Wednesday, October 6, 2010

DEK KERANA TAKUTKAN KELIBAT KETUA PEMUDA PAS SERTA PRESIDEN GAMIS,PIHAK UNIVERSITY MALAYSIA PAHANG PEMAINKAN PROGRAM ANJURAN MAHASISWA

KUANTAN, 7 Okt [9.30 pm] - Gara-gara takut dengan kelibat Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Ustaz Nasharuddin Hassan Tantawi dan Presiden Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (Gamis), Mohd Idris Mohd Yusoff maka pihak pentadbiran Universiti Malaysia Pahang telah menggagalkan penganjuran Wacana Ilmu Mahasiswa Politik anjuran sekumpulan pelajar tahun akhir universiti itu. 
 
Wacana yang sepatutnya diadakan pada 30 September lalu, telah digagalkan oleh pihak pentadbiran universiti dengan berbagai helah yang tidak sepatutnya berlaku. Kegagalan penganjuran ini menyebabkan para pelajar terbabit kecewa dan bertindak untuk mengadakan satu "Majlis Penerangan" tengahari ini. Menurut maklumat, program yang telah mendapat kerjasama Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) universiti itu sepatutnya menampilkan ahli paner yang terdiri daripada Ustaz Nasharuddin Hassan Tantawi (Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat), Mohd Idris Mohd Yusoff (Presiden Gamis), Dr.Sarjit Singh (Pensyarah Universiti Putra Malaysia) dan Datuk Saifuddin Abdullah (Timbalan Menteri Pengajian Tinggi). 
 
Manakala tajuk yang telah dipilih ialah "Wacana Ilmu Mahasiswa Politik: Adakah Kita Sudah Bersedia". Difahamkan, susulan adanya nama Ustaz Nasaruddin Hassan Tantawi, maka Jabatan Hal Ehwal Pelajar (JHEPA) UMP dikatakan sengaja menolak permohonan pihak terbabit dengan alasan kononnya tajuk wacana itu tidak sesuai. Malah JHEPA meminta pihak berkenaan meminda tajuk dan senarai ahli panel.
 
www.pahangdaily.blogspot.com

No comments:

Post a Comment