Sunday, September 19, 2010

Eksklusif: UMNO Pahang Kian Terdesak, Gunakan Kemudahan Yayasan Pahang Bagi Mempengaruhi Pelajar Jadi Ahli Dan Sokong Parti Itu Di Kaherah!

Pelajar Pahang di Universiti Al-Azhar Kaherah, Mesir amat kecewa dengan tindakan UMNO memperalatkan Yayasan Pahang untuk kepentingan politik mereka. Ia berikutan UMNO Pahang mempergunakan kemudahan Yayasan iaitu sebuah bilik di Bangunan Haiyu Asyir "Asrama Pahang" (foto) miliknya di Mesir untuk menempatkan pejabat Kelab UMNO. Malah, memang terdapat bukti kukuh UMNO Pahang menjadikan "Asrama Pahang" itu seperti Markaz UMNO. Tambah mengejutkan apabila ada sebilangan Pegawai Yayasan Pahang yang terlibat mengedarkan borang keahlian UMNO kepada pelajar. Tindakan itu amat mengelirukan kerana pelajar terbabit tidak dibenar berpolitik tetapi mereka sendiri melanggar larangan itu dengan memberikan borang keahlian UMNO terbabit. Malah, dipintu rumah terbabit sendiri terdapat "lambang UMNO". Sungguh tidak masuk akal lambang sebuah parti politik berada di premis pelajar, sedangkan kita sudah maklum bahawa pelajar dilarang berpolitik. Ini bermakna, UMNO Pahang begitu kemaruk untuk "merekrut" para pelajar jurusan agama dari Kaherah, Mesir "berkiblatkan parti itu" selepas mereka tamat belajar nanti. Tindakan tersebut, bukan sahaja mengecewakan sebahagian pelajar Pahang di sana, malahan juga ibubapa mereka yang terbabit, Perkara ini sudah beberapa kali didedahkan, namun tiada tindakan yang dilakukan oleh pihak Kerajaan Negeri Pahang bagi menangani perkara ini.

Anak Pahang Di Pinggir Kerana Fahaman Politik

Kita sangka selepas pendedahan itu maka perkara ini akan selesai. Rupa-rupanya kini ada pula pertubuhan kebajiakan pelajar Pahang yang bertindak sama seperti itu. Mereka menggunakan lambang parti UMNO pada pertubuhan berkenaan. Soalnya, kenapa perlu ada "lambang parti" kepada sebuah pertubuhan yang kononnya ditubuhkan atas dasar kebajikan?. Inilah yang menjadi kemusykilan terhadap sebahagian besar pelajar Pahang di sana. Tambah mengejutkan, pihak Yayasan Pahang di Mesir lebih berselera membantu pelajar yang "Bukan Anak Pahang" semata-mata kerana menyokong UMNO. Malah tindakan lebih mengutamakan pelajar dari negeri lain untuk menduduki Asrama Yayasan Pahang dan sekaligus mengenepikan pelajar anak Pahang merupakan satu tindakan jahat sebenarnya. Mereka langsung tidak dapat membezakan kepentingan politik dan pendidikan serta kebajikan pelajar.

Apa Perlu Lambang UMNO Pada Asrama Pahang

Tindakan ini adalah jelas mempunyai satu agenda lain bahkan amat tidak bersesuaian dengan situasi pelajar. Semenjak kehadiran pertubuhan ini, bermacam kejadian yang mengundang kepada perpecahan dikalangan pelajar dan kemerosotan yang ketara dalam pelajaran bagi setiap ahli pertubuhan ini khususnya dan amnya seluruh anak-anak Pahang yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam pertubuhan tersebut. Ini juga tidak ketinggalan kesannya kepada pelajar-pelajar lain. Menurut salah seorang pelajar yang merupakan orang kuat pertubuhan terbabait, beliau keliru kenapa perkara sebegini boleh berlaku? "Berkemungkinan besar, tumpuan kepada pembelajaran yang tidak sepenuhnya dan seringkali mengundang perbalahan sesama pelajar dan disebabkan pertubuhan ini jelas berunsurkan politik semata-mata. Jelas amat tidak wajar kehadiran pertubuhan ini di kalangan pelajar. Lebih-lebih lagi dengan situasi yang berlaku di asrama Pahang ketika ini yang cukup sensitif dengan apa-apa pekara yang berunsurkan politik dan juga penumpuan pelajar-pelajar masa kini kepada dunia ilmu. Dilihat kepada premis pelajar ini tidak mempunyai apa-apa tanda yang menunjukkan adalah tempat kediaman ataupun asrama pelajar. Sedangkan sepengetahuan saya seluruh banggunan (premis pelajar) ini adalah hak milik Yayasan Pahang. Tetapi tiada apa-apa tanda bahawa premis ini hak milik Yayasan Pahang", katanya.

