Saturday, September 18, 2010

PERWAKILAN MENANTI RM DI HARI PEMILIHAN

 Siapa yang sertai UMNO hanya kerana perjuangan?
Yang sertai UMNO hanya kerana perjuangan wang
Semua perwakilan sedang menanti mesyuarat perwakilan untuk mendapat RM.

Apa ada pihak menganggap SPU, patpatsikulipat dan beberapa blog Jerantut lain lagi sebagai perosak UMNO Jerantut kerana kononnya membuka keburukkan tokoh politik Jerantut. berapa banyak kesan keburukan yang didapati dari pendedahan berkenaan berbanding dengan apa yang dibuat oleh tokoh politik itu sendiri?

Ada pihak memberi amaran; jangan sentuh orang itu, jangan sebut pasal orang ini. Budaya di zaman Pak Lah sudah menular kedarah daging UMNO yang semakin mereput ini.

Sekiranya pemimpin itu bersih apa perlu mereka takutkan? Kerana tidak ada keburukkan yang dapat didedahkan. masalahnya adalah mereka itu bergelumang kekotoran.

Sebesar manakah impak kerosakan yang dibuat oleh SPU, patpatsikulipat dan beberapa blog lagi berbanding WZWH yang dengan jelas menelanjangkan UMNO Bahagian yang terlibat dalam politik wang dalam pemilihan lalu?

Baca posting dari blog berkenaan yang disalin sepenuhnya dibawah ini dan kemudian sama-sama kita fikir, siapakah sebenarnya yang menelanjang keburukkan UMNO Jerantut serta bersihkah pemimpin-pemimpin kita selama ini?:

UMNO akan hancur pada PRU 13 kerana YBM Tengku Azlan, Ketua Bahagian UMNO Jerantut sudah hilang punca, lemah kepimpinan, tidak ada pendirian, tidak berminat lagi kepada UMNO, dan yang paling rakyat Jerantut sedih ialah YBM Tengku Azlan membazirkan peluang 3 penggal parlimen Jerantut tanpa memberi sumbangan pembangunan kepada Jerantut. Sebab itu beliau menolak jawatan Timbalan Menteri yang ditawarkan dulu.

Jika kita ikuti prestasi YBM Ku Lan maka ini statistiknya WZWH boleh tunjukkan. Berikut ialah prestasi YBM Ku Lan

Sejarah pilihanraya parlimen Jerantut menunjukkan pada tahun 2004, BN mendapat 21,349 undi (61%), PAS mendapat 12,892 undi (37%). Maka pada pilihanraya 2008, BN mendapat 19,543 undi (51%), PAS mendapat 17,597 undi (46%).

Keputusan peratus menunjukkan BN jatuh 10% undi manakala PAS naik 9%. Iaitu penurunan majoriti BN tahun 2004 dari 8457 kepada 1946 pada tahun 2008 sebanyak 6511. BN hilang undi sebanyak 6511 undi akibat gelombang tsunami politik yang melanda negara.

WZWH menjangkakan jika YBM Ku Lan bertanding lagi sekali, YBM Ku Lan akan kalah kerana pengaruh PAS dan Dr. Hamzah sudah makin popular di Jerantut. Ditambah lagi penyokong kuat Dato' Wan Amizan dan Dato' Hj Nazri sudah tawar hati, terluka dan menyampah dengan perangai politik Ku Lan.

Betul Tuanku, Tengku Mahkota, Tengku Muda boleh memujuk Dato' Wan Amizan dan Dato' Hj Nazri tetapi patik WZWH pacal yang hina ini tidak boleh menjamin bahawa penyokong-penyokong Dato' Wan Amizan dan keluarga Wan Tembeling akan terima. Maruah keluarga Wan jangan dipermainkan. Ada ramai lagi keluarga bukan Wan yang menyokong Wan Amizan. Tuanku, ingat perjanjian lama kita!

WZWH bukan bercita-cita mahu menjadi ADUN dan ahli parlimen sebab itu WZWH berani menyatakan pemikiran bebas politik WZWH demi kemajuan dan kemakmuran Jerantut. WZWH mahu menjadi pemimpin agong Jerantut yang berani menyatakan kebenaran dan kehendak hati dan naluri rakyat Jerantut. Anda tidak perlu jawatan dalam kerajaan dan pangkat Dato' untuk menjadi pemimpin agong.

