KUALA TERENGGANU: Seorang Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Wakaf Mempelam, di sini mengaku tidak bersalah atas tuduhan mengemukakan dokumen tuntutan palsu majlis berbuka puasa di empat buah surau lima tahun lalu.
Abdullah Muda, 56, didakwa menyerahkan dokumen palsu mengenai pembekalan makanan dan minuman tersebut kepada Pembantu Tadbir (Kewangan) Pejabat Daerah Kuala Terengganu, Wan Norizah Muda, pada 24 Oktober 2005 di pejabatnya.
Dia didakwa mengikut Seksyen 11(c) Akta Pencegahan Rasuah 1997 yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda maksimum RM10,000 atau lima kali ganda nilai suapan, atau mana-mana yang lebih tinggi.
Hakim Mahkamah Sesyen Azman Mustapha membenarkan tertuduh diikat jamin RM4,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 9 November ini untuk sebutan semula kes.
Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Syafinas Shabudin. - BERNAMA

No comments:
Post a Comment