Sebuah lagi pembinaan gereja Orang Asli di Kelantan diarahkan dihentikan oleh pihak berkuasa, kali ini oleh Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHEOA)Arahan henti pembinaan itu dikeluarkan di kampung Temiar, Pos Pasik Kelantan kerana tiada kebenaran diberikan bagi membina gereja di situ.
Pada awal 2007, pihak berkuasa Gua Musang juga mengarahkan penutupan gereja Orang Asli di situ. Namun tindakan pihak berkuasa itu dicabar di mahkamah atas dakwaan merobohkan gereja mereka.
Dalam kes di perkampungan Temiar itu, ketua penolong pengarah jabatan itu, Nisra Nisran Asra Ramlan dalam sepucuk surat bertarikh 9 Ogos berkata permohonan membina sebuah gereja di lokasi berkenaan telah ditolak.
Sehubungan itu, arahan dikelaurkan supaya semua kerja-kerja binaan dihentikan segera.Surat itu bagi menjawap surat ketua kampung Temiar, Setmen Belungei yang pada 20 Mei lalu menulis untuk memaklumkan kepada JHEOA mengenai hasrat Orang Asli bagi membina sebuah gereja untuk menggantikan gereja mereka sekarang yang diperbuat daripada buluh.
Hampir separuh daripada penduduk kampung itu telah menganut agama Kristian sejak beberapa tahun lalu.
Namun menurut penyelaras bagi Centre for Orang Asli Concerns, Colin Nicholas, kelulusan JHEOA tidak pernah dipohon dan surat sebelum itu adalah hanya surat makluman."Orang Asli tidak berpuas hati dengan jawapan itu kerana mereka tidak pernah meminta kebenaran JHEOA,” katanya .
Menurut beliau, Orang Asli Pos Pasik berpendapat adalah menjadi hak mereka bagi membina struktur berkenaan di tanah mereka seperti yang diperuntukkan oleh perlembagaan.
Colin (kiri) berkata peguam Lum Chee Seng yang mewakili ketua kampung Temiar itu kepada ketua pengarah JHEOA pada 13 September lalu untuk memaklumkan bahawa kebenaran jabatan itu tidak pernah dipohon.
"Beliau juga menuntut penjelasan berhubung penolakan pembinaan gereja itu,” katanya. Malaysiakini

No comments:
Post a Comment