Kita ikuti lapuran penuh sebuah blog politik Jerantut iaitu "123silekuk" yang makin meningkat naik populariti berikutan analisa politiknya yang menyengat...bertajuk "Tengku Azlan dan Dr. Shukri Tolak Wan Amizan Pru 13"...

Perjumpaan K18 pada 27/7/10 ditingkat 3 pasaraya Bangsar Shoping Complex, Bangsar telah membuat kata sepakat bahawa Tengku Azlan akan menyerahkan kerusi Parlimen pada PRU 13 kepada Dr Shukri Ismail. Dalam pertemuan itu juga Tengku Azlan memberi jaminan bahawa beliau akan pastikan bahawa Wan Amizan dan Haji Nazri tidak bertanding kerana mereka banyak isu dan masalah.


Pertemuan itu dibuat ketika Wan Amizan dan ketua-ketua cawangan serta ketua-ketua kampung sedang menjalankan ibadat umrah ditanah suci Mekah. Setelah pulang dari Mekah Wan Amizan mendapat lapuran penuh dari orang setia kepada Haji Nazri. Segala percakapan didalam pertemuan itu dan gambar-gambarnya dapat dilihat dengan jelas oleh Wan Amizan.

Wan Amizan dengan perasaan sedih memberi tahu penyokong-penyokongnya bahawa beliau akan meneruskan kerja-kerjanya sehingga tamat tempoh satu penggal ini sahaja. Sekiranya dapat bertanding lagi diPRU 13 itu merupakan bonus baginya.

Wan Amizan tidak menduga bahawa orang yang disokongnya dalam pemilihan UMNO 2008 yang lalu sebagai ketua Bahagian boleh berbuat demikian walaupun beliau membantu kewangan lebih dari RM600 ribu dilupakan begitu sahaja. Begitu juga Haji Nazri membantu lebih RM400 ribu juga tidak dikenang. Mereka yang buat kerja menabur duit itu untuk pastikan Tengku Azlan menang besar. Setiap perwakilan dibayar lebih dari RM5000 seorang. Ada setengah perwakilan mencapai RM10,000. Jika tidak sukar untuk Tengku Azlan menang. Tengku Azlan tidak mengenang budi.

Wan Amizan menolak sekeras-sekerasnya jika Dr.Shukri dicalonkan diParlimen pada PRU 13 kerana dikatakan Dr.Shukri menjual bandar Jerantut kepada syarikat Grandmas dengan nilai RM satu juta dengan memasang proksinya Rahmat Yusof dan Haji Rosdi Aw Sulong. Selain dari itu Dr Shukri juga menjual tanah taman depan CIMB kepada Lim Ah Chak dan berbagai-bagai lagi. Dia sendiri menulis melalui blog DUN Tahan melalui komennya diblog WZWH mencabar Dr.Shukri jika beliau tidak benar beliau mencabar Dr.Shukri mendakwanya fitnah diMahkamah.


Setakat ini Dr.Shukri tidak berani mebuat apa-apa saman itu menunjukkan bahawa dakwaan Wan Amizan itu benar dan tidak dapat dinafikan lagi. Dia berpuas hati jika Dr,Shukri sama-sama tidak dicalonkan dalam PRU 13 kerana sikap Dr.Shukri sebagai pengkhianat dan penjual bangsa.

Apa yang dikatakan Wan Amizan itu ada kebenarannya kerana jika Dr.Shukri mahukan kerusi parlimen mengapa kedudukan beliau disentuh. Dr Shukri patut berusaha keras bagi mencapai cita-citanya mengapa pula untuk naik memijak kepala orang dengan menghasut Tengku Azlan yang mudah dirasuk itu.

Sumber berita diambil dari Halaman Facebook Dr Shukri, blog WZWH, Blog SPU, Komen-komen DUN Tahan dan perbualan kedai kopi. SUMBER DARI : www.spu-bloggers.blogspot.com 

No comments:

Post a Comment