Friday, September 3, 2010

PEMUDA PAS BUAT LAPORAN POLIS TERHADAP KENYATAAN ZAM

KUALA LUMPUR 2 Sept - Dewan Pemuda PAS Pusat hari ini membuat laporan polis terhadap bekas Menteri Penerangan, Tan Sri Zainuddin Maidin aka Zam berhubung kenyataan fitnah bahawa parti itu merupakan parti ekstrem.

Laporan itu dibuat di Balai Polis Chow Kit, Lorong Haji Taib oleh Ketua Dewan Pemuda PAS, Nasrudin Hassan pukul 2 petang tadi, di sini.

Sebelum itu, PAS memberikan tempoh tiga hari bermula 30 Ogos lalu kepada Zam agar beliau memohon maaf dan menarik balik kenyataan tersebut.

Ianya ekoran kenyataan beliau yang mendakwa PAS meminta Allahyarham Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj ‘merampas’ harta-harta orang Cina semasa Tragedi 13 Mei 1969.
PAS juga didakwa menyebelahi Indonesia supaya ‘mengambil’ Malaysia ketika Konfrantasi Malaysia-Indonesia.

Beliau membuat kenyataan tersebut dalam temuramah bertajuk "Zam Dedah Hasutan Jahat Pas" bersama umno-online dan kemudiannya disiar akhbar Utusan Malaysia pada 30 Ogos lalu dengan tajuk 'PAS parti ekstrem'.

Read more: http://biaqpila.blogspot.com

No comments:

Post a Comment