Tuesday, October 26, 2010

KERAJAAN PAS BERJAYA TURUNKAN KADAR JENAYAH DIKEDAH?

Penurunan bagi tiga tahun kebelakangan ini, kata Ketua Polis Kedah Datuk Syed Ismail Syed Azizan.

Beliau berkata bagi tempoh sembilan bulan pertama tahun ini pula, polis kontinjen Kedah berjaya menurunkan indeks jenayah jalanan 16.40 peratus, manakala indeks jenayah keseluruhan pula turun 15.25 peratus.

"Jenayah paling tinggi yang dicatatkan dalam tempoh itu ialah jenayah curi motosikal, diikuti pecah rumah dan seterusnya lain-lain kes jenayah manakala kes jenayah yang paling tinggi dapat diselesaikan ialah jenayah kekerasan seperti rogol dan bunuh," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui selepas menghadiri Majls Perhimpunan Khas Polis Diraja Malaysia di Ibu Pejabat Polis Daerah Kubang Pasu di sini pada Selasa.

Menurutnya pada tahun 2008; 13,802 kes dicatatkan dan kes yang dapat diselesaikan adalah 6,253 kes berbanding pada tahun 2007 sebanyak 13,965 kes dengan 5,944 daripadanya berjaya diselesaikan.

Syed Ismail berkata pada tahun 2009, sebanyak 13,579 kes dilaporkan dengan 6,385 kes berjaya diselesaikan manakala bagi tempoh Januari hingga September tahun ini, 9,098 kes direkodkan dengan kadar penyelesaian sebanyak 4,365 kes.

"Jika diteliti dengan rapi indeks jenayah di Kedah menunjukkan penurunan manakala kadar penyelesaian kes pula terus menunjukkan peningkatan yang ketara," katanya.
 
www.suwaritimur.blogspot.com

No comments:

Post a Comment