".
Lalu saya pun menegur mereka," Tengah buat apa ni? Kejap lagikan nak masuk dewan?"... Lalu jawab salah seorang murid itu, " Tengah menghafal jawapan bahasa inggeris,"..."Tengah menghafal jawapan?" tanya saya lagi...
lalu jawab murid tadi.."Aha, jawapan periksa nie la".. lalu saya terus bertanya lagi seolah seorang polis " Mana korong dapat jawapan ini?"... "Dari pusat tuisyen XXXXX (di terengganu)" balas murid tadi.
Kringggggg!!! Kedengaran loceng sekolah memanggil murid-murid masuk ke dewan peperiksaan. Murid-murid tadi kelihatan berlari-lari sambil mulut mereka terkumat-kamit menghafal jawapan kertas soalan I Bahasa Inggeris. Lalu dalam hati kecil ku berkata," Patut le Terengganu asyik dapat terbaik UPSR... rupenya tiap-tiap tahun 'BOCOR' di sana."
----------------------------------------------------- ARKIB UTUSAN MALAYSIA : 20/11/2009
UPSR: Terengganu atasi negeri lain
KUALA LUMPUR 19 Nov. - Terengganu terus cemerlang apabila muncul negeri terbaik yang mencatat keputusan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) buat tahun kesembilan berturut-turut.
Daripada sebanyak 23,944 calonnya, sebanyak 3,664 mendapat semua A (15.3 peratus) iaitu peningkatan sebanyak satu peratus berbanding tahun lalu.
Sementara itu daripada 48,171 calon yang memperolehi A dalam semua mata pelajaran UPSR di seluruh negara tahun ini, 8,756 daripadanya berada di Selangor menjadikannya negeri terbanyak menyumbang kepada angka keseluruhan tersebut.
..... TAHUN NI CONFIRM TERBAIK LAGI..... WA..WA...WA...WA....
www.dppwm.blogspot.com
No comments:
Post a Comment