Saturday, September 18, 2010

PEMIMPIN UMNO SAPU HAK RAKYAT

PEMIMPIN UMNO SAPU HAK RAKYAT


Memang patut rakyat membenci UMNO kerana pemimpinnya hidup menyapu harta rakyat. Pakatan tidak adakan cerita sahaja. Kes seorang jawatan kuasa UMNO Bahagian dan orang kanan wanita UMNO Jerantut memilik peribadikan  rumah rehat jerantut jelas parti itu korup, kotor dan licik.

Blog 44sikulipat telah mendedahkan hal ini seminggu yang lalu telah mendapat reaksi hampir 250 komen tidak berpuas hati dari orang ramai terhadap pengusaha itu. Ini bukti, yang cukup nyata, terang lagi bersuluh. Bukan rekaan atau fitnah.

Dikatakan pemimpin UMNO itu mendapat muka dari Menteri Besar Pahang, Tengku Azlan, Datuk Wan Amizan ADUN Tahan. Pengusaha itu dikatakan telah menipu syarikat kawannya sendiri kemudian terpaksa kawannya itu turun naik mahkamah untuk dapatkan balik modalnya 200,000K.

Blog sangkakala dan suara perihatin UMNO juga ada menyokong supaya resthouse itu ditarik balik tetapi pengusaha itu  tetap kebal. Apa tak kebal Tok Nan, Ku Lan, Tok Mizan ada dibelakang. Begitulah orang UMNO cara mereka sapu hak rakyat.

Lagi lama UMNO memerintah lagi banyak harta awam disapu oleh pemimpin UMNO. Mereka berbalah sesama sendiri kerana berageh harta karun kerana mereka sudah mula rasa PRU 13 kuasa mereka akan berakhir. Perkara ini seperti berlaku diSelangor dan Wilayah sebelum PRU 12.  Sama-sama kita lihat.
 
SUMBER DARI :  www.mosolimi.blogspot.com

No comments:

Post a Comment