Pelajar Gesa Lambang Parti UMNO Di Turunkan
Menjadi hasrat dan cita-cita besar bagi ahli pertubuhan, dan pelajar-pelajar lain pekara ini diambil berat dan tindakan untuk memindahkan atau menrunkan lambang pertubuhan parti politik. "Kebimbangan juga saya terdapatnya lambang parti politik (UMNO) ini dikira mencabuli hak Yayasan Pahang. Jika saya terlibat sama, kemaafan dipohon atas pencabulan yang berlaku, Di sini, saya menyatakan kekecewaan dan pengharapan yang tinggi, lambang pertubuhan parti politik (UMNO) ini di premis pelajar diturunkan atas sebab-sebab yang dinyatakan di atas. Dengan kemerosotan kecemerlangan dan berlakunya perpecahan dikalangan pelajar, sewajarnya pertubuhan ini dibubarkan atau dinafikan kewujudannya. Kecemerlangan pelajar dan hubungan yang baik dikalangan pelajar amat penting dan lebih diutamakan. Justeru, saya berharap lambang tersebut dapat diturunkan dengan segera yang mungkin. Lebih-lebih lagi sekarang adalah waktu kedatangan mahasisiwa baru ke Mesir sekaligus akan ini akan menimbulakan padangan yang tidak baik terhadap perrtubuhan ini dan pihak-pihak yang lain. Saya amat berharap agar dengan tersiarnya surat ini akan mendapat perhatian yang serius dari mana-mana pihak dan ada pihak yang akan membuka mata dengan membawa hal ke peringkat yang lebih tinggi. Sekali lagi saya sangat berharap agar lambang Umno tersebut segera diturunkan!", tambahnya lagi.

[Senario ini jelas menunjukkan puak-puak UMNO Pahang kini kian terdesak untuk meraih simpati rakyat terutamanya golongan pelajar supaya menyokong mereka. Akhirnya mereka sanggup dan tergamak menggunakan agensi yang diamanahkan menjaga kebajikan dan membela pelajar Malaysia di Mesir sebagai "kuda tunggangan" mereka. Bukankah ini satu penghinaan terhadap Yayasan Pahang sebenarnya. Malahan ia jelas melanggar etika agensi terbabit biar pun ia merupakan sebuah anak syarikat kerajaan negeri itu sendiri. Adalah lebih wajar, lambang parti dan pengedaran borang keahlian UMNO dihentikan segera. Pelajar ke sana untuk menimba imu bukannya berpolitik. Jika di dalam negara, mahasiwa dilarang berpolitik maka kenapa di luar negara mereka menubuhkan Kelab UMNO !! Apakah jika berpolitik dalam UMNO dibolehkan, tetapi jika parti lawan ia diharamkan?. Inikah caranya untuk mendidikan mahasiwa agaknya. Maka itu juga kita tidak hairan ramai graduan Al-Azhar Mesir yang bernaung dibawah Kelab UMNO akhirnya menjadi "mubaligh" parti itu tatkala balik ke Malaysia. Malahan mereka kini banyak dihantar ke kebanyakan IPTS untuk meracuni minda pelajar itu sendiri. Difahamkan mereka juga ditarik menyertai Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) bagi mempermudahkan gerak kerja mereka. Di Kuantan, antara IPT yang menjadi lokasi mereka merekrut "dahyah UMNO" kepada mahasiswa ialah di Kolej Islam Pahang Sultan Hj. Ahmad Shah (KIPSAS), Kolej Shahputra dan Institut Kemajuan Ikhtisan Pahang (IKIP). Majoriti pensyarah agama disitu adalah didikan Kelab UMNO sebenarnya]. (SUMBER DARI : www.pahangdaily.blogspot.com )

No comments:

Post a Comment